nuffnang

    Thursday, December 27, 2012

    HAMKA 5.0 (Himpunan Akhbar Mahasiswa Kita)

    Assalamualaikum.....


    Bismillahirrahmanirrahim....lama tak menulis, banyak benda yang berlaku....sebenarnya banyak perkara yang hendak dikongsi cuma tak tahu nak start dari mana...Alhamdulillah semalam telah selesai satu program HAMKA 5.0 (himpunan akhbar mahasiswa kita) yang telah berjaya dilaksanakan sejak 21-26 Disember dan ada 2 sesi...saya ikut yang sesi kedua, 23-26disember...



    sebelum ke HAMKA kami harus ambil beberapa akhawat yang datang dari Bali, makassar dan Malaysia...banyak yang dah datang dulu dari tempat lain macam medan dan jogjakarta...oh yee sebelum ke program tu kami kena bawak sisters ni pergi jenjalan, biasalah first time datang sini...hurm sebenarnya kat sini kalau dekat tanah abang tu pakaian muslimah macam jubah dan skirt memang sangat murah....jubah yang sama harga kat sini RP100K tapi kat Malaysia RM100 baru dapat...beza jauh harga tu, tiga kali lipat..hoho...



    apa yang kelakar, masa bawak sister makassar ke tanah abang hujan sangat lebat sampai air naik...jakarta banjir!!!masa tu memang takde transport untuk balik, orang ramai sangat sahkan nak dapat teksi bajai pun takde yang nak pergi tanjung duren dan kami terpaksa ambil risiko dan keputusan untuk ambil bas...kami ingatkan slipi area tomang rupanya slipi lain, aiyooo...haa tak perlu nak cerita panjang lebar tentang 'kesesatan' kami...setahun lebih tinggal jakarta inilah first time kami sesat di jakarta...tapi alhamdulillah...dalam kami kepenatan, stress dan macam nak nangis dah tak tahu nak balik dengan apa pertolongan Allah tu datang...ada pak cik angkut yang sanggup hantar kami pulang ^^



    pagi sebelum bergerak ke puncak bogor saya pergi jemput sisters dari Malaysia dekat airport, bawak diorang tukar duit dan makan2 dekat central park (CP) dan citraland(CL)..


    inilah mereka...kak dayah, lily dan kak fareha :)

    mereka sungguh peramah walaupun baru kali pertama jumpa...


    petang tu kami bergerak naik bas ke cianjur, puncak bogor...dalam pukul 10lebih kami sampai di sana dan kami tinggal dalam villa...suasana sangatt sejuk tapi sangat best, dah lama tak hirup udara sejuk dan segar macam ni...asyik dok sedut udara habuk dan kotor jakarta je,huhu...



    pagi-pagi 24disember macam biasa buat qiamullail dan solat subuh berjemaah, breakfast berjemaah dan mandi berjemaah...ehh takdelah mandi sorang sorang tapi share bilik air, disebabkan kami ramai kenalah bergilir-gilir menunggu rasa macam zaman sekolah mintak after..heheeh...duduk sebilik dengan sister medan, mereka sebaya rupanya...haa keluarlah memacam cerita dari zaman sekolah, kenal tak orang tu orang ni, ke zaman study dan masuk part tarbiyah...rasa macam kenal lama pulak, inilah orang cakap ruhi sudah menyatu..walaupun baru kenal tapi rasa ukhwah itu erat ^^





    pagi tu kami ada explorace, main lompat-lompat, lari lari buat bendera, kena pergi pasar dan macam-macam...inilah orang cakap time main, kita main betul-betul...ada yang main sampai luka-luka, bersemangat sungguh! inilah semangat pemuda...kita bukan sekadar main tapi sebenarnya banyak ibrah yang kita boleh dapat daripada games yang kita main seperti ukhwah, kena berfikir dengan cepat untuk buat keputusan, kesefahaman dan banyak lagilaa...



    berkaitan dengan pengisian, alhamdulillah muwajih yang dijemput adalah ustaz hartono dan ustazah Arpah...memang banyak yang kami dapat tambahkan ilmu dan kefahaman dalam dakwah dan tarbiyah...semoga ilmu yang kami dapat ini dapat memantapkan lagi fikrah kami dan dapat digunakan untuk menyebarkan benih-benih baru....bak kata uztazah, ilmu tanpa amal itu ibarat kereta tanpa stereng, apa gunanya kita ada kereta mahal dan cantik tapi tak berguna tak boleh bawak pergi kemana-mana...lama-lama ia akan berkarat ditelan masa dan usia...



    sama juga dengan ilmu yang kita dapat, sebab itu perlunya faham tentang fikrah dan ilmu...kalau kita kutip sebanyak mana pun ilmu tapi tak pernah nak amalkan dan sampaikan dekat orang lain apa yang kita dapat tu memang tak ada gunanya, rugi je...jangan juga pentingkan diri dengan ambil ilmu banyak-banyak sorang-sorang...hurmm, kena mula bekerja demi Islam tercinta...matlamat kita ialah melihat Islam bangkit kembali, menjadi ustaziatul alam (world order) dan mendapat redha Allah, insyaAllah ^^



    apa yang best bila pergi HAMKA ni ialah kita dapat lihat ramai lagi orang lain, sahabat kita yang dari tempat lain di seluruh pelusuk dunia bukan sekadar Indonesia sedang melakukan perkara yang sama...bila kita lihat semangat mereka, kita pun dapat membangkitkan semangat kembali...sanggup datang jauh-jauh dan ambil cuti, tambang yang mahal untuk datang ke program sebegini...insyaAllah apa saja yang kita laburkan di jalan Allah akan ada ganjarannya...banyak lagi program di tempat lain macam di UK ada PMS (perhimpunan musim sejuk), winter gathering dan sebagainya...


    jom layan beberapa gambar....


    disebabkan tempat ni adalah puncak bogor, suasananya sangat sejukkk...tak payah pakai kipas pun, jimat elektrik..hehee..

     jalan, laluan lorong yang panjang....pilihlah untuk melaluinya atau tidak~


     sebahagian dari mereka....

    bersama ustazah Arpah dan sisters seangkatan, seakidah :)


    bersama ustazah Arpah...alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman dapat dicedok, ustazah dah 64 tahun dan telah merantau seluruh dunia untuk kerja-kerja dakwah...subhanallah :)



     ustazah Arpah sedang menyampaikan amanat :)


     pintu masuk villa



    sudah mau pulanggg...selamat tinggal bogor!! semoga kepulangan kami dipenuhi dengan ilmu dan fikrah yang bakal menggerakkan kami kehadapan, bukan sekadar datang bercuti, jalan-jalan, menggunakan masa cuti tetapi dengan satu matlamat dan tekad...


    memandangkan tema program ni adalah "henshin" yang membawa maksud transformasi, pastinya  kita diharapkan membuat transformasi...semoga kita semua dapat terus istiqamah dan tsabat dalam jalan yang kita pilih ini, insyaAllah ^^



    lagu tema HAMKA 5.0




    kalau panjang umur dan diizinkan Allah jumpa lagi di HAMKA 6.0 :D

    Saturday, December 15, 2012

    La Tahzan, innallaha ma'ana ^_^





    This is my journey, He puts me here. It's His plan so i just have to carry on and trust Him

    semakin hari terasa semakin mencabar, banyak benda nak kena fikir bukan sekadar perkara remeh temeh macam nak pakai baju apa nak sarapan apa dan sebagainya tapi benda yang lebih besar....benda yang bukan hanya melibatkan diri kita sendiri, kalau kita salah pakai baju hijau hari ini walaupun dah plan untuk pakai baju merah...takde masalah, langsung takde masalah....tapi bila melibatkan orang lain, orang yang lebih ramai dan mesti bermain dengan hati dan perasaan manusia it u yang susah T_T




    Tak semua apa yang kita suka tu orang lain pun suka dan kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang....kekadang rasa sedih bila kita dah cuba buat yang terbaik, sebaik mungkin yang boleh tapi masih ramai suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati komen itu dan ini tanpa langsung menghargai pengorbanan yang kita lakukan selama ini....kita sanggup tidak tidur malam,  melupakan kepentingan diri sendiri untuk berehat, tidur, berjimba berhibur tapi di sebalik kelelahan itu tiada siapa yang peduli...hamba abdikah kita?ya kita memang hamba tapi hamba Allah yang sangat kerdil, bukan hamba manusia...bukan robot yang rela diperlakukan sebegitu mengikut keinginan hawa nafsu mereka, bukan.....




    walaupun kadang-kadang kita terpaksa menahan diri dari marah, dari meluahkan kata-kata yang memang tak sepatutnya apabila ada orang yang bekerja dengan kita, atau kawan-kawan kita buat hal memutar belit cerita, menukar itu dan ini tanpa memberitahu kita....kita seharusnya memilih untuk diam, sungguh itulah yang terbaik...melampiaskan rasa marah tidak memberikan apa-apa kesan positif sebaliknya semuanya negatif, menghancurkan ukhwah yang selama ini terbina erat, meruntuhkan persahabatan, meleraikan senyuman...mungkin dengan diam boleh menyedarkan mereka, biarkan perasaan bersalah membelenggu diri mereka dan mereka mungkin boleh sedar, kecuali manusia berhati batu, hati mati :(




    terlalu memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain sampai membiarkan diri sendiri tersiksa, merana juga bukanlah satu cara yang baik...jangan pernah takut untuk berkata 'tidak' kepada sesuatu yang memang kita tak boleh lakukan, yang memang banyak halangan untuk kita...contohnya??ada kawan kita mengajak kita buat maksiat, kenapa perlu ikut??kenapa sanggup pergi buat sesuatu yang memang kita tak sukai dan dimurkaiNya semata-mata untuk menjaga hati kawan??keredahaan siapakah yang kita cari?kawan mungkin boleh cari tapi kerehdaan ilahi itulah yang sentiasa dinanti...Allahu akbar!! hambar hidup hanya untuk mencari keredaanMu ya Allah....




    sedih dengan hal dunia, sedih kalau tak dapat pergi konsert, sedih tak dapat markah yang kebaboom sedihhh...kalau dekat dunia nak sedih dekat akhirat lagilah sedih kalau kita berterusan menyedihkan diri tanpa berbuat apa-apa...percayalah! semua benda yang berlaku atas dunia dia semuanya sudah tertulis 'dakwat telah mengering, pena telah terangkat' takde benda lagi yang boleh kita buat tapi kita boleh usaha dan tawakal...banyakkan bedoa kerana Allah suka hambanya yang merintih berdoa memohon dariNya buka dari yang lain...kalau kita usaha dengan izin Allah kita akan berjaya, lupakah kamu dengan sunnatullah??? husnuzon dengan Allah itu sangat perlu :)



    ayuhhh janganlah kita terus terusan bersedih...bangkit dan bangunlah!!!lakukan sesuatu, kitalah pemuda harapan!!




    Friday, December 7, 2012

    FLY HIGH 2012

    Assalamualaikum....


    Bismillahirrahmanirrahim...

    dua minggu lepas ada satu program yang dianjurkan PKPMI-CJ dekat kedutaan besar Malaysia...nama program ni 'Fly High' yang mana ada 3 orang dijemput iaitu pegawai dari MMC(malaysia medical council), senior yang dah jadi HO dan seorang senior yang masih lagi co-ass (co-assistent) maca clinical years kitorang...oh kat sini first 3.5 tahun ada graduation a.k.a wisuda dulu sekali lepas tu masuk clinical 1.5 years baru angkat sumpah jadi doktor...saya baru second year..ohh masih jauh perjalanan :)



    slot pertama dengan pegawai dari MMC, dia menerangkan tentang sistem dekat Malaysia, apa yang kita nak kena buat lepas grad nak daftar kat mana, sistem HO kemudian macamana steps dia sebelum masuk MO...ada lagi tentang bagaimana mereka menguruskan pelajar-pelajar perubatan di luar negara, different experiences at different places and countries....



    banyak yang risau tentang language because we are not using english as our medium here, we learn everything in indonesian language...tapi biasanya kitorang buat rujukan, revision study pakai english...tak banyak beza pun, mungkin beberapa term yang perlu kita adapt bila dah balik 'back for good' untuk berbakti kepada rakyat dan negara kelak..chewah...tapi macam biasa, kakak HO iaitu kak wani dan pegawai MMC sendiri cakap kita kat indonesia ni skill mantop berbanding student dekat negara lain...kat sini kita boleh 'hands-on' boleh sentuh patient boleh buat banyak benda yang mungkin kawan-kawan kita kat negara lain tak dapat...mungkin itu kelebihan kita ^_^



    sesi petang disambung lepas makan dan solat, iaitu sesi dengan kakak senior yang dah kerja kat Malaysia dari universitas Indonesia, kak wani dan kak nonoy dari ukrida sebagai wakil co-ass...banyak jugak pengalaman pahit manis yang mereka ceritakan sepanjang jadi medical students, cabaran time co-ass, cabaran berdepan dengan patient, dengan kawan-kawan yang grad dari univ. lain dari negara lain dan banyak lagilah...rasa macam tak sabar nak kerja tapi itulah akak ni cakap jugak belajar bebetul time s.ked iaitu sarjana kedoktoran ni sebab senang nak pakai dan practice time clinical dan kerja nanti...



    apa yang best dari kak wani ialah dia cakap "prepare for the worse" sebab bila kita dah set up minda kita yang kita nanti akan kena maki dengan MO, dengan nurse kalau salah buat dan kekadang bukan salah kita dia stress dengan anak bini dia kat rumah kita kena marah, lepas tu itu ini tak tahu kena marah lagi dan lagi haaaa...so kita dah boleh bayangkan menda-menda yang macam tu, yang agak teruk kena marah apa semua walaupun kita dah bergelar status seorang doktor...nanti kalau kena marah dah biasa, macam dah boleh agak menda ni akan berlaku dan kalau tak kena pun kita akan rasa pelik..heheeh

    dari kiri, jasreena sebagai moderator, lepas tu kak nonoy wakil co-ass dan kak wani wakil HO


    Best dengar perkongsian ilmu dan pengalaman dari mereka sebab mereka sangatlah sempoii...gaya tak formal pun so macam santai, macam berborak-borak je..kak wani cakap nanti time HO pilih jela hospital yang jauh dari rumah sikit nanti kalau kena marah kena maki takdela malu sangat kalau patient kita tu orang kampung kita ke keluarga kita ke apa kan...nanti bila dah naik MO baru balik kampung...tapi duduk dekat dengan rumah ni best jugak kalau rasa stress ke nak makan sedap ke apa adalah jugak tempat bermanja dengan mak..ni dahla belajar 5-6 tahun jauh-jauh kat jakarta nun lepas tu kerja dok jauh lagi....kan bila dah naik MO kahwin pulak, kena ikut suami pulak dah tu bila masa kita nak bermesra dengan mak kita?? T_T


    Kak nonoy pun best jugak, dia cakap kita grab je as much as possible semua peluang untuk belajar kat rumah sakit tu, jangan bermalas-malasan nampak patient je lari, menyorok biar kawan yang lain pergi ke apa kan...dan keep contact dengan seniors contohnya yang pernah dapat stase ni dekat rumah sakit ni, apa je yang kena buat kat sana, doctors kat situ macamana, sistem dia macamana...so that bila dah boleh bayangkan sikit keadaan dia sebelum mula co-ass...contohnya kita baru je habis stase bedah dekat rumah sakit ni hari sabtu, tapi hari isnin dah kena melapor untuk stase seterusnya di rumah sakit lain pulak..ahad tu kenala pergi cari kosan ke apa, kalau jauh nak tempah tiket flight, bla bla bla....memang pakai banyakk duit..wuwuwuwu






    antara yang hadir...kebanyakannya kakak seniors 2007 yang memang nak balik jadik HO dah pun..bestnyerr..heee, tak sabar tapi lambat lagi, baru second year kott :)


    kak wani dan ydp pkpmi


    kak nonoy dan ydp pkpmi


    cenderamata untuk mereka :)


    AJK cenderamata...weee...kali ni kena jadi ajk cenderamata dengan shahada....ingatkan tak sempat dah nak ikut pergi fly high sebab malam tu ada program sikit, program mengisi rohani..hehee...tapi pulang pagi-pagi terus bersiap ke sini..fuhh...ingatkan tak jadi nak datang daa...



    Alhamdulillah program ni berjalan lancar dan banyak info, input dan pengalaman yang boleh dapat  dari pegawai mmc dan wakil seniors tu untuk dijadikan panduan dan pengajaran nak masuk ko-ass, HO dan MO kelak kalau panjang umur, insya Allah...doakan yee..heee..




    perjalanan masih jauh, dan kita hanya boleh merancang untuk mendapat dan menjadi yang terbaik namun kita serahkan segalanya kpada yang maha berkuasa, sebaik-baik perancang, the best planner :D



    kita nak jadi doktor yang macamana?? yang hanya tahu merawat fizikal sahaja atau boleh merawat hati mereka juga?? sambil bekerja sambil berdakwah sampaikan sedikit sahaja nasihat untuk patient kita macam baca bismillah sebelum makan ubat, solat jangan tinggal dan doa pada Allah supaya penyakit cepat sembuh...simple je kan??heee... saya pernah tulis tentang ni, bolehla terjah    Bukan sekadar doktor biasa


    p/s: credit all pictures to Angela, photographer of the day :)


    Monday, December 3, 2012

    Bangun malam

    Bismillahirrahmanirrahim....



    Post pertama untuk disember 2012..tak sampai 20 hari lagi akan mula bercuti sempena krismas oh yeahh kami cuti lama, nama pun universitas kristen, cuti sampai 2 January...dan dalam masa cuti ni ramaii pulak yang akan melangsungkan majlis perkahwinan, membina masjid dan yang lebih manis membina baitul muslim :D tahniah kakaks dan abangs sekalian atas jemputan, setakat ni ada 5 jemputan perkahwinan dari senior yang rata-ratanya aku kenali kedua-dua pasangan...memang tak dapat pergi pun sebab tak balik, ada big mission yakni HAMKA on that holiday dan perancangannya nak pergi jenjalan Jogjakarta...semoga majlis mereka berjalan lancar, barakallahufikum  ^_^




    tajuk post saya kali ni bangun malam...buat apa nak bangun malam??bukankah bangun itu waktu pagi? malam sudah tentu untuk tidur..haaaa...ok wake up people!! bangunlah dari tidur, buka mata, bangunlah dari angan-angan kosongmu, cita-cita yang tak berapa nak betul tu..bangunn!!! haaa macam dapat seruan hape dah kan...tapi terfikir kan kita kenapa nak bangun malam?



    mamat 1: ow yeah, nak tengok bola lerr MU lawan chelsea kot. gila tak nak tengok, kang esok pegi kelas orang borak pasal bola malu la derr kalau gua tak tengok...nanti tak masuk geng la, off topic pulak kan


    minah 2: bangun malam sebab nak study, nanti kang tak dapat skor exam tak dapat result yang best....nanti malu dengan kawan-kawan, mak ayah semua..so nak dapat skor exam kena berjaga malam untuk study..


    mak cik 1: biasalah jaga malam, anak nangis kena tukarkan lampin dulu lepas tu kasi susu, dodoikan dia sampai dia tidur nyenyak lagi...kekadang tu tak boleh tidur pun sebab anak nangis sepenjang malam..huhuu..besar kan pengorbanan si ibu :)


    kalau kita bangun malam agak-agak untuk buat apa yeah?? tengok running man??episod minggu ni tak tengok lagiii!!! ke bangun sebab nak videocam dengan boipreng yang jauh nun di UK, so kenelah bangun malam sebab dia kan siang time kita tengah malam buta tu, takpelahh berkorban sikit untuk yang tersayang..ow so shweet, macam gula-gula awww



    heee...korang?? amacam??

    kalau aku sayang tidur, tak suka bangun malam..erk..tetttt


    minggu lepas buat mabit usrah kami, tidur rumah kakak tercenta dan  minggu ni buat mabit lagi tapi tidur dekat masjid, tidur beramai-ramai dan beribadat beramai-ramai... ada lagi yang tak tahu mabit tu apa eh? MABIT maksudnya MAlam Bina Iman dan Takwa dan ia merupakan salah satu wasilah tarbiyah yang penting selain usrah, daurah, jaulah...dulu dulu selalu jugak dengar perkataan ni, tapi tak join pun...masa tu masih dekat INTEC, ada kawan cakap dia tidur masjid untuk mabit...masa tu rasa macam extreme sangat sampai nak kene tidur kat masjid untuk beribadat...macamlah tak boleh buat kat bilik dan macam-macam tanggapan lagi masa tu, biasalah tak tahu dan tak mengambil tahu...huhuuuu




    MABIT ni penting jugak sebenarnya, untuk membina ruhiyah, melembutkan hati yang keras, muhasabah diri, membersihkan jiwa dan membiasakan diri untuk bangun malam dan beribadah kepada Allah s.w.t seperti solat tahajjud, berzikir dan mentadabur....seorang yang kuat itu adalah seorang yang boleh istiqamah bangun malam, membiasakan diri untuk beribadat dan bersendirian dengan Allah...itulah juga kepentingan muraqabah, merasa Allah sentiasa mengawasi kita dalam apa saja aspek kehidupan termasuk apa yang kita niatkan, bercakap dan lakukan.




    sebenarnya kebelakangan ni banyak juga ditekankan tentang kepentingan bangun malam, tidaklah terlalu malam tapi bangun ketika semua orang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi yakni sebelum subuh...itulah waktu yang paling tepat untuk kita berinteraksi dengan Allah sebab waktu siang hari kita kan busy la kononnya dengan pelbagai urusan dunia, mana nak pergi kelas nak belajar dan melayan pelbagai kerenah kehidupan...


    dalam surah Al-muzammil Allah ada berfirman:

    "Hai orang yang berselimut (Muhammad). bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan." (73:1-8)



    Insya Allah lepas ni kena rajin-rajin untuk bangun malam, membersihkan jiwa, bersujud memohon keampunan dari-Nya...sungguh, bersujud di waktu itu terasa sungguh aman dan tenang, jangan pernah pula malu untuk menangis, mengenangkan dosa-dosa kita dan bertaubat untuk tidak melakukan perkara tersebut lagi :)







    kalau nak exam sanggup kan bersengkang mata dan bangun awal untuk study, untuk mengecapi kejayaan dunia tapi untuk bangun malam, bersolat dan zikir??mampukah kita?fuuhhh... bismillah, luruskan niat dan cuba dulu sikit-sikit nanti top up lagi..semoga Allah redha!




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...