"doc, ada pasien baru, dah 5 tahun tapi berat badannya cuma 7kg seperti pasien kemarin"
kata inu perawat kepadaku...oh yaa semalam ada patient marasmus, kurus sangattt...datang ke igd mubtah muntah darah..aku dah agak adik ni ada TB agaknya, dengan kata ayahnya xnak makan..berat badan makin menyusut...budak budak kalau tak makan memang kurus kering, they meed foods for their growth!! tapi aku hairan, anak dah jadi seteruk tu baru nak bawa gi hospital...haih! anak xnak makan tu tanda2 bahaya, xnak minum boleh bawa kepada dehydration...aku sedih betul kalau ada patient meningga
gara2 dehydration :(
ok banyak pulak membebel.
aku buka medical record adik ni.
dari anamnesis batuk sejak 3 minggu yang lalu. batuk tak berhenti, ada demam dan tak nafsu makan.
aku segera ke bilik di mana adik ni ditempatkan.
aku tengok dia ni sesak sekali. bernafas ada retraksi dada dan nafas cuping hidung..badannya kurus kering, lemas dan lemah tak berdaya...tidur meringkuk...mukanya agak sembab...hmmmm...
dengan menggunkanan stethoscope aku dengan breath sound adik ini.hmmm...ada bunyi ronkhi dan wheezing. lantas aku bertanya " anak ibu pernah ada riwayat asma?"
"iya...waktu masih kecil sering kambuh...tapi sekarang tidak lagi"
ini sesak gara2 asma, boleh jadi sakit lain juga kerana batuk sudah lama...bronchitis barangkali, boleh jadi TB sebab badannya kurus sekali. bermacam macam andaian ada di kepalaku.
aku beredar untuk follow up case lain dan menunggu doc specialis visit.
jam 1 tengahari doc datang visit.
seperti biasa dia akan bertanyakan apakah pemeriksaan fisik dan hasil lab setiap patient, membaik ke tak dll..bila sampai giliran adik rasyid doc juga memikirkan hal yang sama lantas disuruh buat mantoux test dan pemeriksaan diff count.
oh yaa, diff count. tapi waktu itu aku belum dapat mengagak apakah yang dicari doctor.
dua hari seterusnya.
oh mantoux test negative.
then aku trngok hasil lab limfositosis.
aku tengok lagi hasil darah leukosistosis berat sampai 60,000. wow. confirm infection berat.
lantas aku buka google. limfositosis absolute, oh pertusis!!
serius aku xterpikir pun pasal pertusis, mungkin penyakit itu memang jarang dan sudah hampir tiada...iyalah biasanya kan dah dapat vaksin dpt.
aku menghampiri ibu adik tadi dan bertanya tentang vaksinasi yang pernah didapatkan.
"anak saya ga pernah divaksinasi doc"
panggg!!!!rasa geram ada, nak marah ada, sakit hati ada...
kenapalah anak itu dibiarkan macamtu....tidak divaksinasi...tengok dah batuk teruk macamni.hmmm...bayangkan anak tu antibody dia sangat lemah dan dia sangat rentan nak kena penyakit apapun.
asma ada, bronchitis ada, pertussis pun ada. patutlah sesak macam tu sekali.
siang hari itu, doctor visit lagi.
ibunya minta baik dan nak meneruskan perawatan di rumah sahaja...
alasannya? biaya mahal dan tak mampu nak bayar :(
sedih pula rasanya. anak baru didiagnosa pertusis, betuk teruk whooping cough...bila dikatakan natuk rejan 100 hari ibunya lagilah cakap xmampu nak berlama lama duit pun tiada...ya sudahlah, harus gimana lagi. statusnya pulang paksa...
ramai dah aku jumpa macam ni, xdapat nak teruskan pengobatan sebab duit, biaya mahal.
terpaksa menanggung sakit dengan therapy apa adanya. dan please mak ayah yang ada anak..
vaccinate them!!!
penyakit yang patutnya kita elakkan dengan dah adanya vaksin tapi dipandang enteng...dibiarkan...suntik tu bayar berapa je pun, kalau dah sakit?? biaya lehih mahal berlipat ganda, dengan sakitnya lagi...hmmm...
tolonglah golongan anti vaksin sekalian.
buka mata buka minda.
kalaupun anak kita tak sakit, kita boleh bantu masyarakat supaya tidak turut sakit.
and it is called 'herd immunity'. biar semua orang dapat menikmati hidup yang sihat dan bahagia :)
nasihat kasih sayang dari bakal doctor marhaen ^^
okey...thanks for reading.
i blog about everything that i wanna share including my experiences, ideas, comments or anything regarding my daily life as a chaliph, daughter, friend and a medical student :D
Showing posts with label sakit. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015
Wednesday, April 22, 2015
abah
Assalamualaikum.
kepada pembaca jaa's story pasti tahu yang aku memang jarang post hal family kat sini. biasanya kalau bukan hal diri sendiri, hal campus, study dan random post about life. tapi kali ni nak tulis khas buat my one and only abah kesayangan.
minggu lepas, call ma dan dia cakap abah demam dah hampir seminggu, xlalu makan. dah makan ubat, tapi still demam jugak, aku suruh la pergi klinik check, maybe doctor check darah, bagi antibiotic ke apa. esoknya adik cakap kaki abah bengkak sampai xdapat nak jalan, ingatkan gout abah datang menyerang, sebab abah da sakit kaki adik yang kena bawak abah pergi klinik naik kereta. walhal adik tu lesen kereta pun takda lagi.
bila doktor check, rupa rupanya abah ada luka dekat tapak kaki, dah bernanah dah luka tu T_T tapi abah langsung tak perasan. bila difikirkan balik, aku terlupa abah ada DM, yang boleh membawa komplikasi neuropathy. abah takde rasa sakit pun kat kaki padahal dah bengkak dan bernanah. doctor buat debridement pada luka tu dan suruh datang setiap hari, namun demam abah still tak turun sampaikan ma bawak abah pergi hospital dan warded.
perawatan luka pada orang diabetes tak sama macam orang biasa, lukanya lambat sembuh dan memerlukan perawatan teliti, satu hal dia dah tak rasa sakit, itu kalau tak pergi klinik sebab demam mungkin tak sedar tapak kaki dah parah. abah tak pernah lagi alami luka pada kaki yang teruk sebelum ni, mungkin baru je komplikasi tu terjadi. cuma abah ada mengadu sekarang dia dah tak boleh makan pedas, rasa macam semua otot otot menipis t_t memang betul, komplikasi DM ni boleh jadi penurunan berat badan, otot jadi atrofi, mata kabur, masalah pada kidney dan diabetic foot. Allahu jauhkanlah abah dari semua semua itu.
sebelum ni pun tak pernah lagi abah mengadu yang dia tak rasa kalau ada luka, abah di saat usia 55 tahun kena lalui semua ini. ma cakap a few day before that abah pergi kawad kaki. lepas balik dari kawad dia demam, padahal sebenarnya demam sebab ada infection pada tapak kaki tu. asalnya luka melecet, namun abah masih lagi berjalan ke sana ke mari pergi kerja tanpa menyedari tapak kakinya luka melecet. kalau orang biasa dah luka sedikit pasti dah rehat sampai sembuh kan, tapi disebabkan dia tak rasa dia masih lagi buat hal macam orang normal yang tak ada apa-apa.
Tiga hari di hospital setiu, ma cakap abah kena transfer ke Hospital sultanah nur zahirah, hospital besar terengganu sebab nak kena operate. abang, kak long semua balik. hati ni rasa nak balik je, tapi ingatkan tak sampai dua minggu lagi diorang nak datang, dan sekarang ni tengah menunggu stase mana tahu nama keluar untuk masuk first rotation. abang pun xkasi balik, kebetulan juga ada adik lelaki baru habis SPM, so daripada dia takde buat apa dialah yang diharap untuk jaga abah juga.
dua hari lepas operation, Alhamdulillah everything went well. call abah semalam pun abah dok gelak-gelak dia kata tak sakit, nak sihat dah. kak long cakap abah bagitau doktor nak sihat cepat, nak pergi jalan-jalan nak datang Jakarta. oh menangis aku di situ. tiket return dah beli sia-siap dah untuk abah dan ma. tiket dari (Terengganu) TGG-KLIA2, KLIA2-CGK(jakarta) pada 30 April dan tiket balik CGK-KL dan KL-CGK pada 4 mei. mereka akan datang dengan abang sekali untuk wisuda pada 2 mei ni, insya Allah.
semoga Abah dapat keluar dari hopital cepat-cepat, luka cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. aku risau jugak, tapi bila tunjuk gambar dekat kawan-kawan yang dah biasa operate kaki diabetic macam ni, katanya operation abah ni simple je, baru superficial tak sampai tulang lagi dan insya Allah boleh sembuh dalam masa seminggu dengan syarat luka kena betul2 betul jaga, tak banyak berjalan dan tak boleh makan makanan manis.
sekarang dah 22 April
8 days to go.
insya Allah.
doakan semua ye.
nah pesanan buat semua.
eat less sugar, you're sweet enough already.
have a healthy lifestyle.
:)
Sunday, July 8, 2012
sakit --,--
Assalamualaikum............
selamat malam semua, lama dah tak update blog....makin hari makin malas dan takde mood...hohooo...12 days to Ramadhan, waa...tak lama dah kan, rasanya baru sekejap makanya dah setahun aku kat bumi Jakarta ni...macam-macam benda dah aku lalui sepanjang setahun di sini....dan seperti biasa dalam kehidupan pasti ada pasang surut, gembira sedih kannn....
tak sabar nak habis semester 2, tahun pertama sebagai medical student..Alhamdulillah, 4 more years ti go, insyaAllah...pray for me my dear friends :D
aku tak boleh nak update panjang, esok PBL dan 2 exam practicum...pagi ni baru start buat pbl dan study pun belum...gila kan??memang gilaa....semalam aku keluar teman kawan shopping sampai petang, pastu malam keluar makan penat tido...pagi ni baru start everything...pagi ni makan bubur ayam dan aku sakit perut gilaaa ulang toilet lebih 10 kali :'( ni yang malas nk makan luar ni..
sebab tu tak bole nak fokus, asyik sakit perut jee..aihhh...doakan gua sembuh..kbai!

Wednesday, April 25, 2012
Random #blok 6
Assalamualaikum.........
lama la pulak tak update blog ni...haaa, busy la katakan sekarang ni musim exam..hari-hari exam, huuhu...hari isnin exam prakticum anatomy dan skill lab osce...Alhamdulillah praktikum kali ni aku rasa ok dan bolehla dikatakan better than the previous block...untuk skill lab pulak dapat op (orang peraga) yang berlakon sebagai orang sakit, sangat membantu!!! seorang lelaki muda, tapi senang sangat nak dapat reflex so sekali ketuk dah nampak :D Oh ya kali ni aku exam blok neurosciense so belajar pasal nerve and brain....
overall, semalam pulak exam praktikum histology dan hari ni practicum physiology...esok pleno iaitu presentation case yang kitorang dah bincang dan last sekali hari jumaat exam integrasi 2...kene score betul-betul integrasi 2 ni sebab integrasi 1 aku macam dah hancur..huhuuu...dahla masa tu aku sakit kan, ok aku da tulis pasal aku tido masa exam hari tu kat sini...doakan yang terbaik ya!!
exam-exam....credit google :D
kebelakangan ni memang musim sakit kan, ohh yaa nak ceria pasal sorang kawan aku, housemate aku yang indian...dia dah demam dua minggu dan muntah-muntah tiap kali makan, pastu bila pegang part kidney rasa sakit...pastu bia diagnose nampak kidney and appendix dia bengkak...tu yang jadi kene tahan spital tu, dia langsung tak boleh makan apa-apa...tapi lepas dah buat ultrasound and ct-scan alhamdulillah averything is ok ;D ok semalam dah keluar hospital...bukan apa takut jugak kalau ada penyakit pelik-pelik ni...aku ni pun actually ada lagi batuk-batuk tak berapa nak pulih lagi...kawan pun ada beberapa yang demam selesema batuk..hurm, ujian betul kan di usim ujian ni..heehe
banyak lah pulak aku merepek, ohh memang tujuan aku buat blog untuk tulis dan share apa saja yang aku rasa nak share...tak boleh nak tulis benda fakta dan berilmiah sangat sekarang ni sebab tak boleh nak fikir...buku tebal tu pun tak habis baca lagi (T_T) habis exam ni saya update lagii...next week masuk blok baru lagi, blok 7: respiratory....kalau nak dikirakan aku takde pun waktu nak rehat, dua minggu belajar, exam...habis exam masuk blok baru lagi...huuu benda sama lagi kita buat..
semalam skype ngan ika, dia student IMU(International Malaysian University)...jeles sangat!! dia kan exam final satu tu je, bulan 8 ni...kiranya dia belajar satu sem lepas tu exam satu je bukan macam kita ada 6-7 exam sebulan termasuk skill lab, practicum and integrasi...tapi dia kene regular study sebab satu sem belajar baru exam....takpelah setiap system ada kebaikan dan kekurangan dia kan...aku takdelah nak complain everything and i just feel ok ...so far so good, aku takdelah stress sangat pun...boleh je nak catch up dengan semua ni nak tunggu aku rajin ngan tidak je..heehe...
ok lah nak kene pegi study, petang ni exam...thanks for reading! :D
Saturday, April 21, 2012
tidur masa exam
Assalamualaikum......
Alhamdulillah, hari ni saya rasa semakin sihat, takde dah batuk macam semalam....ok fyi, yessterday i got exam integrasi 1 and that was one of the worse exam for me...
yeah, i can't focus to study due to my bad non-stop cough for one these whole week...i did skip some classes and didn't manage to cover all the subjects...huh!!! for the first 20 minutes i think i just read throughly a few questions and i fall asleep during the exam...it was 100 questions for 100minutes....
bila saya sedar saya rasa sakit tekak dan batuk, gila tak gila banyak lagi belum jawab...saya baca sekali imbas terus tanda jawapan...oh my bad!! malam semalam tak dapat tidur asyik batuk terjaga je sebab tu yang ngantuk sangat tu...Ya Allah ujian betul buat diri ini T_T
bila masa tinggal 8 minit lagi saya rasa berpuluh lagi tak jawab, tak tahu nak gelabah macam mana lagi....banyak yang terpaksa bulat tanpa tengok soalan....dan saya tak rasa saya bulat semua 100 questions tu..losernyaaa :(
nasib baik integ 1, bawak 30%, kene semangat!!!!kene study lepas ni tak boleh buat cmtu dahh.....rasa macam teruk sangat, dahla ada yang macam stress bila saya batuk dalam exam tu ganggu diorang nak jawab soalan...nak fikir stress dia, cuba fikir stress saya! dahla tak study tak pegi kelas tak tahu jawab apa, tertido lagi...berapa kali stress tu? :( balik tidur sebab stress melampau.....terus nangis sebab homesick tetiba #lol
malam mak call macam tau2 je saya nak call dia.....macam biasa pesanan mak jaga kesihatan, jaga diri, belajar rajin2, rajin solat ngaji apa smua ^^
mak cakap petua kalau batuk, rebus bunga 7 bunga cengkih tambah halia lepas tu minum......haaaa, dengar pun macam dah tak sedap kan?tapi ubat memanglah tak sedap, nama pun penawar.....tengoklah esok kalau rajin nak cuba, thanks a lot my lovely mum!!
keneeee belajarrrr -,-

Monday, March 21, 2011
Al-Fatihah buat Mr. Ishak..
salam semua ^^
Beberapa hari lepas aku ada menerima satu mesej dari salah seorang rakan yang mengatakan salah seorang lecturer Intec, sir Ishak yang mengajar subjek biology bagi program Ausmat sedang bertarung dengan kanser limfoma...his condition is too bad,pipi bengkak sebelah, mulut herot dan suara lain sangat..memang sangat terkejut mendengar berita tersebut..
walaupun beliau bukanlah lecturer yang mengajar aku namun aku mengenalinya kerana menjadi salah seorang pembantu mahasisawa tahun lepas..sir ishak adalah antara lecturer yang terlibat menjadi fasi kami semasa kem...sepanjang mengenalinya aku akui dia memang seorang yang sempoi dan kelakar =)
Namun hari ini aku mendapat berita yang beliau telah pergi, ternyata Allah lebih menyayangi beliau...sungguh tidak kusangka beliau yang begitu ceria dan masih muda telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini..begitulah lumrah kehidupan, tiada yang kekal..bila-bila masa sahaja kita boleh pergi tanpa disangka-sangka..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..aminn..

![]() |
| sir ishak yang berbaju kemeja stripes |
![]() |
bersama team pm mms 2010 (^_^)
|
p/s: sentiasa ingat mati kerana ia sangat hampir dengan kita...
suka??bolehla 'LIKE' =D
Sunday, January 23, 2011
macam-macam hal lah diorang nihh!! :D
ini dia haikal dan khairunnisa..haha,asyik-asyik main je dalam kete xleh nak duduk diam langsung..pastu diorang nyanyi lagu macam-macam...peminat AF wooo,semua diaorang kenal..akim,mila,stacy,syahir..haha,kalah aku..mentang-mentang lah aku ni dk kolej,xde tv :'(..seingat aku AF7 la aku tengok sebab masa tu lepas spm..yang lain xdpt pun sebab memang dari darjah 6 lagi duduk asrama..balik pun jarang-jarang..
hahahha,ini muka paling buruk ok!!jangan tiru gaya ini di rumah..lalalala,sempoi betu la..geram aku dibuatnya..
ini haikal...selalu ajak aku main ps..hampeh betul,asyik2 kalah jep..aku manalah reti main benda alah tu,main jarang-jarang sekali je pun..dia ni main hari-hari balik sekolah main,malam nak tidor main..pastu mulalah la ayah di bebel suruh tutup..sampaikan xnak makan nasi pun ade sebab nak main ps sangat..nampak kaki sebelah tu??tu abang sulong,hakim sama tua dengan adik bongsu aku,ila..xnak ambik gambar la pulakkk..
aku suka tahi lalat besar kat tepi bibir dia..nampak manis..tiap kali aku pegi ru ah pakcik kat klang,dia mesti datang nak tidur ngan aku..hehe :)
peace no war!!
inilah sebenarnya nak tunjuk..pic sepupu baru :D ni aku baru tidurkan dia..heee,boleh jadik calon menantu x?sudah pandai tidurkan baby ni..sebelum tu punyalah nangis,aku ambik dukung,tepuk-tepuk terus dapat tidur...eh,senang betul rupanya..sukanya dapat jadi baby balik..hahahahha,kejenya makan tidor dan nangis..best kan3???
tu je kisah anak-anak ayah cik.. :D aku dah macam rapat sangat dengan diorang sejak-sejak belajar kat shah alam ni..cuti-cuti pergi lah sana,malas nak balik ganu..penat seh balik jauh2,kalau naik belon xpa la jugak..
p/s:adik aqil makin sembuh,dah xguna mesin lagi..jaa ada tulis dalam entry ni pasal dia..thanks kepada yang baca entry tu dan mendoakan dia..sekarang doa lagi semoga dia cepat-cepat sembuh,balik rumah dan jadi aktif macam kanak-kanak lain..hampir 2 bulan kat hospital~
Monday, January 3, 2011
get well soon aqil zakwan
dah masuk sebulan lebih sepupuku,aqil zakwan ditahan dalam wad ICU kerana jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru...sungguh kesian sampaikan menitis air mata bila aku pergi melawat dia di hospital..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...dia baru sahaja mencecah umur 9 bulan lebih..
![]() |
| habis semua mata,bibir bengkak.. |
![]() |
| sedih kan?? |
ni pic masa raya hari tu...hehe,penumbuk tu saje edit :p
my dear friends,blogger...wish him get well soon..thanks a lot :D
Sunday, December 5, 2010
hujan oh hujan
dah lama tak berblogging..rindu pulak rasanya..huhuhu,maklumlah balik kampung macam ni la..
as usual i become a so-called housemaid at home..
this is just a short post as i can't online for a long time here :(
p/s: please pray for my cousin..he is in ICU right now...wish him get well soon..thankss
Sunday, July 25, 2010
haih...senang sangat nak nangis
semalam baru je hbis futsal inpro..kitorang xde rezeki thun ni,xpelah nk wat cmner..huhuhu...dahla kitorang bru je praktis lpas tu selalu orang xturun...tanda2 kekalahan pon dah nampak...tp aku xnak berleter panjang lebar sal kekalahan semalam...yang futsal tu nanti aku cerita,ni sesi luahan perasaan je...aduh,sakitnyer!!!!
blik semamalm dah nampak tanda2 sakit pinggang...aku pun terus tidur sampai asar..then ika call ckp kwn2 aku dr uia n um dtg satu kereta nk jumpa kitorang..pi la makan..pastu pg tadi pegi praktis,sakit kat bahagian lutut ni menjadi2...sebenarnye bengkak sebab aku selalu hempap lutut masa jatuh praktis silat..pastu,masa main futsal aku terjatuh dan seluarku terkoyak...habis rabak la lutut ni,tercabut kulit dan nampak isi...so aku dah xboleh nan gagahkan lagi untuk jatuh..huhuhu..
pagi2 lagi jurulatih suruh buat betul2 macam wajadiri..aku cuba jatuhkan lutut,tp sakit yang amat sangat..YA RABBI!!sabar je la..pastu diorang ckp xpyh buat sebab takut xjd...bila aku jtuhkan lutut je rasa nak nangis...sakit sangat =( aku rasa sedih sangat sebab aku xdpt perform dan tetiba je aku termenangis..haih,malu2!!!terus lari pi masuk toilet...pastu aku pegi selongkar first aid kit dan balut lutut ni,bg kurang rasa sakit..nanti nk pegi beli knee guard la...masa tu,pinggang pun sakit tp tahan jela...
lepas tu,kitorang keluar main basketball ramai2..campur laki pmpuan..mmg masyuk!!haha...pastu aku letak ais kat lutut n terus try jatuhkan lutut..memang la sakit..tp tahan jela...bila dah masuk buat buah dan gerakan,diorang suruh aku berguling dan arrrhhh!!sakitnyer....yang ni memang teruk la...dh xboleh nk tunduk dan pusing2 badan lagi...aku tahan je dpan orang ramai,pastu aku pegi duk tepi sorang2 n try pusing dan rasa sangat sakit...dan aku nangis lagi..mungkin diorg xperasan keadaan aku sebab aku xnak la tunjuk aku ni manja sangat,sikit pun dah nak nangis...
dalam pukul 1 aku pegi klinik dan ikuti perbualan aku dgn doktor:-

dr: awak sakit ape??
ja: saya sakit badan,pinggang,otot2 hampir seluruh badan...sekarang ni dh xboleh nk bongkokkan badan dan pusing2 pinggang....sakit sgt2..
dr: sejak bila lagi awak main?
ja: futsal tiap2 ptg seminggu ni..silat,dah dkt sebulan mlm2 dan kdg2 petang

dr: awk x boleh force bdn awak mcm ni,awak kene rehat...lepas ni ckuplah main semua tu...rehat dulu dr latihan bila sembuh baru start balik..(sambil gosok2 belakang aku yg membengkak)
ja :tapi saya lawan hujung minggu ni,sbb tu kne praktis tiap2 hari
dr: bdn awak dah sakit,awak kene la rehat...xboleh force nanti akan jd lagi teruk dan tiba hari besar tu dah xboleh nak buat ape dah..bdn awak dah stop from functioning..awak duk je kat bilik,tidur dan rehat2 je...xpyh angkut bnda berat,jatuhkan badan macam silat dan macam2 lagi...kalau dah xboleh praktis xpayah join la tahun ni..join lain kali tahun depan ye...
ja: herm,ok2...tima kasih..(padhal aku sdih giler,dah ari2 praktis xkan xleh join..huhu)
adoiii,cmne ni ye...esk nk perform penuh,pakai uniform silat..dengan keadaan aku yg mcm ni,sakit lutut,pinggang..hermm...sedih sesedih sedihnya...tadi jalan sorang2 pi klinik dengan keadaan yg agak serabai cam siot je...sejam jugak la cmpur jalan tunggu n balik...adeh,ade 4 ari lg praktis...makin dkt ngan ari pertandingan makin banyak injury pulak...aku takot xdapat wt yang terbaik nanti...praktis dh dekat sebulan,nak demo xsampai seminit pon...
aku rasa punca sakit pinggang ni sebab aku jatuh kuat sgt,aku takut jugak kot2 ade masalah ngan tulang...tp doktor cakap otot aku je bengkak sebab aku force badan aku buat benda berat...aduhai...ya allah,tolonglah hambamu ini...xkan xnak pegi praktis...xboleh2...tp xkan nak tunggu badan aku sakit sampai x boleh bangun...xboleh2..pening3...
p/s: kita lbih mudah nangis kalau mental sakit...aku nangis bkn sbb sakit fizikal sgt,tp lbih kpd 'frust' =(

Monday, April 26, 2010
aku menjadi penunggu hospital semalaman
mendengar tajuk entri aku kali ini mesti ramai yang mengaggap bahawa ini merupakan cerita hantu,seram dan sebagainya...owh,tidak sama sekali..ini merupakan kisah diri aku yang merupakan untuk pertama kalinya aku tidur di hospital semalam dan juga kisah kemalangan yang menimpa abang aku...aku belum pernah menjadi pesakit dan tidur di hospital sebelum nie..langsung tiada pengalaman...
hari jumaat yang lepas,aku dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa satu-satunya abang aku dtimpa kemalangan...mak aku cakap dia ada kat HTAA,kuantan...kebetulan pada hari yang sama aku bercadang ke rumah bapa saudaraku di klang...keesokan harinya,kitorang bertolak ke kuantan dan tiba di hospital kira-kira pukul 5.30 petang...
semasa aku tiba,ramai kawan-kawan abangku yang datang...dia kelihatan tersenyum gembira dengan kedatangan ramai rakan-rakan dan sanak saudara..xdela sedih sangat bila sakit terpaksa tinggal di hospital seorang diri...kecederaan yang dialami agak parah sebab sendi kaki kirinya dah tercabut dari kedudukan asal dan belakang badanya terkena ekzos nissan ekstrem..nasibnya memang baik sebab walaupun dah terperosok ke bawak pacuan 4 roda tersebut,namun kedudukannya di tengah2 dan tidak kena pada tayar....topi keledar yang dipakainya juga masih dalam kedudukan asal..
kejadian ni berlaku apabila pada petang khamis dan dia dalam perjalanan ke rumah salah seorang pensyarahnya di sungai isap...kenderaan di hadapannya bergerak perlahan dan abang aku cuba memotong di bahagian kanan,namun secara tiba2 kereta tersebut membelok ke arah kanan tanpa memberi sebarang signal dan tidak perasan akan kehadiran motosikal abg aku...abang aku segera membelok tetapi pemandu wanita ini lebih kuat memusing stereng keretanya dan melanggar abang aku..selepas itu,abang aku terperosok di bawah kereta dalam keadaan mengiring..
menurut ceritanya lagi,keadaanya yang amat panas sebab terkena ekzos kereta dan bawah kereta yang amat sempit menyukarkannya bernafas..dia seolah-olah menggelupur bagai ayam yang disembelih dan berteriak dengan kuatnya "angkat kereta ni cepat!!!jek!!jek!!"pempuan yang memandu tadi sebenarnya dah tercari-cari kelibat abang kerana hanya motosikal yang berada di tepi jalan...oleh sebab ramai orang di kawasan tersebut,mereka beramai-ramai mengangkat kereta tersebut dan menarik abg aku keluar..selepas keluar dari bawah kereta barulah dia boleh bernafas sedikit...
walaupun badannya terasa amat lemah dan sakit,dia menggagahkan diri untuk membuka beg,ambil telefon dan call kawan serumahnya...kawannya segera datang ke tempat kejadian dan meninggalkan rumah tanpa berkunci..perkara kedua,dia mencari2 report praktikallnya yang berada di bawah tayar kereta...lepas tu barulah dia bukak helmet dan lihat speknya masih dalam keadaan baik...nasib baik semua barang2 lain spt wallet dan phone diletakkan dalam beg dan dihulurkan kpd kawannya yang tiba sajurus lepas abg aku call..
lebih kurang setengah jam menunggu,barulah pihak JPAM datang membawanya ke hospital..pada mulanya orang kampung ingin mengangkat dan membawanya terus ke hospital,namun seorang ahli PBSM melarang sebab ditakuti kecederaan akan menjadi lebih parah jika ada sebarang kecederaan dalaman yang dialami...selepas itu,kawan abg aku call keluarga aku dan informkan akan hal ini..hurm,baru je 2 minggu lepas mak aku keluar hospital kena operate apendix,ni abg aku pulak masuk hospital sebab kemalangan...
ibuku merupakan peneman sejati dan malam tadi aku bersama-sama ibuku tidur di hospital...macam-macam karenah yang aku jumpa di sini...sepupu aku yang kecil jadi takut untuk datang dekat dan hanya bermain-main di luar...tidak tahu kenapa,aku pun pelik...tapi aku akui,semasa aku kecil,aku amat takut untuk datang hospital terutamanya bila lihat orang sakit berbalut-balut dan berdarah-darah...namun kini perasaan tersebut semakin lama semakin hilang dan dan aku mula terbiasa dengan keadaan tersebut..aku mesti hadapi jugak semua benda nie suatu hari nanti :)
malam tu aku dah berhajat xnak mandi sebab sebelum bertolak memang dah mandi...dah nama pun wad lelaki,memang ramai orang lelaki...tapi disebabkan ramai pesakit-pesakit yang patah2 (wad ortopedik),takde la ramai sangat kat tandas...tapi pagi tadi,bila aku ke tandas ada 2 orang lelaki cina yang sudah tua berbual-bual dalam bahasa cina...aku tengah mencuci muka kat sinki,namun tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya dalam bahasa melayu,tetapi kurang jelas kedengaran...aku dah gak memang dia xfasih sgt bahasa melayu...2/3 kali dia tanya barulah aku faham dia cakap"benda untuk ikat baju orang melayu panggil ape"huh,jenuh aku nak memahami apa yang dia cakap..dahla tua,pastu cina,ayat bm berterabur dan pelat...aku cakap la tali,pastu dia pun ckp baju dia xde bnda tue...
mulanya aku ingat dia tanya tu baju aku ke sebab kat tangan dia menunjuk2 baju hijau hospital...aku cakap bukan,dia pun tanya berulang2 sampai aku faham...adooii..pastu aku tengok dia berjalan keluar terhinjut2 dengan sebelah kaki berbalut,tapi dia telah ikat dengan plastik supaya xkena air...hurm,sekurang-kurangnya dia boleh bangun dan berjalan...abag aku hanya buang air atas katil di dlm bekas yang disediakan...tapi kena pergi ambil dulu bekas tue..pagi tadi masa aku tidur dalam pukul 4lebih abg aku kejutkan sebab dia nak buang air...tp aku xtaw bekas tu kt mne,nasib baik ibuku bangun dan pergi ambil..kalau tiada orang,camne la nak buang air kan~
sejak semalam jugak aku dengar ada seorang pak cik tua melayu menggunakan bantuan alat pernafasan...nafasnya turun naik dan mendengus-dengus seperti orang kesesakan nafas...hurm,aku dah agak macam dah tak lama...pagi td,dlm pukul 6.45 pak cik tu telah meninggal dunia...innalillahiwainnailaihiraji'un...kemuadian,ramai saudara-mara pak cik tu datang dan ramai yang menangis-nangis...mak aku ckp,diorang hanya pasang bacaan yaasin dan tiada seorang pun yang baca walaupun terdapat yasin di situ...xtahulah diorang masih sedih dan sebak hingga xdapat baca atau sebaliknya...wallahua'lam...
malam tadi ada kes percubaan untuk mencuri kereta...aku yang ada kat tingkat 5 ni pun boleh mendengar bunyi kereta 'menjerit' dan laungan orang ramai...bergegas aku menjengah dan lihat da sekumpulan lelaki tengah menumbuk-numbuk dan menyepak seorang lelaki dengan kuatnya...lelaki itu menjerit sakit dan meminta tolong...arh,pandai sangat nak buat jahat,terimalah akibatnya!!!!!
banyak juga kejadian yang berlaku semalam...tapi keseluruhannya, ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi aku...pagi tadi aku dihalau keluar oleh pengawal keselamatan sebab ada bersama mak dan sorang lagi bapa saudara aku pada bukan waktu melawat..aku akhinya turun dan berjalan-jalan di taman sambil mendengar radio...kemudian,aku ke rumah saudara aku di taman seri inderapura kat pekan...
aku bertolak balik ke shah alam dalam pukul 3.30 dan tiba dalam pukul 7,makan kat wira sejati jap...hurm,kpd rakan2 sekalian,doakanlah moga2 abang aku cpt sembuh dan dapat menjalani hidup seperti biasa.. :)

Wednesday, April 7, 2010
kawan-kawan doakan kesihatan ibuku....tq
hari isnin yang hening,aku join usrah dengan kawan2...tetiba dapat mesej akak aku cakap "ma masuk hospital" aku amat pelik..sakit apakah???aku tidak membalas mesej itu kerana agak kurang sopan mesej2 dalam majlis...10 minit lepas tu,dpt mesej dr abang aku...dia baru je sampai hospital...huh,apekah????macam2 bermain dalam fikiran aku lantas aku meminta diri untuk membuat panggilan telefon..
bila aku call abg aku,dia suruh aku cakap dgn mak aku sndiri...rupa-rupanya ibuku terkena apendiks dan terpaksa dibedah secepat mungkin...owh,aku ingatkan sakit apekah tadi..lepas dengar suara mak aku barulah rasa lega...dia ckp xpayah la bimbang sangat pasal dia,belajar rajin2 je...doakan je ma slalu sihat...huh,terasa sebak di situ~
semalam abg aku msj dan tanya kalau nk 'operate' kena puasa berapa jam???rasa-rasanya lama jugak tapi dia cakap mak aku dah puasa lebih 24 jam...tu yang sangat lapar,sabar je la ye...sebenarnya tengah tunggu giliran bilik bedah..asyik penuh je,bila dah ada kosong baru boleh...tu yang xpasti waktu sebenar pembedahan..
malam tadi,semuanya telah selamat...lor,apendik je pun orang cakap...tapi still kena operate,kalau tidak..bahaya!!!tapi selalu aku dengar kanak2 dan orang muda je yang kena...tapi ape boleh buat,sakit tidak kenal rupa,pangkat dan usia kan...ape2pun aku doakan semoga ibuku sentiasa sihat,mak aku muda lagi taw :)..kawan2 pun bolehla mendoakan semoga ibuku cepat sembuh...walaupun ibuku jauh di mata,namun tetap dekat di hati

Subscribe to:
Posts (Atom)