i blog about everything that i wanna share including my experiences, ideas, comments or anything regarding my daily life as a chaliph, daughter, friend and a medical student :D
kitorang main gaul-gaul tanah..haha..apekah???ini sebenarnya rentetan eksperimen yang kitorang buat dekat FRIM hari tu(click here). kani kan ada ambik tanah,so kami gunakan tanah tersebut untuk buat eksperimen ni :D
sebenarnya kami nak keringkan dulu...lepas tu baru timbang berat tanpa air xD(pelik pulak bunyi)
ni proses pembakaran tanah guna bunsen burner je..
masih lagi proses pecah-pecahkan tanah dan asingkan dalam bekas yang berlainan agar tanah tu cepat kering :)
gunalah universal indicator untuk tengok pH tanah tu...korang rasa-rasa berapa pH tanah ni??berasidkah?
jemur kat luar leb,biar cepat kering sikit..kena panas kann
sedimentasion process..
jangan berebut!!haha
kawan-kawan yang saya sayang..heehe
itu sahaja...xde keje kann..
p/s:gambar-gambar yang xde tag ni dari madhiah..credits to her singgah la blog dia
salam semua...hari ni hanya nak kongsi sikit pengalaman dengan sepupu jaa..diorang ni memang nakal sempoi habis..hahaha..aku balik rumah pakcik kat klang,pastu mulalah main dengan anak-anak dia ni...sebenarnya nak tengok baby baru lahir,haziq namanya :D jaa ada snap beberapa pic diorang yang sangat nakal nih..layan~
ini dia haikal dan khairunnisa..haha,asyik-asyik main je dalam kete xleh nak duduk diam langsung..pastu diorang nyanyi lagu macam-macam...peminat AF wooo,semua diaorang kenal..akim,mila,stacy,syahir..haha,kalah aku..mentang-mentang lah aku ni dk kolej,xde tv :'(..seingat aku AF7 la aku tengok sebab masa tu lepas spm..yang lain xdpt pun sebab memang dari darjah 6 lagi duduk asrama..balik pun jarang-jarang..
hahahha,ini muka paling buruk ok!!jangan tiru gaya ini di rumah..lalalala,sempoi betu la..geram aku dibuatnya..
ini haikal...selalu ajak aku main ps..hampeh betul,asyik2 kalah jep..aku manalah reti main benda alah tu,main jarang-jarang sekali je pun..dia ni main hari-hari balik sekolah main,malam nak tidor main..pastu mulalah la ayah di bebel suruh tutup..sampaikan xnak makan nasi pun ade sebab nak main ps sangat..nampak kaki sebelah tu??tu abang sulong,hakim sama tua dengan adik bongsu aku,ila..xnak ambik gambar la pulakkk..
aku suka tahi lalat besar kat tepi bibir dia..nampak manis..tiap kali aku pegi ru ah pakcik kat klang,dia mesti datang nak tidur ngan aku..hehe :)
peace no war!!
inilah sebenarnya nak tunjuk..pic sepupu baru :D ni aku baru tidurkan dia..heee,boleh jadik calon menantu x?sudah pandai tidurkan baby ni..sebelum tu punyalah nangis,aku ambik dukung,tepuk-tepuk terus dapat tidur...eh,senang betul rupanya..
okey,nak jugak...asyik pic korang je..hhaahhah..ada video diorang nyanyi..tapi biarlah kang ade yang menanah telinga dengar..hahahaha
sukanya dapat jadi baby balik..hahahahha,kejenya makan tidor dan nangis..best kan3???
tu je kisah anak-anak ayah cik.. :D aku dah macam rapat sangat dengan diorang sejak-sejak belajar kat shah alam ni..cuti-cuti pergi lah sana,malas nak balik ganu..penat seh balik jauh2,kalau naik belon xpa la jugak..
p/s:adik aqil makin sembuh,dah xguna mesin lagi..jaa ada tulis dalamentry ni pasal dia..thanks kepada yang baca entry tu dan mendoakan dia..sekarang doa lagi semoga dia cepat-cepat sembuh,balik rumah dan jadi aktif macam kanak-kanak lain..hampir 2 bulan kat hospital~
setakat ni dh hampir setahun aku memakai kanta lekap atau contect lens ni..memang ada cerita sebenarnya cmne aku mula nak pakai ni (klik sini) dan (sini)uh,memang sangat memuaskan hati dan menyenangkan sampaikan kadang-kadang orang tak perasan pun yang kita ni rabun..heeeee,tu yang best :)
mula-mula nak pakai tu,ish ngeri jugak sebab fikir nanti tercucuk mata,lupa nak buang dan macam-macam lagi la tanggapan negatif terhadap benda alah ni..tapi bila aku dah pakai,erm ok je sebenarnya..haaa,bagi sesapa yang baru nak cuba pakai,xpayah takut la,everything are just ok as long as u know how to manage it :D
mula-mula tu memang nanges jugak nak bagi lens masuk dan melekat kat mata.. perh,berpuluh-puluh minit jugak la..kalau naik bas ke hape dah kena tinggal daa :'( tapi sekarang nak pakai ambik masa dalam 10 saat je dan nak buang mungkin 5 saat..semakin lama korang pakai,semakin senang pulak nak masuk,macam dah biasa..ye la kan'practice make perfect!'
sape baru nak cuba pakai,baca dulu kat bawah ni :-
kalau nak beli contact lens,pastikan beli yang elok,yang disarankan oleh doktor..jangan main redah aci tak aci je beli..baik beli kat kedai,lebih selamat sebab kadang-kadang beli online yang atau mana-mana sale yang kita tak tahu kualitinya bahaya jugak..xpe berbelanja lebih sedikit,janji mata ok..nak kena infection??haaa...mencegah lebih baik dari mengubati xD
perkara paling penting la ialah kebersihan..pastikan tangan tu bersih,basuh biar cuci-cuci dulu baru boleh main dengan mata..jangan main redah je,tangan bekas main pasir ke,lepas makan sambal belacan ke..mak oii..tu namanya nak merosakkan mata..tapi basuh tu xpayahlah nak guna sabun banyak-banyak sampai satu bekas kan..xelok jugak nanti bahan kimia tu masuk juga xelok untuk mata kita..
letakkan lens di hujung jari telunjuk dan pastikan bentuknya betul-betul macam huruf 'u'..bukak mata luas-luas baru senang nak masuk dan terus melekat pada mata..kalau ada xbetul,kelepet kat tepi tu maknanya kedudukan salah dan cuba betulkan dulu sebelum pakai..kalau korang betul-betul ikut cara yang betul,buat apa nak takut pakai kan??
betul
salah
pastikan buang lens sebelum tidur nanti kering dalam mata susah!pedih wooo...tak pun nanti bila kering akan jatuh sendiri..tu pun kalau korang tidur bukak mata la..angin kuat-kuat pun boleh jatuhkan lens..aku pernah jatuh lens time bawak moto laju-laju...xpun masa nak bas perjalanan jauh,ketiduran dan bila bangun mata akan pedih bila lens dah kering..pastikan lens korang tidak kering ok :)
takutlah apae2 hal terjadi kan,baik bawak je selalu bekas lens dan mps(multi purpose solution)..senang la..kalau korang rasa pedih je tetiba dan air mata keluar mencurah-curah tanpa dipinta cepat-cepat keluarkan dari mata dan rendam seketika..sebenarnya air mata tu ada 'digestive enzyme' dan keluar bila ada kuman dalam mata..dan sebab tu la air mata kita keluar sebab nak keluarkan kuman tu sekali..
bila buang lens,terus sahaja rendam dalam multi purpose solution for protein removal and moisturising at least 4 hours...bekas tu pastikan bersih dan tutup ketat-ketat..pastikan jangan guna solution yang sama untuk rendam,bila dah pakai,buang dan rendam dalam solution yang baru okeyy
bila pakai contact lens ni confidence level pun tinggi kan,terutama nak pergi interview atau apa-apa function...xdela nampak macam skema sangat(bagi aku laa)lagipun bila pakai lens,nampak lagi muda..heeeeeee xD
If you experience eye redness, eye pain, or develop other unusual symptoms,immediately see your doctor :D