Assalamualaikum....
Hari ini 31 Disember 2012, besok 1Jan 2013....bagi yang masih bersekolah bakal naik satu tingkat lagi ke atas, darjah satu jadi darjah 2..tingkatan empat naik jadi tingkatan 5...kalau nak masuk sekolah semua benda nak baru, baju baru kasut baru....hari pertama sekolah, semua baru!!! tak kurang pula ada yang nak pasang azam baru, nak jadi seorang yang bla..bla..bla...tak kurang pula perancangan tahun ni nak kawin, nak beli rumah dan macam-macam kan...anda bagaimana??
tak perlu nak menunggu tahun baru, sepanjang masa kita boleh perbaharui niat kita...kalau orang tanya azam, saya tidak pernah meletakkan azam yang spesifik untuk dicapai sebab kita tahu Allah sudah tentukan segalanya, tapi kita kena mencuba dan terus berusaha untuk mencapai apa yang kita nak...ermm apa relevan saya tak nak letakkan azam yang spesifik?? nanti kalau tak tercapai mesti frust sesangat, takde semangat nak teruskan hidup...kesian kalau tengok segelintir manusia yang sanggup buat perkara yang tak masuk akal semata-mata apa yang mereka idamkan itu tak tercapai...apa yang penting usaha dan terus berusaha dan bersiap sedia untuk terima apa saja hasilnya kelak ^^
panjang betul muqaddimah, huaaah...ok sekarang nak berbalik kepada tujuan asal post ini ditulis, untuk menyingkap kembali kalendar hidup sepanjang 2012...bukanlah untuk mengenang memori lalu sangat cuma kalau ada apa yang kurang sepanjang tahun ni kita boleh betulkan, ambil iktibar dan pengajaran dari kisah hidup kita sendiri untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari..betul ke dak??hihiii...sebenarnya 2012 banyak mengajar saya erti kehidupan, menjadikan saya lebih qawiyy dan juga fasa perubahan dalam hidup..hehee..
Disember-January
kalau cuti disember tahun lepas, saya ada pergi PERMAI (perhimpunan mahasiswa Islam seindonesia) di bogor, jaulah surabaya dan Malang, kemudian HAMKA di surabaya...pokoknya, cuti dua minggu tahun lepas penuh sampai january, tinggal sehari je macam tu sebelum start kuliah...padat dan mampat, gunakan masa cuti sebaiknya..hujung January tu ada pergi main bowling bersama geng UTJ :D ohh rasanya penghujung 2011 dan nak masuk 2012 macam tu la tetiba je kena jadi AJK PKPMI-CJ, biro diplomatik...huhuu...ingatkan hanya jadi wakil batch, tapi kena jadi AJK, ok terima jelaa...first meeting pergi dengan blurr dan awkward sesangat...siap sesat lagi nak cari rumah..hehee..
February-Mac
February join kem kepimpinan PKPMI-CJ dekat kem wisata alam Baladegana ok time ni baru berkenalan dengan seniors yang cool dan mixed around with them...apa yang best untuk bulan ni adalah cuti semester!!yeayh setelah 6 bulan di Indonesia akhirnya dapat balik..hehee...cuti lebih kurang sebulan rasanya sampaila bulan mac baru datang sini kembali.. balik kampung bersama si kunang-kunang ..kehkeh :p tapi tahulaa bila balik rumah segala azam, niat, iltizam yang nak dibuat tercampak ke mana-mana...tiada perubahan pada diri, masih kembali kepada diri yang sama, huwaaaaa :(
gambar ni saya ambil kat masjid tanah abang, sewaktu shopping barang2 untuk bawak balik Malaysia :)
April-Mei
ok masuk semester 2, baru rasa macam medical student sebab baru start study pasal anatomy, physiology, histology....sebelum ni belajar pasal etika kedokteran, empati, komunikasi dan basic biology yang kita dah belajar...tiap-tiap minggu pergi RS (rumah sakit) Husada untuk practicum anatomy,tengok manusia tidak bernyawa..hohoo....kat kolej kitorang masih belum ada lab anatomy...masa ni jugak sibuk sangat dengan persediaan MAFEST(Malaysia festival) , tolong mana-mana yang patut dan kebetulan kami bukak gerai jualan....tu dari segi study, dari segi D&T baru dapat daurah tentang shahadatul haq masa ni semangat membara-bara nak bagitau semua orang tentang Islam...huarghh, semangat!!
Jun-July
kehidupan masih lagi diteruskan seperti biasa, tiada apa sangat yang menarik cuma waktu ni ada program rafting dan jaulah to Bogor....yeayyy! rafting adalah perkara yang sangat sangat dinantikan setelah sekian lama..ada peluang pergi, dengan sisters lagi apa salahnya kan ^^ jaulah ke bogor tu sempat juga menikmati makanan dan jalan-jalan dekat kedai-kedai yang comel dan menarik, nama tempat tu wisata kuliner.. waktu bulan julai ni jugak housemate dekat Intec dan beberapa orang kawan lagi datang, bawak mereka jalan-jalan jakarta tapi yang sangat tak best adalah time tu jugak nak dapat diarrhea yang sangat teruk, sampai nak bangun pun tak larat :( fikir kalau sakit memang tak best, nak buat semua benda tak larat tapi kalau ingat balik yang sakit tu kaffarah dosa boleh senyum balik (^__^) Allah tu memang sweet..
August
yeayy! raya datang lagi...kali ni cuti semester pun datang lagi, tamatlah setahun perjalanan sebagai pelajar UKRIDA, sebagai perantau di Jakarta...kebetulan masa tu PASPEL(persatuan Alumni smk.pelong) nak buat program tautan ukhwah bersama alumni untuk candidates PMR dan SPM dan tengah mencari fasilitator, aku pun setuju untuk jadi fasi sementara takde benda nak buat kat rumah boleh jugak berbakti kepada adik-adik sekolah dulu...sekolah yang memberi seribu satu kenangan, sumpah rindu sangat dekat smk.pelong walaupun orang cakap sekolah dalam hutan..hehee...sebelum tu kami buat reunion dulu, gather kawan-kawan kan masa tu bulan puasa dan ramai tengah cuti, maka kami buat iftar+reunion...PASPEL ni baru sangat ditubuhkan dan kami adalah perintis dan program ini adalah yang pertama ^^
Jun-July
kehidupan masih lagi diteruskan seperti biasa, tiada apa sangat yang menarik cuma waktu ni ada program rafting dan jaulah to Bogor....yeayyy! rafting adalah perkara yang sangat sangat dinantikan setelah sekian lama..ada peluang pergi, dengan sisters lagi apa salahnya kan ^^ jaulah ke bogor tu sempat juga menikmati makanan dan jalan-jalan dekat kedai-kedai yang comel dan menarik, nama tempat tu wisata kuliner.. waktu bulan julai ni jugak housemate dekat Intec dan beberapa orang kawan lagi datang, bawak mereka jalan-jalan jakarta tapi yang sangat tak best adalah time tu jugak nak dapat diarrhea yang sangat teruk, sampai nak bangun pun tak larat :( fikir kalau sakit memang tak best, nak buat semua benda tak larat tapi kalau ingat balik yang sakit tu kaffarah dosa boleh senyum balik (^__^) Allah tu memang sweet..
August
yeayy! raya datang lagi...kali ni cuti semester pun datang lagi, tamatlah setahun perjalanan sebagai pelajar UKRIDA, sebagai perantau di Jakarta...kebetulan masa tu PASPEL(persatuan Alumni smk.pelong) nak buat program tautan ukhwah bersama alumni untuk candidates PMR dan SPM dan tengah mencari fasilitator, aku pun setuju untuk jadi fasi sementara takde benda nak buat kat rumah boleh jugak berbakti kepada adik-adik sekolah dulu...sekolah yang memberi seribu satu kenangan, sumpah rindu sangat dekat smk.pelong walaupun orang cakap sekolah dalam hutan..hehee...sebelum tu kami buat reunion dulu, gather kawan-kawan kan masa tu bulan puasa dan ramai tengah cuti, maka kami buat iftar+reunion...PASPEL ni baru sangat ditubuhkan dan kami adalah perintis dan program ini adalah yang pertama ^^
september
Aidilfitri menjelma lagii...antara perkara yang best selain berkumpul dengan family time raya, makan kuih raya dan sebagainya adalah dapat jumpa kawan-kawan SESMARIANS...kitorang pergi wedding kawan, both of brides and grooms are my classmates!! kat sana kami buat reunion pulak..hehee.. selamat pengantin baru faiz dan mazirah .. semoga bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah...hehee^^
dan masuk semester baru, semester tiga!! ada pulak junior yang baru masuk dalam 36 orang macam tu kalau tak silap...PKPMI-CJ adakan WOW (wonderful orientation weekend) untuk mereka di Malaysia hall, sekaligus untuk berkenal-kenalan dengan adik-adik yang baru datang dan terus pilih pelapis untuk ajk..hehee..
adik-adik juniors :)
october
rasanya dalam banyak-banyak bulan, bulan inilah yang paling busy....banyak program yang kami adakan, program untuk kami sendiri dan untuk adik-adik jugaa...bulan october ni sebenarnya banyak bawa perubahan dalam diri aku sendiri...lepas ikut daurah 'sayonara Jahiliyah' semangat untuk berubah makin berkobar-kobar...sebelum ini macam pakai stokin sekejap lepas tu buang kalau panas buang handsock...tapi lepas daurah yang berlaku selama dua hari tu, lepas dengar kisah-kisah orang yang berhijrah hati ini semakin membuak-buak dan meronta-ronta untuk berubah...
aku mulai dapat istiqamah pakai stokin dan handsock dan dengan tekadnya simpan shawl kesayangan yang nipis dan kecik tu dalam plastik dan berazam tak nak pakai lagi dahhh... hampir 20 helai rasanya shawl tu, dengan shawl yang ada batu-batu kat tepi yang colourful semua kusimpan rapi..huhuuu...sayang memangla sayang tapi kita nak cari rehda Allah kan?? Allah redha ke kita pakai camtu??wuwuwuwu T_T kalau nak pakai bawal pun pakai dengan inner kat dalam sebab nipis...semoga dapat istiqamah, insya Allah :D
program dengan adik 2012 adalah 'baby elephant syndrome' yaitu sharing dengan kak mila yang datang untuk angkat sumpah doktor...lepas tu buat rehlah, camping dekat monas dan pada waktu malamnya ada sharing lagi tapi kali ini dengan kak Atfina...makan-makan beramai-ramai buat style potluck...keesokannya, kami gabung dua usrah pergi rehla dekat curug di bogor pulaa...next week lepas sharing di masjid istiqlal tu bawa mereka ke taman safari...malam tu beramai-ramai tidur di widad dulu kita buat games, bbq dan sharing lagi dari kak su..weee....tersangat excited ke taman safari sebab dapat kasi binatang makan dari dalam kereta jee..hehee...memang padat betul jadual kami time tu...huhuu
selepas sharing dan games di masjid istiqlal ^^
november-disember
untuk november kami ada buat program jalan-jalan cari cinta ke anyer...sebenarnya program asal adalah ini sejarah kita, tapi kita kasi nama keren..hehee...tidur di villa selama 2 malam, betul betul tepi pantai :) kalau disember ada beberapa program yang berjalan dilaksanakan iaitu fly high, aurora nusantara ke palestin oleh dr.tahir dan HAMKA 5.0...
Bolehla baca link berwarna untuk lebih jelas tentang setiap aktiviti, tidak perlulah dijelaskan dengan lebih lebar lagi kan..hehee...semoga segala aktiviti yang telah aku serta pada tahun ini bermakna dan bermanfaat, tidak sekadar menghadirkan jasad tanpa nyawa..huhuuu...insya Allah...semoga saya menjadi seorang yang lebih baik dan sentiasa membaiki diri dari hari ke hari...
"Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran" (surah Al-asr)
saya suka untuk ambil pengajaran dari surah ni, semoga hari-hari yang bakal kita lalui akan datang tidak disia-siakan dan semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi...cubalah beramal walaupun sedikit dan janganlah sesekali memperlekehkan setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas meskipun hanya menemui saudara dengan bermuka manis (^__^)
semoga segala urusan kita dipermudahkan, insya Allah..
mari mengejar redha ilahi !!
No comments:
Post a Comment