nuffnang

    Tuesday, August 9, 2011

    jadi tumpuan ketika majlis berbuka puasa

    Assalamualaikum...

    seperti biasa di bulan Ramadhan yang mulia ini kita sangat dituntut untuk membuat amal kebajikan dan bersedekah untuk mendapat manfaat yang lebih..begitu juga dengan memberi orang makan untuk berbuka puasa, sebagaimana yang jaa tahu orang yang memberi makan kepada orang berpuasa makanan berbuka akan mendapat pahala sebanyak mana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang sedang berpuasa itu...


    jadi tidak hairanlah jika badan-badan kerajaan (GO) dan bukan kerajaan (NGO) berebut-rebut untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan menjemput anak-anak yatim terutamanya untuk berbuka..sesungguhnya pahala memang berlipat ganda, dahla di bulan puasa berbuat baik pula pada anak-anak yatim...begitu juga dengan memberi mereka bantuan duit dan pakaina raya.


    okey macam biasa kampung jaa juga ada buat majlis berbuka puasa bersama semua penduduk kampung dan keluargaku jua tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut kerana ibuku dari pagi lagi membantu untuk memasak hidangan pada hari tersebut..ibuku pergi awal sedikit untuk membantu menghidangkan makanan dan sebagainya dan aku menunggu adikku pulang dari sekolah agama petang sebelum pergi bersama-sama dengannya...


    aku dah cakap pukul 7 dah nak gerak dan suruh dia mandi awal-awal namun pukul 7 tu baru nak mandi, haiah....itulah balik je dari sekolah tak salin baju terus bukak laptop main game zombie, apa yang seronok sangat dengan game itu pun aku tak tawlah...aku rasa sejak aku balik sebulan yang lepas memang menda alah tu la dia dok main dari bangun tido, pastu balik sekolah dan sebelum tidor..dah macam pro dah aku tengok dia main..haha, aku baru try main game bola PES, masyuk gak tapi tak berapa nak pandai lagilah..haha..


    sambung cerita pasal majlis berbuka tu, disebabkan aku pakai baju kurung dan naik motor serta datang tersangatlah lambat memang aku menjadi tumpuan seluruh warga yang sedang berada di dalam khemah tengah menunggu untuk berbuka..memang semua khemah da penuh daa dan aku takda pilihan lain selain parking moto kat depan khemah..tapi takdelah dekat sangat dengan khemah namun tumpuan seluruh warga khemah adalah kepada aku dan adikku..malu wei, dahla khemah lelaki kat luar tu..


    aku rasa agak ramai jugaklah...apa lagi kontrol buat-buat tak pandang orang ramai dan buat-buat tak tahu je...memang nasib baik kot tengah tengah dok cover ketebalan muka dan tahan segan tuh aku nampak ibuku tengah melilau mencari kitorang...haha, manalah budak ni pergi kan tak nampak langsung dalah khemah..aku apalagi terus mengikut ibuku naik pergi ke hidangan yang masih kosong...sigh, tengok jam dah 7.18 minit...tinggal beberapa minit lagi nak berbuka, nasib baik sempat kan...


    itulah orang suruh bersiap awal-awal aku dok sibuk layan cerita eh sinetron indon hingga hujung waktu lakonan marshanda..cerita tu agak best la pasal anak kandung yang hilang semasa kecil selepas itu terus tidak dijumpai..pasangan itu mencai dan terjumpa seorang kanak-kanak hilang yang disangka anak mereka namun sebaliknya...ketika dewasa, mereka mencari anak kandung mereka dan kecelaruan berlaku dengan pelbagai konflik..ah, kisah keluarga la...takdelah minat sangat citer indon,aku layan jelah sebab waktu menunggu berbuka bermula 6.30 sampai 7.30 petang...

     
    marshanda pelakon sinetron indonesia


    ok, itulah kisahnya ketika pergi berbuka puasa..moral of the story : janganlah kita pergi ke majlis lambat sangat, ingat VIP ke??nan hadoooo...kalau VIP takpe;ah memang sengaja datang lambat sebab memang nak suruh jadi tumpuan, memang aku jadik VIP tak diundanglah semalam..kahkah...

    baru dapat emai dari JPA pasal semua urusan briefing, medical check-up and what not...memang nervous gilaa nih...entahlah aku hanya berharap agar aku dapat rezeki dan diberi kemudahan oleh-Nya, insyallah...aku akan terima jika itu memang sudah tersurat untukku..to be frank, i'm hoping the best..insyallah...pray for me my dearest friends!




    Wednesday, August 3, 2011

    resdung : kegatalan yang tak hengat!!!

    Assalamualaikum...

    merujuk kepada tajuk pasti macam-macam yang akan bermain di fikiran kan..gatal??kegatalan? menggatal dan sebagainya...gatal tu banyak maksud dan aku bukan nak cerita pasal gatal menggedik tapi ni memang gatal yang perlu disudahi dengan teknik menggaru..wahahaha..apakah??


    aku mengalami masalah resdung sejak form 2 lagi...nasib baiklah masalah aku bukan jenis yang jerawat naik dekat muka bebanyak tu, tapi jenis yang dalaman...kalau dah datang penyakit tu memang tak boleh nak tidur malam la jawabnya...sungguh, rasa macam nak cabut hidung pun ada, gatal yang teramat sangat...bukanlah gatal bahagian luar hidung tapi dalam..nauzubillah..sabar jelah...


    setahun lepas tu adalah pergi berubat dekat sorang pak cik ni, nak cakap bomoh tu takdelah bomoh sangat, tapi lebih kepada rawatan ala-ala kampung dan tradisional...lepas tu aku beransur pulih dan tiada lagi masalah, sikit-sikit tu adalah...sekarang ni selepas hampir 6 tahun masalah tu datang balik..aduyai, dahla dalam bulan puasa ni, rasa macam nak nangis pun ada bila kegatalan tu datang menyerang...


    tadi pergi balik rumah pak cik tu tapi takde orang la pulak...aku harap sangat nak pegi berubat balik, memang sangat sangat tak tahan dengan bersin bebanyak kali dan gatal yang melampau...aku pergi klinik doktor cakap selesema biasa..ape daaa, tak kan sepanjang tahun selesema kan..aku malas nak soal telan ubat panadol pun tak jadi apa, melemahkan antibody badan adalah...aku nak badan aku hasilkan antibody sendiri..

    rawatan resdung mata yang aku jumpa..ngerii kan..eewwww

    kalau nak diikutkan, aku punya penyakit ni biasa lagi masih tak sampai tahap kronik dengan pendarahan, jerawat seluruh muka dengan ulat dan sebagainya...ini pun aku dah rasa cukup terseksa, nasib baik sepanjang musim-musim peperiksaan penyakit ini tidak datang menyerang...bila tengok video dan dengar cerita pesakit resdung lain, ngeri beb!!macam-macam ada naik bulu roma mendengarnya...aku harap sangat penyakit ni dapat disembuhkan, bulan puasa ni memang banyak kena sabar kan..heee...


    kalau bab makan tu memang jagalah dengan tak makan belacan, budu dan udang...kalau makan memang tak boleh tidur la...aku ni lebih kepada resdung hidung, mata tu takdelah gatal sangat..kalau sesiapa ada tahu cara rawatan yang berkesan untuk menhilangkan dan menyembuhkan penyakit ni, jangan lupa kongsi ye..sharing is caring  ^_^

    selamat berpuasa, berterawih dan beramal yee



    p/s : kalau nak buat satu benda tu cuba fikir banyak-banyak kali dulu, pertimbangkan perasaan orang lain serta akibat atas perbuatan kita..

    hinakah aku.....bebaskan aku dari belenggu ini

    hinakah aku...salahkah aku jadi begini...bukanku pinta lahir ke dunia, namun takdir telah menentukan segalanya..semua yang aku buat tak betul dan tak kena..jadi bahan sindiran, ejekan dan gelak ketawa orang..hinakah aku lahir di dunia ini...


    hinakah aku...aku cuba sedaya upaya untuk mengambil hati orang, buat yang terbaik..namun sebagai balasan, sumpah seranah dan kata-kata kesat yang aku terima..semua itu terpaksa aku telan meskipun hatiku terasa begitu rapuh dan hancur berkecai seperti kaca yang berkecai selepas terhempas di lantai...


    hinakah aku...bukanku pinta untuk menjadi bodoh dan hodoh...bukanku pinta untuk menjadi cacat dan derita...bukanku pinta untuk menjadi bahan ejekan dan hinaan orang..memang tidak pernah kupinta semua itu..namun apakan daya, aku manusia lemah yang hanya mampu menjadi bahan sendaan orang..betapa hinanya aku...



    mengapa aku perlu berada di sini, aku lebih rela mati dari tersiksa begini..Ya Allah, berikan petunjuk kepada hambamu ini, terasa ingin membunuh diri namun aku masih lagi waras dan tahu itu adalah salah satu daripada dosa besar...sungguh aku tak rela diperlakukan sebegini namun aku terpaksa mengharungi semua ini...


    adakah aku hina??jawab!!!mengapa mendiamkan diri, tidak cukup lagikah segala tohmahan, umpatan, fitnah, kata-kata keji yang kau lemparkan padaku selama ini...tidak cukup lagikah???aku memohon padamu, bebaskanlah aku dari belenggu ini, aku tidak rela lagi hidup tersiksa begini...tolonglah bebaskan aku, aku merayu padamu......


    p/s: mood tengah menghayati watak...sobs..sobs...

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...