nuffnang

Tuesday, October 16, 2012

kerana kita, orang yang kita sayang ditarik ke neraka :(




saya nak jadi anak solehah....saya doa kuat-kuat, minta dekat Allah supaya Allah kuatkan hati saya untuk benar-benar berubah...berubah mengikut ajaran dan acuan Islam yang sebenar, bukan sekadar nama saja yang Islam....saya tak nak sebab saya, salah saya orang lain yang jadi mangsa...saya tak nak sebab saya orang lain yang terpaksa menanggung dosa, astaghfirullahal'aziim T_T



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.


Abang-Abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


Anak-Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.





seindah hiasan adalah wanita solehah :D

 credit to i luv islam


mungkin ayah kita, abang kita dan adik beradik kita terlepas pandang benda ni...lupa mereka punya anak dan adik yang perlu dinasihati...jadi kalau kita dah sedar, apa kata kita yang berubah..jangan sebab kita mereka yang ditarik ke neraka, nauzubillah!

ramai orang cakap nak jadi wanita solehah tapi seberapa ramaikah yang benar-benar berazam, berubah melaksanakan apa yang diucapkan itu?? muhasabah diri....usaha dan terus berusaha....wallahu'alam..



Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...