nuffnang

    Sunday, May 15, 2011

    Adik Aqil dah pergi buat selamanya.....Al-Fatihah...

    Assalamualaikum....

    dah 5 hari tak update, kekok pula rasanya...bukan apa,tengah sibuk buat preparation nak pi perang..start hari isnin ni...cuak seh!!

    tadi baru dapat mesej dari pak cik ngan abang aku, adik Aqil yakni sepupuku dah meninggal pergi menghadap ilahi pukul 12.15 tadi..aku tersentap dan sebak sebab aku selalu main-main dan jaga dia masa cuti sem lepas...tapi masa tu memang nampak dahla simptom-simptom yang dia bukan macam budak lain...

    masa umur 6bulan pun masih macam baby..badannya membesar tapi tidak aktif, masih tidak boleh meniarap dan bergelak ketawa riang macam baby yang lain..kalau kita acah bebudak lain pasti mereka melilau mencari arah kan..tapi tidak bagi Aqil..rupa-rupanya dia bukan sekadar sakit jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru namun otaknya tidak membesar...so the connection of nerve does not grow actively like the other normal babies...no wonder when i gave or showed something to him, he does not show any reaction ;(

    he's on my lap..
    yeah, i wore 'kain batik'..kat rumah nenek kot..
    kalau kat rumah sendiri susah nak jumpa berkain batik..gadis melayu katakan :P

    it's about 6month he had been admitted in the hospital Sultanah Nur Zahirah starting from December last year...i'm very close to my aunt, my youngest aunt mak Su...dahla 3 bulan lepas SPM tinggal rumah nenek sebab masuk kelas jahit dan masa tu memang mak su kat rumah sebab dia tak kawin lagi masa tu...mak su kawin sebelum aku sambung belajar, jadi memang banyaklah aku tolong dia buat preparation kawin, carik barang, hiasan, baju dan banyaklah...

     yeah,aku tengah pegang dia time nih...miss his face damn much...


    masa aku jumpa mak su pergi melawat Aqil kat ICU hari tu pun memang nampak sangat yang dia sedih...ahh, mak su da makin kurus..mana taknya dok kat spital hari-hari dengan runsing lagi..ma cakap mak su memang tiap-tiap hari dok berendam air mata je...masa kami nak balik time pergi tengok Aqil tu, memanglah sebak kan tengok keadaan baby yang badannya bengkak pastu sambung mesin yang besar gedabak yang bunyi kuat..memang start tangis-menangislah..3 bulan lepas memang doktor dah cakap 50-50 tapi survive lagi selama 3 bulan...selalulah jugak aku call tanya khabar tapi memang macam tulah keadaanya..tak berubah..

    hari tu bawak balik rumah sebab nampak sihat sikit pastu tak sampai seminggu kena masuk wad balik sebab memang dia tak boleh bernafas normal...nafasnya laju je dan memang terpaksa guna bantuan mesin...bayangkanlah nenek aku baru je buat majlis kesyukuran kecik-kecik sebab adik dah boleh balik tapi malam tu kena masuk wad balik sampailah ke hari ini, hari terakhir bagi seorang insan kecil bernama Aqil Zakwan...


    masa ni kat ICU read more here


    latest pic that i have..on April..read here

    aku tahu mak su mesti sedihh sangat kan sekarang ni dahla anak sulung pastu dugaan mak su sangat besar...aku harap mak su terus tabah menghadapi semua ini,yelah bagi aku yang hanya sempat main-main dengan adik Aqil sewaktu dia kecil pun rasa sangat-sangat kehilangan dia sampai aku boleh nangis (i'm still crying when i write this) masa dapat mesej, terus hilang mood study bio dan nak tulis entry..yeah this is the place where i can express my feeling and i'll be ok after publishing this post..amazing??just try when you are sad, stress or wanna tell something but you don't know how to do it..blogging can really heal it, believe me =D


    sedihnya tak dapat tengok buat saat terakhir dan post ini akan jadi kenangan selamanya....Jom sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada sepupuku, Aqil Zakwan yang aku anggap macam adik sendiri sebab hubungan kami memang rapat....he's still a baby who know nothing but had suffered a lot..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman..amiiinnn..


    p/s: kematian tidak mengira usia...ingatlah pada mati kerana ia amat hampir dengan kita...


    i feel relieved after publishing this entry, it's really work ^_^

    Tuesday, May 10, 2011

    Offline dua bulan...tetttttttttt!!!....nak pergi berperang nih!doakan daku pulang dengan selamat..dup dap dup dap....

    Assalamualaikum Semua.......

    okey, kemain panjang lagi tajuk entry daku kan...wahahaha..kalau tajuk dah sehasta entry mesti sepelaung kan..wahahaha...mulai minggu depan daku akan menyertai rombongan perang yang paling lama pernah daku sertai...sebelum ni bukan tak pernah pergi perang, dah biasa kot perang-perang, tapi biasa perang guna pistol mainan jep, tak pun main perang-perang guna anak-anak batu kecik pastu lempar..wah, korang ingat batu kecik tu tak sakit ke??sakit okey, sama dengan cubit, kalau korang cubit dengan cubitan kecik rasanya lebih sakit kalau nak dibandingkan dengan besar..ohh, okey daku taw daku sudah melalut ke laut..


    Tak lama lagi blog ini akan bertukar wajah..wahaha, daku dapat perkhidmatan untuk tukar template blog tapi tak tahulah bila nak tukar tu kan..tapi mungkin dalam masa terdekat ni...sambung lagi cakap pasal perang, mulai minggu depan sampai hujung bulan Jun daku dan berjuta-juta lagi rakyat di seluruh dunia akan melalui saat-saat getir dalam peperangan..cuaak seh!!sape tak takut nak pergi perang??mesti takut kan..tapi doakanlah semuanya selamat okey..moga-moga daku selamat pulang dari perang tanpa sebarang kecelakaan..hehehehe ^^


    Biasanya daku pergi perang paling lama pun dua minggu jep, tapi kali ni memang lamalah hampir dua bulan...sepanjang peperangan tu jugak daku mungkin tidak online, yelah nak online hape..tengah-tengah orang dok perang daku pulak dok sibuk menghupdate belong, tak ke naya???tak pasal-pasal peluru menusuk kat kepala daku...tang kepala takpe lagi, kalau menusuk ke jantung hati kalbu tak ke naya???pitam daku kalau tetiba daku terjatuh hati dengan si penembak itu..wakakakkaw..bahaya okey, daku memang suka stalk belog orang,haha bahaya wei..kang tetiba daku terjatuh hati kang ke tak boleh nak fokus kat pistol perang dan musuh-musuh daku...


    Sunday, May 8, 2011

    selamat hari ibu kepada semua ibu, mama, umi, ma, mom :D

    Assalamualaikum :D

    di kesempatan ini jaa nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, jasa kalian amat besar dan tidak terhingga ^^  tak kiralah apapun panggilan sama ada ma,mama, ibu, umi, mami,mum dan banyak lagi namun pangkatnya sama sahaja..


    Bersyukurlah jika kita masih lagi mempunyai ibu, senangkanlah hati mereka dan bahagiakan mereka sementara hayat mereka masih ada...jangan sesekali mengucapkan kata-kata yang menyakiti hati mereka..ingatlah bahawa "syurga itu di telapak kaki ibu".namun begitu, bagi yang sudah tiada doakanlah agar mereka aman di sana..jangan sesekali lupa mendoakan ibu kita :D


    sebenarnya tadi sejam lebih jaa borak ngan maa mintak ampun dan maaf kalau ada selama ini tersilap kata dan jugak suruh maa doakan kejayaan jaa *tacingg beb!! tapi biasalah kalau call mak memang tak terasa masa berlalu semua cerita habis keluar dari sekecik-kecik kuman hinggalah sebesar-besar bangunan..hehe...kita beruntung dapat ibu macam maa sebab maa sangat sporting, selalu support anak-anak dan tak pernah menghalang kalau kita nak buat apapun...


    kadang-kadang kita pulak rasa bersalah bila nak buat menda pelik-pelik..ma just cakap"fikirlah mana yang baik mana yang buruk kan dah besar" kalau ada sesetengah mak kan memang marah anak dia nak keluar jumpa kawan ke apa sebab takut buang masa, tapi mak kita cakap macam tu je..tak cakap ya atau tidak sampai kita sendri yang fikir apa kesan benda tu..*eh ayat ni berbelit ke??faham kan..hehe..



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...