Bismillah.
bacalah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
kalau dulu kita sering bertanya "apa hobi kamu?" "apa yang kau selalu buat kalau ada waktu lapang?"
namun sekarang ini mungkin pertanyaan sebegitu tidak lagi valid, tidak seharusnya wujud dalam kamus kehidupan seorang daie, tapi kenapa? bukankah kita manusia kena ada waktu untuk diri sendiri? setelah penat belajar dan bekerja, kita kena ada waktu untuk lepaskan rasa stress itu, takkan nak bergelumang dengan buku je 24/7, takkan nak duduk berdiskusi ilmiah sepanjang masa? bosannya hidup.
kalau kita perhatikan trend biasa pelajar university, seminggu belajar pergi kelas. habis je exam, langsung plan nak pergi karaoke kat mana, nak tengok movie apa, nak lepak mana. dan perkara tersebut berulang ulang, movie baru selalu ada kat wayang, kalau tak tengok rasa macam cacing kepanasan, tak senang duduk... yelah kawan kawan semua dah tengok, takkan kita tak? kalau keluar dengan kawan, chat dengan kawan benda yang diborakkan adalah dah tengok belum movie tu? bila nak tengok? kemudian bila dah tengok pula berborak tentang jalan cerita, watak yang handsome, sweet meleleh bagai. jadi kalau kita tak tengok kiranya kita dikira outdated lah ye? kampung sangat ke tak tengok movie?
ok tutup cerita movie.
kalau kes couple pulak macamana? oh yaa sekarang ni umur pun dah hampir suku abad, kawan kawan ramai yang dah kerja dan mendirikan rumah tangga, ada yang dah jadi ibu pun. soalan kau bila lagi? bila nak kawin ni memang tak boleh larilah. yang tu takpe lagi, ini yang tanya dah ada calon belum? takkan takde pakwe kot. hello!! perlu ke ada pakwe? -_- seolah olah kalau kita belum ada calon ni macam tak laku, takde orang nak. itulah pemikiran masyarakat kita sekarang, banyak sangat tengok cerita melayu macamni lah jadinya. media tv ni sangat mempengaruhi masyarakat sebenarnya, orang yang tengok tv merasakan perlunya kita bercouple dulu, cari calon siap siap keluar dulu tengok ngam ke tak dengan kita dan sebagainya. eh orang dulu dulu bahagia je dengan pasangan pilihan keluarga, takdenya nak bercinta bagai nak rak ke hulu ke hilir bersama sama last last tak jadi kahwin pun. lepas nikah, baru bercinta barukah sweet tak gitu. ahaks!
tutup cerita nikah kahwin couple. aku tahu semua orang mengimpikan hal yang sama, ingin mempunyai keluarga bahagia dan anak anak sebagai pendamping. takpe, sabar janji Allah tu pasti, Dia dah tetapkan pun siapa jodoh kita, bila kita akan berkahwin dan sebagainya. tak perlu pun nak terlalu berfikir jauh tentang itu, jalani je kehidupan sekarang. insya Allah kalau dah jodoh tak kemana kan...entah entah maut kita datang menjemput dulu, yang penting sekarang persiapkan diri menjadi suami/isteri yang soleh/ah, perdalamkan ilmu agama dan kehidupan agar dapat mendidik anak anak dengan baik nanti. paling pemtimg panyakkan berdoa juga...haaaa kemain kan, yakinlah dengan janji Allah:
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)
ok back to my topic, waktu lapang itu membunuh, lantas apa kaitannya dengan movie dan couple?
okey mai sini akak nak cerita, secara ringkasnya macam ni. kita semua manusia Allah beri waktu yang sama persis, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. tapi pernahkah kita merancang waktu yang kita ada tu betul betul? apa yang kita nak buat hari ini, esok, lusa, tulat dan minggu depan? ya mungkin ada, tapi di celah celah waktu itu apa yang kita buat? masuk tak dalam perancangan harian kita? disebabkan waktu lapang itulah yang membuatkan ramai dalam kalangan kita yang tersasar dari hala tuju. kalau train dah turun dari landasan. kebabom!
penuhi waktu waktu kita dengan melakukan kebaikan, takpe schedule kita penuh daripada kosong terbuang tak tahu apa nak buat. disebabkan kita ada banyak masa lapang itulah kita sempat melayan movie terbaru, drama melayu, running man, korea, pergi karoke dan bercintan cintan layan jiwang dengan pakwe makwe dan sebagainya tu...eheeh, ada satgi nak kena hempuk, ada yang terasa dan panas, tapi itulah hakikatnya...kita sendirilah yang mewujudkan masa lapang tersebut, walhal sebenarnya banyak lagi tugas kita yang sepatutnya kita buat tapi tak terbuat. tak rasa kejam ke kita ni? bersenang lenang buat hal sendiri, tapi tak jalankan amanah yang Allah beri sebaiknya?
bak kata imam hasan Al -banna: kewajipan kita lebih banyak dari waktu yang kita ada.
mengapa kita masih punya waktu lapang?
masih sempat terbuai buai melayani perasaan sendiri?
membuang waktu dengan hobi tapi mengabaikan amanah?
kewajipan apa?
amanah apa?
oh ya,mungkin kita terlupa barangkali, sudah lupa tujuan hidup..apa tujuannya Allah ciptakan kita hidup di dunia ini. Allah suruh kita jadi abid, yakni menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)
dan khalifah.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi....(al-baqarah, 2:30)
Allah ada sebut tentang menjadi khalifah. ya kita kena sampaikan risalah ini kepada mereka di luar sana. masih ramai lagi mereka yang di luar sana yang memerlukan kita, menunggu nunggu sentuhan dari kita. Mungkin lebih ramai yang memasang impian untuk berubah menjadi lebih baik, tapi tidak tahu dari mana hendak bermula. Oleh kerana tiada siapa datang menyambut tangannya, dia terus hanyut bersama sama yang lain. Kalaulah mereka ini mendapat sentuhan sedikit sahaja, tapi bisa menggegarkan seluruh hatinya, siapa tahu boleh jadi super saiya yang menyentuh ramai lagi orang lain di luar sana. Subhanallah, sungguh beruntungnya kita!
Dalam hadis Ada diriwayatkan
بسم الله الرحمٰن الرحيم
وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رضي الله عنه أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِعَلِيِّ رضي الله عنه : فَوَاللهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ ((متفق عليه))
Daripada Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Ali radhiyallahu ‘anhu, “Demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang melalui kamu, itu lebih baik bagimu daripada (kamu memiliki) unta merah.
Unta merah itu sangalah rare dan mahal harganya. Daripada sharing yang saya dapat, unta merah itu ibarat kereta ferrari zaman sekarang. Tapi bukan sekadar itu yang harus kita idamkan, namun lebih lagi! Selama mana orang yang kita ajak itu berbuat kebaikan, selama itu saham pahala itu akan kita dapat berganda ganda walaupun ajal telah menjemput kita, siapa tahu boleh jadi salah satu jalan ke syurga :D
Manfaatkanlah waktu yang kita ada sebaiknya, tingkatkan pembacaan, perbetulkan mana yang kurang. Banyakkan amalan amalan sunat, banyakkan belajar, Tanya kalau tak tahu. Kita semua bermula Dari 0, semua orang bermula Dari langkahan pertama, namun siapa yang melangkah lebih banyak akan dapat lebih, siapa yang berhenti dan malas melangkah, akan jatuh tercicir dan akhirnya lenyap ditelan bumi :( nauzubillah. Teringat dekat seorang makcik yang aku temui, sewaktu selesai daurah dan menghantar muwajih pulang, kami Ada cakap, doakan kami Di sini. Lantas Mak cik itu menjawab, kalianlah yang harus doakan makcik, agar Di saat saat akhir nanti Makcik masih dI sini, yang penting pengakhiran kita.
Allahu, terdetik rasa di hati ini aku yang baru je nak kenal dengan dakwah Dan tarbiyah ni selalu rasa tak mampu, rasa take layak, rasa teruk! Rasa tak kuat, rasa macam macam, mampu ke aku bertahan sampai hujung nyawa? Mampu ke aku survive saat kerja dan berkeluarga nanti? Aku kononnya bercakap dan menulis pumpang pumpang Sekarang mampu tak nak buat nanti? Kalau Sekarang baru 24 tahun, oh sepatutnya dah 24 tahun tapi apa aku buat?==" agak agak umur aku 50 tahun siapalah aku, kat mana aku berada, wallahualam...itupun kalau Allah panjangkan usia Dan beri kesihatan.
Banyakkan Doa dari sekarang, semoga Allah selalu beri kesihatan yang baik dapat beraktivity dengan cergas Dan Allah thabatkan kita semua di jalan ini sampai hujung usia, sampai maut datang menjemput, semoga kita semua mendapat husnul khatimah, insya Allah :)
biarlah kita seorang pun yang tak buat, biarlah kita seorang yang asing yang penting kita tahu kita buat benda yang betul, kita menjadi satu satunya yang berbahagia dalam kalangan ramai mereka yang sebenarnya tercari-cari kebahagiaan dan mencari sesuatu untuk mengusi hati mereka yang sunyi, yang dikatakan waktu lapang itu.
Benda yang paling kena jaga adalah hubungan kita dengan Allah. Semoga hati kita bersih, pertuturan kita baik dan rasa mudah nak buat kebaikan. Kalau waktu waktu yang kita Ada disibukkan dengan membuat kebaikan, kita tidak akan Ada waktu lapang untuk berbuat sebarang kejahatan dan maksiat..waktu yang kita Ada seharusnya kita pakai untuk mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. banyakkan baca Quran, lazimi zikrullah Dan amalan sunat lain. Penuhi waktu cuti kita dengan cuba untuk menyentuh hati orang sekeliling kita, keluarga dan kawan kawan, pergi program dan wasilah tarbiyah yang sudah dirancang agar iman kita sentiasa terjaga, insya Allah.
Antara tips yang aku boleh beri untuk ubah habit yang kita suka buat pada masa lapang dahulu adalah:
1. Cari kawan kawan yang baik, yang sama sama hal berubah dan mendekatkan diri dengan Allah, sungguh kita manusia biasa yang sangat perlukan sokongan moral dan sentiasa memdorong kita berbuat kebaikan, dalam erti kata lain: biah solehah.
2.Cuba tinggalkan sedikit demi sedikit, kalau di dahulu tengok banyak series, Cuba kurangkan...orang kata tappering off..hehee...lama lama insya Allah dah langsung tak nak buat dah.
3.banyakkan Doa dengan Allah supaya Allah hadirkan rasa benci dan tidak suka melakukan hal itu lagi, buat solat taubat. Insya Allah :)
Akhir Kata, jom sama sama kita berubah..ubah kebiasaan masa lapang kita, oh bukan masa lapang tapi penuhi waktu waktu kita untuk berbuat kewajipan yang sepatutnya kita buat... Betulkan niat kerana Allah semata-mata. Yuk sama sama kita mengejar mardhatillah, insya Allah..
No comments:
Post a Comment