masa korang kecik-kecik pasti cikgu korang pernah tanya:
" apa cita-cita korang semua?? bila besar nanti nak jadi apa??"
tak pun mak ayah korang pun pernah jugak tanya soalan yang sama
" bila besar anak mak/ayah ni nak jadi apa ya, nanti jadi orang yang keje bagus-bagus..jadilah engineer ke, doktor ke, peguam ke.."
ada tak??haaaaa...pastu apa jawapan korang??
ingat lagi masa dulu-dulu fikiran jaa memang sempit sangat, tak boleh nak fikir luas-luas...tak tahu apa, maklumlah budak kampung pastu masa main pulak yang masak-masak duit guna daun pastu jual nasi lemak...pastu main cikgu-cikgu, kita jadik cikgu pastu ada kawan yang jadik pelajar...haaaahaaaa..
masa darjah satu, ingat lagi cikgu ada tanya soalan tu, apakah cita-cita bila dah besar nanti...kalau jaa nak ingat balik la kan, perh!!!! lebih daripada separuh member-member yang nak jadik doktor masa tu, tapi jaa memang tak pilih doktor jaa pilih cikgu...heehe, masa tu fikir cikgu best, banyak cuti pastu kerja tak berapa nak berat...memang macam dah takde keje lain dah yang boleh pilih kan, biasalah kanak-kanak...selain cikgu, doktor, yang lain yang popular adalah bomba, polis, askar....memang tu adalah profesi yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak..haaaha >_<
kalau darjah satu, apa yang kita belajar dalam buku hanyalah kerja-kerja macam tu..kalau tanya sebab pulak, perh..saya nak jadi polis sebab saya nak tembak orang jahat!!! pastu boleh kejar orang jahat macam dalam gerak kahs..kelass you!!haaahaa......manalah tahu bidang kerja lain kan,padahal betapa banyaaaknya bidang kerja yang ada sekarang ni...biasalah kanak-kanak, korang semua pun pernah jadi kanak-kanak kan ^_^
tapi kan, cuba lihat sekarang, berapa orang yang cita-cita masa kecil-kecil dulu jadi kenyataan...memang tak jadi kenyataan lagi, tapi memandangkan pada usia jaa yang baru mencecah 20-an ni insyallah semua dah ada hala tuju masing-masing kan??semua dah masuk bidang yang mungkin memang mereka betul-betul minat atau kerana orang tua yang suruh dan mungkin juga dah tak ada pilihan lain...
kalau diingatkan balik memang rasa kelakar kan, bayangkanlah masa kita kecik-kecik dulu kita kan suka berfantasi, nanti saya jadi doktor, pastu awak jadik nurse..kita kerja sama-sama taw!!kalau boleh kita kerja dekat tempat sama, tinggal di rumah yang sama...tapi kalau kita kawin takkan kita nak kongsi suami yang sama??erkkk..... (kuat betul fantasi masa kecik-kecik, betullah apa yang Eric Berne cakap, penampilah kanak-kanak memang camtu...heeehehehe)
sekarang ni, kawan-kawan kebanyakannya masih lagi belajar dekat mana-mana universiti sama ada dalam Malaysia dan luar negara dan juga dalam pelbagai bidang...ada yang ambil medic,dentistry, engineering, accountancy, TESL, biomedik, nurse, cikgu, dan banyaaaaak lagi bidang-bidang lain..
dalam masa 5 tahun dari sekarang pula mesti ramai kawan-kawan yang dah kerja...kekadang rasa macam eh, biar betul rasa macam masih lagi di bangku sekolah, main kejar-kejar, main sorok-sorok..oh rindunyaaaa zaman kanak-kanak..ada kawan-kawan yang sangat nakal dulu, suka mengutuk cikgu bakal jadik cikgu...ada jugak yang dulunya takut sangat kalau ada doktor datang, siap nangis-nangis dan menyorok tapi sekarang bakal doktor :)
indah kan hidup ini, mungkin apa yang kita bayangkan masa kecil-kecil akan jadik kenyataan dan mungkin juga ada yang impiannya terkubur begitu sahaja disebabkan beberapa kekangan...mungkin mak ayah tak bagi, mungkin juga sebab sistem kita yang berorientasikan peperiksaan ini menyebabkan ada yang tidak mencapai tahap yang diperlukan bagi mereka untuk masuk ke jurusan yang diimpikan..
namun begitu, janganlah sekali-kali kita berputus asa dan mahu menyalahkan takdir serta tidak mempunyai harapan untuk hidup, sungguh jaa ada kawan yang rasa sangaaat frust bila keputusan yang dia dapat memang tersasar dan tidak seperti yang dijangkakakan...ini menyebabkan biasiswanya ditamatkan dan dia tidak dapat meneruskan impiannya untuk bergelar seorang doktor.. dia jadi murung dan jaa ada cakap mungkin jalan yang dia pilih sebelum ini bukanlah yang terbaik untuk dia...mungkin ada peluang lain yang lebih besar menanti dan rezekinya ada di tempat lain,Allah telah berfirman :
QS. ath-Thalaaq [65]: 2–3”Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.”
QS. ath-Thalaaq [65]: 4
”Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.”
”Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.”
Qs. al-hadid [57] : 22
"setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"
mungkin sekarang ni kita pun ada cita-cita yang bila dah habis degree nak buat master, nak buat specialist apa-apa jelah..pastu nak kawin dengan bakal suami, ada rumah kereta besar, nak bahagiakan mak ayah nak bawak mereka pergi haji..basicly itulah cita-cita atau mungkin nak kumpul harta dan menginfakkan ke jalan Allah, boleh buka rumah anak-anak yatim dan sebagainya...
tapi adakah semua itu pasti??tidak kan...bercinta bagai nak rak ke sana kemari berbelas-belas tahun tapi akhirnya kawin dengan orang lain jugak..kenapa??sebab jodoh kita bukan dengan orang tu, ketahuilah bahawa Allah telah menetapkan jodoh kita dan masa depan kita...tak payah kita nak susahkan diri nak carik, takut jadi andartu (macam beberapa orang kawan cakap =p) sebab segalanya diaturkan...
mungkin jugak sekarang ni ada yang masih berfikir-fikir, betul ke jalan yang dipilih ni, tak pun dah masuk belajar dah nak grad pun masih ragu-ragu dengan pilihan yang dibuat...cita-cita itu memang boleh berubah bila-bila masa je, hari ni cakap nak jadi doktor, esok bangun rasa nak jadi engineer pulak...pastu sebulan belajar rasa nak tukar masuk polis, bila tengok kapal terbang rasa nak jadi pilot...memang...manusia hatinya berubah-ubah...teringat kata-kata sorang akak ni:
"hati manusia itu memang sangat mudah berbolak-balik, lebih mudah dari air yang tengah menggelegak dalam cerek"
memang betul, fikiran kita memang banyak bercelaru..jadi ambillah keputusan yang tepat, buatlah solat istikharah, berdoa banyak-banyak biar Allah tunjukkan jalan yang benar kepada kita...lepas tu berbincang dengan mak ayah kita atau orang yang lebih berpengalaman, minta pendapat diorang...buatlah keputusan sebetul-betulnya dan yakinlah ia adalah yang terbaik untuk kita...insyallah, lama kelamaan walaupun kita tak berapa nak suka bila kita dah masuk dalam bidang itu kita kan suka...bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan..heeee =D
kawan-kawan saya masa form 5 (^_^)
p/s: semoga semua kawan-kawan saya berjaya dalam cita-cita dan apa jua bidang yang mereka ambil, termasuklah anda, pembaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni...sayang anda semua ketat-ketat..weeee =D
6 comments:
cita2 dni nak jadi ustazah tapi tak dapat sebab amik bahasa arab sampai form 3 je hehe
cita-cita sy masa kecil nk jd pembaca berita...sebab bila sy xda mak saya boleh lihat sy dkt tv.
minat kimia tapi takreti2 blaja. ok, mengalah. amek je la kos seswai dgn result. hehe. tinggalkan kimia terus tp smpi skang terbayang radas2 makmal. oh, rindu zmn2 kimia STPM. wat experimen tak jd. main bakar2 je kerja. dpt rakan lab yang takreti jugak. cikgu kimia punya cun. haha.
last2 sy amek surveying, rakan lab sy tu amek landscape. jauh punya lari. patut amek la foodtech ke kn, nmpk sikit ikatan kimia tu. haks. :)
@ardini humaira- xpe...nanti jadi ustazah buat anak-anak, besar pahala tu kak :)
@jacobs- haaaha..fuyooo, xpe2 nanti skype ke video cam ke..heehe ^_^
@anonymous- itulah kan, mungkin bukan rezeki la tu nak ambik kimia..heeee :) indeed, that's soo true, zaman sekolah la yang best...
btw, all the best in whateveR u do..=D
Post a Comment