nuffnang

    Wednesday, April 29, 2015

    MIMS

    Assalamualaikum wbt. all readers.


    for those who read my previous post about my father will know that my abah just had operation last week. kalau belum baca, nak baca kat sini : ABAH 

    Abang dah cakap yang abah tak dapat datang, ye lah nak jalan pun susah apelagi nak travel jauh-jauh. so semalam aku call abah, abah cakap dia demam. lepas tu abah bosan tak dapat buat apa kat rumah sepanjang dia sakit, abah tak pernah sakit lama-lama sebelum ni. huhuuu. satu hal yang buat aku menitiskan air mata ialah bila abah cakap, abah nak sangat datang konvo kak ja tapi nak buat camne tak dapat. terus guwe nangis, aduyai. satu, aku harap sangat ma dengan abah boleh datang masa hari konvo aku. Dua aku rasa terkilan sebab aku cuti dua minggu menanti masuk stase tapi nama belum ada. tiga, aku tahu aku dah takde cuti lepas dah masuk koas ni. sedih bangetss T_T


    Takpelah at least ma dengan bang mat datang, takpela semoga abah cepat-cepat sihat, boleh berjalan macam biasa. insya Allah doakan ye menteman :*


    oh ya, back to may topic. MIMS. 

    do you know what is MIMS? 
    Ok for those who don't know, MIMS is a database of prescription and generic drugs, clinical guidelines and patient advice.

    ade je dekat website, buku pun ada. tapi buku MIMS aku ada je tapi dok terperap je dekat almari tu, masih baru. nampak sangat memang tak baca sangat, haritu pun baca sebab nak OSCE, lepas tu jadi hiasan padahal berguna sangat buku ni sebenarnya especially nak presribe ubat dekat patient. sebab dah ada complete indikasi, kontraindikasi pada patient, dosage and maximum dose. mungkin sebab belum masuk rumah sakit, jadi tak berapa nak pakai lagi.





    apa kisahnya dengan MIMS ni, oh hari isnin yang lepas aku pergi ke sebuah klinik belakang rumah ni je, nak suntik third dose hepatitis B. Oktober dan November lepas dah suntik twinrix (hep.A+ hep.B), kata doktor, third shot tak perlu twinrix lagi, nanti suntik hep. B sahaja.. oh sebagai pencerahan, untuk dua kali suntik tu aku buat dekat hospital, tidaklah jauh mana tapi harus ambil angkut dulu dan harganya lebih mahal hospital international katakan.


    bila dah menunggu buat hampir setengah jam, aku dipanggil masuk. no.37. orang dekat klinik ni tak ramai pun tapi sebab dokter yang available sorang je. bila masuk dokter tanya, banyak benda. kamu dah suntik berapa kali, ada keterangan kad vaksin? vaksin tanggal berapa? ada bawak kotak vaksin dll. aku cakaplah details setakat yang aku tahu, lepas tu dia pelik sebab aku suntuk twinrix dan taraaaa... dia buka MIMS ni depan aku.


    yeah, she knows that i'm a medical student. dia langsung cari part twinrix, dah kat situ katanya twinrix for adults kena 4x. itu yang pelik, kawan aku cakap vaksin hepatitis A sekali pun cukup. doktor kat hospital cakap twinrix 2x and terakhir yang ketiga vaksin hep. B sahaja.lagipun dia takut ubatnya tak sama nanti tak efektif pula, tapi vaksin hep. B tu memang engerix punya. 


    selepas tu dia suruh aku tulis sendiri dekat ruangan anamnesis : mahu disuntikkan vaksin hepatitis B, sebelumnya sudah disuntik twinrix sebanyak dua kali. dia suruh aku tanda tangan, dan fikir dulu baik-baik adakah aku mahu meneruskan atau kembali pergi ke hospital tempat suntik tu. disebabkan doktor tu pun macam suruh aku fikir, dan dia pun tiada rekam medis di situ aku pun buat keputusan untuk batalkan sahaja niatku hari itu. esok sahaja aku pergi suntik di hospital, supaya complete di sana sahaja.


    bukan apa, tindakan doktor tersebut bagi aku logik dan bagus, sekarang banyak kes saman dokter yang berlaku akibat doktor tak betul betul edukasi pasien, bagi ubat salah, indikasi salah dan sebagainya. alamatnya kalau memang salah boleh masuk penjara tak  dikenakan tindakan pidana yang lain, sebab tulah kot dia suruh aku fikir betul betul dan buat keputusan dengan logik dan waras. aku terus balik dan esoknya pergi suntik dekat hospital


    Doktor dekat hospital tu tanpa banyak tanya terus suntuk aku dengan hepatitis B. entah aku pun tak tahu yang mana benarnya, tapi mengikut pada MIMS memang begitu, tapi doktor tu mesti dah banyak pengalaman dan lebih tahu. semoga baik baik saja dan vaksin tersebut dapat bekerja menghalang penyakit masuk ke tubuhku, almaklumlah nak masuk koas ni memang sangat sangat terdedah dengan semua benda ni, nak kena suntik patient.


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Apa kaitan cerita mims tadi sebenarnya. meh aku simpulkan la sedikit.

    1. kalau kita ada sesuatu barang/ benda tapi kita tak pakai tak guna jugak, langsung tidak mendatangkan manfaat sebagaimana MIMS kepunyaaku yang hanya menjadi pajanan di almari. kalau kita ada sebarang ilmu, tak kisahlah sikit ke banyak, sharelah dengan orang lain melalui pelbagai medium, whatsapp, line, facebook, blog dll. at least kalaupun tak dapat banyak, adalah jugak saham yang boleh kita kumpul gituw.

    2. make agreement/ comfirmation before doing something. kita hidup dalam dunia yang penuh dengan onak duri, salah sikit akan langsung bermain dengan tindakan undang undang menyebabkan kita lebih berhati hati untuk membuat sebarang keputusan. benda paling simple nak pinjam barang orang, mintalah dulu keizinan dari tuannya. jangan main redah saja. think bout others, not just ourself. kalau diri kita nak berjaya, nak masuk syurga sanggupkah tengok kawan ketinggalan melata entah dimana mana? think.

    3. Refer. Always refer to those who knows better than you. kemampuan dan pengetahuan kita terhad, tanyalah pada yang pakar dan lebih tahu tentang sesuatu perkara. we are not capable of doing everything on our own. minta tolong dan bertanya, supaya kita tak sesat jalan dan membuat hal yang sia-sia. kadang-kadang sesuatu itu ada di depan mata, tapi disebabkan kita tidak tahu pasti kita akan tersesat jua.


    OK that's all. kisah aku dan MIMS. Alhamdulillah settle third shot.

    p/s: menunggu ralat stase besok, if nama belum keluar masuk minggu ketiga aku berlibur. 





    Wednesday, April 22, 2015

    abah

    Assalamualaikum.


    kepada pembaca jaa's story pasti tahu yang aku memang jarang post hal family kat sini. biasanya kalau bukan hal diri sendiri, hal campus, study dan random post about life. tapi kali ni nak tulis khas buat my one and only abah kesayangan. 


    minggu lepas, call ma dan dia cakap abah demam dah hampir seminggu, xlalu makan. dah makan ubat, tapi still demam jugak, aku suruh la pergi klinik check, maybe doctor check darah, bagi antibiotic ke apa. esoknya adik cakap kaki abah bengkak sampai xdapat nak jalan, ingatkan gout abah datang menyerang, sebab abah da sakit kaki adik yang kena bawak abah pergi klinik naik kereta. walhal adik tu lesen kereta pun takda lagi.


    bila doktor check, rupa rupanya abah ada luka dekat tapak kaki, dah bernanah dah luka tu T_T tapi abah langsung tak perasan. bila difikirkan balik, aku terlupa abah ada DM, yang boleh membawa komplikasi neuropathy. abah takde rasa sakit pun kat kaki padahal dah bengkak dan bernanah. doctor buat debridement pada luka tu dan suruh datang setiap hari, namun demam abah still tak turun sampaikan ma bawak abah pergi hospital dan warded. 


    perawatan luka pada orang diabetes tak sama macam orang biasa, lukanya lambat sembuh dan memerlukan perawatan teliti, satu hal dia dah tak rasa sakit, itu kalau tak pergi klinik sebab demam mungkin tak sedar tapak kaki dah parah. abah tak pernah lagi alami luka pada kaki yang teruk sebelum ni, mungkin baru je komplikasi tu terjadi. cuma abah ada mengadu sekarang dia dah tak boleh makan pedas, rasa macam semua otot otot menipis t_t memang betul, komplikasi DM ni boleh jadi penurunan berat badan, otot jadi atrofi, mata kabur, masalah pada kidney dan diabetic foot. Allahu jauhkanlah abah dari semua semua itu.


    sebelum ni pun tak pernah lagi abah mengadu yang dia tak rasa kalau ada luka, abah di saat usia 55 tahun kena lalui semua ini. ma cakap a few day before that abah pergi kawad kaki. lepas balik dari kawad dia demam, padahal sebenarnya demam sebab ada infection pada tapak kaki tu. asalnya luka melecet, namun abah masih lagi berjalan ke sana ke mari pergi kerja tanpa menyedari tapak kakinya luka melecet. kalau orang biasa dah luka sedikit pasti dah rehat sampai sembuh kan, tapi disebabkan dia tak rasa dia masih lagi buat hal macam orang normal yang tak ada apa-apa. 


    Tiga hari di hospital setiu, ma cakap abah kena transfer ke Hospital sultanah nur zahirah, hospital besar terengganu sebab nak kena operate. abang, kak long semua balik. hati ni rasa nak balik je, tapi ingatkan tak sampai dua minggu lagi diorang nak datang, dan sekarang ni tengah menunggu stase mana tahu nama keluar untuk masuk first rotation. abang pun xkasi balik, kebetulan juga ada adik lelaki baru habis SPM, so daripada dia takde buat apa dialah yang diharap untuk jaga abah juga. 

    dua hari lepas operation, Alhamdulillah everything went well. call abah semalam pun abah dok gelak-gelak dia kata tak sakit, nak sihat dah. kak long cakap abah bagitau doktor nak sihat cepat, nak pergi jalan-jalan nak datang Jakarta. oh menangis aku di situ. tiket return dah beli sia-siap dah untuk abah dan ma. tiket dari (Terengganu) TGG-KLIA2, KLIA2-CGK(jakarta)  pada 30 April dan tiket balik CGK-KL dan KL-CGK pada 4 mei. mereka akan datang dengan abang sekali untuk wisuda pada 2 mei ni, insya Allah.



    semoga Abah dapat keluar dari hopital cepat-cepat, luka cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. aku risau jugak, tapi bila tunjuk gambar dekat kawan-kawan yang dah biasa operate kaki diabetic macam ni, katanya operation abah ni simple je, baru superficial tak sampai tulang lagi dan insya Allah boleh sembuh dalam masa seminggu dengan syarat luka kena betul2 betul jaga, tak banyak berjalan dan tak boleh makan makanan manis.

    sekarang dah 22 April
    8 days to go. 

    insya Allah.
    doakan semua ye.



    nah pesanan buat semua. 
    eat less sugar, you're sweet enough already.
    have a healthy lifestyle.

    :)



    Monday, April 13, 2015

    brand new

    Assalamualaikum dunia.

    Pejam celik pejam celik dah habis minggu ketiga kepaniteraan dasar. Alhamdulillah everything went well. Dah settle judisium, jaga FMC 3 Kali, Dua kali siang dan sekali malam. Settle buat status dan juga bls semalam. Banyak dapat pengalaman dan kengkawan baru, usrah baru, tanzim baru, syura baru. Pokoknya semua barulah. Hati pun kena barulah ye. Everything need to be new, niat pun kena sentiasa perbaharui. Let's tajdid our niat :)


    Dalam kita meniti hari hari baru, perjalanan liku hidup yang baru jangan pernah kita lupakan  masa lalu. Tetiba teringat dalam buku sejarah dulu ada quotes yang menyatakan barangsiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Ya, it's sunnatullah. Hal yang pernah berlaku dahulu pasti akan berulang lagi. Bukanlah kira mengingati masa masa dulu sehingga kira tak boleh nak move on, teringat hal yang sedih lama lama. No! Bukan itu yang perlu kita ingatkan, tapi kita kena belajar dari kesilapan kita dulu, kita perbaiki, dan apa yang kita harapkan  adalah kira dapat jadi seorang yang lebih baik padsa masa yang akan datang. Life is all about  learning and exploring new things everyday. Macam status Whatsapp kita :p


    Selalu cakap dekat diri sendiri.

    Semoga aktiviti hari ini berjalan dengan lancar dan baik.
    Semoga aku jadi seorang yang lebih baik dari semalam.
    Semoga semua orang senang dengan aku hari ini.
    Semoga Allah terima amal amal aku pada hari ini.
    Semoga Allah menjaga aku dari melakukan maksiat dan dosa.

    Insya Allah.

    Selalu minta. Selalu Doa. Al mathurat jangan lupa baca pagi dan petang, Doa dalam almathurat tu insya Allah dapat menjaga kita seperti mohon perlindungan, mohon kesihatan tubuh badan, mohon dijauhkan Dari kesedihan, lemah, malas, hutang, mohon kesihatan pendengaran, penglihatan dan banyak lagi. Cuba kita perhatikan dan renungkan. Cubalah  kiranya kita membaiki diri kita apa yang kurang. Insya Allah Dia kan maha pengasih dan penyayang, kalau benar benar kita yakin. Kira takkan pernah rasa lemah dan nak give up. He knows best ^^


    with groupmates. kelompok 13 during our on-call at emergency room. takde patient, so kita bergambar! ^^



    Bebudak padas 2, 170 orang semuanya

    yudisium! menunggu hari ini untuk pakai white coat ni selepas angkat sumpah janji.



    all malaysian, ten of us from batch 2011 and others are seniors. let's fighting!
    next week insya Allah bakal masuk koas, rumah sakit mana, departmen mana pun belum tahu. jauh lagi perjalanan, lama lagi kurang lebih setahun setengah tinggal. apa yang aku harap semua berjalan dengan baik, dipermudahkan dan cepat cepat boleh balik berkhidmat kat Malaysia pula :)


    sebenarnya, nak balik berbakti dengan parents, oh tak sabar nak tunggu 30 April, may birthday and they are coming for my graduation day :D 


    ok that's all. 
    all new. brand new.



    Friday, April 3, 2015

    haematology: kisah suka duka


    harini result keluar!! berulang ulang kali laman web university dibuka, memasukkan id dan password namun hampa. tiada lagi result yang keluar. tutup lagi. aku ke dapur, buka peti ais, tutup lagi. tiada apa yang aku lakukan. seperti biasa, hal ini sudah aku ulang beberapa kali, bosan barangkali, atau dah buang tebiat? hakikatnya aku rasa tak senang duduk. memikirkan hasil dan result yang bakal keuar. macam macam perkara yang bermain difikiran. memikirkan pelbagai kebarangkalian, mungkin itu dan mungkin ini. bagaimana kalau aku tak lulus?bagaimana jadinya nanti kalau aku kena ambil ujian di semester pendek? mana nak cari duit nak bayar satu kertas pun dah hampir seribu ringgit harganya T_T
    lampu led pada telefon bimbit aku menyala. tiada bunyi yang kedegaran kerana aku dah set mood silent. warna kuning berkelip-kelip, aku tahu ada pesanan masuk, tapi belum pasti adakah itu sms, pesanan dari group whatsap, line, wechat dll. ya belum tahu. bergegas aku buka flipcase berwarna turqoise dan aku baca pesanan dari group line kelas. oh ya, di indonesia mereka lebih mengemari pemakaian line berbanding yang lain. ada mesej dari ketua angkatan "nilai sudah bisa dlihat di web" simple sahaja pesanan itu namun bisa menggegarkan hati 155 orang dalam group tersebut

    aku buka laman web dan mulai memasukkan id dan password. lup dup lup dup bunyi jantung aku, adrenalin rush! Berpeluh. Bila dibuka, aku terkedu seketika aku dapat C+ untuk blok haemtology dan oncology menandakan aku gagal. kampus aku mewajibkan pelajar mendapat nilai minimum B- untuk lulus. dalam semester 6 ada 4 blok, dan aku lulus blok yang lain. alhamdulillah. teka teki selama ini sudah terjawab, kami semua sudah dapat akses result masing-masing. ada yang gembira, ada yang sedih. seperti biasa aku berfikir-fikir tentang peperiksaan haritu.

    fikiranku jauh melayang. aku teringat kisah 5 bulan yang lalu.kisah yang tragis berlaku dalam hidup aku dan pasti takkan dapat aku lupakan.seperti biasa aku pulang dari kampus dengan berjalan kaki. waktu itu aku memakai baju kurung, tudung cotton dan menggalas bag silang. modul blok yang tebal aku pegang kat tangan.waktu itu aku baru selesai ujian praktikum patologi klinik. besoknya ada ujian skills lab pemeriksaan payudara dan lusanya ujian integrasi. aku bergegas berjalan kaki untuk segera sampai di rumah dan mulai ulangkaji untuk ujian esoknya.
    tiba-tiba, sampai sahaja aku di persimpangan rumah ada seorang perempuan turun dari avanza berwarna hitam dan memangil aku. dia memakai seluar slack coklat, tshirt, cardigan dan tudung bawal. dia suruh aku tunjukkan jalan ke urida dan katanya ingin berjumpa dengan doktor tony. dia tanya aku kenal ke tak dr tony, aku katalah xkenal. lepas tu dia cakap yang dia ada discussion dengan dr tony, tapi dari tadi pusing pusing cari jalan tak jumpa. aku dah tunjukkan jalan, tapi dia cakap dia dah beberapa kali berputar di tempat sama tapi tak jumpa jalan, dia ajak aku naik kereta dan tunjukkan jalan. aku bersetuju sebab muka dia macam sedih, dan dia janji nak hantar aku balik.

    aku naik kereta dan di bawa kereta namun tiba tiba berhenti dipinggir jalan. tengok-tengok handphone. dia cakap dr tony mesej yang dr.tony dah balik rumah. dah takde kat kampus. so aku cakap still nak pergi ukrida ke? kalau tak aku nak balik. saat tu aku ada rasa sesuatu yang tak sedap, tapi aku diam membisu tak berani bersuara apa-apa. tetiba saja akak ni tanya pasal study, family dan kewangan. macam agak aneh juga orang yang baru kenal tetiba tanya duit simpanan kita dekat bank kan. time tu memang betul2 je baru masuk duit yang agak banyak, sekalian dengan elaun buku. kiranya agak banyaklah duit kat kat time tu.

    akak ni terus tanya aku macamana aku save money, ada mintak duit dari parents tak dan macam-macam lagi. aku ada cerita tapi tak details, yelah dengan orang yang kita baru kenal. lepastu dia cakap dia ada problem, dia tertinggal purse, so dia xda duit untuk isi minyak, aku cakap yang aku ada rp50,000 so aku boleh kasi duit tu kat dia, sebab aku nak balik. sumpah tak tipu saat tu rasa berdebar sangat. tapi aku tak dapat berbuat apa-apa, aku boleh berfikir, tapi tak boleh bertindak :( time tu aku rasa nak balik tapi bila dia cakap dia tak tahu pam bensin terdekat dan minta aku ikut, aku akur.

    dalam perjalanan tu dia cerita lagi yang dia seorang doktor pakar tulang a.k.a orthopedic dekat RSCM Sucipto dan dia sebenarnya kena rushing pergi hospital untuk pembedahan patient. katanya dia kena pergi somewhere untuk beli alat tu, nak kena sterilkan harini jugak so that dia baru boleh balik rumah.aku cakaplah pada dia kenapa tak balik dulu ambil duit dll, katnya ada kawan sebenarnya nak tolong dan time tu dia memang tengok-tengok dekat handphone. banyak kali dia call orang tu ini dan cakap dia bersama seseorang, dan dia harap seseorang tu boleh bantu dia. ya, seseorang itu adalah aku. dan dia buat nada yang dia betul-betul dalam kesusahan. dia cakap yang dia belum berkahwin umur dan 32 tapi bakal bertunang hujung tahun ini. dia dah jadi pakar beberapa tahun dan simpanan dia banyak, mungkin nak meyakinkan aku barangkali.

    dia tanya aku bawa kad atm ke tidak, kataanya nak pinjam duit, tapi dia janji yang dia akan bayar balik haritu juga..gaya dia bercakap tentang hal medik, patient tu betul2 meyakinkan...tapi bnyak bercakap hal anatomy ke. eh kamu kan specialist? tapi time tu aku fikir mungkin sebab aku masih lagi pelajar semester 6, nak cakap lebih takut aku yang tak faham. mungkinlah kot. entahla.dia terus tanya aku ada berapa dalam bank, time tu dia ada pegang pegang tangan aku. aku diam, dan dia terus bercerita sampai tetiba dia bawa aku ke bank. siap tanya lagi aku ada simpan duit kat bank lain tak dan seolah olah dia tahu yang time tu biasiswa baru masuk.

    dalam fikiran aku time tu aku nak balik belajar, esok nak exam. kenapa aku terperangkap dengan seorang doktor yang nak pinjam duit ni. T_T si doktor ini seolah olah tahu apa yang bermain di fikiran aku, dia langsung keluarkan cerita lain.kita sama-sama dalam bidang yang sama, doktor nanti kalau ada apa masalah nak pinjam duit atau tengah kesempitan dia boleh tolong, dia pun selalu ke ukrida. nanti dia belanja makan blablabla....semoga silaturahim yang terbina ini akan berkekalan, nanti datanglah time dia tunang..datanglah saat lebaran main kat rumah dia. katanya penuh yakin.

    lepas tu katanya katanya kita ni sama-sama muslim, kalau bukan orang islam yang tolong sapa lagi? dan dia keluarkan isu tentang soal hukum hakam halal haram.
    "saya ni orang islam, saya tahu yang mana halal yang mana haram, kalau saya pakai duit orang tanpa bayar, saya tahu apa hukumnya"

    lepas tu dia cakap nak pinjam duit 8 juta, ok lapan juta rupiah itu banyak, sangat banyak. rm2500, dua bulan elaun aku. tapi dia cakap nak pinjam sekejap saja, nanti balik rumah dia langsung transfer ke bank aku. selepas mendengar banyak cerita dia, akhirnya aku bersetuju..aku minta no handphone dia, katanya kalau ke RCSM cari saja pakar orthopedi nama doktor citra, rumah dia dekat2 situ saja. ok aku makin yakin. aku masih ada beberapa tahun lagi di indonesia, nanti kalau ada apa apa masalah aku boleh merujuk dia, siapa tahu di masa akan datang aku pula yang memerlukan bantuan. time tu dalam fikiran aku, kalau kita berbuat baik pasti kita akan dapat balasan yang baik juga.
    dia bawa aku ke bank, dan aku sebenarnya keluarkan duit dari cimb, oh rupa rupanya limit hanya 5 juta sehari. aku pergi ambil lagi 3 juta dari bank mandiri syariah. gila tak gila apa yang aku buat. hmmmm. lepas tu aku siap kira lagi duit tu dalam kereta dan langsung dia drive kereta bawa aku balik. dia ada call kawan dia cakap yang ada adik yang sangat baik tolong, nanti dia boleh buat operation tu. mungkin nak meyakinkan aku...

    sampai dekat simpang tadi dia berhenti dan peluk aku erat erat. dia kata nanti langsung sms no account ye, dia akan settlekan urusan itu dan langsung balik untuk transfer duit itu. dia kata terima kasih banyak banyak semoga aku lulus exam, semoga jadi doktor yang baik dan suruh aku call mak yang aku dah bantu selamatkan patient yang nak operate. dan dia ulang lagi tentang hubungan silaturahim, suruh aku dtg ke rumahnya.aku pun sama doakan supaya patient cepat sembuh dan dia jadi doktor yang baik.

    aku turun dari kereta dengan perasaan yang sangat berdebar-debar. aku nampak avanza hitam itu berlalu, dan dia ada melambai ke aku. aku rasa nak catat no plat kereta, tapi aku tak buat. aku rasa berdebar tapi aku tak tahu nak buat apa. kakiku longlai, berjalan pulang ke rumah. sampai je di rumah aku langsung cari buku account dan sms kakak tadi. aku tunggu sampai pukul 6, beberapa kali aku check akaun bank namun hampa. bila dah siap siap solat maghrib aku cuba call, masuk tapi tiada jawapan. dia tidak angkat. aku cuba lagi berulang kali. akhirnya nombor itu dimatikan. langsung tidak dapat dihubungi. oh ya dia ada beri dua no handphone, satu lagi ada suara lelaki angkat..tapi katanya salah nombor. damn!! now aku dah tahu, aku dah rasa aku tertipu.

    tiba tiba aku sedar, kenapa aku terlalu bodoh percayakan orang, beri pinjam duit yang sangat banyak. ya Allah time tu aku dah nangis, dan aku tiada sesiapa untuk aku luahkan time tu, ada dua orang house, ada kat atas dan housemate yang lain tengah on call di hospital. aku ada tweet yang aku rasa aku kena tipu dan ada kawan langsung whatsapp aku tanya aku cerita la hal yang sebenar, dia langsung datang...sorang lagi kawan datang bawakan ice cream. untuk tenangkan aku, dan dia cuba try call RCSM tu, tanya student university indonesia tapi hampa. memang aku ditipu. tiada pun doktor orthopedi perempuan kat situ, semua lelaki. memang aku nangis time tu...tp kawan aku redakan, kitorang practise skill lab pemeriksaan payudara time tu. aku cuba tenangkan diri nak pergi cari dia kat hospital tu esoknya dan tanya betul ke ada doktor tony dan betul ke dia ada kawan nama dr.citra.

    lepas dua orang kawan aku tu balik, aku memang rasa xsedap hati lagi dan time tu langsung sorang housemate aku call. dia cakap dia pernah kena hal yang sama, orang yang sama dan cerita yang sama ya Allah T_T jahatnya manusia itu. aku nangis dan meraung sekuatnya. aku rasa takut, berdebar sedih. aku tiada sesiapa time tu, tapi aku lari naik ke atas. aku takut duduk sorang-sorang. aku rasa aku dipukau orang itu, ya Allah. cepat cepat aku naik dan cerita dekat housemate lagi dua orang. mereka pun nangis sama. time tu tiada apa yang aku boleh buat, kawan aku suruh solat, tenangkan diri. ya aku solat, air mata aku tumpah dengan deras. aku tak tahu apa yang menimpa aku, tapi mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu, mungkin aku dah mula jauh dari Allah dah jarang solat taubat. mungkin Allah nak menegur aku, nak bersihkan duit duit aku, Allahu aku cuba tenangkan diri. aku takut tidur sendiri dan kami tidur bertiga malam itu.

    esoknya, exam day. kami berbeza kelas jadi masing pergi sendiri. aku rasa takut sangat, tengok avanza hitam rasa berdebar, takut dan rasa nak nangis. aku keluar rumah dan lari naik bajai, takut orang itu datang lagi kerana menurut kawan aku, kisahnya orang itu minta duit padanya dua kali. ya dua kali, mungkin orang itu dah tahu aku mulai waras dan sedar. tapi sampai je di kampus, aku rasa blurr. aku tak tahu apa yang aku kena buat time exam.tapi kawan aku tenangkan aku time tu, dia suruh aku hafal satu persatu dan alhamdulillah aku dapat buat dengan baik. waktu nak balik, kawan aku teman dan kitorang pergi study sama-sama di sebuah cafe. sebenarnya aku lsngsung tak dapat fokus belajar, fikiran aku jauh melayang teringatkan kisah semalam. kawan aku belanja makan, sebab semalam aku dah banyak kena rompak. sobss :(

    malam itu, aku duduk di meja study tapi aku nangis je, aku tak dapat baca buku, aku tak dapat fokus, aku asyik teringat bagaimana kakak itu boleh peluk peluk aku. bagaimana dia boleh bercakap tentang hukum hakam halal haram, tapi sebenarnya dia menipu ya Allah, aku tak tahu nak cakap apa lagi. aku hanya mampu nangis dan nangis, aku solat pun nangis sujud lama-lama. time tu aku mohon sangat sangat dengan Allah supaya Allah berikan aku kekuatan kembali, hilangkan rasa ketakutan dalam diri. aku minta sangat sangat, aku hanya perlukan kekuatan. aku penat menangis, aku penat hidup dalam kesedihan dan ketakutan. aku tak boleh fokus langsung. bila mana aku tak dapat study, aku memang tak dapat jawab exam. aku pun dah tak ingat apa aku jawab. bila hari herr pun sama, aku masih macam tu, hidup dalam cengkaman ketakutan.

    benda tu berlaku lebih kurang dua ke tiga minggu. alu langsung tak berani keluar seorang, aku rasa tiap kali aku berjalan aku akan diekori, diintai, seriusly rasa insecured sangat sangat. nak pergi ke kampus pun takut, apatah lagi nak pergi nun ke bandung. selalunya aku tak kisah keluar sendiri, tapi time tu aku tak dapat, aku tak ada kekuatan, ketakutan datang menerpa. aku sering cemas ya Allah. selama itu juga aku banyak solat, doa minta dengan Allah. aku minta Allah berikan aku petunjuk dan hilangkan semua rasa-rasa yang menganggu hidup aku. aku minta supaya aku dapat lupakan semua hal yang berlaku dan aku nak mulakan hidup yang baru.

    alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
    Allah perkenankan doa aku. dengan sokongan kawan-kawan aku bangkit lagi, alhamdulillah. biarlah semua yang berlalu jadi memori dalam hidup aku, aku jadi makin kuat. aku lebih berhati-hati, ramai orang cakap kat aku kenapa aku terlalu baik nak tolong orang, kalau diorang tak adanya diorang nak ikut naik kereta bagai, nak pinjamkan duit bagai. tapi aku diam, aku banyak berfikir. aku bukanlah seorang yang sangat mudah nak beritahu orang jumlah duit dalam akaun kita. orang yang rapat dengan aku pun tak tahu berapa duit yang aku ada, inikan pulak orang yang kitabaru kenal kan? kalau ikut logik akal memang bodohlah aku beritahu yang alu ada duit sebanyak itu ini dalam account dan percayakan strangers macam tu saja.

    bila aku ceritakan hal ni pada seorang kawan indonesian, ternyata dia tahu aku memang dipukau. saat dia memegang tangan aku bertanya lokasi kampus itu dia dah mula membaca pergerakan aku. dia mengusap usap dan memeluk aku itu juga petanda, dan orang macam ni dia menggunakan kata kata bermain dengan emosi kita. aku ada baca tentang hipnotized, ada macam macam cara, dengan renungan mata, pegang anggota tubuh dan kata-kata. sewaktu aku menolak untuk pinjamkan dia wang dan nak langsung pulang, dia mula berfikir cara nak bermain dengan emosi aku.

    cerita tentang orang sakit dan dia kaya banyak duit itu mungkin belum benar benar meyakinkan aku, namun dia bijak mengatur langkah, dia bermain dengan perasaan aku yang mana aku sangat yakin dengan hukum Allah. aku yakin siapa menipu akan dapat dosa, akan dihukum Allah dan aku yakin siapa yang bantu orang dalam kesusahan, Allah akan bantu dia semula. aku yakin itu. tapi keyakinan aku dipermainkan, dirobek robek dan aku ditipu. takpe, dia menipu menggunakan nama Allah pasti akan dapat balasan yang setimpalnya. Aku redha, aku yakin Allah ada aturan yang lebih baik untuk aku. apa yang aku lebih bersyukur ialah Allah masih lagi sayangkan aku.
    dia tidak apa-apakan aku physically, dia hantar aku depan simpang dengan baik...banyak kisah yang aku dengar dan baca bila tidak beri duit dia ugut, apa apakan dan lebih tragis kes kena sorok, culik bunuh. nauzubillah T_T takpelah, aku bersyukur dan redha, dia hanya bermain dengan mental dan perasaan aku. walaupun aku trauma hampir sebulan tapi jauh di sudut hati aku aku rasa bersyukur sebab aku masih sihat, dan dia tidaklah ambil semua duit aku. aku masih boleh survive tanpa minta duit dari keluarga. aku jadi lebih kuat dan berhati -hati.

    apa yang membuatkan aku agak terkilan, duit yang aku simpan untuk bayar semester pendek dah tiada. tapi Alhamdulillah Allah tu maha mendengar, maha pengasih dan penyayang. sempat masuk next elaun september untuk aku cover duit tu. tapi memang aku berjimat cermatlah sementara tunggu next elaun, makan masak di rumah dan tidak membeli sesuka hati. hanya membeli sekadar keperluan. aku juga bukanlah seorang yang suka bermewah mewah, sekali sekala je makan mahal dan beli barang mahal untuk reward diri sendiri. aku juga tidaklah meminta duit dari ma dan abah, aku masih ada 3 adik untuk mereka tanggung sebab keluarga kami sederhana saja. tapi aku rasa bahagia dengan hadirnya mereka dalam hidup aku :)

    aku sebenarnya tidak mahu menghebohkan hal ini, tidak mahu ada yang tahu tapi bila aku berfikir semula aku kena ceritakan juga agar tiada yang akan kena macam aku lagi, kita kena lebih berhati hati untuk menerima pelawaan orang yang meminta bantuan. kita tidak boleh juga percaya bulat bulat dengan orang yang kita baru kenal, kena selidik terlebih dahulu dan banyakkan berdoa agar Allah sentiasa menjaga kita dari mereka yang nak menggunakan kita, mempermainkan kita. semoga kita semua dijauhkan dari orang orang yang jahat yang hanya ingin memperkotak katikkan kita sehari hari. bacalah ayat kursi tiap kali nak keluar rumah, insya Allah.



    "kat jom makan!"
    tersentap aku dari lamunan panjang bila ada kawan menegur aku mengajak makan. jauh fikiran aku melayang layang siap dengan ibrah lagi :p

    kawan aku cakap takpe, ada satu paper sahaja dan bukan aku gagal sebab aku tak belajar tapi sebab peristiwa ini, peristiwa yang pasti tak akan aku lupakan dalam hidup. aku ambil ujian ini di semester pendek, selepas dah settle semua osce dan ujian semester 7. alhamdulillah semester 7 semuanya lancar dan tinggal haematology oncology dan aku akan settle semuanya. dah boleh masuk clinical year. aku tak pernah gagal skills lab, alhamdulillah.

    selepas selesai ujian, aku pergi beli barang yang keluarga pesan dan balik untuk packing barang-barang. flight aku pukul 9 malam, dan aku dan sorang lagi kawan pergi ke airport pukul 6 petang, selepas maghrib. sampai di KLIA2 pada pukul 12 malam. kami pergi makan dan lepak di sana sampai pagi. aku pesan nasi lemak ayam sambal. ok sedap sangat, tapi biasalah makan di airport harga mahal kemain. yang geramnya kitorang berdua pesan teh tarik, tapi gaya langsung tak macam teh tarik! dahla mahal -_-" aduhaiii...layankan aje, aku pakai wifi cafe dan lepak sampai subuh, flight kawan aku pagi tu ke sabah. aku balik terengganu, kali ni balik dengan abang dan sorang lagi kawan dia.

    abang ambil aku dekat TBS. aku naik bus dulu dari KLIA2 ke tbs tu, perjalanan dalam sejam. dan langsung balik ganuuuu. kawan aku cakap result ujian semalam boleh di check pada harini. punyalah berdebar, aku ni dahla dengan kurang tidurnya lagi. malam exam tu aku tidur sejam setengah je, berdebar punya pasal nak kena revise banyak benda. kemudian dekat klia2 aku tak tidur, duduk berbual bual sampai ke pagi. so aku adalah baring kat belakang tu sensorang, segan pun ada dgn kawan abang aku, tp aku baring belakang dia so that dia xnampak. hahahhaa.

    bila berhenti di stesen minyak, tiba tiba dapat mesej, nilai sudah bisa dicheck di website....yahooo, alhamdulillah...syukur ya Allah...aku dapat A. entah rasa macam nak nangis time tu jugak, dah lama ok x dapat A. yang semester 7 aku semua A- dan ada satu B+ . alhamdulillah segalanya sudah terjawab, sekarang sedang mengikuti padas, pre-koas selama sebulan, dalam minggu akhir baru tahu rotasi di mana, bakal dicampakkan sahaja dia sana sini.  dan bakal wisuda (graduation) pada 2 mei ini, insya Allah. pointer akhir aku tidaklah terlalu tinggi, biasa biasa saja. dapat >3 sudah buat aku bersyukur :D

    alhamdulillah.
    tamatlah kisah haematology: suka dan duka dari aku. dah jadi cerpen dah ni haaaa...
    aku officially dah tamat pre-clinical selama 3.5 tahun, semoga sisa1.5 tahun lagi berjalan lancar, clinical ni nak belajar dengan banyak untuk jadi doktor yang baik kelak, insya Allah. sekarang dah ada serjana kedokteran, tak sabar untuk dapat title dr, doktor ummah yang bukan sekadar merawat penyakit yang orang hadapi, tapi juga merawat jiwa jiwa agar lebih yakin dengan keagungan Allah, merasakan masing masing ada tanggungjawab menjadi hamba dan khalifah serta hidup bertuhan. mudah mudahan, doakan ye semua.

    co-assistent baru :)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...