Assalamualaikum...
Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah s.w.t sebab masih lagi memberi peluang untuk kita hidup pada hari ini, untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Dia insya Allah..sekarang ni dalam fasa akhir2 pre-klinik. Alhamdulillah Allah permudahkan.
update harini just nak share tentang majlis angkat sumpah angkatan 2009 yang berlangsung baru-baru ini.sekalung tahniah buat kakak-kakak dan abang-abang yang dah berjaya bergelar doktor, seramai 50++ orang doktor baru yang dilantik. majority adalah anak Malaysia, sebabnya kalau indonesian mereka mesti tunggu ujian UKDI (ujian kompetensi dokter indonesia) terlebih dahulu. majlis tersebut terasa sangat 'malaysia' mungkin kerana ramai kakak2 malaysia, kemudian ucapan dari wakil pelajar tu banyak bercakap tentang pengalaman mereka kat sini. rasa sangat best sebab mereka ramai, rasanya satu angkatan ada dalam lebih 80 orang kalau nak dibandingkan dengan kami yang cuma bertiga belas.
masih ingat lagi masa zaman muda-muda dulu beberapa tahun lepas ada cakap dekat mereka bestnya nak koass! dah habis 30 blok! tapi Alhamdulillah hari ni saya pun dah settle 30 blok, ermm cuma ada lagi satu blok nak kena ambil di semester pendek yang akan mulai next week. kemudian dah ujian osce jugak dan selasa ni ada lagi dua stasion, doakan saya dapat lulus semua!! doakan saya dapat cepat-cepat masuk koas jugak dan habis! terima kasih doakan! <3 love untuk korang...hiks!heheee...
koas adalah clinical year lah sebenarnya atau nama panjangnya co-assistant..insya Allah kalau dipermudahkan Allah saya akan masuk koass tak lama lagi :) saya jenis yang suka practical berbanding theory, sebab tu teory tak berapa mantaps, alasan la kot >_<' saya nak belajar bebetul dan grab banyak-banyak ilmu dan experience agar saya boleh jadi doktor yang bijak dan berjaya suatu hari nanti. terima kasih jugak doakan!heeee..banyak bercakap hal diri sendiri..target saya nak jadi doktor ummah, bukan sekadar rawat penyakit yang mereka alami tapi rawat jiwa patient jugak, doakan mereka, ingatkan mereka suruh ingat Allah, ingat solat dll. :)
oh ya majlis pada 27 january haritu diadakan di auditorium ukrida.ramaila jugak mak ayah dan adik kakak yang datang bersama-sama memeriahkan majlis dan beri sokongan kat anak-anak yang bergelar doktor ni. mak ayah mana yang tak bangga dan gembira, anak dah dapat title doktor kan...turn saya dua tahun lagi, insya Allah...semoga ma abah gembira juga sebagaimana mak ayah orang lain bila tengok anak-anak mereka berjaya...
senarai nama doktor-doktor yang baru dilantik. congrats dear doctors!! be a good doctor, wait for us! heheee...alhamdulillah dah ramai alumni doktor dari ukrida dah balik dan bekerja, dari HO dah jadi MO dah...nanti bolehla bagi tunjuk ajar dekat kami adik2 ni..heee ^^
share gambar sekeping..dengan dr basirah, dr ashira dan adik2 angkatan 2013. saya ni kira senior la jugak kan, dah ada 3 junior di bawah :p jazakumullah khairan kakak dokters berdua, banyak sangat tolong dan ajar kita sepanjang di Jakarta...kak shira orang mula-mula bawak kita pergi shopping beli kasut, belanja teh poci masa second day di Jakarta dan banyak-banyak lagilah...tak boleh nak sebut semuanya, semoga Allah yang balas semuanya dan saya berdoa kakak berdua jadi doktor yang berjaya, doktor ummah dunia akhirat ^^ sama juga buat doktor2 yang lain especially kakak abang PKPMI-CJ yang pernah kerja sama-sama dulu, dan semualah yang tak dapat jugak nak sebut sorang-sorang..heheee...
inilah mereka semua bersama barisan pimpinan malaysia di jakarta, ada pak warden, prof, EM dan jugak doktor goenawan yang banyak membantu anak-anak malaysia di ukrida...terima kasih semua... tema kuning+ turqoise depa haaa...katanya kampus ada bagi pilihan warna jadi kita pilih supaya seragam semua orang...tapi cantik jugak warna ni, i like warna baju tu :)
maybe i should end this post.
tiap hari rasa nak update, tapi tergendala..heee...
besok exam skill lab blok 30, skill lab evacuation...last skill lab :)
itulah kehidupan, sekejap je berlalu..
time flies so fast, dah 3 tahun setengah jadi warga ukrida, tinggal di jakarta. tapi banyak mana benda yang kita dah grab, ada improvement tak dalam diri?hmmm...fikir fikirkan..
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment