nuffnang

Monday, February 6, 2012

Salahkah aku dilahirkan kidal??

Assalamualaikum.....


Sebelum tu nak tanya siapa kat sini yang kidal??cepat angkat tangan dan komen...eh, tetiba macam FB pulak..hehe, ke ada yang tak tahu kidal tu apa? kidal adalah kecenderungan seseorang menggunakan anggota tubuh bahagian kiri dalam melakukan tugas seharian.. orang-orang sebegini termasuk saya sendiri cenderung menggunakan tangan kiri untuk buat apa saja seperti sikat rambut, menulis, main badminton, pegang pisau, main bowling dan macam-macam lagi...





memang dalam adat timur kita penggunaan tangan kiri selalu sahaja dianggap tidak sopan, ye memang betul kita boleh cuba menggunakan tangan kanan untuk buat perkara seperti makan, berjabat tangan dan menghulurkan sesuatu kepada orang lain dengan menggunakan tangan kanan, tapi secara tiba-tiba kita akan menggunakan tangan kiri..maksud saya, kalau orang tu dah memang kidal spontaneously dia akan menggunakan tangan kiri untuk capai sesuatu sebab memang dah dominan guna tangan kiri dan tangan kiri lebih kuat dari kanan... bukan saya nak menyangkal atau menolak kesucian menggunakan tangan kanan, tetapi kadang-kadang orang normal harus memahami golongan istimewa seperti kami (^_^)v



pelikkah orang kidal??salahkah mereka?degilkah mereka?? sebenarnya dah banyak kali orang cakap kat saya cuba buat sesuatu dengan tangan kanan, nampak kekok sangat buat dengan tangan kiri...sebenarnya, menurut kajian hanya ada 10%-15% sahaja manusia yang kidal...tidakkah anda merasa itu suatu keistimewaan???  tapi dalam ramai-ramai hanya 1% sahaja yang boleh menggunakan kedua-dua tangan dengan cekap ataupun dipanggil ambidextrous..teringin jugak nak jadi ambidextrous, tapi memanglah, kalau saya masak, saya akan cenderung memotong dan memegang sudip atau sendok menggunakan tangan kiri, tapi apa boleh buat?? tidakku pinta jadi begini (T__T)



sebenarnya dari kecil kecenderungan menggunakan tangan kiri tu sudah terserlah seperti dulu masa kecik-kecik kan mak cakap makan mesti guna tangan kanan, pastu menulis guna tangan kanan..yelah masa kecik makan mana pakai sudu pun, jadi sejak saya kecil dalam 3 atau 4 tahun macam tu mak pakaikan gelang pada tangan kanan saya supaya sebelum makan saya akan cek dulu tangan kanan yang harus diguna untuk makan...jadi benda ni sudah saya praktikkan sejak saya kecil lagi, sebab tu makan dengan tangan kanan lebih dominan bagi saya..tapi bila bab makan dengan sudu, saya selalu fail :'( memang tanpa disedari saya menyuapkan makanan menggunakan sudu guna tangan kiri, pastu bila dah sedar baru tukar balik..tahu tak benda tu spontaneous????kalaulah anda mengerti -,-'





lepas tu bab menulis, masa saya tadika selalu kena marah dekat cikgu sebab guna tangan kiri...cikgu cakap ok semua pegang pensil guna tangan kanan, lepas tu kita diajar tulis ABC bla-bla kan....dua tiga huruf pertama saya akan tulis guna tangan kanan, tapi tanpa saya sedari saya akan mengalihkan pensil tu ke kanan kiri...boleh bayangkan tak??kemudian bila cikgu nampak dia akan suruh saya tukar balik pensil ke tangan kanan, lepas tu saya buat lagi benda yang sama....nampak sangat yang orang kidal kekadang dia tak sedar pun sebenarnya dia buat benda tu pelik, dari yang lain tapi orang lain pula yang pandang pelik..huhuhuhuhu... sedihh... salah satu diskriminasi bagi orang kidal adalah kerusi yang ada meja tu belah kanan, jadi agak menyukarkan kita untuk menulis...kekadang saya tumpang meja orang belah kiri untuk menulis...hahaha..




Berdasarkan gambar diatas, bolehla dikatakan orang yang cenderung menggunakan tangan kiri lebih kreatif, pandai berimaginasi dan berkebolehan dalam muzik manakala bagi orang normal yang cenderung menggunakan tangan kanan akan lebih senang menguasai bahasa, bidang penulisan,lebih berfikiran logik, saintifik dan pandai matematik...tapi kenapa saya rasa saya keduanyaa???haaha *tamak* ok lah, saya sendiri merupakan seorang yang tak kurang hebat dalam Mathematics and science masa masa sekolah...tapi saya jugak score subjek bahasa dan penulisan...sekarang ni major saya memang medic, belajar sains, mesti menghafal dan memahami tapi dalam masa yang sama harus kreatif dan pandai berimaginasi tentang anatomi manusia, perjalanan penyakit dan banyak lagilah..so macamana???


sebenarnya tangan kanan saya tidaklah terlalu kaku, saya boleh menulis dengan tulisan cakar ayam dan lambat menggunakan tangan kanan..haaha =p tapi yang best, saya boleh menaip keyboard ataupun keypad dengan laju seperti yang saya tengah buat sekarang...saya juga rasa penggunaaan tangan ni sebenarnya ada dua, macam yang yang telah dipelajari iaitu nature and nurture..saya mungkin insan istimewa yang dapat keturunan dari mak cik saya yang turut juga kidal dan ada dua lagi adik saya yang kidal...tapi dalam masa yang sama environment dan cara kita dibesarkan juga mempengaruhi..seperti yang mak saya suruh makan dengan tangan kanan, sampai sekarang saya boleh makan dengan tangan kanan tapi benda lain masih dengan tangan kiri...



satu je saya nak cakap, jangan memaksa...kalaulah anda ada anak yang nampak dia kidal tolonglah jangan paksa dia, jangan paksa dia guna tangan kanan untuk buat semua benda sebab benda tu akan buat anak anda jadi stress dan dia tak boleh berfikir dengan normal...betul saya cakap, kalau saya menulis dengan tangan kanan, fikiran saya jadi lambat dan saya sukar menyambungkan satu perkara dengan yang lain...jadi biarkan dia bebas menggunakan kelebihan kidal itu supaya perkembangan dia normal, takde masalah pun...saya tetap membesar normal, pandai, boleh bercakap dengan lancar dan berfikiran kreatif (puji diri nampak, kahkah :p)..ni bukan saya cakap kosong, saya dah tanya kawan yaang juga kidal, kalau dia guna tangan segala kerja dia akan jadi lambat dan terbantut..nak fikir pun ambil masa dan tersekat-sekat..owhh, jadi jangan sesekali memaksa kecuali untuk sesuatu adat dan adab seperti makan minum dan berjabat tangan...heeeee ^^






kalau anda nak paksa orang kidal guna tangan kanan, kenapa anda yang normal tidak cuba guna  tangan kiri pulak...tengok senang ke tidak???kalau anda rasa senang boleh menggagahkan kedua-dua tangan masa buat kerja, menulis pun boleh tulis atas dua kertas yang berbeza guna tangan kanan dan kiri, anda memang hebatt!!bravo!!! dan masa tu baru saya akan jeles dengan anda sebab sekarang ni saya tak rasa pun saya jelous dengan orang yang guna tangan kanan sebab saya rasa saya lagi istimewa daripada anda..hehehe...Jom layan lagu jangan menyerah dari D'masiv ni, rasa macam kena sangat dengan situasi sekarang :)




Setiap manusia diciptakan berbeza-beza oleh Allah S.W.T, masing-masing ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri... Gunakanlah kelebihan itu sebaiknya, dan cubalah perbaiki kelemahan yang ada, sememangnya tidak ada manusia yang sempurna


p/s: seseorang telah membuatkan saya rasa rendah diri bila bergelar kidal semalam setelah 20 tahun saya tak pernah rasa benda tu, anda telah membuat saya terguris, terima kasih (T_T)



Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...