Assalamualaikum Semua.......
okey, kemain panjang lagi tajuk entry daku kan...wahahaha..kalau tajuk dah sehasta entry mesti sepelaung kan..wahahaha...mulai minggu depan daku akan menyertai rombongan perang yang paling lama pernah daku sertai...sebelum ni bukan tak pernah pergi perang, dah biasa kot perang-perang, tapi biasa perang guna pistol mainan jep, tak pun main perang-perang guna anak-anak batu kecik pastu lempar..wah, korang ingat batu kecik tu tak sakit ke??sakit okey, sama dengan cubit, kalau korang cubit dengan cubitan kecik rasanya lebih sakit kalau nak dibandingkan dengan besar..ohh, okey daku taw daku sudah melalut ke laut..
Tak lama lagi blog ini akan bertukar wajah..wahaha, daku dapat perkhidmatan untuk tukar template blog tapi tak tahulah bila nak tukar tu kan..tapi mungkin dalam masa terdekat ni...sambung lagi cakap pasal perang, mulai minggu depan sampai hujung bulan Jun daku dan berjuta-juta lagi rakyat di seluruh dunia akan melalui saat-saat getir dalam peperangan..cuaak seh!!sape tak takut nak pergi perang??mesti takut kan..tapi doakanlah semuanya selamat okey..moga-moga daku selamat pulang dari perang tanpa sebarang kecelakaan..hehehehe ^^
Biasanya daku pergi perang paling lama pun dua minggu jep, tapi kali ni memang lamalah hampir dua bulan...sepanjang peperangan tu jugak daku mungkin tidak online, yelah nak online hape..tengah-tengah orang dok perang daku pulak dok sibuk menghupdate belong, tak ke naya???tak pasal-pasal peluru menusuk kat kepala daku...tang kepala takpe lagi, kalau menusuk ke jantung hati kalbu tak ke naya???pitam daku kalau tetiba daku terjatuh hati dengan si penembak itu..wakakakkaw..bahaya okey, daku memang suka stalk belog orang,haha bahaya wei..kang tetiba daku terjatuh hati kang ke tak boleh nak fokus kat pistol perang dan musuh-musuh daku...