nuffnang

Tuesday, September 17, 2013

cukup ikhlaskah aku?




hidup.life.

kenapa kita hidup?kenapa kita di sini? lepas hidup nak buat apa?

kenapa Allah uji aku? kenapa bukan orang lain?

kenapa dia nampak happy?kenapa aku sering ada masaalah?

persoalan kenapa dan mengapa?

ehem.

kita seringkali mengeluh.
kita selalu rasa dunia ini tak adil.
kita sering rasa yang kita sering diuji.
kita selalu cemburu dengan orang lain.


seringkali, acapkali dan berkali kali persoalan ini akan bermain-main dalam fikiran. itulah masalah kita, masalah hati. sering merasakan diri sendiri selalu tidak dipandang, selalu dianggap tak berguna.

Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Allah rindu nak dengar rintihan kita.

ya. acapkali aku menangis.banyak sebab yang membelenggu.
tapi itulah, perasaan yang tak terluah itu kekadang membengkak dalam dada dan membuatkan dada sesak.
sekali kalau keluar takut terhambur semua, bercampur dengan nafsu dan syaitan.


 astaghfirullahala'ziim..ini ke yang kau belajar selama ni? ini ke yang kau dapat dari bulatan gumbira tu? pergi konferens riang tu? ini ke yang dikatakan sosok yang nak membina ummat. puiii. perangai pun lebih teruk dari aku. sentap bukan?

iyaa...banyak orang di sekeliling, banyak orang yang memerhatikan kita. segala tindak tanduk akan diperhatikan tanpa kita sedar ataupun tidak. makanyaaa...sekecil-kecil benda yang kita buat pun akan dipersoalkan oleh mereka yang mungkin tak berapa nak faham lagi. kita manusia biasa kot -,-"


bila ada yang sinis kita mudah terasa.
bila ada yang mengata kita mudah melompat.
bila orang mengeji kita balas balik.

heh. itu ke qudwah hasanah? jauh panggang dari api.

kena belajar untuk ikhlas. aku tau benda ni susah, aku juga masih belajar.
takut sangat kalau takde ikhlas tu semua benda jadi sia-sia.
yang ada hanyalah penat semata, habis masa, wang dan tenaga.
mungkin popular di mata manusia tapi hina di mata Allah.
nauzubillahimindzalik T_T

kalau aku ikhlas aku takkan mengungkit.
kalau aku ikhlas aku takkan ingat kebaikan yang aku buat kat orang.

ya Allah aku mohon padamu.
kukuhkanlah hati-hati kami semua
supaya ikhlas dan semua amalan kami diterima.

amiin ya rabbal a'lamin.


semoga Allah redha ^_^ 

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...