Assalamualaikum dunia.
Pejam celik pejam celik dah habis minggu ketiga kepaniteraan dasar. Alhamdulillah everything went well. Dah settle judisium, jaga FMC 3 Kali, Dua kali siang dan sekali malam. Settle buat status dan juga bls semalam. Banyak dapat pengalaman dan kengkawan baru, usrah baru, tanzim baru, syura baru. Pokoknya semua barulah. Hati pun kena barulah ye. Everything need to be new, niat pun kena sentiasa perbaharui. Let's tajdid our niat :)
Dalam kita meniti hari hari baru, perjalanan liku hidup yang baru jangan pernah kita lupakan masa lalu. Tetiba teringat dalam buku sejarah dulu ada quotes yang menyatakan barangsiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Ya, it's sunnatullah. Hal yang pernah berlaku dahulu pasti akan berulang lagi. Bukanlah kira mengingati masa masa dulu sehingga kira tak boleh nak move on, teringat hal yang sedih lama lama. No! Bukan itu yang perlu kita ingatkan, tapi kita kena belajar dari kesilapan kita dulu, kita perbaiki, dan apa yang kita harapkan adalah kira dapat jadi seorang yang lebih baik padsa masa yang akan datang. Life is all about learning and exploring new things everyday. Macam status Whatsapp kita :p
Selalu cakap dekat diri sendiri.
Semoga aktiviti hari ini berjalan dengan lancar dan baik.
Semoga aku jadi seorang yang lebih baik dari semalam.
Semoga semua orang senang dengan aku hari ini.
Semoga Allah terima amal amal aku pada hari ini.
Semoga Allah menjaga aku dari melakukan maksiat dan dosa.
Insya Allah.
Selalu minta. Selalu Doa. Al mathurat jangan lupa baca pagi dan petang, Doa dalam almathurat tu insya Allah dapat menjaga kita seperti mohon perlindungan, mohon kesihatan tubuh badan, mohon dijauhkan Dari kesedihan, lemah, malas, hutang, mohon kesihatan pendengaran, penglihatan dan banyak lagi. Cuba kita perhatikan dan renungkan. Cubalah kiranya kita membaiki diri kita apa yang kurang. Insya Allah Dia kan maha pengasih dan penyayang, kalau benar benar kita yakin. Kira takkan pernah rasa lemah dan nak give up. He knows best ^^
with groupmates. kelompok 13 during our on-call at emergency room. takde patient, so kita bergambar! ^^ |
Bebudak padas 2, 170 orang semuanya |
yudisium! menunggu hari ini untuk pakai white coat ni selepas angkat sumpah janji. |
all malaysian, ten of us from batch 2011 and others are seniors. let's fighting! |
next week insya Allah bakal masuk koas, rumah sakit mana, departmen mana pun belum tahu. jauh lagi perjalanan, lama lagi kurang lebih setahun setengah tinggal. apa yang aku harap semua berjalan dengan baik, dipermudahkan dan cepat cepat boleh balik berkhidmat kat Malaysia pula :)
sebenarnya, nak balik berbakti dengan parents, oh tak sabar nak tunggu 30 April, may birthday and they are coming for my graduation day :D
ok that's all.
all new. brand new.
No comments:
Post a Comment