Assalamualaikum...
masuk tahun ni adalah tahun kelima menyambut hari raya aidiladha di Jakarta. sejak 2011 memang tak pernah ada cuti pun lah, cuti pun sehari je...macam biasa aku tak pernah miss pergi kedutaan besar untuk sambut di sana, bolehla juga merasakan hari raya, bertemu dengan Malaysian dari pelbagai university dan yang bekerja di jakarta....ramai rupanya malaysian kat jakarta ni...hehehee :)
pagi pagi dalam jam 6 pagi dah gerak pergi kedubes naik kereta sebab nak solat hari raya kat sana...selepas solat sunat hari raya aidiladha ada jamuan makan-makan di dewan...Alhamdulillah dapatlah merasa makan nasi lemak, lemang dan pelbagai kuih muih melayu...dapatlah melepaskan kerinduan pada kampung halaman ^^
selepas makan-makan akan bermulalah proses penyembelihan, tahun ni tak banyak lembu yang dikorbankan, hanya ada dua ekor lembu dan 19 ekor kambing...kemudian kita akan bantu rewang potong daging dan sebagainya...biasanya orang-orang yang di kedutaan yang masak, kita hanya membantu dan kalau tak ada kerjaan hanya meramaikan suasana :p
selepas solat zohor, barulah sesi makan makan...dapat makan daging sup, daging goreng, kambing kari dll...sedap bangatt!!! puas la jugak dapat makan daging korban dan tak terasa sangat pun beraya di perantauan, dah biasa...hehehe,,,tahun depan insya Allah terakhir beraya di jakarta dan habis itu akan balik for good, insyaA llah...banyak banyak doakan untuk saya juga ya :D
oh saya share beberapa keping gambar sempena raya hari tu...
selfie dengan ukridian yang lain...seniors and juniors ^^
proses menyembelih..
rewang time ^^
meet adik2 comel..haha...anak2 orang kedutaan jugak ni..
gambar tersalah compressed, dah tak jadi HD :(
ok lah tu je...hakak sekarang xdan nak sering update...kononnya busy coass..hohohooo..thanks for reading :)
ok lah tu je...hakak sekarang xdan nak sering update...kononnya busy coass..hohohooo..thanks for reading :)
have a nice day and may Allah bless you always :D