nuffnang

Wednesday, April 22, 2015

abah

Assalamualaikum.


kepada pembaca jaa's story pasti tahu yang aku memang jarang post hal family kat sini. biasanya kalau bukan hal diri sendiri, hal campus, study dan random post about life. tapi kali ni nak tulis khas buat my one and only abah kesayangan. 


minggu lepas, call ma dan dia cakap abah demam dah hampir seminggu, xlalu makan. dah makan ubat, tapi still demam jugak, aku suruh la pergi klinik check, maybe doctor check darah, bagi antibiotic ke apa. esoknya adik cakap kaki abah bengkak sampai xdapat nak jalan, ingatkan gout abah datang menyerang, sebab abah da sakit kaki adik yang kena bawak abah pergi klinik naik kereta. walhal adik tu lesen kereta pun takda lagi.


bila doktor check, rupa rupanya abah ada luka dekat tapak kaki, dah bernanah dah luka tu T_T tapi abah langsung tak perasan. bila difikirkan balik, aku terlupa abah ada DM, yang boleh membawa komplikasi neuropathy. abah takde rasa sakit pun kat kaki padahal dah bengkak dan bernanah. doctor buat debridement pada luka tu dan suruh datang setiap hari, namun demam abah still tak turun sampaikan ma bawak abah pergi hospital dan warded. 


perawatan luka pada orang diabetes tak sama macam orang biasa, lukanya lambat sembuh dan memerlukan perawatan teliti, satu hal dia dah tak rasa sakit, itu kalau tak pergi klinik sebab demam mungkin tak sedar tapak kaki dah parah. abah tak pernah lagi alami luka pada kaki yang teruk sebelum ni, mungkin baru je komplikasi tu terjadi. cuma abah ada mengadu sekarang dia dah tak boleh makan pedas, rasa macam semua otot otot menipis t_t memang betul, komplikasi DM ni boleh jadi penurunan berat badan, otot jadi atrofi, mata kabur, masalah pada kidney dan diabetic foot. Allahu jauhkanlah abah dari semua semua itu.


sebelum ni pun tak pernah lagi abah mengadu yang dia tak rasa kalau ada luka, abah di saat usia 55 tahun kena lalui semua ini. ma cakap a few day before that abah pergi kawad kaki. lepas balik dari kawad dia demam, padahal sebenarnya demam sebab ada infection pada tapak kaki tu. asalnya luka melecet, namun abah masih lagi berjalan ke sana ke mari pergi kerja tanpa menyedari tapak kakinya luka melecet. kalau orang biasa dah luka sedikit pasti dah rehat sampai sembuh kan, tapi disebabkan dia tak rasa dia masih lagi buat hal macam orang normal yang tak ada apa-apa. 


Tiga hari di hospital setiu, ma cakap abah kena transfer ke Hospital sultanah nur zahirah, hospital besar terengganu sebab nak kena operate. abang, kak long semua balik. hati ni rasa nak balik je, tapi ingatkan tak sampai dua minggu lagi diorang nak datang, dan sekarang ni tengah menunggu stase mana tahu nama keluar untuk masuk first rotation. abang pun xkasi balik, kebetulan juga ada adik lelaki baru habis SPM, so daripada dia takde buat apa dialah yang diharap untuk jaga abah juga. 

dua hari lepas operation, Alhamdulillah everything went well. call abah semalam pun abah dok gelak-gelak dia kata tak sakit, nak sihat dah. kak long cakap abah bagitau doktor nak sihat cepat, nak pergi jalan-jalan nak datang Jakarta. oh menangis aku di situ. tiket return dah beli sia-siap dah untuk abah dan ma. tiket dari (Terengganu) TGG-KLIA2, KLIA2-CGK(jakarta)  pada 30 April dan tiket balik CGK-KL dan KL-CGK pada 4 mei. mereka akan datang dengan abang sekali untuk wisuda pada 2 mei ni, insya Allah.



semoga Abah dapat keluar dari hopital cepat-cepat, luka cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. aku risau jugak, tapi bila tunjuk gambar dekat kawan-kawan yang dah biasa operate kaki diabetic macam ni, katanya operation abah ni simple je, baru superficial tak sampai tulang lagi dan insya Allah boleh sembuh dalam masa seminggu dengan syarat luka kena betul2 betul jaga, tak banyak berjalan dan tak boleh makan makanan manis.

sekarang dah 22 April
8 days to go. 

insya Allah.
doakan semua ye.



nah pesanan buat semua. 
eat less sugar, you're sweet enough already.
have a healthy lifestyle.

:)



Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...