nuffnang

    Showing posts with label pkpmi-cj. Show all posts
    Showing posts with label pkpmi-cj. Show all posts

    Wednesday, September 26, 2012

    WOW (wonderful orientation weekend) -entry bergambar

    Assalamualaikum...

    pada 14&15 september lepas, PKPMI-CJ telah buat satu program orientation khas untuk adik-adik yang baru masuk UKRIDA 2012....sebagai seorang ajk, aku pun turut sama terlibat membantu mana-mana yang perlu dan jadi fasi untuk kerja group....program ni buat dekat Malaysia hall so senang sikit sebab kat sini kat terus ada bilik, tido kat sini saje :)


    aku dengan vais datang time diorang baru habis taklimat program, pergi hospital punya pasal...seharian di hospital, ingat nak up entry tapi em..makin hari makin malas pula menaip, tidak serancak dahulu :p tak nak cerita banyak kita layan gambar-gambar sepanjang program tu, syok sikit kan ^^

     adik2 lelaki 2012 :)

     time ni kene tulis first impression terhadap kawan..haa tulis jangan tak tulis!! berebut-rebut nak tulis haa

     sekarang bagi ikut group..kakak-kakak dengan abang-abang buat sharing pasal lifa dgn study sikit :)

     barisan high community PKPMI...YDP tengah bercakap tuu..hehe

     fokus ye fokus :)

     taklimat imigrasi

     LDK...kene bincang nak buat kerajaan sendiri..lukis lukis!

     discuss lagii

     yang ni lawa...pulau bear lagi :)

     presentation time...my hadek-hadek group 6! 

     KAMI :)

     nak jugakk dengan banner tu :)

     ok masak-masak time! :)

     bakar-bakar....atas rooftop ni ^^

     suasana rooftop malaysia hall :D


     pinggan dan gelas tersusun....tunggu nak makan ni.

     "senyummm!kak kat nak ambik gambar" kata salah sorang dari mereka..tak ingat sape..hehe

     we're intecian ----> ukridian...hehee

     sempat lagi main uno sebelum makan! 

    all junior ukrida malaysian 2012


    diorang sangat best dan sporting!heheee...ramai pulak tu *kejelesan melanda* kami cuma bertigabelas dengan tiga lelaki...ok! tu jee, kata pun entry bergambar kan...selamat datang adik-adik ke jakarta dan ukrida, semoga terus tabah menjalani kehidupan yang penuh pancaroba *eceyyy* di sini...till then! :)


    Monday, April 2, 2012

    futsal piala dato' duta

    Assalamualaikum......



    semalam baru je habis satu aktiviti PKPMI-CJ, futsal piala dato' duta....aku memang dah lama nak main futsal sebab tu bila tahu ada game terus rasa nak main, tapi tak tahu nak main dengan sape kan...tetiba dapat idea ajak bebudak batch aku, padahal kitorang perempuan ada 11 orang je semua dan rata-rata langsung tak pernah main bola...haahaaa, tapi lantaklah kan, kita nk main suka-suka dan enjoyy, bukan nak mengharap lebih dari tu...sorang memang awal2 taknak join dan sorang lagi tarik diri, so kita ada 9 jee...


    dahla tak berapa nak prektis, boleh kira dengan jari berapa kali je main dah tu main pulak dekat tempat yang macam tak berapa nak best, padang tak rata apabendalah...tapi lantak!! satu hal lagi, kitorang ada tempah jersey lepas tu orang dekat tanah abang tu cakap boleh siap hari khamis, lepas tu diorang pergi khamis tak siap lagii...lepas tu janji jumaat tapi jumaat tu kan ada demo yang pasal kenaikan minyak tu, memang tak lah!! bila call hari sabtu tak siap jugak katanya hari isnin, geram gilaa....dahla game ahad, jersey siap isnin, mantap!then, kitorang dapat idea untuk pinjam baju dengan senior 2008..baju pinjam pon bolehhh -,-




    baju batch 2008 :)



    pagi-pagi lagi kitorang pegi, perh awal betul, xde orang lagi time tu, adalah sekelompok jejaka yang semangat yang suruh aku pergi awal tuu...dah agak dah, mesti xde orang awal sangat..dalam pukul 8 lebih tu baru ada orang yang datang makin ramai, dahla tiga team je so main dua kali jelah...walaupun kitorang kebanyakannya first time main takdelah teruk sangat, saingan sengit jugak tuu..hehe...kitorang kalah tipis 2-1 first game, padahal dah leading 1-0 tapi xde rezeki kot, pastu game kedua kalah lagi 1-0....geram gak gol yang tu sebab dia macam unexpected gol yang tetiba je masuk...haaha...takdelah kitorang loser sangat, bangga kot ngan team sendiri...haaha...




    comel dan ceria....masa ni baru je sampai...nak isi borang daftar..



     after da game ^^

     piscok FC!!


    bagi yang tak tahu apa tu piscok, ia sebenarnya pisang coklat...salah satu makanan kat indonesia ni...memula susah jugak nak pilih nama team apa yang sesuai, macam-macam nama keluar..haaha, last sekali hambik je...tagline kitorang sepak jerr!! sebab tu main sepak je bola kan, tak kisahlah apa pun yang penting sepak kan :)

    thanks everyone!!



    walaupun kitorang tak menang tapi aku rasa happy dan bangga dengan diorang semua...walaupun tak pernah main kan tapi sanggup gak nak masuk game ni, dahla semua main walaupun at first ada yang macam nak duduk tepi padang je, nak jadi penonton je apalah...frust gak semalam, thumb aku sakit and tak boleh nak sepak kuat,aku banyak passing bola tapi tak dapat nak score...takpelahh..yang penting nak enjoy je kan..boleh gak lepas stress~






    Wednesday, December 21, 2011

    Integrasi 1 dan biro diplomatik PKPMI-CJ

    Assalamualaikum....


    rasanya agak lama aku tak menekan papan kekunci dan menaip baris-baris kata dekat blog ni...hurm, actually i've a lot of things to be shared tapi semenjak dua menjak aku mulai bertweet sepanjang masa, aku dah kurang meluahkan segala benda dekat blog..kalau dulu semua benda mesti nak share dekat blog dan aku rasa kalau aku copy paste balik ayat-ayat pada twitter dah boleh jadi cerita yang ohsemm!!heehe...



    aku sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini, oh ya tadi baru je selesai ujian integrasi 1 dan mulalah liburr!!!i got libur dalam bahasa inggeris adalah 'holiday' weee!!!some of my friends are going back to Malaysia but i've bigger plan!!yippie...i'm going to Bogor for PERMAI 2011 dan Surabaya for an islamic programme...at the same time i can have a walk there^^



    berbalik kepada tajuk saya sebenarnya cerita dia macam ni...kawan bilik sebelah saya terambil dan terbawa balik soalan Integrasi kami tadi..sila baca betul-betul TER...kemudia kami balik bersama-sama dengan hanya berjalan kaki dan singgah sebentar membeli ketoprak (makanan Indonesia) sampai di rumah dan hendak makan, tetiba lecturer yang menguruskan batch kami telefon dia dan mengatakan yang soalan dia tiada dan suruh hantar segera...dia sebenarnya tak perasan pun yang dia terbawa balik soalan tu, tapi bila dah tengok dalam beg rupanya ada...



     nak dijadikan cerita nama dia juga siti, ok fyi orang kat sini panggil saya siti...jadi semua orang dok kecoh pasal soalan yang hilang sebab lecturer tu cakap dekat ketua batch kitorang yang seorang pelajar nama siti telah membawa balik soalan sebab soalan tu tiada pada mereka..kecoh kat bbm aku!!!semua orang nak tanya!!grrr!!!


    siti kamu udah pulangkan belum soal??sitii kamukah yang disebut-sebut itu..hadoiii..bukan akuu..


    tak pasal-pasal aku update status bbm bukan saya, tapi ad a lagi yang tanya...ok, semua ahli group aku pakai blackberry jadi aku dah jadi keliru...semua benda nak pakai bbm je tak nak text dan taknak beli topup lagi...


    aku dah agak mesti kena psiko bagai dengan lecturer sebab dia tak balik rumah malam nii...aku call tak angkat, dahla pergi macam tu je tak bawak beg apa..muka keluar stress je...aku call tak berjawab pastu suruh kawan yang lain pula baru angkat.....aku kan kawan yang baik, pasti bimbang akan kawanku..ahaks!!
    dia cakap dia kat rumah senior, tapi pada nadanya mcam tak nak cakap-kawan aku cakap-


    ok dan update terbaru aku adalah aku baru saja menjadi salah seorang AJK untuk PKPMI-CJ persatuan kebangsaan pelajar malaysia cawangan Jakarta...sebenarnya bukan nak sangat tapi sebab memang dah takde orang, tau jelah batch kitorang hanya ada 14 orang pelajar saja dari Malaysia...dalam masa seminggu ni aku dah 3 kali pergi BTG(Bimbingan Tes Gunawan) iaitu tempat Dr.Goenawan buat kelas tuisyen sebenarnya tapi jadi tempat untuk kami ambil gambar...


    aku jadi biro diplomatik yang kena urus pasal passport, kittas dan perkara yang berkaitan dengan imigresen....jadi sebab ramai nak balik Malaysia sekarang kena urus erep...erep itu adalah kebenaran kita keluar masuk Indonesia...aku tadi first time pergi mesyarat ajk pkpmi..serius segan!!! entahlah-,- tapi aku rasa persatuan ni best gak!!


     Rsanya tu je untuk malam ni, ngantuk sangat dah ni..

    Thanks for reading!!




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...