nuffnang

Wednesday, January 2, 2013

sedapnya makan dalam talam :)

Assalamualaikum........


saat mengajak mereka makan, kita bimbang....bolehkah mereka makan dalam talam? boleh ke tak mereka nak berkongsi makanan yang diletakkan dalam satu talam makan beramai-ramai... letak nasi, lauk dan sayur kemudian kongsi makan dalam satu talam 5-6 orang...mungkin tak semua orang sama, ada yang kata:


 "ewww geli wehh makan macam tu, tangan dia tu bukan bersih sangat"

"macamana nak share foods macamtu, makanan ditolak ke sana sini..tak sukaa"




berbagai-bagai tanggapan lagi, tapi percayalah banyak sebenarnya kelebihan makan dalam talam ni, masa ni sesi ta'ruf pun boleh berlaku...dia tak suka makan timun, dia pulak tak makan udang...ohh dia suka makan terung dan banyak lagi..secara tak langsung ukhwah tu terjalin, kita dapat kenal sahabat dan saudara kita dengan lebih dekat...hubungan menjadi rapat walaupun baru kenal, tapi lepas makan setalam rasa macam dah lama kenal...ecececee...



nenek selalu cakap sukaaa sangat kalau anak cucu balik ramai-ramai, makan ramai-ramai rasa berselera, makan bertambah tambah walaupun lauk biasa-biasa je...sebelum ni kalau duduk rumah sorang-sorang atau ada sorang anak je teman makan, lauk sedap pun makan sikit...walaupun tak makan dalam talam, kami keluarga besar...makan tu buat bersila, duduk dalam bulatan besar lutut bertemu lutut..wahh terasa sangat best makan macam tu..rinduuu :*


bukan solat je berjemaah, makan pun boleh berjemaah, beramai-ramai...makan berjemaah ni sunnah Rasulullah :)


“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).




bila makan dalam talam ni, makanan yang sedikit boleh jadi cukup untuk ramai orang, portion untuk seorang boleh dikongsi berdua...rasa kenyang tetap sama, tak percaya??cubalaa duluu...kemesraan yang terjalin saat makan bersama-sama tu yang best, timbul rasa kasih sayang dan cinta...haipp, jangan salah faham...tak ada cinta songsang di sini, tak boleh juga kongsi dengan yang bukan muhrim yee...cinta yang terlahir itu adalah cinta kerana Allah, terasa kebersamaan tiada beza usia, pangkat, senioriti...semua boleh makan dalam satu talam yang sama ^^



bila makan dalam talam ni tiadalah membazir, kalau ada yang makan sedikit dan tak dapat habiskan ada sister yang tolong habiskan...siap boleh sambung lagi, dah habis talam sebelah pergi sambung makan talam yang sebelah lagi...sama-sama tolong habiskan, akhirnya tidaklah berlaku pembaziran...kekadang makan dalam pinggan ni mungkin ada yang tak biasa nak habiskan makanan dalam pinggan orang lain kan??tapi bila makan dalam talam ni, jarang ada yang tak habis..semuanya licin..alhamdulillah...nikmat keberkatan rezeki Allah bagi :)



kalau korang baca firts sentence in the first paragraph mesti rasa macam 'gak nyambung' kan?? hehee..ajak sape?? kenapa takut tak nak..hehee..mehh ada cerita sikit....kitorang buat program dengan adik-adik junior yang baru masuk, ajak makan dalam talam dan ada sorang chinese girl, kitorang tanya dia selesa ke nak makan macam ni??dia kata dia ok..biasanya kawan kalau kat intec yang chinese sahkan nak share makan macam tu, makan dengan tangan pun tak biasa...tapi dia ni lain sikit, seronok katanyaaa makan macam tu..


bila balik rumah dia ajak kengkawan dia yang lain pergi beli talam, nak makan macam tu..comels kan??comel shangatt...heheee..cik jah overr :p


first time tengok video kat bawah ni rasa macam ukhwah sesama mereka sangat comel, indah..ohh kaum adam boleh jadi comel cenggitu apatah lagi kita kaum hawa yang dah sedia comel ni kan? ehh...kalau dah tengok, boleh tengok lagii..ada sambungan dia nanti cari sendiri tomato 2.0 ^_^







selamat makan dalam talam! ehh...selamat tahun baru dua ribu tiga belas!! selamat mengejar dan mencari keredhaaNya ^_^





Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...