nuffnang

    Showing posts with label kawan. Show all posts
    Showing posts with label kawan. Show all posts

    Wednesday, November 7, 2012

    'Aku tidak mahu hidup beragama'

    Bismillahirrahmanirrahiim...


    korang ni kalau jalan-jalan pergi mana-mana ke mesti dengan geng usrah je.....


    pergi mana-mana bukan nak berajak! macam ni la kawan!


    korang ni selalu hari minggu keluar tidur kat luar, korang pergi mana??


    apa yang korang buat dalam bilik tu??kenapa kakak-kakak tu selalu datang sini??


    kau tiap kali holiday mesti dah ada plan sendiri, malas dahla nak ajak pegi mana-mana cmnii...



    ........................................


    pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan...oh kami tinggal di rumah sewa, bersama 4 lagi kawan 'not yet a muslim' , ada pembantu yang kami panggil embak, suaminya dan anaknya...hurmmmm... batch kami tidak ramai, hanya ada 10 perempuan, rumah kami 7, dua orang rumah sebelah dan sorang lagi jauh merantau membawa diri..hehee :D



    so apa jawapan saya? apa pendekatan yang saya harus lakukan?? saya beritahu yang kitorang baca quran sama-sama, berbincang dan memahami maksudnya...bukan saja-saja duduk lepak borak kosong dalam bilik tu :p



    kalau hari minggu biasanya sebulan sekali kami ada daurah, tidur di rumah kakak-kakak biasanya, takpun di tempat lain...lepas tu bukan saja kami pergi curug, taman safari tak nak ajak korang tapi kami pergi dengan 'kelompok' kami, untuk merapatkan ukhwah sesama kami...



    "weiii cepatlah belajar, aku takutlah tak ready lagi nak exam nii"



    masa tu dah nak masuk dewan exam, saya beritahu kan kita dah belajar...apapun nanti kita bertawakal dan berdoa saja supaya dapat result yang best...nak tahu tak sebenarnya semua result kita, hidup dan mati kita semunya dah ada, dah tercatat..kita hanya tunggu nak laluinya sahaja...



    "kalau macam tu tak payahlah kita belajar, kan result kita dah ada, dah tahu dah kita akan jadi doktor, tido jelah kalau macam tu"



    tapi kita tak pernah tahu apa yang dah tertulis untuk kita kan?? sebab tu tugas kita kena berusaha sebaik mugkin...hurmm, analoginya kalau kita lapar kita makan..tapi kita tahu mungkin rezeki ada untuk kita tapi kalau kita langsung tiada usaha untuk keluar, pergi kedai, beli, suap dalam mulut makanan tu kita akan berlapar jelaa...



    "payah sangat analogi kau ni, sebab tu aku tak suka..."



    "hurmmm"...


    ..................

    mungkin salah aku juga, beritahu tentang qada' dan qadar kepada yang masih belum faham....belum faham tentang sunnatullah dan syariatullah...belum faham tentang usaha, konsep bertawakal dan kepercayaan...fuuhhh, jauh sangat aku melangkah tu, seperti memberi penerangan kepada yang dah faham konsep baru boleh explain benda-benda macam tu..mungkin dia faham, tapi dia tak yakin. tak percaya...sebab tu kalau kita nak bercakap dengan orang kena tahu dulu tahap kefahaman dia macam mana, dia boleh terima ke tidak apa yang kita cakap tu...kena kenal dan faham duluu..



    petangnya, sambil-sambil buat karipap dengan housemate, keluar lagi cerita ni..



    kita nak suruh dia faham apa yang kita sedang buat, bukan kita saja-saja buang waktu, buang duit nak pergi sana-sini...kita hidup ada matlamat, kita berusaha yang terbaik untuk masuk ke syurga sebab kita tahu syurga tu wujud...dunia ni hanyalah sementara, permainan semata-mata dan mati pula adalah pertengahan kehidupan kerana kehidupan alam akhirat adalah yang kekal selamnya..



    "kau percaya tak dengan semua ni"

    "kau tahu tak kenapa kita wujud kat dunia ni?"

    "pernah tak kau fikir apa yang akan jadi pada kita lepas kita meninggal nanti?"

    "dan kau percaya kewujudan tuhan?? yang menciptakan kita semua dan alam ni..."




    kawan cakap dia percaya yang ada kuasa tuhan yang menciptakan semua ni, tapi dia tak suka agama...dia tak nak hidup beragama, dia tak suka orang-orang yang terlalu taksub dengan agama sampai menghiraukan orang lain..gulp!! dan dia cakap agama hanyalah memecahbelahkan manusia, bukannya menyatukan...orang itu ke masjid, orang itu ke gereja lepas tu nak gaduh sebab agama...



    ohhh, mungkin itulah pandangan dia....pandangan seorang yang hidup ada agama pada dasar keluarganya tapi mungkin tidak faham, tidak tahu...kita sudah cuba menyampaikan, memberitahu apa yang perlu...dia cakap ramai orang yang menggunakan agama sebagai alasan tidak boleh itu ini sebab tu dia tak suka....



    betullah tu, tak semua orang boleh percaya kepada alam ghaib, kuasa besar yang mencipta seluruh alam semesta, tentang dosa pahala, alam akhirat syurga neraka....'mereka' yang masih belum faham dan mengerti mahukan sesuatu yang boleh dilihat, dirasa dan disentuh...mereka tidak suka sesuatu yang dalam bayangan, khayalan dan 'belum pasti' katanyaaaa...



    Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur sebab kita lahir saja sudah Islam, sudah diajar mengenai dosa pahala dan ganjaran syurga neraka kelak...kalaulah kita juga sama seperti 'mereka' adakah kita akan berusaha mencari cahaya-Nya?? cahaya untuk mengeluarkan kita dari kegelapan??? bukan kita membiarkan mereka, tapi sampai sekarang kita hanya berkongsi sedikit demi sedikit...siapa tahu, suatu hari nanti Allah bukakan pintu hatinya, Allah lembutkan hatinya untuk mendalami, memahami dan mengucap syahadah! subhanallah!!



    sambil menggelek tepung untuk karipap, dia beritahu...



    dia hanya nak hidup macam biasa, tak nak fikir pasal apa yang jadi lepas mati...kalau mati biar jelah mati yang penting time hidup ni kita buat yang terbaik...kita belajar dan buat apa yang kita suka sebab lepas mati nanti tak dapat dah...


    "aku nak hidup dengan cara aku sendiri"

    "aku tak mahu hidup terikat dengan agama"



    ................................

    kalau kita kata kita percaya tentang kewujudan syurga, kenapa kita tidak berlumba-lumba berlari berkejaran untuk mendapatkannya?? berusaha berbuat kebaikan sebanyak mungkin untuk mengutip pahala....mengapaa??? kita kan kata kita ISLAM, kita faham tujuan hidup kita tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai a'bid dan khalifah...kenapa nak menolak lagi??



    kita kata kita solat dan baca quran...hari-hari....tapi apa yang dibaca dalam solat, dan apa saja suruhan Allah dalam quran kenapa susah sangat nak ikut??kenapa nak ikut sangat budaya kpop, jpop, hollywood, bollywood dan playwood semua tu?? kalaulah semua orang mengerti..muhasabah diri



    aku juga manusia biasa, masih belajar, merangkak dan bertatih....namun aku akan terus berusaha sebab aku mahu hidup bergama, hidup dalam ISLAM, doakan aku juga mati dalam ISLAM :D




    “Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah sebenar-benarnya takwa, dan janganlah sekali-kali kalian mati melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam.”

    (Ai-imran,3:102)



    semoga tiap-tiap hari yang berlalu tidaklah sia-sia sebaliknya ada sesuatu benda baru yang kita belajar dan jadikan manfaat dalam menghadapai hari-hari yang mendatang..


    semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini ^^



    Friday, November 2, 2012

    ice skating yang sangat bermakna :)

    Assalamualaikum......


    semalam pergi main ice skating setelah habis exam integrasi 2...berikut adalah perbualan beberapa sahabat:



    A:  ni first time aku naik main ni..excitednyeeee!!!


    B: dah lama la tak main, last main dua tahun lepas tu pun asyik jatuh2 je..kita main kat tepi jelah, pegang dekat tepi-tepi....huhuuu...


    C: inilah masanya untuk aku menunjukkan skill bermain skating...takdelah pandai sangat tapi bolehla..hihiii



    kasut skating


    semua masuk....yang baru first time main, takut nak melangkah..tak boleh bergerak. takut. statik. 


    "macamana nak jalan niii, kan aku jatuh!! boleh ke angkat kaki?cmne nak meluncur" sahabat yang lain memimpin tangan dia, pegang dia...kasi motivasi, kau boleh...jalan je macam biasa, selangkah demi selangkah :D



    mula-mula pegang kawan, jalan selangkah demi selangkah...lepas tu lepas, biar dia jalan seorang diri...masih takut-takut tapi berjaya memberanikan diri....jatuh dua tiga kali bukan lagi masalah, basah lencun baju seluar pun takpe...rasa macam bahagia sebab berjaya berjalan di atas ice, walaupun nampak pelik, jalan macam orang cacat takpeee..yang penting best!!



    sahabat yang satu lagi dah berjaya meluncur, wehuuuuu....dapat lari-lari dalam tempat skating tu walaupun tak berapa nak laju...weh aku dah berjaya!!! tengok skaters professional dan budak-budak yang masuk kelas skating tu macam best jee...diorang boleh pusing-pusing, laju-laju  boleh maintan balance tak rasa nak jatuh pun..nak jugak!!



    sahabat yang baru first time main tadi dah boleh berjalan, jatuh bangun lagi, jalan lagi, jatuh lagi, bangun lagi...heheee...tak kisah pun yang penting berjaya main tanpa perlu pegang orang lain..dah berani orang kata :D



    ..................


    nampak simple sangat, main skating je pun...tapi banyak membuatkan saya berfikir....mula-mula takut nak melangkah..sebab apa? sebab takut...nanti jatuh, sakit :(   nanti orang tengok macamana?? tak pasal-pasal kena gelakkan..malulah!!!



    itulah kita, takut sangat nak melangkah sebab takut jatuh, takut pandangan orang yang macam-macam...takut kena booo, takut dipandang pelik..if u never try, u will never know...cuba pun belum tapi dah fikir benda yang bukan-bukan kat belakang...



    jatuh memang sakit, tapi itulah yang best, yang manis...sekali kita jatuh kita akan lebih berani, akan lebih kuat dan yakin :D 



     " to never fall is to never feel the real 'thrill' of ice-skating :D and each fall simply motivates you to rise up again, stronger!!



    a simple caption from my friend ^^  



    yang dah boleh melangkah, bantu yang belum....dah dah boleh, cuba dan terus mencuba supaya jadi lebih baik...dari tak tahu apa-apa jadi seorang yang tahu banyak, jangan cakap tahu semuanya..tipu :p   from nothing to something and from zero to hero..yes!!! we can do it! :)

    ........................



    murabbi saya tanya " khad dah share ke dengan kawan?" haritu saya cakap saya nak ajak kawan, nak share dengan kawan....tapi saya belum ada kekuatan, saya takut dan tak yakin tapi lepas main ice skating semalam, saya ada satu kekuatan yang luar biasa..subhanallah!! ini gara-gara kawan saya yang menjerit takut nak berjalan dan melangkah akhirnya jadi seorang yang boleh skate walaupun tidaklah begitu lancar...




    saya pun terfikir, kalaulah dia tak pernah nak cuba pun skate, masuk kat tempat ice skating tu sampai bila-bila dia takkan pandai, hanya duduk dekat atas memerhatikan orang lain bermain dan dalam fikiran dia, aku tak pandai skate, aku tak boleh skate nanti kalau aku main mesti jatuhhh...mesti sampai tua dia akan ada mind set macam tu, tak pernah nak cuba tak pernah nak ambik tahu...rugi kan sebenarnyaa...tak pernah nak rasa keseronokan macam orang lain rasa...




    realitinya??dia yang takut tadi jadi seorang yang boleh main, meluncur dalam masa tak sampai sejam...saya pun boleh!!



    ................................


    saya bukak fb, private message bestfriend yang sekolah menengah dulu, oh ya waktu di smkp saya ada geng berlima tapi saya contact sorang, yang ada ciri-ciri mahukan Islam tapi belum bertemu wadah...daripada chat biasa, tanya khabar, kehidupan kepada soalan yang lebih serius...saya tanya dia tahu tak usrah tu apa lepas tu dia cakap usrah dia tahu tapi belum sempat nak join...dan saya cerita itu dan ini sehingga dia tertarik selepas saya post video ni ^^ dia kata dia tanak jadi robot...comel!! hehee 




    subhanallah!! dia sangat tertarik dan pagi ni dia bagitahu dia nak join usrah...saya tak ajak pun, saya cube bercerita tapi dia memang nak....Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, disebabkan saya pernah mengalami benda ni, dan saya memang tak suka buat sesuatu kalau memang dipaksa jadi saya hanya kongsi apa yang ada sampai dia sendiri yang ajak saya buat konferens riang di facebook, ajak adik kembar dia dan sorang lagi sahabat baik kami :)



    kawan cakap dia macam tahu wujudnya benda-benda ni semua tapi takde orang pun nak ajak dia :/ dia suka tengok 'geng muslimah' ni semua tapi tak tahu nak mulakan dari mana takde geng pun, xde member pun...nampaklah kan kat sini, ramai sebenarnya nak jadi baik, ramai sebenarnya hati-hati yang kosong menanti sentuhan yang basah, tapi belum berpeluang, belum ada yang datang menyentuh hati mereka...sayang sangat, seribu kali sayang 




    Alhamdulillah sambutan yang cukup memberangsangkan, kami akan mulakan usrah online minggu depan, insyaAllah...semoga Allah redha!



    kisah ice skating ni sangat bermakna buat saya, permulaan yang baik buat saya di awal november ni..alhamdulillah!semoga ia turut menjadi permulaan yang baik bagi saya untuk masuk block baru..hehee :)





    Sunday, July 22, 2012

    Memories with E2 semester 2

    Assalamualaikum.....


    i'm on holiday and i'm coming home tomorrow morning....i'm coming home...i'm coming home, tell the world that i'm coming home...weeeee...i think it's not too late for me to wish all muslim happy Ramadhan^^



    Ramadhan bukan sekadar bulan untuk puasa tetapi lebih dari itu, bulan yang penuh berkat ni jom kita sama-sama tingkatkan iman, rajinkan diri melakukan ibadah sunat yang lain seperti baca quran dan solat sunat..jom jom jom!!! kita buat sama-sama :)


    entry kali ni nak bercerita dan kongsi sedikit tentang kawan-kawan di kelompok E2, sepanjang semester 2 ni kami berada dalam kelompok sama, untuk skill lab, pbl, lab dan practicum...so hubungan kami agak rapat sebab kan selalu buat kerja sama-sama dan sesekali keluar makan-makan bersama...semester depan tukat kumpulan lagi, untuk semester 2 kami terdiri dari 9 orang termasuk 2 orang tu angkatan 2010 yang dipanggil anak ulang..ok memperkenalkan...jeng..jeng...jeng....

    Harry

    Adrian
                                                 

     cindy

    novi


     Robin

    keren


    kiki


    Ria

    ok these are all my groupmates...i don't think that i should put my own pic coz i' u know who am i already right??theheee...dua cowok yang atas tu tak habis-habis dok menyakat aku dengan macam-macam...panggil upin upin then mak cik bla..bla..bla...until most of my friends call me mak cik..ahh, do i look that old?? but some of them don't even know what is mak cik?LOL



    What i like the most about this group is they make me feel appreciated and i can be myself..aku suka suki je cakap bahasa melayu campur english but sometimes they just laugh at me and say that i'm funny!!i can speak bahasa Indonesia but somehow i still failed in saying alphabet..A, BE,CE,DE..blablabla...cakap english terus dicop sombooong! hahaaa


    awal-awal memang memasing diam sebab kan tak kenal lepas tu bila dah beberapa kali pbl dan skill lab serta praktikum sesama kami jadi makin rapat, dah boleh kenal perangai masing-masing...mana yang rajin, mana yang pandai, mana yang suka ponteng kelas, mana yang malas buat kerja, mana yang selalau dapat markah tinggi dan mana yang selalu tak lulus...benda ni memang boleh nampak, sape yang rajin tu memang akan dapat markah tinggi je dan mana yang suka bolos kelas tu faham-faham jela...aku ni kategori average, rajin ke kelas tapi biasa-biasa saja..wahhahaa..


    after PBL 2


    they said this is cherrybelle or chibi style...do you know what is cherrybelle??it's a girl band from Indonesia and they might be inspired by k-pop...kalau Malaysia ada gula-gula yedak?? i just know about this group and whatever..hahaaa...


    ok i think i should stop now....semoga semua dapat jadi doktor yang berjaya one fine day...thanks for reading dan selamat berbuka!!



    Tuesday, July 10, 2012

    Jemput orang datang Jakarta :)

    Assalamualaikum.......


    Untunglaaaa orang dah cuti bole jalan-jalan...heheee...ok aku tak tahu nak mulai dengan apa, selasa lepas memeber dari Intec datang nak jenjalan sekitar Jakarta, esok dah nak balik da...seminggu diorang kat sini, mungkin nak merasa bagaimana kehidupan di Jakarta, atau nak jumpa orang tersayang...dua-dua kott eh :)


    awal pagi tu dua orang dah datang, so petang ni kitorang pergi jemput lagi tiga orang...dua cowok, 1 cewek...hahaaaa....aku ikut pergi jugak sebab member rapat roomate kat akasia dulu, 2 tahun kot kitorang satu bilik....pastu dua orang lagi kawan coursemate, ALM (Alamak!) tak tahu cari sendiri :p 


    kami ke sana naik teksi, bertiga jugak...punyalah remind suruh aku siap cepat sbb teksi dah nak dekat sampai padahal.......


    "Jom teksi dah sampai" cepat-cepat aku bersiap sampai tertinggal purse...padahal kene tunggu almost 30minutes lagi dalam teksi....ada yang baru nak mandi, nak jumpa future wife katekan, kata Ali bukan nama sebenar...hahaa...aku tak nak merepek banyak sebab perut tengah sakit ni, tengok gambar jela ehh...



    flight diorang delay sepatutnya sampai 2.30 camtu tapi dah jadi pukul 5.20....tapi dalam pukul 6lebih baru sampai,haaa..ni tunggu kat depan ni...international arrival,lama jugak diorang kt dalam...


     yeayy!!da sampai....penantian berakhir..hahaaa...senyum memasing da sampai Jakarta kan :)
     padahal bosan lama gila tunggu kat lcct..hahaa..


     bawak satu beg je sorang, nanti balik mesti banyak kan...haa, shopping katekan...
    ehh,pisto macam nak sama besar ngan ali je :p



     Ali tenung apa tu, huishh...

     hi si chantek!! gonna miss u :)


    sengih lebar yee memasing...orang tengah bahagia.....



    ok tu je nak tulis.....nak share gambar ni je sebab malas nk upload FB...satu lagi Ali nak sangat masuk gambar dia dalam blog :p diorang dah nak balik esok, selamat tinggal Jakarta..heheee...next week saya pulak balik Malaysia :D


    p/s: orang baru datang Jakarta xsakit, aku pulak yang sakit -,-

    Monday, June 4, 2012

    katak bawah tempurung??

    Assalamualaikum........


    dah lama rasanya aku tak update blog, hahaaa...walaupun hanya 4 hari kan, tapi dalam masa 4 hari ni terlalu banyak perkara yang berlaku sama ada berlaku secara dirancang, senagaja dan tidak...ini juga merupakan entry pertama aku di bulan June 2012..hehee...aku ingat nak update blog setiap hari tapi itulah masa dan idea selalu tak sama...kekadang ada idea, tapi tak sempat nak tulis sebab exam ada program dan tak sempat nak update dan bila ada masa aku pulak takde idea nak tulis apa..hehee ^^




    terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni...cewahh!!hahaa....sebagai seorang student medic aku kena benar-benar urus masa sebab aku bukan hidup kat sini semata-mata nak belajar medic dan jadi doctor one fine day, no!! banyak lagi benda yang aku nak buat selain tu....aku kat sini nak perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni dan mencari redha Ilahi itu yang lebih utama sebenarnya.... aku ni seorang yang suka berkawan dan cuba something new especially challenging activities...jadi aku rasa join persatuan tu memang platform terbaik :D




    takdelah kita kat sini hanya di Jakarta semata-mata dan tak keluar pergi mana-mana...tak tahu dunia luar hanya bangun tidur pergi kampus menghadap modul, menghadap atlas anatomy, sherwood dan apa-apalah buku medic tak join apa-apa aktiviti dan cuti balik Malaysia....jadilah kita katak bawah tempurung kan..no!no!no!! bukan setakat katak bawah tempurung nanti jadi kera sumbang kita tak kenal orang orang pun tak kenal kita kan ada apa-apa masalah susah sendiri di perantauan ni haaa...
    gambar hiasan :)







    tetiba aku teringat lirik lagu aku maafkan kamu dari Jamal Abdillah " Ada teratak di hujung kampung. Bawah cermin kopak ada kotak. Tersembunyi dalamnya ada tempurung. Sembunyi bawahnya katak melalak" nampak???betapa tersoroknyaa engkau :p duduk kat situ melalak patploh tahun pun takde orang dengar sebab apa??kau sombong taknak kawan ngan orang...dahla duduk jauh dari orang, menyorok lagi bawah cermin bawah kotak dalam tempurung...huhuu...mendalam gak kan maksud dia....





    aku sebenarnya ada misi dan visi sendiri, tapi tak perlulah kot nak hebahkan kat semua orang...macam misi sekolah camtu dan sepatutnya setiap orang harus mempunyai misi dan visi mereka sendiri sebagai target apa yang kita nak capai dan apa yang kita kena buat untuk capai sesuatu tu...barulah rasa bermotivasi kan???visi kita nak jadi seorang doktor yang berjaya tapi apa yang kita buat untuk jadi yang berjaya tu??banyaaaak lagi benda yang perlu kita belajar dan perbaiki untuk sebab tu kita kena rajin...tak payah kot nak hebah satu dunia apa azam kita tiap-tiap tahun kalau azam dulu-dulu pun tak pernah satu habuk yang kita buat dan capai...




    contoh macam aku, memang tak dinafikan aku memang seorang yang suka membaca...dari kecik lagi suka membaca pantang tengok buku pasti nak baca tapi kalau nak bezakan apa yang kita baca dari kecik dulu sampai sekarang pasti beza kan....tetapkan macam tu je, kalau dulu baca novel cintan cintun alaf 21 tu tak habis-habis apa kata kita tukar baca sesuatu yang lebih berilmiah dan bermanfaat macam buku dan blog motivasi, buku-buku keagamaan ke takdelah sia-sia sangat kan...bukan tak boleh baca majalah ujang, cuma kita kurangkan :D




    p/s: semalam aku ikut program JJCI ke Bogor dan Sukabumi....nanti aku update yee..




    thanks for reading :*



    Thursday, April 5, 2012

    Terima kasih teman :D


    Assalamualaikum....


    hidup ini ibarat sebuah lakonan, dunia ini adalah pentas dan kita semua adalah pelakonnya...fuuuhhhh...dalam kehidupan juga kita tak pernah lepas dari membuat kesalahan, yeahh....kita hanya manusia biasa yang kekadang terlupa itu dan ini, buat kerja tidak sempurna dan sebagainya...kat sinilah pentingnya kawan, teman dan sahabat...mereka yang akan membantu kita dalam apa jua yang kita lakukan termasuklah menjadi tempat kita mengadu di kala kita tengah kesedihan dan juga kawan untuk sama-sama berkongsi kejayaan, kegembiraan...


    manusia tidak boleh hidup sendiri, kita memang harus hidup bermasyarakat...berkawan dengan orang sekeliling dan kita mesti pandai pilih kawan yang macam mana yang kita nak...adakah yang sentiasa bawa kita menuju ke jalan yang benar???atau yang hanya ingin menyesatkan kita??fikir-fikirkan....layan kartu ni jap..



    kawan yang baik akan selalu mengingatkan kita bila kita lupa...kawan yang baik takkan tikam kawan dari belakang, tapi membantu menampung mana yang kurang....bukan bercakap tak puas hati dibelakang, tapi berdepan dan nyatakan katidak puasan hati dan cuba cari penyelesaian...kawan yang baik akan bantu kawan dia dan berkongsi jika ada sesuatu yang best, menarik...ingatlah, kalau kita buat baik kat orang, orang pasti buat benda yang sama pada kita...ketahuilah juga kebaikan atau sumbangan yang kita lakukan itu  tidak akan hilang, malahan kita akan sentiasa dapat tempiasnya selagi orang itu masih mengamalkannya...


     teman sejati sentiasa di hati ^^




    p/s: gambar saya dapat dari FB kawan yang beri, credit to the owner :D

    Monday, October 17, 2011

    cita-cita....tercapai atau tidak???

    Assalamualaikum...


    masa korang kecik-kecik pasti cikgu korang pernah tanya:


    " apa cita-cita korang semua?? bila besar nanti nak jadi apa??"


    tak pun mak ayah korang pun pernah jugak tanya soalan yang sama


    " bila besar anak mak/ayah ni nak jadi apa ya, nanti jadi orang yang keje bagus-bagus..jadilah engineer ke, doktor ke, peguam ke.."


    ada tak??haaaaa...pastu apa jawapan korang??




    ingat lagi masa dulu-dulu fikiran jaa memang sempit sangat, tak boleh nak fikir luas-luas...tak tahu apa, maklumlah budak kampung pastu masa main pulak yang masak-masak duit guna daun pastu jual nasi lemak...pastu main cikgu-cikgu, kita jadik cikgu pastu ada kawan yang jadik pelajar...haaaahaaaa..








    masa darjah satu, ingat lagi cikgu ada tanya soalan tu, apakah cita-cita bila dah besar nanti...kalau jaa nak ingat balik la kan, perh!!!! lebih daripada separuh member-member yang nak jadik doktor masa tu, tapi jaa memang tak pilih doktor jaa pilih cikgu...heehe, masa tu fikir cikgu best, banyak cuti pastu kerja tak berapa nak berat...memang macam dah takde keje lain dah yang boleh pilih kan, biasalah kanak-kanak...selain cikgu, doktor, yang lain yang popular adalah bomba, polis, askar....memang tu adalah profesi yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak..haaaha >_<




    kalau darjah satu, apa yang kita belajar dalam buku hanyalah kerja-kerja macam tu..kalau tanya sebab pulak, perh..saya nak jadi polis sebab saya nak tembak orang jahat!!! pastu boleh kejar orang jahat macam dalam gerak kahs..kelass you!!haaahaa......manalah tahu bidang kerja lain kan,padahal betapa banyaaaknya bidang kerja yang ada sekarang ni...biasalah kanak-kanak, korang semua pun pernah jadi kanak-kanak kan  ^_^




    tapi kan, cuba lihat sekarang, berapa orang yang cita-cita masa kecil-kecil dulu jadi kenyataan...memang tak jadi kenyataan lagi, tapi memandangkan pada usia jaa yang baru mencecah 20-an ni insyallah semua dah ada hala tuju masing-masing kan??semua dah masuk bidang yang mungkin memang mereka betul-betul minat atau kerana orang tua yang suruh dan mungkin juga dah tak ada pilihan lain...


    kalau diingatkan balik memang rasa kelakar kan, bayangkanlah masa kita kecik-kecik dulu kita kan suka berfantasi, nanti saya jadi doktor, pastu awak jadik nurse..kita kerja sama-sama taw!!kalau boleh kita kerja dekat tempat sama, tinggal di rumah yang sama...tapi kalau kita kawin takkan kita nak kongsi suami yang sama??erkkk..... (kuat betul fantasi masa kecik-kecik, betullah apa yang Eric Berne cakap, penampilah kanak-kanak memang camtu...heeehehehe)


    sekarang ni, kawan-kawan kebanyakannya masih lagi belajar dekat mana-mana universiti sama ada dalam Malaysia dan luar negara dan juga dalam pelbagai bidang...ada yang ambil medic,dentistry, engineering, accountancy, TESL, biomedik, nurse, cikgu, dan banyaaaaak lagi bidang-bidang lain..


    dalam masa 5 tahun dari sekarang pula mesti ramai kawan-kawan yang dah kerja...kekadang rasa macam eh, biar betul rasa macam masih lagi di bangku sekolah, main kejar-kejar, main sorok-sorok..oh rindunyaaaa zaman kanak-kanak..ada kawan-kawan yang sangat nakal dulu, suka mengutuk cikgu bakal jadik cikgu...ada jugak yang dulunya takut sangat kalau ada doktor datang, siap nangis-nangis dan menyorok tapi sekarang bakal doktor :)






    indah kan hidup ini, mungkin apa yang kita bayangkan masa kecil-kecil akan jadik kenyataan dan mungkin juga ada yang impiannya terkubur begitu sahaja disebabkan beberapa kekangan...mungkin mak ayah tak bagi, mungkin juga sebab sistem kita yang berorientasikan peperiksaan ini menyebabkan ada yang tidak mencapai tahap yang diperlukan bagi mereka untuk masuk ke jurusan yang diimpikan..




    namun begitu, janganlah sekali-kali kita berputus asa dan mahu menyalahkan takdir serta tidak mempunyai harapan untuk hidup, sungguh jaa ada kawan yang rasa sangaaat frust bila keputusan yang dia dapat memang tersasar dan tidak seperti yang dijangkakakan...ini menyebabkan biasiswanya ditamatkan dan dia tidak dapat meneruskan impiannya untuk bergelar seorang doktor.. dia jadi murung dan jaa ada cakap mungkin jalan yang dia pilih sebelum ini bukanlah yang terbaik untuk dia...mungkin ada peluang lain yang lebih besar menanti dan rezekinya ada di tempat lain,Allah telah berfirman :



    QS. ath-Thalaaq [65]: 2–3”Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.”


    QS. ath-Thalaaq [65]: 4
    ”Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.”



    yakinlah janji Allah itu pasti!!! kita sebagai hambanya mestilah yakin dengan apa yang telah tersurat untuk kita sebab Allah sudah menetapkan segala-galanya...memang kita boleh merancang kan, dari kecil lagi nak jadi itu nak jadi ini..tapi kita kan manusia yang lemah, hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya...



    Qs. al-hadid [57] : 22
    "setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"





    mungkin sekarang ni kita pun ada cita-cita yang bila dah habis degree nak buat master, nak buat specialist apa-apa jelah..pastu nak kawin dengan bakal suami, ada rumah kereta besar, nak bahagiakan mak ayah nak bawak mereka pergi haji..basicly itulah cita-cita atau mungkin nak kumpul harta dan menginfakkan ke jalan Allah, boleh buka rumah anak-anak yatim dan sebagainya...




    tapi adakah semua itu pasti??tidak kan...bercinta bagai nak rak ke sana kemari berbelas-belas tahun tapi akhirnya kawin dengan orang lain jugak..kenapa??sebab jodoh kita bukan dengan orang tu, ketahuilah bahawa Allah telah menetapkan jodoh kita dan masa depan kita...tak payah kita nak susahkan diri nak carik, takut jadi andartu (macam beberapa orang kawan cakap =p) sebab segalanya diaturkan...




    mungkin jugak sekarang ni ada yang masih berfikir-fikir, betul ke jalan yang dipilih ni, tak pun dah masuk belajar dah nak grad pun masih ragu-ragu dengan pilihan yang dibuat...cita-cita itu memang boleh berubah bila-bila masa je, hari ni  cakap nak jadi doktor, esok bangun rasa nak jadi engineer pulak...pastu sebulan belajar rasa nak tukar masuk polis, bila tengok kapal terbang rasa nak jadi pilot...memang...manusia hatinya berubah-ubah...teringat kata-kata sorang akak ni:


     "hati manusia itu memang sangat mudah berbolak-balik, lebih mudah dari air yang tengah menggelegak dalam cerek"




    memang betul, fikiran kita memang banyak bercelaru..jadi ambillah keputusan yang tepat, buatlah solat istikharah, berdoa banyak-banyak biar Allah tunjukkan jalan yang benar kepada kita...lepas tu berbincang dengan mak ayah kita atau orang yang lebih berpengalaman, minta pendapat diorang...buatlah keputusan sebetul-betulnya dan yakinlah ia adalah yang terbaik untuk kita...insyallah, lama kelamaan walaupun kita tak berapa nak suka bila kita dah masuk dalam bidang itu kita kan suka...bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan..heeee =D




    kawan-kawan saya masa form 5 (^_^)


    p/s: semoga semua kawan-kawan saya berjaya dalam cita-cita dan apa jua bidang yang mereka ambil, termasuklah anda, pembaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni...sayang anda semua ketat-ketat..weeee =D



    Monday, April 11, 2011

    mak aih...tak beretika langsung...dalam bas pun nak 'tut'

    zaman sekarang ni macam2 hal boleh berlaku...kejadian tak senonoh berlaku di mana2...adeh...sabar je la...hari ni bukan nak cerita yang berat2,kes buang anak ke aper..tapi ni kes wat maksiat di tempat awam...aku dah bnyak kali nampak benda ni,tp sekadar jadi pemerhati je la...ape boleh buat..kalau nk buat maksiat,plg kurang cari la tempat tersorok sikit,suka ati korang la..ni bercumbuan di tempat awam ape kes??sakit mata orang lain tengok...


    wah3...macam dasyat je tajuk aku ari ni...aku tak pernah nak tulis tajuk panas2 macam ni,tapi malam tadi bila abang aku cerita pasal kawan dia yang kena raba dalam bas tu,tetiba aku terfikir nak tulis pasal ni...kisahnya macam ni,ada sorang kawan abang aku ni,pempuan la(xkan laki plak kott...)belajar di salah sebuah universiti kat kl..balik kampung kat terengganu sorang diri dengan menaiki bas ekspress...kejadian ni waktu malam la...


    tempat duduk pulak di sebelah sorang laki yang agak muda...nak balik terengganu jugak la..mula2 macam biasa la,tapi dalam perjalanan pempuan ni tertidur dan mamat ni ambil kesempatan untuk meraba bahagian yang tak sepatutnya...aper kes??pempuan ni terkejut yang amat sampai tersedar dari tidur...tapi bila dia nak menjerit laki tu suruh dia diam dan peluk dia kuat2...bayangkanlah...tenaga sorang pempuan mana mampu utk melawan tenaga sorang laki...aduhai...kesian la plak...pempuan tu xdpt buat apa2 sebab dah takut dengan mamat nie..aku amat bersimpati dengan dia..


    sampai sekarang dia masih lagi trauma dengan keadaan tersebut..owh,sape x trauma...kalau aku pun x sanggop...pastu abg aku nasihat la aku jangan kuar malam2,jangan percaya sangat pd kata2 lelaki,jaga pergaulan...owh,sungguh caring nampaknya...terharu aku..ahaks...tapi ni memang peringatan buat aku juga,aku pun selalu balik kampung naik bas...tapi kalau sorang2 aku akan pilih seat single...kalau ade kawan xpe la...



    mak aih...dgr cerita macam ni membuatkan aku takut dan lebih berhati2...ni yang kes kene raba,ade jugak kes suka sama suka..ape nak jadi dengan budak melayu zaman sekarang..baru bercinta dah serah segalanya,pastu pandai buat..buang je anak merata2...subhanallah...bila dah termengandung barulah terhegeh2 nak menyesal...ape nk disesalkan lagi???nasi dah jadi bubur...alamak terpaksalah berhenti sekolah/universiti sebab dah malu nak pergi atau dibuang terus...


    ni bukan kisah main2,ni kisah benar...sahabat aku kecik2 dulu sekarang ni dah kawin sebabnya kejadian macam tula...termengandung sebelum kawin...kawan sepermainan aku...naik basikal pi sekolah sama2 panjat pokok sama2,main sorok2....sekarang ni dah jd isteri dan mak org...huiks..balik hari tu aku pi tengok baby dia..comel! mcm maknya...tp rasa mcm xpercaya plak...kawan aku dah ade anak,tp aku masih bertatih nak masuk belajar...anyway,good luck my fren..be a good mum and wife...kalau aku balik,mesti aku pergi tengok ank dia..tapi xblh pi lama2 la...dia dh ade husband sekarang;p


    p/s:jagalah tatatertib dan tingkah laku sebagai muslim...jgn sampai kejadian macam ni berlaku..peringatan buat diriku dan sahabat sekalian...terima kasih kerana membaca..=)

    *re-post from my older post :)


    Wednesday, December 8, 2010

    Ada Orang Sayang Awak...



    1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

    2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


    3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

    4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.


    5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


    6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


    7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


    8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

    9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

    10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

    11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka.

    12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

    13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

    14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
     
    15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.
    Friends Myspace Comments


    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...