nuffnang

    Friday, January 31, 2014

    resepi cheese cake yang simple

    Assalamualaikum.

    jarang2 saya share resepi ni, haritu memang teringin la nak makan cheese cake dan tanya la beberapa orang kawan dan cari dekat blog jugak resepi cemana nak buat kek ni. pastuu time tu diorang plan nak sambut bday housemate a.k.a cik jah jadinya daripada beli ape kata kita try wat cake ni yedak :D

    ok bahan-bahan yang kita perlukan adalah...

    1. sebungkus biskut saltcheese. nak pkai biskut lain pun boleh tapi biskut keju laa :)
    2. nestum/oat (saya pakai oat)
    3. 250g cream cheese
    4. 1/2 tin susu pekat
    5. secawan susu segar

     oat dengan biskut cheese yang saya pakai

    pakai cheddar cheese pun boleh. kalau ada philadephia cheese pun okey gak. tapi saya tak jumpa cari so saya tak pakai..hehee..


    cara-cara
    1. putar cream cheese bersama susu sampai creamy. nak blender pun boleh saja ^^
    2. lapiskan loyang dengan plastik wrapping. 
    3. celup biskut dengan susu segar, susun dalam loyang. kalau takde susu segar, korang ambik je susu pekat tu bancuh jadi cair. takdehal..hihuu
    4. sapu cheese dengan susu yang diputar tadi nipis-nipis atas biskut yang disusun tadi.susun elok-elok. lepas tu bolehla tabur nestem/oat.
    5. susun biskut lagi dan ulang langkah 3 dan 4 sampai ketebalan yang kita nak.
    6. bahagian atas kasi topping cream cheese dengan oat tebal sikit..lepas tu..siap!! letak dalam peti ais biar sejuk
    7. boleh makan bersama keluarga dan kawan2 :)




    mudah kan! simple sangat-sangat. kawan-kawan pun kata sedap..hehe


    tak perlu panaskan apa-apa. lebih senang dari kek batik..hehee..selamat mencuba!!

    sebelum makan baca bismillah dulu :D
    Oh yee supaya lebih sedap buatlah dengan penuh kasih sayang ^_^


    Wednesday, January 29, 2014

    January and post oasis

    Assalamualaikum...


    it's 29 January already! January 2014 gonna left us soon, very soon. banyak benda yang berlaku dalam january ni sendiri sebenarnya. oh dan sebenarnya aku banyak kali dah tulis sekerat jalan tak habis, save dalam draf. tak publish2. banyak post yang ditulis, insyaAllah akan publish bila dah complete tulis :)


    just nak review sikit bulan january ni, awal bulan haritu baru je balik dari jogja. Asiff jiddan banyak kali kata nak cerita pasal oasis tapinya banyak cerita pasal jaulah -,-' my bad. sebenarnya ada banyak perubahan yang aku rasa lepas balik oasis haritu, nak pulak ada second daurah yang buat kat hannah untuk share pasal bahan yang kitorang dapat kat oasis. Alhamdulillah.

    perubahan? ok. first pasal management of money. aku rasa sangat-sangat tak manage duit dengan betul. aku ni dahla jenis yang mengharapkan biasiswa JPA semata-mata maksudnya langsung tak mintak duit dengan parents untuk beli tiket, bayar itu ini dan sebagainya. Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah kena ambil short sem a.k.a semeter pendek (SP). insyaAllah doakan supaya lancar je perjalanan study :)  kat ukrida ni kemain mahal tauu untuk bayar sp. berjuta-jutaa..setiap kali nak beli/belanja kena fikir dulu perlu ke tak? makan sedap sesekali tu perluuu...setiap hari tulis apa yang dibeli so that nanti akan rasa menyesal banyak habiskan duit. hehee^^ kene saving bebanyak untuk koas nanti.

    next, pasal management time. adalah rasa berubah sikit, tidur awal paling lambat sebelas, kekadang terlanjur gak jam 12. tapi alhamdulillah semakin rajin dan semakin dipermudahkan untuk bangun awal pagi sebelum azan subuh. bolehla bangun solat tahajud, solat taubat dan hajat. kekadang ada je lambat tapi boleh rasa perubahan untuk bangun awal tu. kena sangat-sangat amalkan tidur awal so that bangun pepagi tu solat dah tak ngantuk, boleh betul betul focus nak solat ataupun mengaji :) terkesan dengan video ni jugak. 10 minutes before fajr.





    "if you want to pray qiamullail, all you have to do is just try it....get up 10 minutes before fajr"

    the last third night that Allah s.w.t comes down to the lowest part of the heaven and he ask, which one of my servants is seeking for my forgiveness? that i may forgive them"


    let's try to wake up 10 minutes before fajr. i did experience it and i feel very calm, i feel very close to Allah. subhanallah. i'm not saying all this to show off, to tell you guys that i wake up early. All i want is everyone who read this, can have the same feeling. Allah loves us, believe me. He is just waiting for his servants to ask from Him. 


    management of money, wake up early for qiyamullail, what else?

    i'm trying my hard to please everyone, to make everything only for Allah s.w.t. when i wanna go to class or somewhere else, i will remind myself that i'm going to class to study, to get knowledge for the sake of Allah. Bismillah. semua yang kita lakukan, even the simplest thing like makan dan mandi pun dikira ibadah kalau kita benar-benar niatkan kerana Allah. sebab sangat sayang, kita buat benda yang sama dengan orang lain tapi sebab niat kita yang terpesong tu, kita tak dapat pun pahala tu. the basic is, nawaitu. nobody knows what is in your heart. He does :)

    teringat last bulatan gembira, we we need to ask one question and everyone can give their answer. what did i ask? "apakah perangai/ akhlak saya yang teruk dan saya kena ubah" they said soalan lain. whyy..hahaa..entah aku rasa banyak benda dalam diri ni yang nak kena ubah. banyak sangat, tapi ada mereka cakap aku terlalu takut dengan diri sendiri. ye sangat takut sebab ada hadits rasulullah yang " bercakap baik atau diam" aku tau aku jenis yang tak boleh nak stop cakap, tapi sangat takut kalau banyak cakap tu benda yang mengarut dan bukan bukan bahkan boleh menyakiti hati orang lain tanpa sedar.

    tapi bila difikirkan balik, kalau aku jadi pendiam nanti susah jugak. kita kena jadi peramah, tapi dalam banyak bercakap tu kenalah bercakap benda baik. aku pernah cakap apa yang kita cakap dan buat tu adalah terhasil dari apa yang ada dalam hati dan fikiran kita. kalau hati kita bersih, fikiran kita positif je, tengok dan dengar benda baik je, mana mungkin kita akan bercakap benda yang melalaikan ye dak? T___T. Ok mungkin aku yang suka bercakap ni boleh jadi logam. mungkin. 

    Oh sebelum stop january ni bising sangat-sangat pasal kenaikan elaun. dikatakan kita akan mendapat kenaikan sebanyak rm500 ringgit, jadinya total sebulan akan dapat rm 1500 ringgit. Alhamdulillah. namun elaun pulak lambat masuk dan harini masuk cuma dapat rm1000 sebulan, total rm3000 untuk 3 bulan. tu untuk perbelanjaan bulan 2-4, mana lagi rm1500? wallahu'alam. dengar cerita, akan masuk secara beransur ansur. doakan jelah insyaAllah masuk nanti :) kecoh semua facebook twitter bbm pasal xde duit then bila duit masuk tak cukup, xnaik semualah. biasalah, kita kekadang terlalu mengharap dan bila tak dapat kita akan sedih T_T

    january ni jugak ada kisah. entah rasa sangat sedih bila tau diri ini dikhianati. kat depan punya lahaii lemah lembut sopan santun tapi kat belakang T__T. ujian jugak tu, Allah nak tengok kita ni bekerja untuk manusia ke untuk Dia? lama-lama aku rasa aku makin kuat sikit. betul jugak tu kalau kita asyik manja, tak kena kutuk, tak kena caci, tak kena marah dll. kita akan rasa selesa berada kat tempat yang sama, takde perubahan pun dalam diri. tapi kalau selalu kena hadapai ujian dan cabaran, dan kita berjaya mengharungnya kita akan jadi lebih kuat! oyeah!!

    analogy: batu bata merah yang orang buat rumah tu kan dibakar banyak-banyak kali dengan pemanasan bersuhu tinggi untuk menghasilkan bata yang buat dan bermutu tinggi. sebab tu bata tu kuat, tak mudah pecah, tahan panas dan dingin gituu...

    kita kena jadi macam bata tu. kuat! tahan ujian! mampu hadapi cabaran ewahh! :)

    *maaf kalau bahasa rojak campur english,melayu,bahasa pasar sebab this is me. tak pandai nak skema, yang pandai mengarut, moga ada yang bermanfaat, insyaAllah*


    Friday, January 10, 2014

    surau CP


    Bismillah. 


    tadi ada jumpa dengan sisters dekat CP. lepas tu cari barang sikit dekat carrefour dan solat maghrib kat cp. Nampak sorang akak ni tercegat kat tepi, dah ambil wuduk dah tapi tunggu turn telekung. Telekung kat cp tu bukannya banyak sangat, tak sampai 10 pun rasanya..agak lama la jugak dia tunggu sebab time aku masuk, belum wuduk lagi dia dah tunggu kat situ. Entah bila tengok dia rasa sangat sangat sebak. Laju pulak air hujan mengalir kat pipi.wuwuwu...


    #Flashback#


    Masa first year, aku masuk surau yang sama. Surau tu macam tu la tak pernah berubah. Aku masuk dengan jeans, tshirt lengan tiga suku camtu muat muatla pakai pastu pakai shawl pendek yang segan segan je tutup kepala. Kejadian sama jadi kat aku, aku tunggu telekung boleh tahan lama laa sebab time tu baru masuk waktu dan peak hour. Orang ramai sangat nak buat apa pun tak tahulah.


    Nak solat? Tau pun tak sah. Dahla tak tutup aurat dengan betul. Kononya rasa dah tutup aurat tapi bila nak solat tau pulak tak sah kan..tau pulak bila nak solat nak cari telekung nak tutup semua bagai..tapi keluar jalan-jalan dan jumpa orang ramai takpe pulak..ke tak perasan Allah nampak je semua tu.


    Tengah solat tu entah kenapa rasa sangat sebak je. Hujan mengalir tambah tambah deras. Oh lupa nak cakap aku pakai baju kurung biasa je, tudung bidang 55' pakai handsock dan stokin. Kira lepas la nak pakai buat solat, insyaAllah..rasa sebak dan sedih sebab aku pernah berada di posisi itu, nak solat tunggu telekung takde. Bila kawan yang tutup aurat sempurna boleh solat macam tu je rasa macam bestnyaa dia, solat tak perlu pakai telekung. Ermm.


    Alhamdulillah alhamdulillah. Aku rasa sangat sangat bersyukur sebab Allah mengurniakan aku perasaan ini. Rasa sedih malu dan segan dengan dosa dosa aku yang dulu. Semoga rasa ini akan terus terpelihara sebab aku rasa benda ni lah yang boleh buat aku istiqamah..permainan hati dan perasaan, bukan semua orang boleh rasa apa yang kita rasa sekarang...doa jugak biar orang lain pun boleh rasa benda yang sama.


    Kini aku dah tahun ketiga. Belajar medic. Banyak perubahan yang berlaku, baik fisikal, mental maupun rohani. Ya Allah jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur, yang sentiasa berusaha mencari keredhaanMu. Semoga Allah redha dengan aku dan aku juga redha kepada Dia.


    InsyaAllah. Bak kata sham kamikaze "kepada sahabatku yang baik dan belum menutup aurat silakan menutupnya :) Allah maha pengampun"




    Hanya Allah dan syurga motivasi tertinggi. InsyaAllah :)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...