This is my journey, He puts me here. It's His plan so i just have to carry on and trust Him
semakin hari terasa semakin mencabar, banyak benda nak kena fikir bukan sekadar perkara remeh temeh macam nak pakai baju apa nak sarapan apa dan sebagainya tapi benda yang lebih besar....benda yang bukan hanya melibatkan diri kita sendiri, kalau kita salah pakai baju hijau hari ini walaupun dah plan untuk pakai baju merah...takde masalah, langsung takde masalah....tapi bila melibatkan orang lain, orang yang lebih ramai dan mesti bermain dengan hati dan perasaan manusia it u yang susah T_T
Tak semua apa yang kita suka tu orang lain pun suka dan kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang....kekadang rasa sedih bila kita dah cuba buat yang terbaik, sebaik mungkin yang boleh tapi masih ramai suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati komen itu dan ini tanpa langsung menghargai pengorbanan yang kita lakukan selama ini....kita sanggup tidak tidur malam, melupakan kepentingan diri sendiri untuk berehat, tidur, berjimba berhibur tapi di sebalik kelelahan itu tiada siapa yang peduli...hamba abdikah kita?ya kita memang hamba tapi hamba Allah yang sangat kerdil, bukan hamba manusia...bukan robot yang rela diperlakukan sebegitu mengikut keinginan hawa nafsu mereka, bukan.....
walaupun kadang-kadang kita terpaksa menahan diri dari marah, dari meluahkan kata-kata yang memang tak sepatutnya apabila ada orang yang bekerja dengan kita, atau kawan-kawan kita buat hal memutar belit cerita, menukar itu dan ini tanpa memberitahu kita....kita seharusnya memilih untuk diam, sungguh itulah yang terbaik...melampiaskan rasa marah tidak memberikan apa-apa kesan positif sebaliknya semuanya negatif, menghancurkan ukhwah yang selama ini terbina erat, meruntuhkan persahabatan, meleraikan senyuman...mungkin dengan diam boleh menyedarkan mereka, biarkan perasaan bersalah membelenggu diri mereka dan mereka mungkin boleh sedar, kecuali manusia berhati batu, hati mati :(
terlalu memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain sampai membiarkan diri sendiri tersiksa, merana juga bukanlah satu cara yang baik...jangan pernah takut untuk berkata 'tidak' kepada sesuatu yang memang kita tak boleh lakukan, yang memang banyak halangan untuk kita...contohnya??ada kawan kita mengajak kita buat maksiat, kenapa perlu ikut??kenapa sanggup pergi buat sesuatu yang memang kita tak sukai dan dimurkaiNya semata-mata untuk menjaga hati kawan??keredahaan siapakah yang kita cari?kawan mungkin boleh cari tapi kerehdaan ilahi itulah yang sentiasa dinanti...Allahu akbar!! hambar hidup hanya untuk mencari keredaanMu ya Allah....
sedih dengan hal dunia, sedih kalau tak dapat pergi konsert, sedih tak dapat markah yang kebaboom sedihhh...kalau dekat dunia nak sedih dekat akhirat lagilah sedih kalau kita berterusan menyedihkan diri tanpa berbuat apa-apa...percayalah! semua benda yang berlaku atas dunia dia semuanya sudah tertulis 'dakwat telah mengering, pena telah terangkat' takde benda lagi yang boleh kita buat tapi kita boleh usaha dan tawakal...banyakkan bedoa kerana Allah suka hambanya yang merintih berdoa memohon dariNya buka dari yang lain...kalau kita usaha dengan izin Allah kita akan berjaya, lupakah kamu dengan sunnatullah??? husnuzon dengan Allah itu sangat perlu :)
ayuhhh janganlah kita terus terusan bersedih...bangkit dan bangunlah!!!lakukan sesuatu, kitalah pemuda harapan!!
No comments:
Post a Comment