nuffnang

    Showing posts with label murabbi. Show all posts
    Showing posts with label murabbi. Show all posts

    Thursday, September 20, 2012

    coretan sang mutarabbi

    Assalamualaikum.......



    sedar tak sedar, Alhamdulillah aku sudah setahun berada dalam jalan tarbiyah ini....jalan yang mungkin dipandang enteng hanya untuk ustaz ustazah sahaja, yang mungkin dipandang sebelah mata...meskipun merangkak dan bertatih perlahan-lahan namun aku dapat rasakan perubahan dalam diri, dari segi pemahaman dan pemikiran....syukur kepadaMu ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk merasai betapa nikmatnya Islam yang mungkin sedari kecil aku anuti tetapi mungkin baru sekarang aku mengerti.



    mula-mula dulu mendengar perkataan usrah, mesti ingat perkara yang bosan, mendengar ceramah agama yang berulang-ulang sehingga mengantuk dan kene berkumpul di waktu orang lain sedap menikmati keseronokan dunia, berjimba dan tidur segalanya...oh mungkin itu persepsi usrah di zaman sekolah, ramai yang telah salah anggap, salah faham dan terus menerus menuding jari tanpa mengetahui apakah isi yang sebenarnya...



    dalam kotak pemikiran aku, banyak yang aku perlu berubah, jauh di sudut hatiku ini meronta ronta ingin berubah...berubah menjadi muslimah sejati, dan masuk ke dalam Islam secara keseluruhan...namun desakan hawa nafsu syaitan selalu sahaja menjadi alasan untuk terus berada di takuk yang lama, terus menerus melakukan dosa yang sama walhal dah tahu benda tu memang SALAH...aku tahu, ramai di antara kita yang sebegitu...takut pandangan orang, takut nanti orang kata kita dah berubah sekarang, dah tak nak kawan dengan kawan yang lama lagi dah....takut nak tulis post dan entry blog tentang Islam sebab takut nanti orang nilai apa yang kita tulis tu tak sama pun dengan apa yang kita di luar..astaghfirullahal'azim (T_T) 



    namun setiap kali ada liqa' dan usrah, hati aku kembali berbunga bertemu sang murabbi yang begitu pandai menyentuh hati ini sehingga kembali bersemangat lagi...bertemu dengan sisters yang sangat sporting dan baik membuatkan diri ini semakin hari semakin lama semakin cinta dengan ukhwah yang mereka bina....bina atas dasar cinta kepada Allah s.w.t....baru aku tahu pengertian ukhwah fillah yang hanya sekadar tahu saja...betapa ceteknya pengetahuan aku tentang Islam sebelum ini sehingga tidak mengetahui kewujudan pejuang pejuang agama yang menyebarkan dakwah dan ayat-ayat cinta Allah dan membentuk peribadi muslim sejati...



    keperibadian muslim perlu dibentuk, bukan diajar....selama ini orang suruh tutup aurat punyalah susah sebab apa?sebab tak faham....pakai baju lengan panjang pakai tudung, cukuplah tu...majoriti orang islam macam tu je kan..buat apa susah susah nak pakai stokin, tudung labuh bagai..kita bukan budak sekolah agama pun, tak payah nak tunjuk ustazah sangatlah! hurmmmmm..ramai yang ada persepsi macam ni, termasuklah diri ini namun dari hari ke hari selepas mengikuti tarbiyah kita akan faham dengan sendirinya..Alhamdulillah, apabila kita baca Al-Quran dan faham tanpa disuruh kita akan buat..buat dengan ikhlas, insyaAllah ^^



    namun sampai bila kita nak kekal sebagai mutarabbi (orang yang ditarbiyah) sahaja?hanya mengikut usrah dan liqa' yang dianjurkan tanpa ada usaha untuk membawa orang lain bersama-sama merasakan nikmatnya Ialam yang sebenar...membentuk keperibadian muslim ini memerlukan masa dan kefahaman, insyaAllah dengan menjadi seorang murabbi kita akan dengan sendirinya dapat membaiki diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik....fuh fuh fuh, kesat peluh...rasa macam ilmu belum cukup di dada, kita pun masih baru dalam banyak perkara tapi sampai bila kita nak tunggu kita betul-betul bersedia??nak tunggu ilmu cukup?sampai bila-bila pun tak akan dapat la kan....insyaAllah kita sama-sama berusaha!





    DAKWAH itu adalah sunah nabi yang paling utama....ramai yang nak ikut sunah nabi je kalau poligami, itu jelaaa....mari kita buat anjakan paradigma, kalau boleh nak sedarkan semua orang nak bagitahu semua orang supaya mereka semua faham....ramai yang tidak tahu dan masih tidak faham, itu semua tugas kita...tugas kita bersama, insyaAllah...aku selalu berdoa agar aku dapat kuat dan istiqamah sepanjang melalui jalan yang cukup panjang ini..


    SEMOGA ALLAH REDHA!



    Wednesday, June 27, 2012

    Jazakillah Khair sister!

    Assalamualaikum......


    Alhamdulillah aku masih lagi boleh bernyawa menghirup udara dan berpijak dibumi pinjamanMu yang sementara ini....aku sangat bersyukur dengan nikmat kurniaanMu masih diberi kesihatan tubuh badan dan fikiran untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tak tahu bilakah penghujungnya.... 



    "mungkin ni usrah terakhir kita dengan Kak Basyu"
    "erk kenapa?"


    kita kunang-kunang semua terkejut and speechless sebab rasanya baru sekejap bersama, baru beberapa bulan dan beberapa kali pertemuan....kalau ada yang baca post aku yang lepas husnul khatimah aku ada cakap yang kita tak pernah bergambar bersama-sama kan?maksudnya satu usrah, satu family bersama...tapi sekarang berpisah lagi...yeah bertemu dan berpisah tu kan adat manusia biasa...InsyaAllah kita bertemu dan berpisah pun kerana Allah...bukan tak jumpa lagi, InsyAllah jumpa tapi mungkin tak sama *tears*



    Aku seorang yang sangat mudah tersentuh, jiwa sensitif barangkali....rasanya fitrah manusia memang begitu mudah tersentuh kalau dicuit hatinya....beberapa kali hati aku tersentuh dan beberapa kali aku cuba menolak untuk mengatakan 'tidak' tapi akalku kalah, hatiku menang!!!sungguh aku sekarang sudah rasa jatuh cinta dengan jalan tarbiyah yang sungguh panjang ini...Ya Allah kuatkanlah hatiku untuk terus istiqamah dan tabah...aku tahu, kalau aku sendiri aku mesti lalai, leka dan mudah rebah..Terima kasih kepada sisters yang banyak membantu :*


    Setiap kali exam menjelma tidak kiralah skill lab ke, integrasi ke even praktikum yang 15 soalan tu pun akan ada kata-kata pendorong dan semangat sampai ke sms..."jangan stress2" "buka mata luas-luas" "semoga diberi kelancaran masa skill lab" dan sebagainya...comel kan!! walaupun hanya sekeping sms yang mungkin beberapa rupiah sahaja tapi itu cukup membuatkan diriku berasa dihargai dan bersemangat...semua jadual kitorang akak tahu?? Ya Allah tak pernah rasa macam tu sebelum ni T_T


    banyak....sungguh banyak perkongsian pengalaman, cerita-cerita yang kami dapat sepanjang bersama...nak tulis semua pun tak muat, biarlah memori itu kekal dalam ingatan kami dan dapat membentuk kami menjadi manusia yang lebih baik....

    "nak buat something tu fikir dulu kebaikan dan keburukan dia, kalau kebaikan lebih banyak dari keburukan baru buat" 

     "nak masuk toilet yang busuk tu pun kene bayar inikan pula syurga yang sudah tentunya indah" 


    *mungkin ayatnya lain, tapi intinya macam ni laa*


    dan...tadi dapat hadiah ni....


    Hadis Arba'in, hadis 40 dan Juz terakhir dalam Al-Quran


    dah lama nak cari,tapi setiap kali keluar je lupa nak beli....dan ada beberapa pesanan yang sekali lagi mencuit hati...


    "moga di tengah-tengah kesibukan kita, kita tetap menjadikan Allah itu yang paling utama dalam hidup kita :D"

    "moga kita tetap diluruskan niat oleh Allah dalam setiap fikiran kita, dalam setiap tindakan kita"

    "semoga kita terus tabah di jalan ini,nakk sangat kumpul sama-sama kat syurga nanti, InsyaAllah"


    yang terakhir itu cukup terkesan...Ya Allah...Ya Allah Ya Rabbi....aku begitu mengimpikan syurgaMu :'( *lap hingus* semoga aku terus diberikan kekuatan untuk terus berjuang, tabah dan kuat!!!nak jadi super doktor muslimah, InsyaAllah....


    Jazakillah khair sister sepanjang jadi murabbi akak banyaaaak sangat membuat hati saya tersentuh dan menangis, mengenangkan dosa-dosa silam dan tanggungjawab di masa depan...semoga ukhwah kita bukan sampai di sini saja, UKHWAH FILLAH!!!




    "...dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mananya keduanya 
    berkumpul dan berpisah kerana Allah..." 
    (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...