nuffnang

    Showing posts with label balik kampung. Show all posts
    Showing posts with label balik kampung. Show all posts

    Saturday, August 24, 2013

    kisah balik raya

    Assalamualaikum....


    balik raya 3september 2013 naik air asia...kali ni balik bertiga..
    time tu kan puasa. kami punya flight 6.05 so kena masuk paling lambat 5.30. sebab air kan tak boleh bawa so we just grab some biscuit and waiting in the departure hall.



    tunggu punya tunggu ada announcement : flight to KL will be delayed for two hours. oh okayy..two hours! so kami akan fly pukul 8.05..diorang kata sebab kesibukan ruang udara, banyak sangat flight on da same time and date. so kena la delay. kitorang 2 jam ada yang delay sampai 4-5 jam tu lagi parah..haa bukan jalan darat je jam, jalan udara pun tau!



    sambil menunggu i can finish reading this book : nikmatnya pacaran setelah pernikahan. hasil nukilan novelis feveret aku salim. A.Fillah...alhamdulillah, well written :) banyak kisah sahabat dan cinta rasulullah yang dia kupas membuatkan aku bertambah yakin dengan cinta selepas nikah, insyaAllah...aku yakin yang jodoh tu di tangan Allah...nak dapat suami soleh kene doa dari sekarang, semoga bakal imamku itu dapat menjadi ketua keluarga dan ayah yang baik kepada anak-anakku nanti, amiin ^_^ siapa dia? itulah yang menjadi teka teki..ahaaa gitu~ 



    nah tempek jugak gambar diri sendiri sekeping..hahaa...ok sebenarnya time aku nk check in tu petugas tu cakap jangan lambat sebab flight full dan sebenarnya kosong jek 2seat sebelah aku...so aku pun bermaharajalela lew...ok ni sebenarnya first time aku naik flight malam. subhanallah sangat cantik ciptaan Allah...nampak lampu-lampu dari atas sangat cantik ^^


    sanpai di lcct dah hampir 12 malam dah...actually aku macam nak stay dekat lcct je and grab the bus to kl central tomorrow morning. flight to terengganu pukul 4.45pm, 4ogos...tp sebab taknak duduk sorang, bahaya jugak malam-malam i decided to follow my friend to klia...sebab tak makan apa-apa lagi, kami pergi KFC, bukak puasa sekali sahur...then we have a very very deep conversation...alhamdulillah she is so honest telling me all the things that nobody tell me before..maybe there are some people who feel exact thing like what she feel but nobody have the gut to tell me...i love when people tell me that i'm wrong! i shouldn't do this and what i did is wrong...



    kita sangat-sangat perlukan kawan yang boleh tegur kita, boleh bagitau mana salah kita dan boleh guide kita untuk buat benda yang betul. bukannya apa, kita kan manusia kekadang tak sedar buat salah atau melukakan hati orang....alhamdulillah Allah hadirkan dalam hidup saya seorang yang boleh bagitau saya, jujur bercakap dari hati...kami bercakap sampai pukul 4pagi dan bila ada sorang kawan lagi sampai, oh ye dia punya flight lion air delay 3jam setengah okay...kami pun pergi surau to perform qiam dan tunggu subuh...kira paket berbuka+sahur sekali laa :)


    esoknya sepatutnya flight sorang kawan ni pukul 8 pagi, so lepas subuh kitorang ingat nak teman pergi check in dan aku pulak lepas tu kena cepat-cepat grab train pergi kl central dan subang airport. tapi nak dijadikan cerita, diorang cakap overbooking so tak boleh naik flight tu balik...huhuu...petugas tu cakap dia kasi 2choices, pertama tunggu next flight which is pukul 2 petang dan second choice is tukar route then naik limo...akak ni pilih first choice, sebab takut jugak naik limo sensorang lagipun boleh teman kawan sorang lagi ni yang flight pukul 1...




    subhanallah! cantik kan! ujian Allah, apa yang Allah dan susun tu pun cantik....on da way kami nak ambil bag terjumpa pulak press conference dr.Tahir, dr,Hafidzi dan beberapa orang lagi baru balik dari syria...pernah beberapa kali berjumpa dengan dua dr. ni semuanya dekat indonesia...dr. Hafidzi datang time hamka, dr.Tahir datang untuk program talk gaza...dengar mereka bercerita tentang pengalaman di sana...yang mengejutkan adalah ketika kami bertiga sedang berdiri dan mendengar pengalaman mereka, datang dr.Harlina datang dan menghulurkan salam pada kami...ok sangat terkejut time tu, first time jumpa face to face :) 




    sebab macam dah agak lambat aku cecepat pergi grab klia express...sebenarnya nak naik erl je, tapi terlupa dan pergi beli tiket ni...mahal bak hang kalau nak dibandingkan dengan ERL...huuuu...



    sampai di KL central aku terus pergi ambil tiket ktm untuk ke stesen subang. dalam rm1.50 kalau tak salah...alhamdulillah orang tak ramai so tak perlu nak bersesak sesak...sampai je di ktm sebuang terus ambil teksi untuk ke airport...tanya pak cik driver, kenapa tak pakai meter? ohh tersasul cakap indo, lidah masih belum tukar melayu..hehee...dia cakap dari pagi dapat rm20 ringgit je, kalau tak pakai meter dapat berbelas ringgit...tapi pak cik tu nak suruh aku bayar rm20...


    ermm apa-apa jelah pak cik, aku tak banyak membantah...dah dalam teksi kot kalau belum naik aku mesti nk pakai meter. hak pengguna kot! bukannya aku kedekut...tapi aku fikir jugak dahla bulan puasa takpelah aku sedekat kat pakcik ni dalam 4-5ringgit...kita ni kalau tak puas hati nak berlawan dan bertekak walaupun seringgit hati rasa tak tenang...tapi kalau kita ikhlas let go seringgit tu dan yakin tu rezeki dia kan tenang...kann...ye aku masih belajar untuk ikhlas..huwaa


    alhamdulillah sampai airport dalam pukul 12 tengahari gitu...flight pukul 4.45 dan boleh check in start 2.45...bosan pulak menunggu...tapi takpela menunggu tu lebih baik dari terlepas flight, tak ke naya..kann?aku pusing -pusing beli sepasang kasut dan reader digest...bosan jugak menunggu sorang-sorang dahla airport subang tu kecik je...kemudian dalam pukul 5.50 sampailah aku di airport terengganu...mak su dengan ayah su jemput....kami berenti pergi bazar di batu 6...hee dapat jugak pegi bazar ramadhan :)



    ma ajak mak su and ayah su berbuka sekali kat rumah....aku sebenarnya tak nak tanya pun cerita pasal adik aqilah, anak maksu yang meninggal dunia haritu...tapi mak su start cerita dulu...sabar ye mak su, kak ja tau mak su kuat....adik aqil dan aqilah sedang menunggu mak su di pintu syurga insyaAllah....aku tengok mak su aku ni sangat kuat orangnya, tabah...tak tahulah kalau aku kat tempat mak su aku macamana...tapi apapun perancangan Allah tu memang yang terbaik :)


    balik raya tahun ni paling sekejap, insyaAllah ada masa aku update kisah raya :D

    selamat berpuasa 6 ^^ 

    Sunday, August 12, 2012

    Salam perantauan dalam akhbar Metro dan Berita Harian


    Assalamualaikum....


    ada tak sesiapa yang perasan gambar saya masuk akhbar??hahaaaa..puiiii, amboi ayat kemain macam orang semua kenal kau kan, dahla bajet gila hantar masuk surat khabar, konon-konon beraya di perantauan tak boleh balik kampung ..sob..sob..sob... memandangkan saya pass semua paper, saya takde ambil semester pendek jadi bolehla balik awal!! lagipun masih fasa pre-klinik nanti bila saya dah masuk klinik, kene duduk hospital tak boleh balik beraya laa..dua tahun tu  (T_T)


    tujuan asal saya hantar gambar tu takde pun nak cari glamer, nak suruh semua orang yang baca tu tengok gambar kita ke apa kan....hari tu sebelum pulang cuti semester dan beraya, ada kawan ni bagi emel dan dia yang suruh hantar..kebetulan dia pun nak hantar, kita pun sesajalah kan hantar...tapi tak sangka..baru tak sampai seminggu balik, gambar saya dan kawan kawan keluar metro dan selang beberapa hari lepas tu keluar lagi gambar lain dekat berita harian



    Salam perantauan dan selamat hari raya kepada semua ahli keluarga kami dan rakan-rakan. Tidak lupa kepada guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar kami dan penaja kami, JPA. Salam dari kami, Hazirah, Farah dan Khadijah di Jakarta, Indonesia.


    gambar kami bertiga ni keluar dalam harian metro...tak tahu pun gambar ni keluar, tapi ada kawan bagitahu dan cecepat suruh abang belikan akhbar ni..hahaa...saja buat kenangan dan tatapan kan, dari kecik lagi dok lihat ruangan salam perantauan dan ucapak aidilfitri ni...tak sangka pula gambar sendiri terpacak kat sini walaupun belajar dekat Jakarta je pun, takde la jauh mana kannn ^^





    Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali kami. Tidak lupa kepada guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar kami serta penaja kami, JPA. Daripada Siti Khadijah dan pelajar perubatan tahun satu UKRIDA, Jakarta.



    ini gambar yang keluar dalam akhbar berita harian..yang ni tahu lepas kawan kepada kawan yang tag dekat FB...heheee..terkejut member tengok gambar ni, hantar pun tak cakap kat diorang...tengok!!!saya hantar gambar reramai kot, mana ada nak cari glamer..kalau tak dah hantar gambar sorang diri besar besar terpacak depan monas dah kan...heheee

    cer teka saya yang mana??kalau betul saya kasi duit raya..hahaa ^^ gambar ni ketika awal awal kitorang datang UKRIDA, masa ni kami kene perform koir sebab ada orang Malaysia datang nak buat kerjasama dengan university kami :)


    gambar gambar ni semua saya copy dari website Berita Harian dan Harian metro..nak tengok gambar-gambar lain mana tahu terjumpa kawan saudara mara yang lama terpisah baru tahu yang sebenarnya mereka pergi ke oversea...yedak??heheee...untuk Harian Metro klik sini dan berita harian boleh klik  sini




    Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin....gambar ni masa saya baru je sampai kat LCCT :D  tahun depat tak tahu beraya kat mana sebab ada exam OSCE dan kem hape benda entah...bergantung atas cuti jugak, kalau setakat 2-3 hari nampaknya tak baliklaa :(

    ok till then, thanks for reading!!!




    Wednesday, February 8, 2012

    Balik kampung..ohhh...balik kampung

    Assalamualaikum........


    sape sekarang tengah cuti semester??put your hands up!!!heeee...saya sekarang tengah bercuti semester selama sebulan dan masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk pulang bercuti di kampung..kalau tidak bila lagi??kepada anda, anda dan anda yang sedang exam, masih ada kelas bla2, selamat meneruskan perjuangan saya ucapkan, dan kepada yang tengah bercuti seperti saya, selamat berlibur saya ucapkan..heehe xD



    pagi semalam dalam pukul 6 lebih saya dan 2 lagi kawan bertolak dari rumah menuju ke Soekarno Hatta airport...pak cik teksi tu tak tahulah kenapa datang awal sangat, dia datang pukul 5 lagi, saya dah pesan teksi pukul 6..hadoii, bila ditanya dia cakap memang kalau nak pergi airport teksi akan datang awal...bagus jugak, tapi macam kesian je sebab dia tunggu dekat sejam lebih dahla pak cik dah agak berumur *ciri-ciri empati ada di sini..haha*


    breakfast dulu dengan nasi goreng.. thank you Haz!!! :D


    Farah dengan Haz, budak comel yang selalu menemaniku..bahahaha...diorang bangun awal, sempat masak nasi goreng, farah kejut pun dalam pukul 5.20 masa tu tinggal nak packing barang-barang terakhir jela...nasib baik semuanya ok saja :D


    Apa yang lawak ialah bila dah sampai dekat airport tu, turunkan barang dari teksi dan bayar, orang yang dekat situ tanya nak pergi mana, kitorang cakaplah Malaysia...pastu dia cakap ni terminal untuk domestik, kalau international kena pergi terminal dua...haaha, ok sangat lawak! nasib baik pakcik teksi tak blah lagi, kalau tak rugilah nak cari teksi lain...kitorang pun satu, tak usha dulu terminal mana main redah je!!



    couple of the day! wina and Ali :)


    ok beria Ali Husin suruh aku masukkan gambar ni dalam blog, kahkah...blog ni takdelah ramai sangat pun baca, bukan blog artis...tapi atas permintaan artis aku tetap akan masukkan gambar ni dalam blog cikai ni...ehem ehem ehem, kepada anda di luar sana yang rasa berkenan dekat Ali Husin ni bolehlah komen kat bawah ni ataupun kalau malu boleh emel dekat aku cakap nak berkenalan dengan Ali, nanti aku boleh settlekan...takpe, Ali ni mat romeo korang pasti tak akan menyesal punyaa..haaha.. *Ali jangan marah okeyh-JK =P




    my ticket :)



    Rajinkan mereka??ehem2....


    aku memang menggemari posisi di sebelah tingkap sebab aku suka sangat menikmati keindahan alam semasa berada di atas terutama bila lihat rumah-rumah, manusia dan kereta jadi kecil seperti semua..masing-masing melakukan tugas sendiri...kemudian lihat gunung ganang, laut dan awan...subhanallah!!!aku sungguh kagum dengan ciptaan Allah S.W.T yang cukup sempurna ini...walaupun dah banyak kali aku tengok benda sama tiap kali naik kapal terbang, tapi setiap kali aku akan rasa sangat teruja dan kagum...tadabur alam (^_^)v



    aku ada mengambil beberapa keping gambar tadi sepanjang perjalanan...

     masih lagi di Jakarta, baru berlepas :)



     saya di sebelah sayap lion air -,-'


    sukaaa sangat xD




     berada di atas awangan..Subhanallah, cantik!





    kalau kita dari bawah, dongak ke atas pemandangan macam ni kan...tapi ni dari atas ke bawah pun macam ni jugak...sukaa sangat gambar ni, ohh awan berkepul-kepul...


    dalam pukul 12.25 waktu Malaysia kami sampai di KLIA, alhamdulillah....pak cik dah tunggu dari awal, sebelum pukul 12 lagi kat balai ketibaan tu, dah bosan dengan sepupu sekali tunggu...huhuhu, diorang siap dah round kawasan dah...rasa kesina la pulak...




    nah bukti...heehe :P


    sekarang ni masih di Klang rumah pak cik, ok saya ada dua pak cik yang tinggal berjiran di sini, jadi tidur dua malam kat sini, satu malam satu rumah..esok baru balik Terengganu..yeayh!!tak sabar~



    p/s: sejak balik asyik makan je..hohoho


    Wednesday, January 11, 2012

    passport oh passport

    Assalamualaikum....


    aku tak tahu nak bagi tajuk apa dekat post kali ni, tapi sebab ada kaitan  dengan passport, jadi letak jelah..heeehe...fikiran sekarang asyik bercelaru, tak tahu kenapa -,-'


    sotong cimbclick ni mungkin sedang mengalami kecelaruan fikiran, macam aku jugak...orang indonesia cakap 'galau' haahha =p



    sekarang dah masuk blok 4, blok last untuk semester 1 dan aku akan balik ke Malaysia, kampung halaman..oh rindunyaa dekat semua..dekat family dan makanan..haaha, xleh blah aku rindu makanan tapi hakikatnya memang begitu...


    aku dah book lion air flight 7Feb balik dan 26Feb datang sini balik, tapi lepas dah bayar siap-siap barulah jadual rasmi dikeluarkan 5Mac baru kelas start..nak buat apa 10 hari kat sini kan, dahla bukan boleh selalu balik, baik aku duduk kampung dengan family dok sini menghabiskan duit adalah...dahla baru start sem jadi aku tak tahu nak buat apa...tapi memang senior cakap memang macam tuh, aku dah masak dah...sesuka hati je nak tukar tarikh exam ke apa kan....hadehh...



    jadi aku dengan sorang kawan pergilah pejabat lion air dekat Jakarta pusat pastu bila dia cek nama aku mr. hooohoho..apekah???nampak unsur-unsur kelelakian ke pada diriku ini?siap pakai tudung lagi nih..haddooi, aku yang ayu cenggini takkanlah mr kot -,- bila aku suruh dia tukar nama tak dapat sebab nak kena ada passport...memang aku sakit hati dengan diri sendiri sebab tak bawak passport :"((



    aku kena datang lagi next time untuk tukar nama mr. tu jadi miss...dahla kene buat pembayaran lagi untuk pertukaran, kalaulah aku dah bawa tadi kan senang cerita, pembayaran tambahan pun dah tak payah...kenapaaaa?kenapaaaa?



    sebenarnya masalah tu takdelah sangat tapi nak naik teksi kene pakai duit, kena carik masa lagi...memang aku banyak merungut, tapi salah sendiri jugak...ko dok negara orang tapi bawak mykad ke hulu hilir buat apa??takde pun orang nak heran dengan mykad ko tu..orang nak passport lahh...tapi aku memang tak bawak passport pun sebab kan bahaya bawak takut hilang...masalah besar aku lagi sekarang ni tengah pokai, duit JPA hujung bulan ni baru masuk..apa bole buat :'( kene belajar jimat cermat lee



    lain kali kalau nak pergi buat urusan ke mana-mana pejabat mesti bawak passport, asyik lupa jee...hari tu sekali time nak settle hal bank...jadi kesimpulannya aku kena habiskan duit dan masa lagi untuk buat benda yang agak remeh tu, aku rasa aku dah pilih miss, kenapa la dia jadik mr...aku fikir takdehal sebab hanya mr, ms, mrs je pon..nama still sama, tapi dia cakap aku tak boleh nak check in nanti...mungkin sebab international jadi ketat sikit...masalah keraguan jantina mungkin??lol!! sape cakap gaya aku ni jantan tak tahu nak kata apalaaa...


    moral of the story : sebelum pergi ke mana-mana atau nak buat apa-apa kerja pastikan semua perkara yang diperlukan dibawa...jangan buat benda yang sia-sia, membazir wang dan waktu... time is gold and appreciate your time! firman Allah dalam surah Al-Asr :-


    demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran



    kekadang aku rasa post aku tak masuk pun dengan ayat-ayat Allah, tapi takpelah at least aku mengingatkan diri aku sendiri agar tidak terlalu lalai dan leka dengan dunia...dan sekarang ni masuk bab embryologi, need to memorise a lot!!semua part ada term tersendiri, percaturan masa sangat penting agar aku sentiasa dapat buat revision..



    off to study~
    till then, thanks for reading!!



    Saturday, July 9, 2011

    Kisah di BTN dan penantian selama 4 bulan...

    Assalamualaikum...

    Bak kata pepatah "Hujan emas di Negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri" ini menggambarkan bahawa walau sejauh manapun kita merantau mencari ilmu dan rezeki, kita mesti balik jua ke temat asal kita keranna di situlah asalnya kita...di situlah tanah tumpah darah kita..

    ok, sebenarnya jaa dah lama tak pulang ke kampung halaman sudah hampir 4 bulan rasanya..paling last balik masa cuti mid-sem bulan 3 kalau tak silap..sekarang dah nak masuk minggu ke dua bulan julai..memang betul penantian nak balik selama 4 bulan, sekejap je tu kan..hehe..Tiket bas dari Klang ke Setiu malam esok pukul 8.15 malam...pagi-pagi buta sampailah di Terengganu...lama pulak tak nak bas lelama, haha..pertengahan bulan Ogos keputusan peperiksaan akan keluar, sunggguh sangat cuak tidak terkata... halatuju dan perjalananku selepas ini akan ditentukan berdasarkan keputusan exam tu nanti..semoga Allah permudahkan segalanya, amiiin..


    overall, program BTN sangat best sebab kami dok sebilik 3 orang je lengkap dengan semua ada air-cond, peti sejuk, tv dan tak perlu berebut-rebut tandas..makan pulak 6 kali sehari memang gemuklah kami..hahaha..
    Sempat ambil beberapa gambar dalam bilik, saje nak tunjuk dekat bebudak kem lain sebab bilik diorang xde kemudahan  macam tempat kitorang..hee =p







    memang pakaian wajib BTN adalah hitam putih, macam bebudak sekolah balik rasanya
    ini  gambar sebelum bertolak kerana ada yang ke pusat di KLIA dan ada ke pantai Remis

    my groupmates

    walaupun kumpulan kami hanya berlatih tak sampai 5 kali rasanya untuk pertandingan lagu patriotik tu, tapi berjaya dapat no.3, pencapaian yang agak baik kerana sungguh enjoy dan terpegun melihat persembahan rakan-rakan yang boleh dikatakan menarik walaupun kami tidak mempunya masa untuk berlatih..kami terpaksa mencuri masa sendiri untuk berlatih dan menghafal lagu..sesi LDK pula memang sangat best sebab masing-masing memang punyai idea yang bernas dah macam pembahas dah semuanya melontarkan idea dan pendapat tidak mengira bangsa dan agama..


     Atiqah si penghuluwati dan Anis Suraya

     bersama student ALUK, Athirah


    kami dikehandaki menyerahkan segala peralatan elektronik yang dibawa seperti telefon bimbit, kamera, laptop dan sebagainya...jadi memang kami tidak boleh mengambil gambar, video dan sebagainya sepanjang aktiviti berlangsung..semuanya terpahat di dalam memori dan kenangan..hari akhir selepas ujian barulah telefon kami diserahka kembali..jadi perhubungan dengan pihak luar seperti ibu bapa dan rakan-rakan juga terhad, hanya fokus kepada aktiviti-aktiviti sahaja..

    mata lebam, mata panda dan eye-bag memang biasa sebab kami perlu bangun seawal 5 pagi sebab kena subuh berjemaah seta kuliah subuh dan aktiviti tamat lebih kurang pukul 12 ..tidur mungkin dalam pukul 1 lebih,oh memang penat...aktiviti fizikal pun tak berapa nak mencabar kerana kami buat di resort and training centre, bukan betul-betul di kem BTN..sedikit sebanyak aku rasa program ini telah berjaya kerana kebanyakan rakan-rakanku bersetuju bahawa kursus ini best dan membuka minda kami..nak tahu apakah semangat yang berjaya ditonjolkan sila baca post yang sebelum ni...


    Jangan asyik fikirkan kesalahan orang lain dan berfikiran negatif sahaja..cuba duduk sejenak dan renung-renungkan perkara positif...insyallah akan tiada perasaan benci, tidak puas hati dan dendam dalam diri, insyallah =D


    P/S: Tahun ni kali pertama dapat puasa penuh di rumah semenjak bersekolah di asrama lagi..weee


    Pertandingan mencari harta karun, kali pertama di Malaysia!!

    Monday, February 28, 2011

    oh..rindu nok balik ganung.. ;'(

    tetiba je rasa nak balik.....dah hampir 3 bulan tak balik ni....
    arh,rindu ngan korang.....aku ada 3 adik,semua nakal......
    nakal-nakal pun aku sayang...wuuuuuu =p
    sila sayang kakak ni okey :)
    adik-adik aku semua comel kan??mcm kakak dia lah!
    satu-satunya adik lelaki...ni mmg nakal tahap  kuasa 10...



    my lovely mum!!oh,tembamnya pipiku :) 
    oh,itu url blog lama..sape penah tgk??pasti tidak...
    guna xsampai sebulan,bunyi mcm gedikk sgt



    siblings and cousins yg sangat rapat...tiap kali balik rumah tok mesti pergi tasik,ciitt,bukan mancing pun..tengok air ngan sawah dah cukup..okeyy,bulan 3 ni nak balik!!! rindu terengganu pulak =D


    sepupu yang paling rapat kat sawah tu :),tiap kali balik mesti asyik nak berdampingan ngan kak jaa je kan, nak ajak pi tasik lah tu..okey budak ini pun nakal...tapi sebab kecik lagi,kenakalannya belum terserlah..

    oh,alang-alang korang masuk blog ni,ape kata pergi jenguk blog satu-satunya abang aku : nizam hahahha,promot jap =D dia start buat blog pun lepas jeles tengok first cek nuffnang aku sampai umah...nak jugaklah tu..hehehehe~

    p/s: esok saya exam lagi..doakan saya kawan-kawan,much love =D

    suka??bolehla 'LIKE' =D

    Sunday, December 5, 2010

    hujan oh hujan

    dah lama tak berblogging..rindu pulak rasanya..huhuhu,maklumlah balik kampung macam ni la..

     as usual i become a so-called housemaid at home..

    this is just a short post as i can't online for a long time here :(

    p/s: please pray for my cousin..he is in ICU right now...wish him get well soon..thankss 

    Wednesday, November 24, 2010

    KARISMA : day 5

    korang pernah x ada problem sign in blog??haish,benci betoll la beberapa hari ni xdapat nak sign in blog ikut google chrome..so terpaksalah ikut alternative mozilla firefox tapi masih ada problem xdpt nak comment on post..sorry la my dear friends,hanya boleh update blog dan chat ajee..xboleh nak komen2..sedihh taw!!sape taw cmne nak selesaikan problem nih!!dah penat godek-godek mr.google..help me plizzzz T_T

    hari ni last day karisma,tahniah INTEC sebab berjaya mendapat 1emas,1perak dan 1 gangsa untuk tae kwan do..ok la tu sebab penyertaan 6 orang je..basketball perempuan dapat naib johan..yang lain xpasti la pulak..lepas je habis final basketball perempuan terus tengok lelaki :p

     ni team UITM shah alam...tahniah utim shah alam johan kedua-dua sekali..intec perempuan pun kalah ngan diorang..lelaki shah alam menewaskan perak :)
    aku suka betol la tengok diorang smua ni main...haha,tangkas dan ada skill..tengok laki main baru best!!!haha..aku suka tengok mamat nih,badan kecik je,tapi main mantap wooo..like it!!(harap-harap xde pemain ni yang baca blog aku :p)


    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...