nuffnang

    Sunday, January 29, 2012

    Am i really a muslim?? happy vs not happy

    Assalamualaikum........


    Hidup ini bagaikan roda yang berputar putar sekejap kita berada di atas dan sekejap kita berada di bawah....tapi mengapa perlu begitu??tidak bolehkan ingin sentiasa berada di atas, atau bila dah jatuh ke bawah sudah malas untuk bangun dan bangkit kembali???perlukah semua ini???


    Kenapa ada sesetengah orang bila sudah berada di atas mula lupa diri?? asyik dengan nikmat dunia, mengejar aset menambah harta yang tak tahu sampai bila nak cukup, mengejar wanita cantik dan seksi...melakukan penipuan dan rasuah semata-mata untuk keuntungan sendiri dan membesarkan perut sendiri..tapi yang lain??sengsara..merana..merempat....



    Namun ada pula yang berada di bawah,  tersungkur ke dalam longkang selepas jatuh dari pokok yang dahan patah menimpa dirinya..nampak???dugaan datang bertimpa-timpa....kita boleh tengok orang macamni yang hidupnya penuh dengan masalah lepas satu selesai datang lagi yang lain dan masalah tak pernah-pernah habis...bukan kata nak merangkak, nak mengensot ke hadapan pun tak mampu...oh betapa lemahnyaaaa...mengapa???






    Menjadikan dunia sebagai yang nombor satu dalam diri adalah punca utama...cuba kita selak balik amalan-amalan kita, adakah kita buat semua benda kerena Allah??Jangan cakap saja 'ALLAHUAKHBAR' tapi tidak melaksanakannya...Allah maha besar dan sesungguhnya paling berkuasa atas segala sesuatu..jikalau kita benar-benar menghayatinya barulah kita akan dapat rasa...Allah jadikan banyak benda atas dunia ni yang best sebagai ujian kepada hamba-Nya dan bergantung atas kita bagaimana menguruskannya...


     Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya;kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). [Al-Ankabut: 64]



    Jika anda kejar dunia, anda tak akan dapat akhirat...namun jika anda kejar akhirat, InsyAllah dunia boleh jadi medan laluannya..wallahua'alam (^_^)




    6 comments:

    ZWAN SABRI said...

    Betol2.. setuju2.. kadang2 kita tak buat apa yang sepatutnya seorang muslim buat walhal mulut sentiasa mengucap kalimah syahadah.. HUHU

    IdaRaida said...

    hah betul tuh..
    so Islam adalah cara hidup..
    moga kita berada dlm rahmatNYA
    w/pun k/kala kita selalu mengeluh & merungut.. moga sentiasa tabah menghadapi dugaannya. :)

    sjaa64 said...

    @zwan- kan, muhasabah diri :)


    @idaraida- memang sifat manusia begitu..tapi kita kena sentiasalah perbaiki diri..

    thanks for ur comments :)

    Nizam said...

    tapi adakah itu yang kita nampak sekarang?nizam rasa ramai yang anggap dunia ni kekal sekarang..sedih..

    sjaa64 said...

    @nizam- itulah yg jadi masalahnya sekarang, tak ramai yg anggap mcm tuu

    Anonymous said...

    tula..kne balance..moge2 xmudah trgelincir.. ^^

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...