nuffnang

Friday, January 10, 2014

surau CP


Bismillah. 


tadi ada jumpa dengan sisters dekat CP. lepas tu cari barang sikit dekat carrefour dan solat maghrib kat cp. Nampak sorang akak ni tercegat kat tepi, dah ambil wuduk dah tapi tunggu turn telekung. Telekung kat cp tu bukannya banyak sangat, tak sampai 10 pun rasanya..agak lama la jugak dia tunggu sebab time aku masuk, belum wuduk lagi dia dah tunggu kat situ. Entah bila tengok dia rasa sangat sangat sebak. Laju pulak air hujan mengalir kat pipi.wuwuwu...


#Flashback#


Masa first year, aku masuk surau yang sama. Surau tu macam tu la tak pernah berubah. Aku masuk dengan jeans, tshirt lengan tiga suku camtu muat muatla pakai pastu pakai shawl pendek yang segan segan je tutup kepala. Kejadian sama jadi kat aku, aku tunggu telekung boleh tahan lama laa sebab time tu baru masuk waktu dan peak hour. Orang ramai sangat nak buat apa pun tak tahulah.


Nak solat? Tau pun tak sah. Dahla tak tutup aurat dengan betul. Kononya rasa dah tutup aurat tapi bila nak solat tau pulak tak sah kan..tau pulak bila nak solat nak cari telekung nak tutup semua bagai..tapi keluar jalan-jalan dan jumpa orang ramai takpe pulak..ke tak perasan Allah nampak je semua tu.


Tengah solat tu entah kenapa rasa sangat sebak je. Hujan mengalir tambah tambah deras. Oh lupa nak cakap aku pakai baju kurung biasa je, tudung bidang 55' pakai handsock dan stokin. Kira lepas la nak pakai buat solat, insyaAllah..rasa sebak dan sedih sebab aku pernah berada di posisi itu, nak solat tunggu telekung takde. Bila kawan yang tutup aurat sempurna boleh solat macam tu je rasa macam bestnyaa dia, solat tak perlu pakai telekung. Ermm.


Alhamdulillah alhamdulillah. Aku rasa sangat sangat bersyukur sebab Allah mengurniakan aku perasaan ini. Rasa sedih malu dan segan dengan dosa dosa aku yang dulu. Semoga rasa ini akan terus terpelihara sebab aku rasa benda ni lah yang boleh buat aku istiqamah..permainan hati dan perasaan, bukan semua orang boleh rasa apa yang kita rasa sekarang...doa jugak biar orang lain pun boleh rasa benda yang sama.


Kini aku dah tahun ketiga. Belajar medic. Banyak perubahan yang berlaku, baik fisikal, mental maupun rohani. Ya Allah jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur, yang sentiasa berusaha mencari keredhaanMu. Semoga Allah redha dengan aku dan aku juga redha kepada Dia.


InsyaAllah. Bak kata sham kamikaze "kepada sahabatku yang baik dan belum menutup aurat silakan menutupnya :) Allah maha pengampun"




Hanya Allah dan syurga motivasi tertinggi. InsyaAllah :)

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...