nuffnang

    Showing posts with label aktiviti. Show all posts
    Showing posts with label aktiviti. Show all posts

    Saturday, December 15, 2012

    La Tahzan, innallaha ma'ana ^_^





    This is my journey, He puts me here. It's His plan so i just have to carry on and trust Him

    semakin hari terasa semakin mencabar, banyak benda nak kena fikir bukan sekadar perkara remeh temeh macam nak pakai baju apa nak sarapan apa dan sebagainya tapi benda yang lebih besar....benda yang bukan hanya melibatkan diri kita sendiri, kalau kita salah pakai baju hijau hari ini walaupun dah plan untuk pakai baju merah...takde masalah, langsung takde masalah....tapi bila melibatkan orang lain, orang yang lebih ramai dan mesti bermain dengan hati dan perasaan manusia it u yang susah T_T




    Tak semua apa yang kita suka tu orang lain pun suka dan kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang....kekadang rasa sedih bila kita dah cuba buat yang terbaik, sebaik mungkin yang boleh tapi masih ramai suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati komen itu dan ini tanpa langsung menghargai pengorbanan yang kita lakukan selama ini....kita sanggup tidak tidur malam,  melupakan kepentingan diri sendiri untuk berehat, tidur, berjimba berhibur tapi di sebalik kelelahan itu tiada siapa yang peduli...hamba abdikah kita?ya kita memang hamba tapi hamba Allah yang sangat kerdil, bukan hamba manusia...bukan robot yang rela diperlakukan sebegitu mengikut keinginan hawa nafsu mereka, bukan.....




    walaupun kadang-kadang kita terpaksa menahan diri dari marah, dari meluahkan kata-kata yang memang tak sepatutnya apabila ada orang yang bekerja dengan kita, atau kawan-kawan kita buat hal memutar belit cerita, menukar itu dan ini tanpa memberitahu kita....kita seharusnya memilih untuk diam, sungguh itulah yang terbaik...melampiaskan rasa marah tidak memberikan apa-apa kesan positif sebaliknya semuanya negatif, menghancurkan ukhwah yang selama ini terbina erat, meruntuhkan persahabatan, meleraikan senyuman...mungkin dengan diam boleh menyedarkan mereka, biarkan perasaan bersalah membelenggu diri mereka dan mereka mungkin boleh sedar, kecuali manusia berhati batu, hati mati :(




    terlalu memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain sampai membiarkan diri sendiri tersiksa, merana juga bukanlah satu cara yang baik...jangan pernah takut untuk berkata 'tidak' kepada sesuatu yang memang kita tak boleh lakukan, yang memang banyak halangan untuk kita...contohnya??ada kawan kita mengajak kita buat maksiat, kenapa perlu ikut??kenapa sanggup pergi buat sesuatu yang memang kita tak sukai dan dimurkaiNya semata-mata untuk menjaga hati kawan??keredahaan siapakah yang kita cari?kawan mungkin boleh cari tapi kerehdaan ilahi itulah yang sentiasa dinanti...Allahu akbar!! hambar hidup hanya untuk mencari keredaanMu ya Allah....




    sedih dengan hal dunia, sedih kalau tak dapat pergi konsert, sedih tak dapat markah yang kebaboom sedihhh...kalau dekat dunia nak sedih dekat akhirat lagilah sedih kalau kita berterusan menyedihkan diri tanpa berbuat apa-apa...percayalah! semua benda yang berlaku atas dunia dia semuanya sudah tertulis 'dakwat telah mengering, pena telah terangkat' takde benda lagi yang boleh kita buat tapi kita boleh usaha dan tawakal...banyakkan bedoa kerana Allah suka hambanya yang merintih berdoa memohon dariNya buka dari yang lain...kalau kita usaha dengan izin Allah kita akan berjaya, lupakah kamu dengan sunnatullah??? husnuzon dengan Allah itu sangat perlu :)



    ayuhhh janganlah kita terus terusan bersedih...bangkit dan bangunlah!!!lakukan sesuatu, kitalah pemuda harapan!!




    Monday, June 4, 2012

    katak bawah tempurung??

    Assalamualaikum........


    dah lama rasanya aku tak update blog, hahaaa...walaupun hanya 4 hari kan, tapi dalam masa 4 hari ni terlalu banyak perkara yang berlaku sama ada berlaku secara dirancang, senagaja dan tidak...ini juga merupakan entry pertama aku di bulan June 2012..hehee...aku ingat nak update blog setiap hari tapi itulah masa dan idea selalu tak sama...kekadang ada idea, tapi tak sempat nak tulis sebab exam ada program dan tak sempat nak update dan bila ada masa aku pulak takde idea nak tulis apa..hehee ^^




    terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni...cewahh!!hahaa....sebagai seorang student medic aku kena benar-benar urus masa sebab aku bukan hidup kat sini semata-mata nak belajar medic dan jadi doctor one fine day, no!! banyak lagi benda yang aku nak buat selain tu....aku kat sini nak perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni dan mencari redha Ilahi itu yang lebih utama sebenarnya.... aku ni seorang yang suka berkawan dan cuba something new especially challenging activities...jadi aku rasa join persatuan tu memang platform terbaik :D




    takdelah kita kat sini hanya di Jakarta semata-mata dan tak keluar pergi mana-mana...tak tahu dunia luar hanya bangun tidur pergi kampus menghadap modul, menghadap atlas anatomy, sherwood dan apa-apalah buku medic tak join apa-apa aktiviti dan cuti balik Malaysia....jadilah kita katak bawah tempurung kan..no!no!no!! bukan setakat katak bawah tempurung nanti jadi kera sumbang kita tak kenal orang orang pun tak kenal kita kan ada apa-apa masalah susah sendiri di perantauan ni haaa...
    gambar hiasan :)







    tetiba aku teringat lirik lagu aku maafkan kamu dari Jamal Abdillah " Ada teratak di hujung kampung. Bawah cermin kopak ada kotak. Tersembunyi dalamnya ada tempurung. Sembunyi bawahnya katak melalak" nampak???betapa tersoroknyaa engkau :p duduk kat situ melalak patploh tahun pun takde orang dengar sebab apa??kau sombong taknak kawan ngan orang...dahla duduk jauh dari orang, menyorok lagi bawah cermin bawah kotak dalam tempurung...huhuu...mendalam gak kan maksud dia....





    aku sebenarnya ada misi dan visi sendiri, tapi tak perlulah kot nak hebahkan kat semua orang...macam misi sekolah camtu dan sepatutnya setiap orang harus mempunyai misi dan visi mereka sendiri sebagai target apa yang kita nak capai dan apa yang kita kena buat untuk capai sesuatu tu...barulah rasa bermotivasi kan???visi kita nak jadi seorang doktor yang berjaya tapi apa yang kita buat untuk jadi yang berjaya tu??banyaaaak lagi benda yang perlu kita belajar dan perbaiki untuk sebab tu kita kena rajin...tak payah kot nak hebah satu dunia apa azam kita tiap-tiap tahun kalau azam dulu-dulu pun tak pernah satu habuk yang kita buat dan capai...




    contoh macam aku, memang tak dinafikan aku memang seorang yang suka membaca...dari kecik lagi suka membaca pantang tengok buku pasti nak baca tapi kalau nak bezakan apa yang kita baca dari kecik dulu sampai sekarang pasti beza kan....tetapkan macam tu je, kalau dulu baca novel cintan cintun alaf 21 tu tak habis-habis apa kata kita tukar baca sesuatu yang lebih berilmiah dan bermanfaat macam buku dan blog motivasi, buku-buku keagamaan ke takdelah sia-sia sangat kan...bukan tak boleh baca majalah ujang, cuma kita kurangkan :D




    p/s: semalam aku ikut program JJCI ke Bogor dan Sukabumi....nanti aku update yee..




    thanks for reading :*



    Saturday, February 11, 2012

    Kem kepimpinan PKPMI di Wisata Alam Baladegana

    Assalamualaikum....

    Beberapa hari yang lepas, habis je exam terakhir untuk semester 1, aku mengikuti aktiviti pertama dengan ajk PKPMI..Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas, sebenarnya kem ini adalah kem kepimpinan gabungan antara PKPMI Bandung, Bogor dan Kelub Umno Jakarta (KUJ)...ok nak dijadikan cerita kami ter'stuck' di tengah jalan selama beberapa jam sebab jalan ditutup...menurut senior, aku pun tak berapa tahu jugak kawasan yang nak naik tu jalan kecik jadi dia akan tutup laluan untuk turun dan bagi peluang bagi jalan yang naik, jadi begitulah sebaliknyaa...dia buat sistem giliran naik ke puncak...nasib baik masa tu sebelah masjid jadi kami pun pergilah solat di masjid kat situ serta makan apa-apa saja yang dijual oleh orang-orang sekitar..heehe...layan gambar jelah, malas nak taip..kahkah..


    landskap kat sebelah masjid...


    kakak-kakak comel melepak di tepi jalan..heeehe...tepi tu ada sawah tahu..


    Sebenarnya ni kali pertama aku mengalami situasi macam ni, bas berhenti berjam-jam lamanya sebab jalan tutup...agak bosan jugaklah duduk kat situ lama-lama sampai dah dekat petang dah baru boleh jalan lagii..kami sampai pun dah agak lewat hampir masuk waktu maghrib dah pun...huuhhu...



    anak-anak sedang bermain sepak bola..(baca: bola sepak :P)

    nampak tak kat belakang tu, ada masjid...nama masjid tu Sayidah Chadijah...macam pelik je dia eja chadijak...kenapa tak Khadijah??haaha *muka tak puas hati* biarlah tu nama tokoh kat situ kot..entah aku pun tak pasti, tapi korang boleh tengok betapa ramai orang kat situ, menunggu dan terus menunggu..huuhu..tapi rasanya orang yang main tu budak sekitar tu, bukan orang yang nak ke puncak..hehe...


    ok beli siomay dulu meh!!

     rojak dan pakcik rojak xD


    Kami tinggal di rumah traditional yang mostly dari buluh..wah, nampak klasik tp elegan!

     kerusi di beranda atas




     ruang tamu



     eh, sape baju biru kat belakang tu??haaha..segan je bergambar kat sini :p


     antara yang hadir..


     dapur


    bersama mereka :)

     budak smp kalau tak silap, buat kem kat sini jugak










    Saturday, February 4, 2012

    That's the end of semester 1-----> HOLIDAY!


    Assalamualaikum.......



    Alhamdulillah syukur aku dah berjaya mengharungi hidup selama satu semester di perantauan dengan jayanya...yeah!!! (^_^)v   tepuk tangan buat diri sendiri..haaha, ok mukaddimah yang agak poyo tapi itulah hakikatnya, kegembiraan bila dah boleh berehat seketika dari menghadiri kelas setiap hari, exam setiap minggu dengan bebanan tugas-tugas yang lain...tapi seketika jelah, biasalah kita kan manusia biasa yang perlukan masa untuk berehat seketika dari kesibukan tugasan harian...




    tadi baru habis exam terakhir bagi semester 1,tak tahulah macamana result nanti kan, harap-harap dapat ok la untuk first sem ni..hehe...aku akan bercuti selama sebulan di Malaysia...3 hari lagi balik, tapi hari ni nak kena pergi kem dulu..esok balik, then nak beli ole2 buat family baru balik...ehem2, banyak betul orang nak pesan nih orang sana suruh beli apa-apa dari sini, member sini pulak cakap jangan lupa bawak ole-ole dari Malaysia...alamak, cemana ni?botak eden -,-'



    Banyak benda baru yang aku dapat dan pelajari sepanjang 5 bulan di sini, dapat tahu benda baru, kawan baru, tempat baru dan semuanya baruu belaka...biasalah dalam setiap perjalanan pasti ada onak duri yang perlu dihadapi dan ia sangat bergantung kepada bagaimana kita menempuh halangan dan cabaran tersebut....semoga aku dapat menempuhi perjalanan selama 5 tahun di sini dengan jayanya...benda baru ni sebenarnya banyak mematangkan aku dan membuatkan aku berfikir dengan lebih luas lagi, takdelah nak duduk bawah tempurung sangat kan...



    Apa yang pasti, aku akan menggunakan waktu cuti aku sebaiknya...haaha, nak makan semua makanan Malaysia yang takde dekat jakarta...nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan yang paling penting guna masa dengan family...tapi sebulan tu agak lama kan??bolehla aku melepaskan rasa rindu pada semua benda...tapi kekadang bimbang takut-takut terguna bahasa indonesia kat rumah...mesti kena kaw-kaw ngan adik beradik aku yang kepala otak diorang agak sewel macam aku jugak..biasalah adik beradik, tapi kami sewel bukan macam orang lain..sewel kami sewel yang comel..kahkahkah (^_^)



    Ok lah tu je nak share, sebenarnya nak pergi packing barang nak pergi kem tu...apapun happy holiday everyone!!! aku tahu bebudak IPTA/IPTS memang tengah cuti sekarang dan dah nak masuk semester lain balik dah..kami baru nak cuti...heehe...thanks for reading!!



    Wednesday, January 11, 2012

    passport oh passport

    Assalamualaikum....


    aku tak tahu nak bagi tajuk apa dekat post kali ni, tapi sebab ada kaitan  dengan passport, jadi letak jelah..heeehe...fikiran sekarang asyik bercelaru, tak tahu kenapa -,-'


    sotong cimbclick ni mungkin sedang mengalami kecelaruan fikiran, macam aku jugak...orang indonesia cakap 'galau' haahha =p



    sekarang dah masuk blok 4, blok last untuk semester 1 dan aku akan balik ke Malaysia, kampung halaman..oh rindunyaa dekat semua..dekat family dan makanan..haaha, xleh blah aku rindu makanan tapi hakikatnya memang begitu...


    aku dah book lion air flight 7Feb balik dan 26Feb datang sini balik, tapi lepas dah bayar siap-siap barulah jadual rasmi dikeluarkan 5Mac baru kelas start..nak buat apa 10 hari kat sini kan, dahla bukan boleh selalu balik, baik aku duduk kampung dengan family dok sini menghabiskan duit adalah...dahla baru start sem jadi aku tak tahu nak buat apa...tapi memang senior cakap memang macam tuh, aku dah masak dah...sesuka hati je nak tukar tarikh exam ke apa kan....hadehh...



    jadi aku dengan sorang kawan pergilah pejabat lion air dekat Jakarta pusat pastu bila dia cek nama aku mr. hooohoho..apekah???nampak unsur-unsur kelelakian ke pada diriku ini?siap pakai tudung lagi nih..haddooi, aku yang ayu cenggini takkanlah mr kot -,- bila aku suruh dia tukar nama tak dapat sebab nak kena ada passport...memang aku sakit hati dengan diri sendiri sebab tak bawak passport :"((



    aku kena datang lagi next time untuk tukar nama mr. tu jadi miss...dahla kene buat pembayaran lagi untuk pertukaran, kalaulah aku dah bawa tadi kan senang cerita, pembayaran tambahan pun dah tak payah...kenapaaaa?kenapaaaa?



    sebenarnya masalah tu takdelah sangat tapi nak naik teksi kene pakai duit, kena carik masa lagi...memang aku banyak merungut, tapi salah sendiri jugak...ko dok negara orang tapi bawak mykad ke hulu hilir buat apa??takde pun orang nak heran dengan mykad ko tu..orang nak passport lahh...tapi aku memang tak bawak passport pun sebab kan bahaya bawak takut hilang...masalah besar aku lagi sekarang ni tengah pokai, duit JPA hujung bulan ni baru masuk..apa bole buat :'( kene belajar jimat cermat lee



    lain kali kalau nak pergi buat urusan ke mana-mana pejabat mesti bawak passport, asyik lupa jee...hari tu sekali time nak settle hal bank...jadi kesimpulannya aku kena habiskan duit dan masa lagi untuk buat benda yang agak remeh tu, aku rasa aku dah pilih miss, kenapa la dia jadik mr...aku fikir takdehal sebab hanya mr, ms, mrs je pon..nama still sama, tapi dia cakap aku tak boleh nak check in nanti...mungkin sebab international jadi ketat sikit...masalah keraguan jantina mungkin??lol!! sape cakap gaya aku ni jantan tak tahu nak kata apalaaa...


    moral of the story : sebelum pergi ke mana-mana atau nak buat apa-apa kerja pastikan semua perkara yang diperlukan dibawa...jangan buat benda yang sia-sia, membazir wang dan waktu... time is gold and appreciate your time! firman Allah dalam surah Al-Asr :-


    demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran



    kekadang aku rasa post aku tak masuk pun dengan ayat-ayat Allah, tapi takpelah at least aku mengingatkan diri aku sendiri agar tidak terlalu lalai dan leka dengan dunia...dan sekarang ni masuk bab embryologi, need to memorise a lot!!semua part ada term tersendiri, percaturan masa sangat penting agar aku sentiasa dapat buat revision..



    off to study~
    till then, thanks for reading!!



    Tuesday, October 25, 2011

    kunjungan ke panti sosial


    Assalamualaikum......


    sabtu yang lepas kami semua satu batch pergi ke panti, melawat mak cik dan pakcik kat sana...tujuan pegi bukan saja-saja, nak melatih kitorang menerapkan komunikasi dan empati yang telah kitorang belajar dalam blok 1...kami pergi ke 6 panti yang berlainan mengikut kumpulan =D

    aku kumpulan D dan bersama-sama 75 orang member lagi ke panti sosial bina harapan dekat Jakarta Barat ni je...yang specialnya aku dan beberapa member lagi naik van, weeee..orang lain semua nak bas sebab tak muat kan..apa yang best kami tak payah jalan kaki sebab laluan masuk ke panti tu sempit, bas tak boleh masuk..jadi mereka yang lain berjalan kaki masuk...dahla diorang sesat,hurm...


     in the van, 3 of my groupmates..kevin, meily and novi..wink!!


     my own pic of course!!haahaha =p we have to wait for our friends first...


    first impression bila sampai tengok ada yang tak berbaju, berkeliaran..pastu macam tak berapa nak betul pun ada...aku ingatkan pergi ke rumah orang yang betul-betul tua, tak ada orang nak jaga diorang camtu...rupa-rupanya kat sini bukan hanya warga tua, tapi yang dewasa dalam 20-an pun ada...yang pasti mereka ada masalah gangguan jiwa..opps, ngeri gak bila dengar..


    tapi mereka lepaskan yang okey, boleh berbual-bual dan tidak berapa nak bermasalah, walaupun ada jugak..heeehe...yang agak-agak kuat merapu tu mereka kunci kat dalam pagar, bukan apa dah ada kisah orang datang melawat tiba-tiba je diorang naik angin pastu pukul sampai berdarah ohh...nak elakkan benda tu terjadi hanya beberapa orang dalam 80 orang camtu yang dibawa keluar...memula kami sampai aku lihat mereka begitu asyik menonton cerita kartun ape ntah...heeehe...macam takde citer lain dalam fikiranku, tapi aku sedar mereka ni kan kebanyakan bermasalah jiwa =.=


    aku ada temuramah beberapa orang mak cik dan pak cik, ni adalah sesi berbicara dengan mak cik dan pak cik kat situ...dalam gambar di atas ni cuba korang tengok sorang mak cik yang duduk betul-betul tepi tiang belah kanan, baju biru bunga-bunga putih pastu ada sorang student pempuanbeg kuning tengah berborak ngan dia..mak cik ni special taw!


    aku ada pergi tanya dia nama apa, pastu suruh dia cerita...ohhh, nak bukak mulut pun susah, aku cuba pegang tangan dia..nak bagi dia selesa sikit, mungkin terasa janggal dengan orang luar kan...tapi dia aku tanya lain jawab lain pastu dahla bahasa yang langsung aku tak paham...rasanya bahasa daerah tapi tak pasti, macam kerbau cakap dengan burung je rasanya...


    aku rasa dia paham soalan aku sebab aku cuba cakap bahasa indonesia sebaik mungkin, tapi dia masih jawab dalam bahasa errrmmm...tak taw nak kato apoo..sedih...hhaaaha...dahla dia langsung tak pandang aku, sampai aku kene jenguk kat depan dia...hohoho..pastu aku mintak diri dan tak dapat nak tulis apa-apa laporan pasal dia sebab sepatah haram pun aku tak paham...tapi aku hulur salam dia sambut je, walaupun muka tak pandang..fine mak cik, muka saya buruk sangat ehh..huhuhu..



    masih lagi dalam sesi berborak-borak...oh, tengok yang berbaju biru ni teringat pulak dekat sorang pak cik ni, aku rasa dia muda lagi dalam 30-an kot, tapi dia cakap umur dia 85 tahun..pastu dia cakap sejak kecil lagi tinggal kat situ..lawaklah pak cik ni, tapi aku profesioanal kot, biasalah mereka kan ada masalah...yang berbaju biru ni sebenarnya tak berbaju masa kitorang sampai, pastu barulah pihak panti bagi diorang pakai baju, sopan la sikit..huhuhu..



    oh, wanita ni nama dia Erni..heeehe, dia pun muda lagi baru 33 tahun...kesian kan, umur muda-muda tinggal kat sini tapi apakan daya mereka tak boleh kemana-mana...kalau mak cik tadi tak nak pandang muka aku, akak erni(panggil akak lah, muda sangat =p ) siap panggil aku cewek cantik lagi..kahkahkah...dia ada cerita yang keluarga dia semua meninggal ditabrak (kene langgar) masa tengah makan berama-ramai kat kedai..aku rasa dia tekanan jiwa kot, yelah kehilangan seluruh ahli keluarga meninggal dalam satu masa..masa tu dia tak ikut makan, sebabpergi keluar dengan member-member...

    apa yangbest tentang akak ni, dia suruh aku ajar english..hahaha, dia sempat sekolah sampai smp je (kalau kita lebih kurang form 3) pastu berenti sekolah...dia boleh tahan okey jugak kot siap tanya aku solat apa dalam english pastu kalau nak makan nak cakap cmne...haaha, kelakar lah! dia kata nanti kalau pandai cakap english nak pergi negara omputih...fuyoo, besar oh cita-cita...pastu siap ajak aku lagi keluar jalan-jalan..hahahaha =p

     kak erni, manda dan mak cik ni tak ingat nama...mak cik ni pun cam ok gak...mostly diorang rambut pendek, sebab senang nak uruskan kot..


     inilah panti tersebut!

    masihlagi sesi berbual-bual dan menemu ramah penghuni panti...huhuhu...mak cik yang belah kanan yang aku ceritakan tu nampak lagi jelas dari sini..heehe...



    lebih kurang satu jam masa yang kitorang dapat guna untuk bersama mereka....mereka nampaknya begitu teruja melihat kitorang datang..heee, boleh jugak menghilangkan bosan diorang kat situ yang tak boleh keluar dan buat benda yang sama berulang-ulang setiap hari..huhhuhu...


    p/s: something crazy happen, sigh!

    Monday, October 17, 2011

    cita-cita....tercapai atau tidak???

    Assalamualaikum...


    masa korang kecik-kecik pasti cikgu korang pernah tanya:


    " apa cita-cita korang semua?? bila besar nanti nak jadi apa??"


    tak pun mak ayah korang pun pernah jugak tanya soalan yang sama


    " bila besar anak mak/ayah ni nak jadi apa ya, nanti jadi orang yang keje bagus-bagus..jadilah engineer ke, doktor ke, peguam ke.."


    ada tak??haaaaa...pastu apa jawapan korang??




    ingat lagi masa dulu-dulu fikiran jaa memang sempit sangat, tak boleh nak fikir luas-luas...tak tahu apa, maklumlah budak kampung pastu masa main pulak yang masak-masak duit guna daun pastu jual nasi lemak...pastu main cikgu-cikgu, kita jadik cikgu pastu ada kawan yang jadik pelajar...haaaahaaaa..








    masa darjah satu, ingat lagi cikgu ada tanya soalan tu, apakah cita-cita bila dah besar nanti...kalau jaa nak ingat balik la kan, perh!!!! lebih daripada separuh member-member yang nak jadik doktor masa tu, tapi jaa memang tak pilih doktor jaa pilih cikgu...heehe, masa tu fikir cikgu best, banyak cuti pastu kerja tak berapa nak berat...memang macam dah takde keje lain dah yang boleh pilih kan, biasalah kanak-kanak...selain cikgu, doktor, yang lain yang popular adalah bomba, polis, askar....memang tu adalah profesi yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak..haaaha >_<




    kalau darjah satu, apa yang kita belajar dalam buku hanyalah kerja-kerja macam tu..kalau tanya sebab pulak, perh..saya nak jadi polis sebab saya nak tembak orang jahat!!! pastu boleh kejar orang jahat macam dalam gerak kahs..kelass you!!haaahaa......manalah tahu bidang kerja lain kan,padahal betapa banyaaaknya bidang kerja yang ada sekarang ni...biasalah kanak-kanak, korang semua pun pernah jadi kanak-kanak kan  ^_^




    tapi kan, cuba lihat sekarang, berapa orang yang cita-cita masa kecil-kecil dulu jadi kenyataan...memang tak jadi kenyataan lagi, tapi memandangkan pada usia jaa yang baru mencecah 20-an ni insyallah semua dah ada hala tuju masing-masing kan??semua dah masuk bidang yang mungkin memang mereka betul-betul minat atau kerana orang tua yang suruh dan mungkin juga dah tak ada pilihan lain...


    kalau diingatkan balik memang rasa kelakar kan, bayangkanlah masa kita kecik-kecik dulu kita kan suka berfantasi, nanti saya jadi doktor, pastu awak jadik nurse..kita kerja sama-sama taw!!kalau boleh kita kerja dekat tempat sama, tinggal di rumah yang sama...tapi kalau kita kawin takkan kita nak kongsi suami yang sama??erkkk..... (kuat betul fantasi masa kecik-kecik, betullah apa yang Eric Berne cakap, penampilah kanak-kanak memang camtu...heeehehehe)


    sekarang ni, kawan-kawan kebanyakannya masih lagi belajar dekat mana-mana universiti sama ada dalam Malaysia dan luar negara dan juga dalam pelbagai bidang...ada yang ambil medic,dentistry, engineering, accountancy, TESL, biomedik, nurse, cikgu, dan banyaaaaak lagi bidang-bidang lain..


    dalam masa 5 tahun dari sekarang pula mesti ramai kawan-kawan yang dah kerja...kekadang rasa macam eh, biar betul rasa macam masih lagi di bangku sekolah, main kejar-kejar, main sorok-sorok..oh rindunyaaaa zaman kanak-kanak..ada kawan-kawan yang sangat nakal dulu, suka mengutuk cikgu bakal jadik cikgu...ada jugak yang dulunya takut sangat kalau ada doktor datang, siap nangis-nangis dan menyorok tapi sekarang bakal doktor :)






    indah kan hidup ini, mungkin apa yang kita bayangkan masa kecil-kecil akan jadik kenyataan dan mungkin juga ada yang impiannya terkubur begitu sahaja disebabkan beberapa kekangan...mungkin mak ayah tak bagi, mungkin juga sebab sistem kita yang berorientasikan peperiksaan ini menyebabkan ada yang tidak mencapai tahap yang diperlukan bagi mereka untuk masuk ke jurusan yang diimpikan..




    namun begitu, janganlah sekali-kali kita berputus asa dan mahu menyalahkan takdir serta tidak mempunyai harapan untuk hidup, sungguh jaa ada kawan yang rasa sangaaat frust bila keputusan yang dia dapat memang tersasar dan tidak seperti yang dijangkakakan...ini menyebabkan biasiswanya ditamatkan dan dia tidak dapat meneruskan impiannya untuk bergelar seorang doktor.. dia jadi murung dan jaa ada cakap mungkin jalan yang dia pilih sebelum ini bukanlah yang terbaik untuk dia...mungkin ada peluang lain yang lebih besar menanti dan rezekinya ada di tempat lain,Allah telah berfirman :



    QS. ath-Thalaaq [65]: 2–3”Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.”


    QS. ath-Thalaaq [65]: 4
    ”Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.”



    yakinlah janji Allah itu pasti!!! kita sebagai hambanya mestilah yakin dengan apa yang telah tersurat untuk kita sebab Allah sudah menetapkan segala-galanya...memang kita boleh merancang kan, dari kecil lagi nak jadi itu nak jadi ini..tapi kita kan manusia yang lemah, hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya...



    Qs. al-hadid [57] : 22
    "setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"





    mungkin sekarang ni kita pun ada cita-cita yang bila dah habis degree nak buat master, nak buat specialist apa-apa jelah..pastu nak kawin dengan bakal suami, ada rumah kereta besar, nak bahagiakan mak ayah nak bawak mereka pergi haji..basicly itulah cita-cita atau mungkin nak kumpul harta dan menginfakkan ke jalan Allah, boleh buka rumah anak-anak yatim dan sebagainya...




    tapi adakah semua itu pasti??tidak kan...bercinta bagai nak rak ke sana kemari berbelas-belas tahun tapi akhirnya kawin dengan orang lain jugak..kenapa??sebab jodoh kita bukan dengan orang tu, ketahuilah bahawa Allah telah menetapkan jodoh kita dan masa depan kita...tak payah kita nak susahkan diri nak carik, takut jadi andartu (macam beberapa orang kawan cakap =p) sebab segalanya diaturkan...




    mungkin jugak sekarang ni ada yang masih berfikir-fikir, betul ke jalan yang dipilih ni, tak pun dah masuk belajar dah nak grad pun masih ragu-ragu dengan pilihan yang dibuat...cita-cita itu memang boleh berubah bila-bila masa je, hari ni  cakap nak jadi doktor, esok bangun rasa nak jadi engineer pulak...pastu sebulan belajar rasa nak tukar masuk polis, bila tengok kapal terbang rasa nak jadi pilot...memang...manusia hatinya berubah-ubah...teringat kata-kata sorang akak ni:


     "hati manusia itu memang sangat mudah berbolak-balik, lebih mudah dari air yang tengah menggelegak dalam cerek"




    memang betul, fikiran kita memang banyak bercelaru..jadi ambillah keputusan yang tepat, buatlah solat istikharah, berdoa banyak-banyak biar Allah tunjukkan jalan yang benar kepada kita...lepas tu berbincang dengan mak ayah kita atau orang yang lebih berpengalaman, minta pendapat diorang...buatlah keputusan sebetul-betulnya dan yakinlah ia adalah yang terbaik untuk kita...insyallah, lama kelamaan walaupun kita tak berapa nak suka bila kita dah masuk dalam bidang itu kita kan suka...bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan..heeee =D




    kawan-kawan saya masa form 5 (^_^)


    p/s: semoga semua kawan-kawan saya berjaya dalam cita-cita dan apa jua bidang yang mereka ambil, termasuklah anda, pembaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni...sayang anda semua ketat-ketat..weeee =D



    Saturday, October 8, 2011

    nak pi Bandung

    Assalamualaikum dan selamat pagi :)

    sebenarnya banyak benda nak tulis, tapi tetiba blurr, tak taw nak tulis apa...lagipun skrg ni tgh tunggu turn nak iron shawl...kejap lagi ada trip ke Bandung :D harap-harap semuanya okey, first time nak kuar Jakarta..ok bye!

    Sunday, October 2, 2011

    bakti sosial (BAKSOS) ...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

    Assalamualaikum...

    hujung minggu yang lepas jaa dan kawan-kawan sekumpulan buat aktiviti bakti sosial, dekat area universitas Trisakti dan depan mall ciputra land, Jakarta...we have to present a video about the people around here..seriuosly, aku sebak melihat keadaan mereka yang hanya tinggal kat bawah jambatan ni, makan, tidur dan segala-galanya...


    happy go lucky girl!!!novi :)

     the cewexs!!hehehe :)

     D1 girls!

     the cowoxs!


    bergambar dulu sebelum memulakan tugas dan misi (^_^)... sasaran kami adalah anak-anak kecil yang tinggal di bawah jambatan tu, kami ada bawak barang-barang kelengkapan diri macam berus gigi, sabun, makanan sedikit, vit.c dan ada lagi laa..

    inilah keadaan tempat tinggal mereka, hanya dibawah jambatan, tanpa bumbung dan sebarang pelindung...itulah tempat mereka tidur, makan,masak dan segala-galanya...mereka sudah tiada tempat tinggal lain untuk menumpang teduh..

     kami beramah mesra dengan penduduk di sekitar terseburt..ada yang katanya anak-anak yang berusia 5-10 tahun keluar bekerja mencari wang, ohhh usia itu terlalu muda, kita mungkin masih belum mengerti tentang dunia luar dan pada usia sedemikian kita langsung tidak punya apa-apa bebanan atau  tanggungjawab...hanya tahu bermain, makan, tidur...tapi mereka terpaksa bekerja demi mencari rezeki dan sesuap nasi...

     sempat bergambar bersama-sama anak-anak kecil..



     masih lagi berbincang tentang hala tuju seterusnya...

     apa yang menyedihkan apabila melihat ada bayi yang masih kecil turut tinggal dan dijaga di bawah jambatan itu..bayi yang di dalam gambar ini berusia 2 bulan camtu la..begitulah keadaan ibu tersebut menukar lampin dan memandikan anak di kawasan itu yang banyak sampah sarat..ohhhh, sungguh tak layak untuk dijadikan tempat tinggal kan, namun apakan daya mereka terpaksa...

     ini kira ok lagilah...sebenarnya kat situ ada sorang bayi yang baru belasan hari, oh kulitnya masih merahh..kesiaaan :( usia yang terlalu muda macam tu sepatutnya berada di tempat yang bersih, selesa...antibodinya masih lemah dan mudah menerima serangan penyakit...


    ini adalah keadaan tempat tinggal, hanya tidur beralaskan kotak atau guni dan kain-kain lama tanpa dinding...ohh kalau hujan pasti kesejukan...selepas kami beramah mesra dan membahagikan sedikit sumbangan, kami terus pulang...

    walaupun sumbangan kami hanyalah sedikit, setidak-tidaknya aku berasa diriku begitu bertuah dan beruntung sebab tak perlu mengharungi hidup macam diorang...aku sepatutnya bersyukur dengan apa adanya..mungkin kita rasa diri kita susah, banyak masalah namun ingatlah ada orang lain yang lagi susah dari kita...nak hidup pun susah, jadi terimalah apa adanya dan selalu bersyukur.

    Saturday, July 2, 2011

    Larian serentak 1 murid, 1sukan, 1 malaysia 2011



    Assalamualaikum..

    Semalam tengah borak-borak dengan sepupu yang baru darjah 4 tu, dia cakap hari ni kena pergi lari, ada larian satu malaysia...ingatkan dia sorang je, rupa-rupanya semua orang pergi, dengan pakcik aku sekali berlari hari ni...aku tak ikut pun ,stay kat rumah ni sensorang sambil makan karipap dan sandwich..buat air milo sekali, yummy =D


    banner1m1s

    LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA ini bertujuan untuk memastikan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti di sekolah bertepatan dengan dasar 1sukan 1murid 1 Malaysia..

    Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
    Masa : 7.45 pagi
    Tempat : Ditentukan oleh sekolah masing-masing
    Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat.Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan. 

    p/s; Gua pun berlari, berlari menonton 'Running Man' =D



    Sunday, January 23, 2011

    macam-macam hal lah diorang nihh!! :D

    salam semua...hari ni hanya nak kongsi sikit pengalaman dengan sepupu jaa..diorang ni memang nakal sempoi habis..hahaha..aku balik rumah pakcik kat klang,pastu mulalah main dengan anak-anak dia ni...sebenarnya nak tengok baby baru lahir,haziq namanya :D jaa ada snap beberapa pic diorang yang sangat nakal nih..layan~

    ini dia haikal dan khairunnisa..haha,asyik-asyik main je dalam kete xleh nak duduk diam langsung..pastu diorang nyanyi lagu macam-macam...peminat AF wooo,semua diaorang kenal..akim,mila,stacy,syahir..haha,kalah aku..mentang-mentang lah aku ni dk kolej,xde tv :'(..seingat aku AF7 la aku tengok sebab masa tu lepas spm..yang lain xdpt pun sebab memang dari darjah 6 lagi duduk asrama..balik pun jarang-jarang..
    hahahha,ini muka paling buruk ok!!jangan tiru gaya ini di rumah..lalalala,sempoi betu la..geram aku dibuatnya..

    ini haikal...selalu ajak aku main ps..hampeh betul,asyik2 kalah jep..aku manalah reti main benda alah tu,main jarang-jarang sekali je pun..dia ni main hari-hari balik sekolah main,malam nak tidor main..pastu mulalah la ayah di bebel suruh tutup..sampaikan xnak makan nasi pun ade sebab nak main ps sangat..nampak kaki sebelah tu??tu abang sulong,hakim sama tua dengan adik bongsu aku,ila..xnak ambik gambar la pulakkk..
    aku suka tahi lalat besar kat tepi bibir dia..nampak manis..tiap kali aku pegi ru ah pakcik kat klang,dia mesti datang nak tidur ngan aku..hehe :)
    peace no war!!
    inilah sebenarnya nak tunjuk..pic sepupu baru :D ni aku baru tidurkan dia..heee,boleh jadik calon menantu x?sudah pandai tidurkan baby ni..sebelum tu punyalah nangis,aku ambik dukung,tepuk-tepuk terus dapat tidur...eh,senang betul rupanya..
    okey,nak jugak...asyik pic korang je..hhaahhah..ada video diorang nyanyi..tapi biarlah kang ade yang menanah telinga dengar..hahahaha
    sukanya dapat jadi baby balik..hahahahha,kejenya makan tidor dan nangis..best kan3???

    tu je kisah anak-anak ayah cik.. :D aku dah macam rapat sangat dengan diorang sejak-sejak belajar kat shah alam ni..cuti-cuti pergi lah sana,malas nak balik ganu..penat seh balik jauh2,kalau naik belon xpa la jugak..

    p/s:adik aqil makin sembuh,dah xguna mesin lagi..jaa ada tulis dalam entry ni pasal dia..thanks kepada yang baca entry tu dan mendoakan dia..sekarang doa lagi semoga dia cepat-cepat sembuh,balik rumah dan jadi aktif  macam kanak-kanak lain..hampir 2 bulan kat hospital~




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...