nuffnang

Sunday, August 12, 2012

Salam perantauan dalam akhbar Metro dan Berita Harian


Assalamualaikum....


ada tak sesiapa yang perasan gambar saya masuk akhbar??hahaaaa..puiiii, amboi ayat kemain macam orang semua kenal kau kan, dahla bajet gila hantar masuk surat khabar, konon-konon beraya di perantauan tak boleh balik kampung ..sob..sob..sob... memandangkan saya pass semua paper, saya takde ambil semester pendek jadi bolehla balik awal!! lagipun masih fasa pre-klinik nanti bila saya dah masuk klinik, kene duduk hospital tak boleh balik beraya laa..dua tahun tu  (T_T)


tujuan asal saya hantar gambar tu takde pun nak cari glamer, nak suruh semua orang yang baca tu tengok gambar kita ke apa kan....hari tu sebelum pulang cuti semester dan beraya, ada kawan ni bagi emel dan dia yang suruh hantar..kebetulan dia pun nak hantar, kita pun sesajalah kan hantar...tapi tak sangka..baru tak sampai seminggu balik, gambar saya dan kawan kawan keluar metro dan selang beberapa hari lepas tu keluar lagi gambar lain dekat berita harian



Salam perantauan dan selamat hari raya kepada semua ahli keluarga kami dan rakan-rakan. Tidak lupa kepada guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar kami dan penaja kami, JPA. Salam dari kami, Hazirah, Farah dan Khadijah di Jakarta, Indonesia.


gambar kami bertiga ni keluar dalam harian metro...tak tahu pun gambar ni keluar, tapi ada kawan bagitahu dan cecepat suruh abang belikan akhbar ni..hahaa...saja buat kenangan dan tatapan kan, dari kecik lagi dok lihat ruangan salam perantauan dan ucapak aidilfitri ni...tak sangka pula gambar sendiri terpacak kat sini walaupun belajar dekat Jakarta je pun, takde la jauh mana kannn ^^





Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali kami. Tidak lupa kepada guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar kami serta penaja kami, JPA. Daripada Siti Khadijah dan pelajar perubatan tahun satu UKRIDA, Jakarta.



ini gambar yang keluar dalam akhbar berita harian..yang ni tahu lepas kawan kepada kawan yang tag dekat FB...heheee..terkejut member tengok gambar ni, hantar pun tak cakap kat diorang...tengok!!!saya hantar gambar reramai kot, mana ada nak cari glamer..kalau tak dah hantar gambar sorang diri besar besar terpacak depan monas dah kan...heheee

cer teka saya yang mana??kalau betul saya kasi duit raya..hahaa ^^ gambar ni ketika awal awal kitorang datang UKRIDA, masa ni kami kene perform koir sebab ada orang Malaysia datang nak buat kerjasama dengan university kami :)


gambar gambar ni semua saya copy dari website Berita Harian dan Harian metro..nak tengok gambar-gambar lain mana tahu terjumpa kawan saudara mara yang lama terpisah baru tahu yang sebenarnya mereka pergi ke oversea...yedak??heheee...untuk Harian Metro klik sini dan berita harian boleh klik  sini




Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin....gambar ni masa saya baru je sampai kat LCCT :D  tahun depat tak tahu beraya kat mana sebab ada exam OSCE dan kem hape benda entah...bergantung atas cuti jugak, kalau setakat 2-3 hari nampaknya tak baliklaa :(

ok till then, thanks for reading!!!




Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...