nuffnang

    Tuesday, April 5, 2011

    positive thinking,jangan mudah menyerah kalah...


    sekalipun hati ini rasa begitu gundah gulana...
    gudar,sedih dan pilu menguasai diri..
    kecewa dengan diri sendiri...
    memikirkan apakah yang akan terjadi...


    namun ingatlah,ada lagi yang lebih malang dari kita
    lebih tidak bernasib baik dan kurang berupaya...
    yakinlah dan bersyukurlah dengan diri sendiri...


    saat ini aku rasa bagaikan tidak senang duduk...
    buat itu tak kena buat ini tak kena...bangun mandi berjalan study...


    mungkin aku dah cuba yang terbaik tapi aku masih tidak berjaya ;(
    janganlah mudah melatah bangun dan sedarlah...
    ini semua dugaan dan cabaran Allah kepada hamba-Nya..


    aku tahu mungkin masa semakin semput...
    bak kata orang dah hampir di penghujung jalan...
    namun aku tidak akan mudah jatuh,rebah dan menyerah kalah..
    aku yakin aku mampu...i'll try my best!!!


    apapun aku akan berusaha hingga ke penghujungnya
    believe in yourself and you'll be fine
     THINK POSITIVE!!




    nukilan luahan hati dan perasaan saat ini (~_~)





    Monday, April 4, 2011

    tetiba buang tebiat sorang-sorang

    Assalamualaikum...

    disebabkan housemate dua-dua takde rasa bosan yang sangat melampau,yelah rasa kesunyian kot..walaupun dok tengah study,layan lagu bukak youtube tetap rasa bosan sebab dok sorang-sorang..at least klu ada dua orang lagi makhluk tu bolehla dok sembang-sembang ngan gelak-gelak kan..


    apa lagi buat keputusan nak carik tempat untuk buat kerja,sebenarnya perut lapar...memula ingat nak pergi makan dekat kfc past tetiba teringin nak makan nasi goreng kerabu..ngaaa!!terus tak jadi pergi makan ayam tukar nak makan nasi goreng..sampai
    kat kedai,carik port paling best untuk duduk dorang-sorang tanpa rasa malu dan segan silu..serius sepanjang belajar kat sini aku tak pernah makan sorang-sorang kat kedai,mesti ada kawan kalau aku pergi sorang mesti aku bungkus tapau aje..


    duduk elok-elok sorang-sorang sambil dengar lagu mp3 dan bukak buku chemistry dekat tempat paling hujung dan aku buat kerja macam biasa,waaa..buang tebiat betul..mana pernah-pernah aku study kat food court macam ni pastu sorang-sorang lak tu ^^

     di food court inilah aku study +makan sesorang..tapi aku duduk hujung sekali pastu pasang mp3,nah tak hirau pun orang sekeliling..hehehe..

     nasi goreng kerabu..sedap jugak kot..pasni boleh makan lagi :)


    ABC yg tak berapa nak sedap ;(
    rindu ABC syeksen 2 oh..lama tak makan...

    haaa,itulah kisahnya sampai 2 jam aku kat situ dari 3.30sampai 5.30...okeylah kan carik suasana baru tapi bila aku pergi cerita kat kawan aku dia gelak besar,xcaya aku buat kerja tu..hehe..aku nak makan kat kedai sorang-sorang pun segan,inikan pulak nk bukak buku sampai 2 jam..buang tebiat la ni..hikss!!

    p/s:sapa boleh teka tempat aku makan ni ktne??hehe...senang je

    Saturday, April 2, 2011

    menjadi editor 100 penulis :D

    Assalamualaikum semua ^^


    macam biasa aku akan periksa e-mel aku untuk tengok kalau-kalau ada e-mel baru masuk sebab biasanya aku akan subscribe lepas aku komen sebab aku lebih suka baca apa tuan blog tu komen balik lepas aku komen dekat blog dia,namun dekat certain blog je la..jenuhla kalau semua kan ^^


    bila aku buka e-mel tengok yang aku dapat invitation untuk menjadi editor blog 100penulis... waaa,sememangnya aku teringin untuk menulis dan menjadi editor di sini..selain itu boleh berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru iaitu editor lain di sana kan...sila klik banner untuk ke blog 100penulis.



    100penulis

    www.100penulis.com



    apa itu 100penulis???okey ni aku ambil dari pengenalan 100penulis itu sendiri =D

     "Tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk memberi kesempatan kepada 100 orang editor bergabung bersama-sama. Kesemua editor ini boleh menulis entry untuk apa jenis isi kandungan sekalipun. Bebas membincangkan hal isu semasa, tutorial, promosi blog dan sebagainya."

    faham la kan..kiranya seramai 100 penulis akan bergabung bersama idea dan pendapat yang berbeza di dalam sebuah blog..wah,mantap kan :) maksudnya di sini, setiap editor akan dapat tugasan bergilir-gilir bagi menulis entry di dalam blog ini...ini membuatkan aku tertarik nak cuba join dan terpilih jua..

    aku akan memulakan tugasku sebagai editor mungkin bulan 7 ini kerana aku akan menghadapi peperiksaan besar pada bulan hadapan..begitu juga dengan blog ini pasti tidak dapat aku update dalam masa sebulan lebih ini..huhu...janganlah terus lupakan jaa okey, berehat dari blogging untuk seketika sahaja =D

    jom ramai-ramai ke blog 100penulis dan jika berminat menjadi editor bolehla apply kerana admin masih membuka ruang bagi pengambilan baru bulan April ini..semoga berjaya!!


    p/s: invitation ketika daku sibuk..namun peluang ini tidak akan aku persiakan :)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...