Assalamualaikum........
dah lama rasanya aku tak update blog, hahaaa...walaupun hanya 4 hari kan, tapi dalam masa 4 hari ni terlalu banyak perkara yang berlaku sama ada berlaku secara dirancang, senagaja dan tidak...ini juga merupakan entry pertama aku di bulan June 2012..hehee...aku ingat nak update blog setiap hari tapi itulah masa dan idea selalu tak sama...kekadang ada idea, tapi tak sempat nak tulis sebab exam ada program dan tak sempat nak update dan bila ada masa aku pulak takde idea nak tulis apa..hehee ^^
terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni...cewahh!!hahaa....sebagai seorang student medic aku kena benar-benar urus masa sebab aku bukan hidup kat sini semata-mata nak belajar medic dan jadi doctor one fine day, no!! banyak lagi benda yang aku nak buat selain tu....aku kat sini nak perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni dan mencari redha Ilahi itu yang lebih utama sebenarnya.... aku ni seorang yang suka berkawan dan cuba something new especially challenging activities...jadi aku rasa join persatuan tu memang platform terbaik :D
takdelah kita kat sini hanya di Jakarta semata-mata dan tak keluar pergi mana-mana...tak tahu dunia luar hanya bangun tidur pergi kampus menghadap modul, menghadap atlas anatomy, sherwood dan apa-apalah buku medic tak join apa-apa aktiviti dan cuti balik Malaysia....jadilah kita katak bawah tempurung kan..no!no!no!! bukan setakat katak bawah tempurung nanti jadi kera sumbang kita tak kenal orang orang pun tak kenal kita kan ada apa-apa masalah susah sendiri di perantauan ni haaa...
gambar hiasan :) |
tetiba aku teringat lirik lagu aku maafkan kamu dari Jamal Abdillah " Ada teratak di hujung kampung. Bawah cermin kopak ada kotak. Tersembunyi dalamnya ada tempurung. Sembunyi bawahnya katak melalak" nampak???betapa tersoroknyaa engkau :p duduk kat situ melalak patploh tahun pun takde orang dengar sebab apa??kau sombong taknak kawan ngan orang...dahla duduk jauh dari orang, menyorok lagi bawah cermin bawah kotak dalam tempurung...huhuu...mendalam gak kan maksud dia....
aku sebenarnya ada misi dan visi sendiri, tapi tak perlulah kot nak hebahkan kat semua orang...macam misi sekolah camtu dan sepatutnya setiap orang harus mempunyai misi dan visi mereka sendiri sebagai target apa yang kita nak capai dan apa yang kita kena buat untuk capai sesuatu tu...barulah rasa bermotivasi kan???visi kita nak jadi seorang doktor yang berjaya tapi apa yang kita buat untuk jadi yang berjaya tu??banyaaaak lagi benda yang perlu kita belajar dan perbaiki untuk sebab tu kita kena rajin...tak payah kot nak hebah satu dunia apa azam kita tiap-tiap tahun kalau azam dulu-dulu pun tak pernah satu habuk yang kita buat dan capai...
contoh macam aku, memang tak dinafikan aku memang seorang yang suka membaca...dari kecik lagi suka membaca pantang tengok buku pasti nak baca tapi kalau nak bezakan apa yang kita baca dari kecik dulu sampai sekarang pasti beza kan....tetapkan macam tu je, kalau dulu baca novel cintan cintun alaf 21 tu tak habis-habis apa kata kita tukar baca sesuatu yang lebih berilmiah dan bermanfaat macam buku dan blog motivasi, buku-buku keagamaan ke takdelah sia-sia sangat kan...bukan tak boleh baca majalah ujang, cuma kita kurangkan :D
p/s: semalam aku ikut program JJCI ke Bogor dan Sukabumi....nanti aku update yee..
thanks for reading :*
thanks for reading :*
No comments:
Post a Comment