nuffnang

Wednesday, November 7, 2012

'Aku tidak mahu hidup beragama'

Bismillahirrahmanirrahiim...


korang ni kalau jalan-jalan pergi mana-mana ke mesti dengan geng usrah je.....


pergi mana-mana bukan nak berajak! macam ni la kawan!


korang ni selalu hari minggu keluar tidur kat luar, korang pergi mana??


apa yang korang buat dalam bilik tu??kenapa kakak-kakak tu selalu datang sini??


kau tiap kali holiday mesti dah ada plan sendiri, malas dahla nak ajak pegi mana-mana cmnii...



........................................


pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan...oh kami tinggal di rumah sewa, bersama 4 lagi kawan 'not yet a muslim' , ada pembantu yang kami panggil embak, suaminya dan anaknya...hurmmmm... batch kami tidak ramai, hanya ada 10 perempuan, rumah kami 7, dua orang rumah sebelah dan sorang lagi jauh merantau membawa diri..hehee :D



so apa jawapan saya? apa pendekatan yang saya harus lakukan?? saya beritahu yang kitorang baca quran sama-sama, berbincang dan memahami maksudnya...bukan saja-saja duduk lepak borak kosong dalam bilik tu :p



kalau hari minggu biasanya sebulan sekali kami ada daurah, tidur di rumah kakak-kakak biasanya, takpun di tempat lain...lepas tu bukan saja kami pergi curug, taman safari tak nak ajak korang tapi kami pergi dengan 'kelompok' kami, untuk merapatkan ukhwah sesama kami...



"weiii cepatlah belajar, aku takutlah tak ready lagi nak exam nii"



masa tu dah nak masuk dewan exam, saya beritahu kan kita dah belajar...apapun nanti kita bertawakal dan berdoa saja supaya dapat result yang best...nak tahu tak sebenarnya semua result kita, hidup dan mati kita semunya dah ada, dah tercatat..kita hanya tunggu nak laluinya sahaja...



"kalau macam tu tak payahlah kita belajar, kan result kita dah ada, dah tahu dah kita akan jadi doktor, tido jelah kalau macam tu"



tapi kita tak pernah tahu apa yang dah tertulis untuk kita kan?? sebab tu tugas kita kena berusaha sebaik mugkin...hurmm, analoginya kalau kita lapar kita makan..tapi kita tahu mungkin rezeki ada untuk kita tapi kalau kita langsung tiada usaha untuk keluar, pergi kedai, beli, suap dalam mulut makanan tu kita akan berlapar jelaa...



"payah sangat analogi kau ni, sebab tu aku tak suka..."



"hurmmm"...


..................

mungkin salah aku juga, beritahu tentang qada' dan qadar kepada yang masih belum faham....belum faham tentang sunnatullah dan syariatullah...belum faham tentang usaha, konsep bertawakal dan kepercayaan...fuuhhh, jauh sangat aku melangkah tu, seperti memberi penerangan kepada yang dah faham konsep baru boleh explain benda-benda macam tu..mungkin dia faham, tapi dia tak yakin. tak percaya...sebab tu kalau kita nak bercakap dengan orang kena tahu dulu tahap kefahaman dia macam mana, dia boleh terima ke tidak apa yang kita cakap tu...kena kenal dan faham duluu..



petangnya, sambil-sambil buat karipap dengan housemate, keluar lagi cerita ni..



kita nak suruh dia faham apa yang kita sedang buat, bukan kita saja-saja buang waktu, buang duit nak pergi sana-sini...kita hidup ada matlamat, kita berusaha yang terbaik untuk masuk ke syurga sebab kita tahu syurga tu wujud...dunia ni hanyalah sementara, permainan semata-mata dan mati pula adalah pertengahan kehidupan kerana kehidupan alam akhirat adalah yang kekal selamnya..



"kau percaya tak dengan semua ni"

"kau tahu tak kenapa kita wujud kat dunia ni?"

"pernah tak kau fikir apa yang akan jadi pada kita lepas kita meninggal nanti?"

"dan kau percaya kewujudan tuhan?? yang menciptakan kita semua dan alam ni..."




kawan cakap dia percaya yang ada kuasa tuhan yang menciptakan semua ni, tapi dia tak suka agama...dia tak nak hidup beragama, dia tak suka orang-orang yang terlalu taksub dengan agama sampai menghiraukan orang lain..gulp!! dan dia cakap agama hanyalah memecahbelahkan manusia, bukannya menyatukan...orang itu ke masjid, orang itu ke gereja lepas tu nak gaduh sebab agama...



ohhh, mungkin itulah pandangan dia....pandangan seorang yang hidup ada agama pada dasar keluarganya tapi mungkin tidak faham, tidak tahu...kita sudah cuba menyampaikan, memberitahu apa yang perlu...dia cakap ramai orang yang menggunakan agama sebagai alasan tidak boleh itu ini sebab tu dia tak suka....



betullah tu, tak semua orang boleh percaya kepada alam ghaib, kuasa besar yang mencipta seluruh alam semesta, tentang dosa pahala, alam akhirat syurga neraka....'mereka' yang masih belum faham dan mengerti mahukan sesuatu yang boleh dilihat, dirasa dan disentuh...mereka tidak suka sesuatu yang dalam bayangan, khayalan dan 'belum pasti' katanyaaaa...



Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur sebab kita lahir saja sudah Islam, sudah diajar mengenai dosa pahala dan ganjaran syurga neraka kelak...kalaulah kita juga sama seperti 'mereka' adakah kita akan berusaha mencari cahaya-Nya?? cahaya untuk mengeluarkan kita dari kegelapan??? bukan kita membiarkan mereka, tapi sampai sekarang kita hanya berkongsi sedikit demi sedikit...siapa tahu, suatu hari nanti Allah bukakan pintu hatinya, Allah lembutkan hatinya untuk mendalami, memahami dan mengucap syahadah! subhanallah!!



sambil menggelek tepung untuk karipap, dia beritahu...



dia hanya nak hidup macam biasa, tak nak fikir pasal apa yang jadi lepas mati...kalau mati biar jelah mati yang penting time hidup ni kita buat yang terbaik...kita belajar dan buat apa yang kita suka sebab lepas mati nanti tak dapat dah...


"aku nak hidup dengan cara aku sendiri"

"aku tak mahu hidup terikat dengan agama"



................................

kalau kita kata kita percaya tentang kewujudan syurga, kenapa kita tidak berlumba-lumba berlari berkejaran untuk mendapatkannya?? berusaha berbuat kebaikan sebanyak mungkin untuk mengutip pahala....mengapaa??? kita kan kata kita ISLAM, kita faham tujuan hidup kita tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai a'bid dan khalifah...kenapa nak menolak lagi??



kita kata kita solat dan baca quran...hari-hari....tapi apa yang dibaca dalam solat, dan apa saja suruhan Allah dalam quran kenapa susah sangat nak ikut??kenapa nak ikut sangat budaya kpop, jpop, hollywood, bollywood dan playwood semua tu?? kalaulah semua orang mengerti..muhasabah diri



aku juga manusia biasa, masih belajar, merangkak dan bertatih....namun aku akan terus berusaha sebab aku mahu hidup bergama, hidup dalam ISLAM, doakan aku juga mati dalam ISLAM :D




“Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah sebenar-benarnya takwa, dan janganlah sekali-kali kalian mati melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam.”

(Ai-imran,3:102)



semoga tiap-tiap hari yang berlalu tidaklah sia-sia sebaliknya ada sesuatu benda baru yang kita belajar dan jadikan manfaat dalam menghadapai hari-hari yang mendatang..


semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini ^^



Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...