Assalamualaikum........
masa duk dkat Jakarta lagi ada dengar dengar berita tentang baru nak wujudkan persatuan bekas pelajar ataupun alumni dan nak buat program bersama pelajar...memandangkan aku ni perintis sekolah, aku masuk smkp tahun 2004 dan masa tu sekolah baru je dibuka, aku rasa terpanggil untuk join persatuan dan program yang nak dilaksanakan...
beberapa minggu yang lepas kami Persatuan Alumni SMK.Pelong (PASPEL) ada buat program tautan ukhwah bersama pelajar yang nak menduduki peperiksaan PMR dan SPM tak lama lagi...kitorang buat program ni selama 2 hari, 10 dan 11 august..dalam bulan puasa...macam biasa kami buat program motivasi sikit-sikit, nak naikkan semangat diorang untuk belajar rajin2 :)
ehh gambar malas nak edit..layankan jela eh :p
petang tu kitorang ada meeting dulu untuk ajk...apa tugas-tugas yang kene buat dan juga meeting untuk setiap slot...ni first meeting ramai-ramai, sebelum tu kitorang meeting via fb je..heheee..senang betul zaman sekarang tak payah jumpa face to face untuk meeting...tapi ajk atasan adalah meeting kecik-kecik nak jumpa cikgu, minta kebenaran dan macam-macam lagi
malam tu kitorang sambut bday cikgu Fakrudin a.k.a cikgu Din..heheee..cikgu mesra pelajar sepanjang hayat :) masa kitorang tingkatan 1 lagi cikgu din dah jadi warden asrama sampailah sekarang..selamat hari lahir yang ke?? lupa tanya umur cikgu berapa...malam tu kitorang smbung meeting, practice lagu tema, joget-joget dengan bagi tugas betul2 supaya kerja lebih sistematik...
the students...kami buat dekat kantin je sebab luas, so selesa untuk students bergerak sebab ramai kan...kerja kami pun mudah sebab bilik gerakan kat sebelah tu je..
busy2....discuss untuk buat yang terbaik..cikgu Din cabar kami, jangan sia-siakan masa pelajar yang berkorban tak balik kampung..kan bulan puasa ada yang nak balik berbuka dengan keluarga la, nak balik beli baju raya laaa...so tak naklah pelajar rasa program kitorang ni bosan dan membuang masa diorang sajaa..
ok untuk program ni aku ditugaskan menjadim ketua untuk slot 'study awesome' selepas berbincang aku nak buat slot ni macam game sebab waktu tu petang...tapi tak nak la lari dari tujuan sebenar, so aku buat game macam explore race sebab students kene pergi dari satu station ke station yang lain untuk selesaikan task...task tu aku buat macam soalan exam tapi lebih kepada santai....fasi pun kenela tolong kalau students tu tak tahu nak jawab apa..
memandangkan aku ketua slot ni, aku tak jaga station sebaliknya aku pusing-pusing tengok progress....ambik peluang pusing kawasan sekolah, lama kot tak datang sini....banyak dah berubah! dulu dnding kosong je, sekolah baru katakan tapi sekarang ni penuh dengan nota-nota cat semua..
fasi tekun mendegar students presents apa yang dia discuss...setiap station kita buat subjek lain-lain...ada dua station yang betul2 games...so takdelah diotang bosan sangat...ramai students sukaaa dan diorang cakap slot yang aku handle ni yang paling best..yeayyy!!sukanyaaa...hahaaha :p
ni slot yang member aku handle...ramai jugak yang suka, selangkah menuju university bersama SPM candidates...diorang kene buat bangunan impian pakai surat khabar lama dan salotape...ada jugak buat sesi sedih2, biar diorang sedar sikit..hehee...bersemangat waja terus bebudak ni!!hehe
ok masa hari terakhir tu aku kena jadi panel untuk satu forum bersama ikon pelajar...halamak!!ikon ke?? hurmmm..dah lama kot tinggal zaman berbicara atas pentas ni, dulu aku aktif la jugak masa kat smk.pelong ni jadi pengerusi tetap...so setiap kali assembly aku kene jadi mc, adalah gliir denga sorang kawan ni...cikgu pilih sebab mungkin suara aku lantang dan kuat kot..lagipun memang aku pengawas, dulu pun jadi debator...fulamak!tak caya lak..hahaaa..pindah je masuk sesma naik pentas pun tidak,eh naik jugak dapat hadiah exam akhir tahun dengan anugerah SPM :p
aku cuma ceritakan pengalaman, tips belajar...takdelah tips sangat cuma cerita kisah cemana aku belajar sampai boleh dapat straight A's PMR dan SPM...padahallll...hahaaa...cerita macamana nak interview, dapat scholarship JPA dan macamana kehidupan aku sebagai pelajar medic...tak puas pulak nak bercakap, banyak lagi nak cakap tapi mas tak mencukupi..muahaha! moderator tu junior pelong san sesma, che min..kanan tu muizzudin dan fashihah
ok ni masa majlis penutup...cikgu Anuar tak habis dengan gurauan dan lawak dia tu....
ok rasanya tu je nak tulis untuk hari ni, panjang kot..hohooo..ak pergi beli barang sikit, kejap lagi nak kene ambik adik balik sekolah pulak...ohh aku puasa hari ni, puasa 6 :D
Thanks for reading, next time aku update lagii!!
i blog about everything that i wanna share including my experiences, ideas, comments or anything regarding my daily life as a chaliph, daughter, friend and a medical student :D
Tuesday, August 28, 2012
Monday, August 27, 2012
cuti, raya, rumah terbuka, kenduri.....
Assalamualaikum.....
Sekarang sudah syawal ke-9 kan?? apa khabar semua?heheee...sekarang baru dapat nak corat coret sedikit, inipun update via blackberry je...hehe...amacam raya? Best? Ada cerita menarik?hohooo
Raya tahun ni macam biasa saja masak lemang ketupat tapai..pasang langsir,ohh tahun ni tak dapat solat raya sebab satu saya lambat satu hal lagi masjid penuh dengan orang...takde tempat langsung nak duduk dan solat..ermm, ramai betul anak cucu yang pulang...tahun sebelum ni pun ramai jugak tapi takdelah sampai macam tu sekali...
Rasanya cuti kali ni paling banyak aktiviti yng saya buat kranay takdelah duduk rumah sesaja makan tido tengok tv goyang kaki kan.. saya join iftar alumni, jd fasi program, jadi panel forum, pergi wedding kwan, ziarah sanak sedara dan banyak lagi...duduk umah bsuh baju jmur lipat, kemas rumah dan memacam lagi..
Nak update skit saja dan tkde gambar pn...nanti saya cerita lebih lagi ada gmbr pakai lappy best sikit...ok thanks for reading.. salam adilfitri!
Sekarang sudah syawal ke-9 kan?? apa khabar semua?heheee...sekarang baru dapat nak corat coret sedikit, inipun update via blackberry je...hehe...amacam raya? Best? Ada cerita menarik?hohooo
Raya tahun ni macam biasa saja masak lemang ketupat tapai..pasang langsir,ohh tahun ni tak dapat solat raya sebab satu saya lambat satu hal lagi masjid penuh dengan orang...takde tempat langsung nak duduk dan solat..ermm, ramai betul anak cucu yang pulang...tahun sebelum ni pun ramai jugak tapi takdelah sampai macam tu sekali...
Rasanya cuti kali ni paling banyak aktiviti yng saya buat kranay takdelah duduk rumah sesaja makan tido tengok tv goyang kaki kan.. saya join iftar alumni, jd fasi program, jadi panel forum, pergi wedding kwan, ziarah sanak sedara dan banyak lagi...duduk umah bsuh baju jmur lipat, kemas rumah dan memacam lagi..
Nak update skit saja dan tkde gambar pn...nanti saya cerita lebih lagi ada gmbr pakai lappy best sikit...ok thanks for reading.. salam adilfitri!
Sunday, August 12, 2012
Salam perantauan dalam akhbar Metro dan Berita Harian
Assalamualaikum....
ada tak sesiapa yang perasan gambar saya masuk akhbar??hahaaaa..puiiii, amboi ayat kemain macam orang semua kenal kau kan, dahla bajet gila hantar masuk surat khabar, konon-konon beraya di perantauan tak boleh balik kampung ..sob..sob..sob... memandangkan saya pass semua paper, saya takde ambil semester pendek jadi bolehla balik awal!! lagipun masih fasa pre-klinik nanti bila saya dah masuk klinik, kene duduk hospital tak boleh balik beraya laa..dua tahun tu (T_T)
tujuan asal saya hantar gambar tu takde pun nak cari glamer, nak suruh semua orang yang baca tu tengok gambar kita ke apa kan....hari tu sebelum pulang cuti semester dan beraya, ada kawan ni bagi emel dan dia yang suruh hantar..kebetulan dia pun nak hantar, kita pun sesajalah kan hantar...tapi tak sangka..baru tak sampai seminggu balik, gambar saya dan kawan kawan keluar metro dan selang beberapa hari lepas tu keluar lagi gambar lain dekat berita harian
Salam perantauan dan selamat hari raya kepada semua ahli keluarga kami dan rakan-rakan. Tidak lupa kepada guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar kami dan penaja kami, JPA. Salam dari kami, Hazirah, Farah dan Khadijah di Jakarta, Indonesia.
gambar kami bertiga ni keluar dalam harian metro...tak tahu pun gambar ni keluar, tapi ada kawan bagitahu dan cecepat suruh abang belikan akhbar ni..hahaa...saja buat kenangan dan tatapan kan, dari kecik lagi dok lihat ruangan salam perantauan dan ucapak aidilfitri ni...tak sangka pula gambar sendiri terpacak kat sini walaupun belajar dekat Jakarta je pun, takde la jauh mana kannn ^^
Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali kami. Tidak lupa kepada guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar kami serta penaja kami, JPA. Daripada Siti Khadijah dan pelajar perubatan tahun satu UKRIDA, Jakarta.
ini gambar yang keluar dalam akhbar berita harian..yang ni tahu lepas kawan kepada kawan yang tag dekat FB...heheee..terkejut member tengok gambar ni, hantar pun tak cakap kat diorang...tengok!!!saya hantar gambar reramai kot, mana ada nak cari glamer..kalau tak dah hantar gambar sorang diri besar besar terpacak depan monas dah kan...heheee
cer teka saya yang mana??kalau betul saya kasi duit raya..hahaa ^^ gambar ni ketika awal awal kitorang datang UKRIDA, masa ni kami kene perform koir sebab ada orang Malaysia datang nak buat kerjasama dengan university kami :)
gambar gambar ni semua saya copy dari website Berita Harian dan Harian metro..nak tengok gambar-gambar lain mana tahu terjumpa kawan saudara mara yang lama terpisah baru tahu yang sebenarnya mereka pergi ke oversea...yedak??heheee...untuk Harian Metro klik sini dan berita harian boleh klik sini
Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin....gambar ni masa saya baru je sampai kat LCCT :D tahun depat tak tahu beraya kat mana sebab ada exam OSCE dan kem hape benda entah...bergantung atas cuti jugak, kalau setakat 2-3 hari nampaknya tak baliklaa :(
ok till then, thanks for reading!!!
Sunday, August 5, 2012
Puasa ke Raya
Assalamualaikum.......
perasan tak dalam setiap post saya beri salam...hee, bukannya apa..kan beri salam tu sunat dan jawab salam tu wajib okey :) jadi apa salahnya saya nak kutip amalan sunat pada setiap kali orang baca entry yang saya tulis dan korang janganlah lupa pulak nak jawab salam yee..bak kata maria elena "kalau jawab sayangg kalau tak jawab dosaa" heheee
okey saya sebenarnya banyaaak benda yang nak tulis namun bila ditangguh dan lama tak menulis jadi macam dah tak tahu nak tulis apa...pun bolehh kan...apapun Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 16 kita semua berpuasa dan hanya tinggal 14 hari sahaja lagi sebelum kita menyambut hari raya aidilfitri di 1syawal...lagu-lagu raya dah mula berkumandang di radio-radio, masuk kedai pun dengar lagu raya, takpun sibuk shopping baju, barang keperluan raya dan buat keperluan raya sampai kita semua lupakan Ramadhan.......
jom sama-sama mencari malam laitatul Qadar tapi kan macam dah jadi trend Malaysian kan, baru puasa separuh jalan tapi dok pung pang pung pang pasal raya, jualan sempena raya sana sini, majlis berbuka puasa sana sini....nampak sangat kita ni sangat menantikan hari raya tu padahal bulan Ramadhan ni bulan yang sangat mulia, bulan untuk mengejar pahala berganda-ganda tapi kita semua lupa T_T
saya menulis ni bukan sebab orang lain, tapi sebab diri sendiri juga....walaupun saya hanyalah ala kadar saja takdelah meriah beli itu ini tapi masiiiih pemahaman tentang hari raya tu masih belum dapat ditukar, mungkin sebab dari kecik dah biasa yeay raya!yeay raya!!!biasalah kan kalau raya dapat duit raya, baju raya, selipar raya, tudung raya beg raya!!bak kata semua benda nak barulah...tapi bila dah besar ni rasa macam semua benda tu biasa-biasa saja..entahlaa...
mungkin sebab dah besar kot, rasa macam raya bila dah umur 20-an ni lain sikit...pemikiran pun dah lain mungkin dah lebih matang..heeee ^^ kalau kecik-kecik dulu kalau puasa penuh dapat upah duit raya banyak, biasalah budak budak kan...kalau tak buat macam tu tak nak puasa yedak? hahaaa..tapi ingat lagi pernah dahaga sangat masa kecik dulu ponteng puasa ikut sepupu minum air sejuk dalam fridge masa cuaca panas...ya Allah rasa masa tu nikmat sangat..hahaaa..korang pun mesti pernah macam ni kan??hahaaa
bila dah besar ni ingat balik semua kisah lama tu rasa nak gelak sorang-sorang pun ada, rinduuuu zaman kecik dulu..zaman tok ayah ada lagi...kazen yang sebaya tu dah nak kawin raya ni, hohooo...lepas sorang sorang kahwin kan, bagus jugak kawin awal....mengelakkan benda-benda yang tak elok terjadi kan...kita suka tengok orang lain dah ada pasangan, semoga perkahwinan mereka berkekalan dan dirahmati Allah S.W.T
rasa macam dah nak kene out ni, apapun saya cuma harap kita semua dapat fikir tentang puasa dan raya ni...cuba buat anjakan paradigma dalam pemikiran kita, tak semestinya tak boleh bergembira nak raya cuma janganlah berlebih lebihan sampai melampau dan membazir kan...kita kejar sebanyak banyaknya pahala di bulan mulia ni dan kita sambut hari raya nanti sebab nak raikan kemenangan kita berjaya puasa..yedak?heeee...
oklah, till then!!! selama berpuasa, berbuka dan berterawih....makan sedap-sedap jangan lupa orang di sini yee..
p/s: tak sabar nak tengok final perlawanan badminton malam ni,Datuk Lee chong wei vs musuh tradisi, Lin Dan...semoga kemenangan berpihak kepada Malaysia untuk emas pertama..hee :)
Friday, August 3, 2012
Reunion dan Iftar bersama alumni SMK.Pelong
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku upate blog ni, rindu nak menaip tahu!heheee :) kakak balik semalam so dapatlah aku online pakai broadband dia dan dia kasi aku pakai sebulan ni, so dapatlah aku online..yehuuuuu...ya beda bedu!! ^^ Result semester 2 dah keluar dan syukur kepada Allah kerana aku berjaya bersih dan pass semua blok semester lepas...walaupun takdelah cemerlang dan semestinya menurun berbanding semester 1 namun aku tetap bersyukur...tak payah repeat paper, buat semester pendek time orang lain tengah syok bercuti...heeee..jimat masa dan duit, kene lebih gigih lagi untuk semester depan ni..chaiyokk!
ok hari jumaat yang lepas aku ada menghadiri reunion dan iftar batch 04-08 Smk.pelong...walaupun hanya bersekolah selama 3 tahun, form 1-form 3 di sana namun banyak betul pengalaman kat situ..sumpah rindu gila!! member member ada yang lebih 6 tahun tak jumpa dapat jumpa lagi..weeee...semua da besar da matang da boleh jadi mak ayah orang da...hahaa...jom layan gambar jom! :)
dengan Fashihah...kawan lama ni wei.
lama betul tak jumpa, habis je form 3, aku pindah skolah dia pun pindah skolah...memasing bawak haluan masing-masing (takle blah..hahaa) ni lah baru jumpa...waaaa, masih sama seperti dulu takde yang berubah pun...diorang cakap aku makin slim, muahahahah...maknanya zaman skolah dulu aku lebih tembam bam bam la ye....satu lagi perangai aku yang gelak besar tu takpena berubah..aishh!!acane ni?nak jadi wanita ayu :p
sesi membakar ayam....punyalah plan asal nak start pukul 3 dengan ucapan hape bendalah kan...tapi diorang ni ajak gerak pukul 5, aku kan tumpang sekali ngan member lain so tunggu punya tunggu dalam pukul 6 camtu baru pergi...sampai sana tengok adalah beberapa yang dah ada, time tu pun barulah nak start bakar ayam semua...aku ngan shihah pergi beli air minuman ringan sebab air yang kitorang ada hanyalah air oren semata-mata...air mineral pun takde, pergila cari...
kami macam biasalah duduk borak borak sementara tunggu waktu berbuka dan tunggu ayam masak...topik??macam biasalah...kan dah lama tak jumpa, topik femes study kat mana? kos apa?berapa tahun lagi, bila nak kawin dan macam macam lagilah kan...biasalah lama tak jumpa kan, ada yang da 6 tahun tak jumpa...sebenarnya yang datang tak ramai sangat pun dalam lebih kurang 25 orang camtu je, tapi sayang jugak kitorang tak ajak cikgu pun..silap jugak tuu, hurm....musim cuti ni sebenarnya, ada je member yang belum cuti macam student maktab, nursing dengan yang masih ambil diploma...
solok lada, ayam bakar dan telur masih..yummy :)
juadah hari ni nasi kerabu..hurmm bolehla tahan sebab da lama tak makan nasi kerabu....agak banyak jugak yang tak habis, tapau bawak balik meh..hahaa..lepas tu solat maghrib berjemaah dekat surau...wahh surau da besar sekarang, dulu kecik je...kenalah tambah kan sebab kan da ramai sekarang, dulu sikit je takpe :)
ni jelah semua yang hadir..lepas ambil gambar apa semua, kami pun baliklaa..ok till then!! weekend ni ada program Alumni dekat sekolah jugak, program bersama dengan student PMR dan SPM...harap semuanya ok :)
Subscribe to:
Posts (Atom)