nuffnang

    Showing posts with label jaulah. Show all posts
    Showing posts with label jaulah. Show all posts

    Sunday, January 5, 2014

    jaulah jogjakarta (part 2) - keraton, gunung merapi, candi prambanan

    Assalamualaikum...

    sambungan dari jaulah jogja part 1

    31 disember 2013

    pagi-pagi lagi dalam pukul 8 camtu kami keluar rumah dan bergerak ke keraton. keraton ni macam tempat sejarah dekat jogja la jugak. ada tempat tinggal sultan dan tempat tu sebenarnya masih digunakan untuk majlis keramaian seperti hari raya dan sebagainya. terdapat juga pameran pakaian yang diorang pakai dan gambar-gambar sultan lama. menarik memang menarik tapi yang agak menyedihkan adalah rajanya adalah islam tapi mengamalkan kepercayaan khurafat. orang-oranya juga memakai pakaian yang seolah-olah berkemban pada tiap kali upacara. kesian jugak menengoknya.



    kami dibawa oleh tour guide yang menunjukkan tempat-tempat dan menerangkan pada kami.kat betul-betul tengah dataran tu kami dapat lihat ramai bapak-bapak yang mostly dah tua berpakaian serupa dan berkaki ayam tengah duduk-duduk. bila ditanyakan, mereka sebenarnya adalah rakyat yang tinggal di tanah raja tanpa bayaran jadi mereka harus mengabdikan diri mereka secara sukarela secara bergilir-gilir. mereka duduk di situ untuk diambil absen (kedatangan) dahulu. 



    inilah pakaian diorang. katanya mereka harus duduk dekat kawasan keraton tu secara sukarela. tapi mereka ada yang buat kerja lain juga untuk menyara kehidupan, jadinya duduk-duduk di situ hanya part- time dan bergilir-gilir gitulah...


    lepas keluar dari keraton, kami pergi ke kawasan sekitar malioboro untuk membeli sedikit cenderamata untuk housemates dan kenang-kenangan buat diri juga. oh kami pergi juga ke tempat pembuatan batik, jogja terkenal dengan batiknya juga. cantik sungguh batik, secantik harganya..hehee..harga paling murah rp150k yang saiznya sebesar poskad.

     antara corak batik dengan tulisan Al-fatihah di atasnya. cantik!


    kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke gunung merapi. breakfast nasi uduk atas kereta..hehee... sampai je kat kaki gunung merapi tu sungguh sejukk..kami mesti naik jeep untuk pergi naik lebih atas dan ke tempat persinggahan area gunung merapi tu. jalan kat situ memang mencabar habis. kami ambil 3 jeep sebab 1 jeep tu boleh muat 5 orang. untuk short journey bayar rp250k untuk satu jeep..boleh jugak nak sewa motor tapi dengar kata kalau motor lalu ikut laluan lain, pakai jalan raya dan tak begitu mencabar.


    awalnya cuaca baik je, ok confession ni first time saya naik jeep yang boleh berdiri camni..seronok tauu! hehee :p saya rasa sangat best, hirup udara dingin, jeep bergoyang macam roller coaster dan tengok keindahan kawasan kat situ. ada orang cakap "rasa macam kat oversea" hehee..selama ni dok jakarta tak rasa yelahh hirup udara sampah dan asap, macet tiap hari, panas lagi. mana nak cari nature yang macam ni? hehee... apapun, alhamdulillah, setiap apa jua ciptaan Allah tu tidaklah sia-sia tapi kita ni manusia cepat sangat nak complain sana sini kan..hehee ^^



    lebih kurang camtulah gayanya, tapi di pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya wehoo..kami terpaksa tutup jeep dan duduk diam-diam...perhentian pertama adalah tempat peninggalan time gunung merapi memuntahkan isinya..banyaklah barang yang dipamerkan seperti botol-botol yang dah lebur, alat senjata api dan banyak lagi. botol-botol tu biasanya takat lebur dia lebih kurang 1000degree celcius. bayangkanlah betapa panasnya kann...rasanya lebih panas sebab kawasan ni macam dah agak kebawah sikit. 


    contoh komputer tv yang separa lebur. banyak lagi kat situ ada rangka motor, pinggan mangkuk dan rangka binatang yang mati pada saat kejadian. 

     ok ni dekat perhentian ke-2. kat bawah tu dia macam ruangan untuk orang menyelamatkan diri ke macam tu, tapi sebab time ni hujan air membanjiri, tapi ada kawan masuk katanya hanyalah ruangan kosong macam tu je. menurut cerita orang kat situ ada yang meninggal kat dalam tu sebab tak sempat pun nak selamatkan diri. seram jugak mendengarnya..kat sini kami banyak bergambar, haa macam-macam gaya dalam hujan :)



    ok ni pula perhentian ketiga, perhentian terakhir kami. perasan tak batu tu bentuk apa? cuba tengok betul-betul. batu ni berbentuk wajah manusia gergasi...hehee..tapi wajahnya tidak terlalu jelas kelihatan pun, bergambar jugak kat sini...apa yang best kat area sini boleh tengok lorong tempat larva tu keluar. gunung merapi ni aktif, akan meletup bila-bila masa je dalam masa 4-7 tahun. terakhir meletup tahun 2010, time tu pukul 12 malam...so boleh jadi tahun ni meletup lagi? wallahua'lam...


    untuk pengetahuan anda sayalah pembawa jeep itu! weeho!silalah buat muka percaya :p


    subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah ^^ gunung merapi. walaupun kau memusnahkan jiwa dan harta benda namun engkau memberi manfaat...engkau menjadi tempat wisata di mana manusia seluruh dunia datang nak melancong ke sini...orang-orang boleh berniaga dan mendapat pekerjaan di situ. engkau juga menjadikan tanah sekitar subuh, boleh bercucuk tanam...hebat bukan? macam manusia juga, dari satu sisi keburukan yang kita nampak kat seseorang apa kata apa benda baik yang dia dah buat? apa manfaat dia pada orang ramai? intai kebaikan, sorokkan keburukan :D


    ok lepas turun dari gunung merapi kami ke candi prambanan. ok ada kisah yang saya nak coretkan kat sini, walaupun tiada yang membaca, bolehla saya sendiri yang baca suatu hari nanti :p  harga untuk orang indonesia adalah rp35k dan kalau tourist/international rp120k, punyalah jauh perbezaannya tu..kami kan student kat sini..suruh bapak supir yang belikan tapi dia cakap pulak mahasiswa dari malaysia memang akan kena mahal la kan, cakap jelah dari jakarta. bukan menipu memang benar kami dari jakarta kan? pandai-pandailah kita ber'ghulam' di sini..hihii...Alhamdulillah lepas tunjuk student card tu kami dapat je harga local ;)

    oleh sebab semalam tak sempat pergi candi borobodur, alhamdulillah sempat jugak kali ni ke candi prambanan...sebenarnya takdelah apa sangat, hanya batu-batu tempat tinggalan orang hindu dulu beribadat je. tapi orang kata kalau pergi jogja tak pergi candi macam tak lengkap gituu...candi lembah bujang dah musnah dah..huu...so masuk ambil gambar, dan pusing-pusing...orang kata panas kalau pergi siang, tapi kami time ni memang hujan rintik-rintik dan memang dah petang nak maghrib dah pun.



    ok letaklah sekeping gambar tanda dah sampai sini :p perasan tak gambar tu banyak warna hijau? sebenarnya time dekat gunung merapi tu tetiba camera jadi semua warna biru akan jadi hijau dan merah jadi pink. baju kami mostly biru termasuk baju hujan kat belakang tu pun biru jadi warna hijau..alamak handphone guwaa T_T rasanya masuk air, tapi bila tukar default setting balik jadi ok macam biasa. tertekan setting camera la kot..heheee...alhamdulillah ok saja ^^

    sebenarnya banyak sangat orang menjual cenderamata kat bawah lepas turun candi tu, tapi sebab tak larat fikir nak balik dah penat seharian berjalan malas nak singgah dah...hehee...sebenarnya kami ada plan untuk ke dieng pada keesokan harinya, tapi sebab semua dah macam penat, lepas tu cuaca macam agak tak mengizinkan sebabnya  nak pegi dieng tu untuk tengok sunrise sebenarnya..orang kata jugak pemandangan kat situ cantik, tapi kalau hujan memang kami tak dapat tengok apa juga. lepas bersyura dengan semua ahli mesyuarat tingkat, kami decide tak pergi dieng dan buat aktiviti bebas pada hari ke-3. ada yang ke malioboro, ada yang ke spa dan ada yang masak-masak kat rumah..oh ye saya berdating dengan kawan sekolah yang study kat UGM ^^

    alhamdulillah jaulah dua hari yang cukup bermakna, berjalan bersama-sama sisters jakarta..hehee...insyaAllah panjang umur murah rezeki kita berjaulah lagi ^^



    Saturday, January 4, 2014

    jaulah jogjakarta (part 1) - water & cave tubing, jejamuran.

    Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum..

    Alhamdulillah Allah memberi ruang dan peluang untuk saya mencoretkan sesuatu di sini,berkongsi rasa dan pengalaman. post pertama di tahun 2014 :)

    oasis tamat 29 dis 2013. insyaAllah saya akan turut tulis tentang oasis.


    30 Disember 2013
    pagi pagi kami dah bangun dan seperti biasa qiam, solat subuh dan baca almathurat. kami bertolak kira kira pukul 8.30 pagi.sebelum memulakan perjalanan kami diingatkan dahulu tentang hadaf jaulah, nak mengeratkan ukhwah dan mentadabur alam .kami dibahagikan  kepada 2 kereta. kami berlima belas, jadi satu kereta 7 orang dan satu lagi 8 orang.


    awalnya kami ingin ke air terjun gethuk dan kemudian ke cave tubing. namun kami harus memilih salah satu kerana kedua dua tempat itu berlainan arah. kami semua bersepakat untuk ke cave tubing, waterfall tu dekat bogor boleh pergi. hehehe..kami memilih paket oya water tubing dengan cave tubing. oya water tubing tu rp45,000 dan cave tubing rp30,000 seorang namun dapat potongan rp5,00 dan setiap orang perlu membayar rp70,000 tiap orang.


    sampai ,kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan untuk ke tempat starter oya water tubing tu kami kena naik lori kecik. dalam tu duduk sekali dengan pelampung besar semua. sepanjang perjalanan tu subhanallah sangat cantik pokok menghijau. jalannya juga agak mencabar, bak kata mereka ini jaulah ke mukhayam? kekee...2 in 1 pun boleyy ^^


    orang yang kenal saya pasti tahulah saya memang suka mende-mende macam ni...panjat memanjat, terjun menerjun..hihii..awalnya kami dilepaskan satu persatu mengikut arus sungai dan kemudian kami kena berkumpul untuk saling berpegangan, boleh pegang tali kat tepi tube atau pegang tangan..kami hanya duduk atas pelampung tu dan bapak tu tarik, kemudian kami wat bulatan. ini namanya bulatan gumbira di atas air. rasa sungguh comel dan kool bergaya...


    ada satu point yang kita boleh terjun dari aras 4meter atau 8meter. kami semua pilih yang 4meter, itupun dah cukup tinggi. belum berani untuk yang 8meter. saya jadi penerjuan no. 2 dalam kalangan kami.. hehee...perasaan yang  sangat best bila dapat terjun dan berenang-renang ke bawah waterfall..kerana arus air sangat deras sampaikan nak berenang pun susah, tak dapat melawan arus...hehee..dalam fikiran saya, alhamdulillah kami memilih untuk water tubing instead of pergi waterfall sebab kat sini pun ada waterfall jugak. kira paket, 3 in one gitu..


     kerana kami tak bawak camera, yelahh habislah basah kalau bawa ni gambar saya carik kat google..hehe...tempat di mana lelaki itu berdiri di situlah tempat terjunan dan lepas terjun tu boleh pergi main air terjun kat bawah tu...haa gituu...tube atau pelampung inilah yang kami pakai..sebenarnya ada paket ambil gambar bayar rp100k tapi time tu kami tak tahu pun.


    sepanjang ber'tubing' ada yang share apa yang diorang dapat sepanjang perjalanan, ada yang kata terjun tu ibarat kita mencabar kemampuan diri sendiri yang mana kita mampu melakukannya tapi disebabkan rasa takut dan tak berani mencuba tu kita tak dapat buat. ada yang cakap masalah rasa macam dah keluar dengan hasil terjunan..hehee..menarik sungguh! ada jugak ibrah dari bapak yang bawak kitorang, dia share yang pernah ada peristiwa anak tercampak dari pegangan ibu sebab arus terlalu deras dan pak cik ni cakap hidup ni kena ada kemajuan, kalau harini bantu seorang esok kena bantu 2 orang gitu..


    sampai dekat penghujung, kami naik truck lagi untuk ke tempat seterusnya, cave tubing di gua pindul!. oh ye sejarah gua pindul ni asalnya dari seorang baby dibawa mandi di sungai kat gua ni, lepas tu pipinya terbendul (terlanggar) dinding gua. pindul tu bahasa jawa, kalau bahasa indonesia terbentuk dan bahasa melayu terlanggar..hehe..jadi diambil singakatan, pipi terbendul: pindul. haa inilah uniknya indonesia! main gabung perkataan tu memang diorang juara, tapi senang juga jadi ringkas..hehee...



    di sini agak mencabar juga sebab line up tersangatlah panjang sampai kami dah bosan menunggu...time dah nak dekat masuk tu hujan turun, allahu rabbi sangat sejuk!! time tu rasa macam berdebar jugak boleh ke masuk gua dalam keadaan hujan yang macam ni  takut jadi apa-apa kang.time tu ada anak kecik menangis kesejukan ke ketakutan. kita yang dewasa ni pun sejuk dan takut apatah lagi yang kecil. lepas tu bapak yang jaga tu suruh orang yang bawak anak ni jalan dulu dan alhamdulillah kami tak menunggu lama lepas tu boleh masuk.


    bila dah kat dalam tu sangat best! bapak yang tunjuk kat kitorang tu explain semua benda yang ada kat gua tu. dalam gua tu sangatlah gelap tapi dia suluh dengan lampu. ada banyak sangat kelawar yang duduk bergantungan, ada burung-burung, lepas tu nampak kristal yang sangat cantik berkilau-kilau. subhanallah!!! first time tengok kristal dalam gua macam tu, bapak tu explain pasal stalaktik dan stalakmit dapat pegang kristal jugak. alhamdulillah sangat best dan rasa berbaloi je untuk perjalanan 350meter.


    sampai ke hujung gua, naik dan ganti pakaian...hujan turun lagi dan kami kesejukan tak dapat pergi candi borobodur, oh ye plan asal nak pergi candi borobodur lepas cave tubing tu...tapi sebab dah lambat, hujan, sejuk kami semua bersepakat untuk terus pergi cari tempat makan. kami pergi makan dekat jejamuran. salah satu wisata kuliner yang popular kat jogja. makanan berasaskan jamur, bagi yang tak tahu jamur adalah cendawan..hehee...ada jamur crispy, sup jamur, jamur goreng masam manis, goreng penyet dan banyak lagi.





    lepas tu terus balik falah..hee..banyak sangat benda dapat dalam sehari, insyaAllah saya update part 2 :)

    Sunday, December 8, 2013

    jaulah ruhiyah Anyer

    Assalamualaikum..

    kisah jaulah.
    hanya sebentar tak sampai sehari pun.
    singkat tapi berbekas.


    bukan sekadar titik dan goresan.
    tapi luka yang amat dalam.
    menggores hati dan menusuk tajam.


    kami bertolak kira-kira tengahari sabtu.
    perjalanan yang boleh tahan lama, ditambah macet dan sebagainya.
    alhamdulillah sampai jua.


    tempat yang sama dengan villa yang pernah buat ISK dulu.
    Ya Allah rindu sangat..rindu dengan semua..
    rindu dengan hati-hati itu. rindu pengalaman itu...
    pengalaman pertama kali handle program.
    bukan sekadar program biasa, malah lebih dari itu...



    bersama-sama duduk di tepi pantai.
    berlantaikan pasir berlapikkan tikar.
    berbumbungkan awan dan langit membiru.
    bertemankan bunyi ombak menghempas pantai tanpa lelah.


    mendengar mereka, ya mereka yang saya sayang kerana Allah.
    berdoa dengan ikhlas dari lubuk hati masing-masing.
    merasakan kerdil di bumiMu.
    merasa diri penuh noda dan dosa.
    merasa diri sangat hina di mataMu.


    namun tidak pernah bosan, tidak pernah berputus asa mengharapkan cahaya dariMu
    pengharapkan keredhaan dariMu.
    mengharap pertemuan denganMu.


    entah mengapa. hati aku kekadang tertanya-tanya.
    layakkah aku disini?
    layakkah aku bersama-sama mereka disini?

    ya mereka solehah.
    tapi aku?
    T_T


    Masih lagi banyak kekurangan.
    masih banyak lagi perlu aku belajar.
    masi banyak perlu aku ubah.

    problem sikit rasa malas. rasa nak marah.
    ya Allah.

    susah memang susah.
    panjang dan berliku.

    rasa takut nak jadi dewasa ;(





    Tuesday, July 30, 2013

    mabit dan jaulah ke bandung




    Alhamdulillah...tak sampai sehari pun tapi banyak benda dapat. dapat rasa kesejukan yang teramat sangat tidur dalam masjid yang best ^^ dapat solat terawih, qiam, sahur, pengisian yang membasahkan jiwa dan bertemu sister dari merata tempat ada dari china, dari bandung dan malaysia.


    mengisi jiwa di bulan ramadhan. mari menjadi hamba rabbani!

    Saturday, July 6, 2013

    taman bunga nusantara with kunang-kunang

    Assalamualaikum....

    minggu lepas kami pergi berjalan-jalan ke bogor bersama kak adibah, time ni kak diba tengah last stase sebelum balik BFG....wuuuu bestnyaa dah habis, masa untuk berbakti untuk rakyat malaysia, hehee


    pagi-pagi sabtu tu kami bertolak dari rumah naik teksi ke stasiun cawang untuk ke bogor, naik train tak ramai sangat orang dan tunggu sekejap je dah sampai dalam pukul 7.30 camtu dah sampai sana...


     kak diba dah tersengih tunggu kitorang ^^
    kesian jugak, baru lepas balik dari on call malam tadi, pepagi kena layan kitorang..hehee


    kami sewa kereta dari bogor je, memang jauh pun nak naik ke puncak ni sebenarnya, separuh dari perjalanan ke taman safari dah...nak pulak kami kena time jalan tutup tu, memanf tidur jela dalam kereta...oh yeah, aku berjaya habiskan satu buku umar abdul aziz dalam kereta tu..lama kan??


     dah sampai....dalam pukul 12.30 camtu kami pun sampai, alhamdulillah :D



    bunga tu banyak-banyak bunga tahi ayam je kat taman jam tu, tapi disebabkan dia susun dan banyak-banyak dengan tone warna kuning oren dia jadi cantik...


    konon-kononya baca peta la nak pergi jalan mana pulak lepas ni, heee


    waktu pun dah siang, matahari memancar tegak di atas kepala....alhamdulillah dalam kereta masa perjalanan tu hujan, terfikir jugak macamana kalau hujan tak dapat berjalan-jalan sebab pernah ada senior cerita diorang tak dapat berjalan pun, payung takde nak jalan-jalan pun susah sebab hujan...


    tapi kita selalu macam tu, time panas nak hujan, lepas tu kalau hujan ternanti-nanti bila hujan nak berhenti...selalu tak puas hati, itulah manusia....Allah dah atur rancang elok-elok dah, semua benda even benda-benda kecil pun ada hikmahnya cuma tunggu kita nak tengok semua tu dari side mana....aku sebenarnya bersyukur sebab kenal dengan mereka, orang banyak mengajar aku tentang kehidupan, dari aku tak tahu apa-apa sampai alhamdulillah sekarang even tengok langit pun mengajar aku sesuatu ^_^


    kat dalam taman bunga ni ada banyak taman-taman lain lagi macam taman jepun, bali, taman perancis, taman ros dan ada tempat bermain-main go-kart, moto-cross, boleh main kuda dan banyak lagi lah...tempat picnic dan rumah kaca pun ada.


     bergambar dekat depan taman bali...bila nak sampai bali pun tak tahulaa..jauh wooo, tiket lebih mahal dari balik malaysia...insyaAllah one fine day, kalau tak sekarang time belajar kat sini mungkin nanti kalau panjang umur dan diizinkan Allah :)



    ni taman merak, tengok diorang tanam bunga dan buat ekor merak tu, cantik kan? ;)



    kami jumpa white swan! cantik :)


    i can't drive, can i join???cuak jugak sebenarnya tapi diorang kata boleh aku pun main ler..hehee

    muka excited sebelum main...i lead them! heee

    sempat lagi kan berborak time main go-kart...heeee


    rumah kaca :D


    Dalam pukul 3.30 camtu kami pun turun sebab nak singgah beli susu dekat cimory dulu dan ingatkan nak makan dekat wisata kuliner, tapi kami stuck dekat jalan nak turun dari puncak bogor tu hampir dua jam....kereta sewa hanya sampai pukul 8 dan kami nak kena kejar train balik jakarta pulak...so kami decide not to eat at that night dan hanya berhenti beli susu dan yogourt je kat cimory....berborak-borak dalam kereta sampai tak rasa lapar, berkat berjaulah mungkin? heee....tak kisahla kan, apa-apa pun yang kita buat pasti ada tarbiyah Allah di sebaliknya. kalau takde train balik jakarta memang kami kena tidur kosan kak diba dah dan belik esoknya..

    kat cimory, pinjam lembu pink jap, comell..hihii...alhamdulillah kami sempat kejar train, lepas solat naik train turun jakarta...ok ada cerita kelakar, kami dah bersiap-siap nak turun kat stasiun juanda tu, aku keluar dulu tapi time tu haz nak check kalau ada brang tertinggal dan aku keluar sorang...pintu tertutup!! huwaaa, aku ketuk2 pintu panggil farah tapi apa boleh buat tetinggal sorang kat luar T_T  cuak jugak sebab time tu dah malam hampir pukul 11 dan takde orang sangat kat situ...diorang turun next stasion dan ambil aku pakai teksi...


    Alhamdulillah ni mungkin last keluar bersama kunang-kunang, kak diba pun dah nak balik malaysia...back for good, tinggallah kami kat jakarta ni yang masih lagi kena teruskan sisa-sisa kehidupan....semoga ukhwah yang terbina ni tak terhenti sampai di sini tapi berkekalan selamanya, sampai syurga insyaAllah....kunang-kunang akan sentiasa di hati, berkelip-kelip memberi cahaya kepada orang lain yang dalam kegelapan, walaupun kecil tapi berguna...weeee...semoga kita dapat menyumbang sesuatu kepada ummah, doakan kami


    jaulah ke taman bunga yang banyak tarbiyah, jzkk semuanya!



    Saturday, January 7, 2012

    Trip to Surabaya and Malang - Bromo Mount- (part 2)

    Assalamualaikum...


    As i promised before, in the previous entry 'Trip to Surabaya and Malang (part 1)' i'll update about mount Bromo =D 




    lepas je kitorang habis petik jambu dan epal, menikmati jus jambu serta waffle...kami terus singgah solat dan makan, apa yang agak pelik ialah apabila kami singgah di masjid untuk jamak maghrib dan isyak ialah ada kuliah maghrib dalam bahasa jawa...heehe, memang tidak pelik sebenarnya sebab kawasan tu memang kawasan jawa timur tapi kami yang terpinga-pinga...orang-orang kebanyakan pun cakap jawa...hooho~


    selepas usha pasar malam dan makan dekat kawasan situ, pengembaraan ke Bromo bermula...jarak masa dari bandar ke kaki bromo lebih kurang 4 jam, kami tidur dalam bas jelah..memang tak ambil penginapan..sampai dekat kaki gunung dalam pukul 2 pagi dan kitorang tunggu jeep untuk naik ke sana...sebelum naik gunung tu pun dah rasa kesejukan mencengkam hingga ke tulang, nak ambil wuduk untuk solat subuh pun tak tahan terketar-ketar...perh..sejuk gilaaa!!!patutlah senior dah cakap jangan lupa bawak jaket, sweater, baju tebal dll :)


    kami tak terus ke Gunung Bromo, kami naik Gunung Pananjakan dulu yang terletak berdekatan situ untuk tengok sunrise di pagi hari...we were unlucky because the day was rainy and cloudy and we can't see sunrise...sesape yang rasa malas berjalan, bolehlah naik kuda ni untuk ke puncak, masa gunung pananjakan jalan kaki je, naik bromo sampai ke tangga tu tunggang kuda...best wooh!! dahla first experience ^^


     bersama kuda :)


     mereka dan saya..ekekekkeek :)


     ni pemandangan dari pananjakan


     tengok ramai orang berpusu-pusu nak naik ke puncak..


     sejukkk!!hehe


     mereka :)


    bateri kamera habis dan tak sempat bergambar dekat bromo, gambar pun tak dapat dari mereka..hurm...apa yang best kat Bromo rasa macam dekat padang pasir, pastu dengan khemah, kuda...kawan cakap rasa macam pelarian bila ada khemah2 dan kat situ ada jual macam maggi cup, nescafe, gorengan...oklah untuk sekadar mengalas perut...sebab kat situ memang takde kedai dan jauh dari kawasan luar...

    The black sand sea at Mount Bromo
    The black sand sea at Mount Bromo
    The black sand sea at Mount Bromo
    kat bawah kaki bukit tu ada hindu temple (source)


    apa yang menariknya, gunung Bromo ni merupakan gunung merapi yang masih aktif, bila-bila masa je boleh meletus..bahaya kan???sebab tu tengok gambar yang sebelum ni pagar kat atas masih baru, yang kami pergi haritu pagar dah macam banyak rosak....macam berisiko tinggi kan???terkejut juga bila tahu yang gunung tu masih aktif, anak gunung krakatau :) bila sampai kat puncak, subhanallah cantik betul pemandangan...macam lukisan!!sayangnya, kamera dah takde bateri..tak boleh share ngan korang betapa cantiknya pemandangan bila kita berada di aras tu ^^ tandanya korang kena pergi!!!heehe...


    disebabkan kami naik kuda sampai ke kaki tangga, takdelah penat sangat..jalan yang nak menuju ke gunung tu memang berdebu sangatt...mungkin sebab pasir yang lembut, dan berlaku ribut pasir dan hujan masa tu...serius keadaan masa tu dah rasa macam dekat padang pasir...macam yang dalam cerita nur kasih yang bila ribut tu..huuuhu...



    kuda dan tangga tu yang kena naik tu (source)

    sebenarnya keadaan dia macam dah lain sikit, ni gambar yang aku pinjam dari blog orang...gambar yang kami ambil aku tak dapat dari kawan pun..huhhu...

    Pesona Gunung Bromo dan Gunung Semeru dilihat dari Penanjakan
    itulah kuda dan orang kat situ (source)


    sebenarnya kan, pemandangan masa aku pergi haritu lebih cantik...nampak tersusun je gunung dan bukit-bukit kecil kat bawah..pastu ada yang pergi melakar memori pada pasir tulis nama la apa la...memang sangat nice!!!masa naik kuda tu sempat borang dengan tuan kuda, dia cakap kuda tu dah 5 tahun kerja kat situ, hurm aku pun terfikir gak mesti penat kan kuda tu nak panjat gunung...berapa kali sehari ulang alik, dahla sejuk..huuuhu, empati terhadap kuda lak aku nih, hadeh -,-'


    anak tangga ni ada lebih kurang 250, agak penat jugak nak sampai ke puncak..fuuh!!

    sebenarnya lepas jalan-jalan ni kami ada program bernama hamka baru pulang...fuh!! 10 hari cuti memang berjalan terus, beraktiviti terus...this is one of the best holiday that i've ever had :)


    tiket balik jakarta..hoho




    ketika di atas awangan..fuuhh


    bersama kakak Trisakti dan Meostopo


    sebenarnya aku dengan sorang lagi kawan, farah je yang balik awal sebab tiket yang org lain beli tu dah full...jadi memang sepatutnya kami berdua jelaa...kemudian dekat a.port terjumpa kakak-kakak yang baru balik dari bercuti di Bali..wohhooo, sempat kami snap berlatar belakang lion air ^^

    perasaan bila berada di atas puncak Bromo tu sangat best, dahla angin dia kencang sangat!!serius rasa nak terbalik masuk dalam kawah..hohoho...sesungguhnya ciptaan Allah itu cukup indah, subhanallah!!!tetiba teringat ayat Allah dalam surah Al-Mulk: 3-4 yang bermaksud 

    tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? kemudia ulangi lagi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, niscaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih.



    ini menunjukkan bahawa ciptaan Allah S.W.T itu memang cukup indah, tiada siapapun yang dapat menandingi..pandang banyak-banyak kali alam memang akan rasa tenang, dan rasa takde pun cacat cela....gunakanlah nikmat yang ada ke jalan yang benar ^_^ 




    Monday, January 2, 2012

    Trip to Surabaya and Malang -petik jambu, epal dan taman bunga- (part 1)

    Assalamualaikum buddies!!!


    err, actually  i wanna update about a programme that i'd joined last week which is PERMAI (Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia di Indonesia) that was held in Cibubur, Jakarta...the theme for that programme was 'Baitulmuslim' =D sounds interesting right??i'm gonna share with u guys in the next next post ^^


    first of all i really don't know much about this trip bcoz it is really a last minute programme...actually i wanna spend my holiday with 'study', watch movies, resting etc..etc..but then, suddenly my naqibah told us that we had a programme at Surabaya which is hamka...frankly, i took such a long time to think about the trip because i'm running out of money... but then i believe that there must be something that i can get that might change my perception and opinions and i joined them!


     while waithing for the train, kak izni and farah  ^_^



     inside train..


    we took a train to Surabaya at 7.30p.m at Gambir station- kereta api Indonesia (persero)...me and one of my friend are seperated far away from the other seniors and friends (terpisah gerabak je pon =P) btw, this is my first time on a long journey by train and i don't know the real situation...the condition is good, comfortable seats..errr did they really have pramugari/pramugara??


    alhamdulillah, safely arrived at Surabaya :D


    We took a bus to the akhawat's home, the students from IAIN Sunan Ampel...we took a bath there while waiting the second trip from Jakarta, but they went there by flight...oh yeah, my friend told me that there will be a football match between kelantan FC (The Red Warrior) WTF and Persebaya (Surabaya Football club)... i thought her father was just kidding, but then i saw a banner about the match!heehe...my indonesian told me to watch it..haaha, nonsense! norshahrul idlan talaha, my favourite player was there!!!femes oke!




     at the mosque while waiting for the sister to fetch us..weee..the mosque are soo big and beautiful..

    suddenly i remembered about our musolla which is so small and less that 15 peoples can fit in...hurm >_< *dah nama pun institut islam mestilah masjid besar, kita universitas kristian*



     the sisters, setting compas =D



     in front of masjid Cheng Ho..bukan cheng ho yang China tu, ini nama tokoh adalah muhammad Cheng Ho


    then we continue our journey to Kusuma Agrowisata--> taman jambu, apple and flowers!!






     kami dibenarkan untuk memetik 3 biji buah jambu dan 3 biji epal..jom!!misi bermulaa :)


     pintu masuk Agro Wisata


     buah epal manalagi







     buah jambu :D


     pilih, jangan tak pilih..pilih yang terbaik ok! :)




    lepas selesai ambil buah jambu dan epal yang terbaik kami pun ke taman bunga...sebenarnya kat tepi-tepi tu ada haiwan, ada je beberapa keping gambar binatang yang berjaya diambil...tp kan kebanyakannya di dalam pagar/cage..





    apa motif gambar ni?



     kaktus ^_^



    rose batik, so nice!





     yang ni pulak dinasor yang baru nak keluar dari telur, lawak pun ada tgk muka dia..hoho






    rose pink (:

     tuan tanah mestilah ada!!hehe..dekat pokok jambu tadi


     binatang pun hadooo-replika jelah-




    rasanya entry kali ni penuh dengan gambar je kan..but picture tells thousands words :D after we finish make a tour around fruits and flower farm, we got a glass of guava juice and apple waffle...the taste is not bad!



     wait for my next entry at bromo mountain..
    really nice experiences
    !till then    =D




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...