nuffnang

    Showing posts with label usrah. Show all posts
    Showing posts with label usrah. Show all posts

    Friday, November 2, 2012

    ice skating yang sangat bermakna :)

    Assalamualaikum......


    semalam pergi main ice skating setelah habis exam integrasi 2...berikut adalah perbualan beberapa sahabat:



    A:  ni first time aku naik main ni..excitednyeeee!!!


    B: dah lama la tak main, last main dua tahun lepas tu pun asyik jatuh2 je..kita main kat tepi jelah, pegang dekat tepi-tepi....huhuuu...


    C: inilah masanya untuk aku menunjukkan skill bermain skating...takdelah pandai sangat tapi bolehla..hihiii



    kasut skating


    semua masuk....yang baru first time main, takut nak melangkah..tak boleh bergerak. takut. statik. 


    "macamana nak jalan niii, kan aku jatuh!! boleh ke angkat kaki?cmne nak meluncur" sahabat yang lain memimpin tangan dia, pegang dia...kasi motivasi, kau boleh...jalan je macam biasa, selangkah demi selangkah :D



    mula-mula pegang kawan, jalan selangkah demi selangkah...lepas tu lepas, biar dia jalan seorang diri...masih takut-takut tapi berjaya memberanikan diri....jatuh dua tiga kali bukan lagi masalah, basah lencun baju seluar pun takpe...rasa macam bahagia sebab berjaya berjalan di atas ice, walaupun nampak pelik, jalan macam orang cacat takpeee..yang penting best!!



    sahabat yang satu lagi dah berjaya meluncur, wehuuuuu....dapat lari-lari dalam tempat skating tu walaupun tak berapa nak laju...weh aku dah berjaya!!! tengok skaters professional dan budak-budak yang masuk kelas skating tu macam best jee...diorang boleh pusing-pusing, laju-laju  boleh maintan balance tak rasa nak jatuh pun..nak jugak!!



    sahabat yang baru first time main tadi dah boleh berjalan, jatuh bangun lagi, jalan lagi, jatuh lagi, bangun lagi...heheee...tak kisah pun yang penting berjaya main tanpa perlu pegang orang lain..dah berani orang kata :D



    ..................


    nampak simple sangat, main skating je pun...tapi banyak membuatkan saya berfikir....mula-mula takut nak melangkah..sebab apa? sebab takut...nanti jatuh, sakit :(   nanti orang tengok macamana?? tak pasal-pasal kena gelakkan..malulah!!!



    itulah kita, takut sangat nak melangkah sebab takut jatuh, takut pandangan orang yang macam-macam...takut kena booo, takut dipandang pelik..if u never try, u will never know...cuba pun belum tapi dah fikir benda yang bukan-bukan kat belakang...



    jatuh memang sakit, tapi itulah yang best, yang manis...sekali kita jatuh kita akan lebih berani, akan lebih kuat dan yakin :D 



     " to never fall is to never feel the real 'thrill' of ice-skating :D and each fall simply motivates you to rise up again, stronger!!



    a simple caption from my friend ^^  



    yang dah boleh melangkah, bantu yang belum....dah dah boleh, cuba dan terus mencuba supaya jadi lebih baik...dari tak tahu apa-apa jadi seorang yang tahu banyak, jangan cakap tahu semuanya..tipu :p   from nothing to something and from zero to hero..yes!!! we can do it! :)

    ........................



    murabbi saya tanya " khad dah share ke dengan kawan?" haritu saya cakap saya nak ajak kawan, nak share dengan kawan....tapi saya belum ada kekuatan, saya takut dan tak yakin tapi lepas main ice skating semalam, saya ada satu kekuatan yang luar biasa..subhanallah!! ini gara-gara kawan saya yang menjerit takut nak berjalan dan melangkah akhirnya jadi seorang yang boleh skate walaupun tidaklah begitu lancar...




    saya pun terfikir, kalaulah dia tak pernah nak cuba pun skate, masuk kat tempat ice skating tu sampai bila-bila dia takkan pandai, hanya duduk dekat atas memerhatikan orang lain bermain dan dalam fikiran dia, aku tak pandai skate, aku tak boleh skate nanti kalau aku main mesti jatuhhh...mesti sampai tua dia akan ada mind set macam tu, tak pernah nak cuba tak pernah nak ambik tahu...rugi kan sebenarnyaa...tak pernah nak rasa keseronokan macam orang lain rasa...




    realitinya??dia yang takut tadi jadi seorang yang boleh main, meluncur dalam masa tak sampai sejam...saya pun boleh!!



    ................................


    saya bukak fb, private message bestfriend yang sekolah menengah dulu, oh ya waktu di smkp saya ada geng berlima tapi saya contact sorang, yang ada ciri-ciri mahukan Islam tapi belum bertemu wadah...daripada chat biasa, tanya khabar, kehidupan kepada soalan yang lebih serius...saya tanya dia tahu tak usrah tu apa lepas tu dia cakap usrah dia tahu tapi belum sempat nak join...dan saya cerita itu dan ini sehingga dia tertarik selepas saya post video ni ^^ dia kata dia tanak jadi robot...comel!! hehee 




    subhanallah!! dia sangat tertarik dan pagi ni dia bagitahu dia nak join usrah...saya tak ajak pun, saya cube bercerita tapi dia memang nak....Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, disebabkan saya pernah mengalami benda ni, dan saya memang tak suka buat sesuatu kalau memang dipaksa jadi saya hanya kongsi apa yang ada sampai dia sendiri yang ajak saya buat konferens riang di facebook, ajak adik kembar dia dan sorang lagi sahabat baik kami :)



    kawan cakap dia macam tahu wujudnya benda-benda ni semua tapi takde orang pun nak ajak dia :/ dia suka tengok 'geng muslimah' ni semua tapi tak tahu nak mulakan dari mana takde geng pun, xde member pun...nampaklah kan kat sini, ramai sebenarnya nak jadi baik, ramai sebenarnya hati-hati yang kosong menanti sentuhan yang basah, tapi belum berpeluang, belum ada yang datang menyentuh hati mereka...sayang sangat, seribu kali sayang 




    Alhamdulillah sambutan yang cukup memberangsangkan, kami akan mulakan usrah online minggu depan, insyaAllah...semoga Allah redha!



    kisah ice skating ni sangat bermakna buat saya, permulaan yang baik buat saya di awal november ni..alhamdulillah!semoga ia turut menjadi permulaan yang baik bagi saya untuk masuk block baru..hehee :)





    Monday, October 8, 2012

    Hari minggu yang sungguh bermakna :)

    Assalamualaikum............


    hari minggu kali ni terasa sangat bermakna, ada 3 program yang aku lalui dan di tiga tempat yang berbeza...lepas je exam, malam tu ada daurah yang sangat best, kemudian sabtu pergi rehlah bersama adik-adik 2012 di monas dan hari ini ke bogor untuk rehlah dan mandi air terjun....Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan memberi banyak ilmu dan kenangan yang sumpah best dan sweet yang mungkin tak akan dapat kalau aku tidak memilih jalan ini :)



    sebenarnya aku ada berkira-kira untuk pergi main satu game ni, perancangan hanyalah setakat biasa-biasa saja tapi terbuat janji untuk pergi dengan seorang kakak yang aku hormati dan perasaan bersalah untuk mengatakan tidak tu sangat payah..yee, saya memang seorang yang agak payah untuk mengatakan tidak sebab takut orang berkecil hati, orang rasa nak marah dan apa-apa lagilah...banyak benda yang bermain di fikiran dan setelah membuat pertimbangan aku yakin aku telah buat pilihan yang terbaik :) mungkin game tu boleh main bila-bila masa lagi dan tak rugi apapun tapi ilmu yang aku nak dapat ni mungkin kali ni saja dan kalau tak pergi mesti menyesal...



    aku juga ada beria nak pergi mandi air terjun dekat bogor tapi alhamdulillah tak sangka aku pergi juga ke bogor hari ini dengan izin Allah tapi dengan orang yang berbeza...nampak tak kat situ, ya Allah aku dapat rasakan yang Allah tu memang maha penyayang dan maha mengetahui...perjalanan yang sungguh cepat macam jadi kartun dah membuatkan aku tetiba rasa malas nak tidur tapi ada sorang kawan ni, dia sangat sweet sebab dia cakap aku beruntung jadual hari minggu penuh dengan benda yang berfaedah sampaikan aku takde masa langsung untuk buang masa..comel kan??hati kembali mekar berbunga, ciyehh ^^



    mak aku selalu pesan, duduk tempat orang jaga diri baik-baik, jangan buat mende mende yang tak elok, bukan-bukan dan pilihlah kawan yang baik....istilah kawan hanya datang time senang je lepas tu time susah semua lari tu adalah istilah bagi orang orang yang bersahabat dengan orang yang salah, salah pilih kawan...orang yang hanya nak berdamping dengan kita di saat kita gembira, berjaya, banyak wang, popular dan sebagainya...lepas kita ada masalah, mengalami zaman kejatuhan, semua kawan kutuk dari belakang, langsung tak pandang kita..itulah kawan yang salah...




    “Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
    kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
    ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”




    waktu kita sedih ada yang menceriakan, waktu susah ada yang bantu, waktu kusut ada yang bantu leraikan...ingatkan kita tentang Allah, alam akhirat, syurga, mengajak kita buat benda baik adalah sahabat yang baik..berdampingan dengan sahabat sebegini secara tidak langsung akan membuatkan kita menjadi seorang yang lebih baik daripada kita yang sebelumnya, menjadikan diri kita secara perlahan-lahan akan menukar cara dan perwatakan kita...bukan kerana terpaksa, dipaksa tetapi secara ikhlas, ikhlas lillahi ta'ala :D



    Aku minta dengan Allah supaya aku dapat kawan-kawan yang baik, tepi aku dapat lebih dari itu...subhanallah!! Allah bukan setakat bagi aku kawan yang baik tetapi Allah bagi aku kefahaman tentang agama dan hidup yang lebih baik, lebih terjamin berbanding kehidupan dunia yang sementara penuh dengan permainan dan sandiwara...Allah kuatkan lagi hati aku dan buka minda aku untuk menerima kebenaran..ya Allah aku sangat bersyukur kerana aku mengenali tarbiyah di saat aku masih lagi muda, awal 20-an, masih bergelar mahasiswa belum bekerja dan menyibukkan diri dengan dunia serta masih sendiri, belum berdua..heee :D



    nampak tak??itulah yang aku maksudkan...aku ada tulis dekat twitter yang 'satu yang aku minta tapi banyaaak yang engkau beri' inilah apa yang aku maksudkan....syukur...syukur...syukur padaMu Ya Allah...aku sangat bersyukur sebab Allah masih sayang aku, masih bagi aku peluang dan ruang...perancangan Allah itu sungguh cantik dan tersusun, sejauh mana aku nak lari pun tak dapat, aku terikat dan tak boleh lari...natilah aku nak share pasal benda ni, insyaAllah...




    Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)

    Kunang-kunang + salsabila 

     rehlah makan-makan di Monas bersama kakak-kakak dan adik-adik :D


    Selepas program hold my hand


     dalam train...otw to bogor :)

    di curug ngumpet!

    daurah dan rehlah ni berjaya menyatukan dan merapatkan hubungan dan ukhwah sesama kitorang... alhamdulillah..semoga ukhwah dan ikatan yang terjalin ini akan kekal selamanya dan diredhaiNya, insyaAllah ^_^




    Thursday, September 20, 2012

    coretan sang mutarabbi

    Assalamualaikum.......



    sedar tak sedar, Alhamdulillah aku sudah setahun berada dalam jalan tarbiyah ini....jalan yang mungkin dipandang enteng hanya untuk ustaz ustazah sahaja, yang mungkin dipandang sebelah mata...meskipun merangkak dan bertatih perlahan-lahan namun aku dapat rasakan perubahan dalam diri, dari segi pemahaman dan pemikiran....syukur kepadaMu ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk merasai betapa nikmatnya Islam yang mungkin sedari kecil aku anuti tetapi mungkin baru sekarang aku mengerti.



    mula-mula dulu mendengar perkataan usrah, mesti ingat perkara yang bosan, mendengar ceramah agama yang berulang-ulang sehingga mengantuk dan kene berkumpul di waktu orang lain sedap menikmati keseronokan dunia, berjimba dan tidur segalanya...oh mungkin itu persepsi usrah di zaman sekolah, ramai yang telah salah anggap, salah faham dan terus menerus menuding jari tanpa mengetahui apakah isi yang sebenarnya...



    dalam kotak pemikiran aku, banyak yang aku perlu berubah, jauh di sudut hatiku ini meronta ronta ingin berubah...berubah menjadi muslimah sejati, dan masuk ke dalam Islam secara keseluruhan...namun desakan hawa nafsu syaitan selalu sahaja menjadi alasan untuk terus berada di takuk yang lama, terus menerus melakukan dosa yang sama walhal dah tahu benda tu memang SALAH...aku tahu, ramai di antara kita yang sebegitu...takut pandangan orang, takut nanti orang kata kita dah berubah sekarang, dah tak nak kawan dengan kawan yang lama lagi dah....takut nak tulis post dan entry blog tentang Islam sebab takut nanti orang nilai apa yang kita tulis tu tak sama pun dengan apa yang kita di luar..astaghfirullahal'azim (T_T) 



    namun setiap kali ada liqa' dan usrah, hati aku kembali berbunga bertemu sang murabbi yang begitu pandai menyentuh hati ini sehingga kembali bersemangat lagi...bertemu dengan sisters yang sangat sporting dan baik membuatkan diri ini semakin hari semakin lama semakin cinta dengan ukhwah yang mereka bina....bina atas dasar cinta kepada Allah s.w.t....baru aku tahu pengertian ukhwah fillah yang hanya sekadar tahu saja...betapa ceteknya pengetahuan aku tentang Islam sebelum ini sehingga tidak mengetahui kewujudan pejuang pejuang agama yang menyebarkan dakwah dan ayat-ayat cinta Allah dan membentuk peribadi muslim sejati...



    keperibadian muslim perlu dibentuk, bukan diajar....selama ini orang suruh tutup aurat punyalah susah sebab apa?sebab tak faham....pakai baju lengan panjang pakai tudung, cukuplah tu...majoriti orang islam macam tu je kan..buat apa susah susah nak pakai stokin, tudung labuh bagai..kita bukan budak sekolah agama pun, tak payah nak tunjuk ustazah sangatlah! hurmmmmm..ramai yang ada persepsi macam ni, termasuklah diri ini namun dari hari ke hari selepas mengikuti tarbiyah kita akan faham dengan sendirinya..Alhamdulillah, apabila kita baca Al-Quran dan faham tanpa disuruh kita akan buat..buat dengan ikhlas, insyaAllah ^^



    namun sampai bila kita nak kekal sebagai mutarabbi (orang yang ditarbiyah) sahaja?hanya mengikut usrah dan liqa' yang dianjurkan tanpa ada usaha untuk membawa orang lain bersama-sama merasakan nikmatnya Ialam yang sebenar...membentuk keperibadian muslim ini memerlukan masa dan kefahaman, insyaAllah dengan menjadi seorang murabbi kita akan dengan sendirinya dapat membaiki diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik....fuh fuh fuh, kesat peluh...rasa macam ilmu belum cukup di dada, kita pun masih baru dalam banyak perkara tapi sampai bila kita nak tunggu kita betul-betul bersedia??nak tunggu ilmu cukup?sampai bila-bila pun tak akan dapat la kan....insyaAllah kita sama-sama berusaha!





    DAKWAH itu adalah sunah nabi yang paling utama....ramai yang nak ikut sunah nabi je kalau poligami, itu jelaaa....mari kita buat anjakan paradigma, kalau boleh nak sedarkan semua orang nak bagitahu semua orang supaya mereka semua faham....ramai yang tidak tahu dan masih tidak faham, itu semua tugas kita...tugas kita bersama, insyaAllah...aku selalu berdoa agar aku dapat kuat dan istiqamah sepanjang melalui jalan yang cukup panjang ini..


    SEMOGA ALLAH REDHA!



    Monday, September 10, 2012

    semester 3, tahun 2...

    bismillah...assalamualaikum........

    sangka tak sangka, saya dah masuk second year medical school...alhamdulillah!!!hari ni akan mula kelas pertama tahun kedua dan semester 3....dah setahun rupanya dekat jakarta ni, sekejap je kannn, sekejap jeee..heheeee...


    malam tadi kami dapat ahli keluarga baru kunang-kunang, dengan adik2 junior yang baru masuk tahun ni...yeay! dah senior sekarang!hehehe :p


    semoga semester ni aku jadi lebih rajin belajar, lebih fokus dalam kelas, elak bertangguh, jaga makan minum kesihatan, buat banyaaaak kebaikan dengan orang dan amal sebagai bekal buat diri kelak dan masa aku lebih terurus dengan persatuan yang aku join, usrah a.k.a my second family dan study...sibuk dengan urusan luar bukanlah alasan kita nak berjaya dalam pelajaran kann..bak kata akak senior malam tadi, kumpul sebanyaknya ipk/cgpa.hohooooo....chaiyok!


    insyaAllah semakin meningkat tahun aku tahu aku dah semakin matang, dah faham banyak benda....semoga aku dapat menjadi seorang yang bermanfaat dan berbakti kepada orang lain.."erti hidup pada memberi" semakin kita memberi, semakin banyak yang kita akan dapat, aku yakin!!

    bismillah!nak masuk kelas, mula dengan urogenital blok 10 ^^


    Wednesday, June 27, 2012

    Jazakillah Khair sister!

    Assalamualaikum......


    Alhamdulillah aku masih lagi boleh bernyawa menghirup udara dan berpijak dibumi pinjamanMu yang sementara ini....aku sangat bersyukur dengan nikmat kurniaanMu masih diberi kesihatan tubuh badan dan fikiran untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tak tahu bilakah penghujungnya.... 



    "mungkin ni usrah terakhir kita dengan Kak Basyu"
    "erk kenapa?"


    kita kunang-kunang semua terkejut and speechless sebab rasanya baru sekejap bersama, baru beberapa bulan dan beberapa kali pertemuan....kalau ada yang baca post aku yang lepas husnul khatimah aku ada cakap yang kita tak pernah bergambar bersama-sama kan?maksudnya satu usrah, satu family bersama...tapi sekarang berpisah lagi...yeah bertemu dan berpisah tu kan adat manusia biasa...InsyaAllah kita bertemu dan berpisah pun kerana Allah...bukan tak jumpa lagi, InsyAllah jumpa tapi mungkin tak sama *tears*



    Aku seorang yang sangat mudah tersentuh, jiwa sensitif barangkali....rasanya fitrah manusia memang begitu mudah tersentuh kalau dicuit hatinya....beberapa kali hati aku tersentuh dan beberapa kali aku cuba menolak untuk mengatakan 'tidak' tapi akalku kalah, hatiku menang!!!sungguh aku sekarang sudah rasa jatuh cinta dengan jalan tarbiyah yang sungguh panjang ini...Ya Allah kuatkanlah hatiku untuk terus istiqamah dan tabah...aku tahu, kalau aku sendiri aku mesti lalai, leka dan mudah rebah..Terima kasih kepada sisters yang banyak membantu :*


    Setiap kali exam menjelma tidak kiralah skill lab ke, integrasi ke even praktikum yang 15 soalan tu pun akan ada kata-kata pendorong dan semangat sampai ke sms..."jangan stress2" "buka mata luas-luas" "semoga diberi kelancaran masa skill lab" dan sebagainya...comel kan!! walaupun hanya sekeping sms yang mungkin beberapa rupiah sahaja tapi itu cukup membuatkan diriku berasa dihargai dan bersemangat...semua jadual kitorang akak tahu?? Ya Allah tak pernah rasa macam tu sebelum ni T_T


    banyak....sungguh banyak perkongsian pengalaman, cerita-cerita yang kami dapat sepanjang bersama...nak tulis semua pun tak muat, biarlah memori itu kekal dalam ingatan kami dan dapat membentuk kami menjadi manusia yang lebih baik....

    "nak buat something tu fikir dulu kebaikan dan keburukan dia, kalau kebaikan lebih banyak dari keburukan baru buat" 

     "nak masuk toilet yang busuk tu pun kene bayar inikan pula syurga yang sudah tentunya indah" 


    *mungkin ayatnya lain, tapi intinya macam ni laa*


    dan...tadi dapat hadiah ni....


    Hadis Arba'in, hadis 40 dan Juz terakhir dalam Al-Quran


    dah lama nak cari,tapi setiap kali keluar je lupa nak beli....dan ada beberapa pesanan yang sekali lagi mencuit hati...


    "moga di tengah-tengah kesibukan kita, kita tetap menjadikan Allah itu yang paling utama dalam hidup kita :D"

    "moga kita tetap diluruskan niat oleh Allah dalam setiap fikiran kita, dalam setiap tindakan kita"

    "semoga kita terus tabah di jalan ini,nakk sangat kumpul sama-sama kat syurga nanti, InsyaAllah"


    yang terakhir itu cukup terkesan...Ya Allah...Ya Allah Ya Rabbi....aku begitu mengimpikan syurgaMu :'( *lap hingus* semoga aku terus diberikan kekuatan untuk terus berjuang, tabah dan kuat!!!nak jadi super doktor muslimah, InsyaAllah....


    Jazakillah khair sister sepanjang jadi murabbi akak banyaaaak sangat membuat hati saya tersentuh dan menangis, mengenangkan dosa-dosa silam dan tanggungjawab di masa depan...semoga ukhwah kita bukan sampai di sini saja, UKHWAH FILLAH!!!




    "...dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mananya keduanya 
    berkumpul dan berpisah kerana Allah..." 
    (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)




    Thursday, June 21, 2012

    Husnul Khatimah ^^

    Assalamualaikum............


    menjejakkan kaki ke bumi Jakarta hampir setahun yang lepas banyak mengajar aku erti kehidupan, dulu sejak dekat Intec pun aku dah banyak belajar berdikari dan mencari diri....suka mencuba sesuatu yang baru dan mencari identiti diri, tapi di sini ia sungguh berbeza...


    aku cakap pada diri aku, aku nak berubah menjadi seorang yang lebih baik dari segala sudut, pergaulan, penampilan, percakapan dan semuanyaa...tapi aku masih tercari-cari bagaimanakah cara untuk aku buat semua itu, aku lihat ramai kawan-kawan aku yang dah mula berubah...dekat sini pun Alhamdulillah aku dapat kawan-kawan yang baik yang juga banyak membantu aku mencari identiti juga sebenarnya :)


    aku mulai mengenal apa itu bulatan gembira, apa itu tarbiyah dan apa itu ukhwah.....dulu mungkin tahu, tapi sekadar tahu tanpa faham...dulu aku anti kalau dengar perkataan usrah (ada kisah hitam sebenarnya) dan fikiran sungguh sempit....orang ajak pergi program berunsur Islamik suka saja menolak dengan pelbagai alasan, padahal bukanlah busy sangat....


    disini aku mulai berkawan dengan mereka yang turut sama mahu berubah,menjadi seorang yang lebih baik....mereka ajak aku join usrah, aku pergi dengan agak terpaksa pada awalnya tapi disebabkan mereka nak pergi mall central park aku pun ikut sebab mereka cakap nak makan...sungguh, aku tak sangka selepas makan ada sesi taaruf dan berkenal-kenalan dengan murabbi kami...tapi aku rasa gembira, sebab murabbi kami seorang yang sangat sempoi dan santai....orang kata boleh masuk..heheeee...


    selepas itu, aku join beberapa program dan daurah termasuklah 'ISK' ini sejarah kita yang banyak menyuntik jiwa aku....sungguh, suntukan jiwa itu sangat dalam...aku mulai sedar apa tujuan aku hidup di dunia ini, mengapa aku dilahirkan dan terpilih untuk hidup di dunia ini...begitu juga kami disuntik dengan kisah-kisah sejarah Islam dahulu yang pernah menakluki 2/3 dunia dengan zaman Umaiyah, Abasiyah dan bagaimana Islam itu jatuh kembali...kisah bagaimana Rasulullah berjaya mentarbiyahkan para sahabat sehingga menjadi manusia yang sungguh luar biasa, subhanallah... 


    Graf ISK


    mereka cakap graf ini akan berulang kembali, maksudnya suatu hari nanti rakyat di dunia ini akan tunduk pada pemerintahan Islam InsyaAllah....tapi bila???yaaa sekarang ni masih lagi dalam proses dakwah dan tarbiyah untuk menghasilkan umat yang mantap dan berkualiti. barulah zaman kegemilangan ini boleh berulang kembali....kemudian ada satu persoalan, adakah kita hanya mahu melihat Islam bangkit dan gemilang tanpa memberi apapun sumbangan??adakah kita hanya nak berdiri di tepi dan menjadi pemerhati??alangkah indahnya kalau kita menjadi salah seorang yang membantu untuk memartabatkan Islam di mata dunia...Islam tak perlukan kita untuk naik kembali, tapi kitalah yang memerlukan Islam sebenarnya ^^


    hati aku banyak tersentuh apabila berkawan dengan kakak-kakak yang sangat aktif dalam kegiatan dakwah dan mereka sungguh baik, melayan kami seperti sudah lama kenal....cara mereka nak approach kita pun lain, sebab tu aku percaya kalau ukhwah fillah itu berbeza dengan berkawan biasa saja...kita disatukan dengan akidah yang sama, indahnyaa :) apa yang banyak membuka mata aku ialah selepas join program HAMKA yang mana penceramahnya adalah doktor yang berjaya dalam dakwah dan juga dalam kerjaya sebagai seorang doktor, sungguh aku nak sangat jadi macam tu...berjaya dunia akhirat, orang lain dapat satu kita grab dua terus (^_^)


    Lepas satu kisah ke satu kisah berlaku dan aku sendiri dapat lihat perubahan yang berlaku pada diri aku....yaaa, nak capai ustaziatul alam tu banyak lagi tangga yang harus didaki....kita nak buat dan capai sesuatu yang besar tu memang harus bermula dari bawah, kita tak boleh berlari macam orang lain kita berjalan, tak mampu jugak merangkak tak pun mengengsot...janganlah kita malas nak buat itu dan ini, duduk saja tanpa buat apa-apa...semuanya bermula dari individu dulu, menjadi seorang individu muslim dengan mengamalkan 10 muwasafat tarbiyah...seterusnya membentuk keluarga muslim, jadinya harus mencari pasangan yang turut sama seiring sejalan barulah dapat terbentuk masyarakat muslim, kerajaan Islam, daulah Islam, Empayar Islam dan mencapai apa yang kita semua impikan, ustaziatul alam :D



    saya pernah kongsi 10 Muwasafat tarbiyah ini (sini)


    aku sebenarnya nak tulis pasal husnul khatimah tadi kan, sebenarnya Husnul Khatimah ni adalah nama group usrah kami yang terdiri dari kawan-kawan batch aku sendiri seramai 5 orang dan seorang murabbi...kami yang pilih nama ni sebab maksudnya adalah berkhirnya kehidupan kita di dunia sementara ini dengan baik...kiranya kita takdelah hidup sia-sia tak tahu arah tujuan tapi kita faham kenapa...


    sungguh aku tak tipu, walaupun tak banyak adalah juga impaknya hasil dari aku join husnul khatimah...aku rasa aku masih merangkak membaiki diri dengan benda benda kecil dulu seperti solat diawal waktu, kalau bagus lagi berjemaah dan baiki cara berpakaian dan pergaulan...memang tak dapat nak buat secara drastik, tapi takpe kita buat dulu sikit demi sedikit kan....kita bukan nak hipokrit dan tunjuk kat orang, tapi kita buat sebab kita faham kenapa kita kena buat...



    5 of us...berbulatan di Monas, suatu ketika dulu :)


     semasa di PERMAI :D



    keluar makan-makan bersama kak liza ^^


    sekarang kami dah bertukar dari Husnul Khatimah menjadi kunang-kunang...heheeee...kunang-kunang yang kecil boleh menerangi atau bercahaya dalam kegelapan...comel kan??heheeee....ahli masih sama, cuma murabbi yang berbeza....tak kisahla sama atau berbeza, apa yang penting kita memang nak mencapai matlamat yang sama kan ^^


    jazakillah Khair kak liza atas segala perkongsian ilmu selama kita berbulatan gembira di Husnul Khatimah...sampai berjumpa lagi....heheee...btw, kita tak pernah lagi ambil gambar bersama-sama kunang kunang kan?? *in case kak basyu/kak El dan kawan-kawan kunung-kunang terbaca post ni*


    ingat lagi kak liza suruh kami cari logam masing-masing....logam tu macam kekuatan dalam diri yang boleh digunakan untuk menyebarkan cinta kepada orang lain...aku tahu aku suka blogging sebab tu medium ni boleh digunakan untuk berkongsi dengan orang lain juga, tapi kekadang aku rasa jahiliah maih banyak membelenggu aku dan aku main post je apa yang aku nak...tapi memang better dari dulu yang kekadang post pasal artis hollywood, k-pop yang entah apa-apa tu kan..heheee...


    jom sama-sama kita berdoa dan cuba berubah untuk menjadi seorang muslim yang owesome!


    Friday, March 2, 2012

    Kenali mereka sebelum memuntahkan pelbagai persepsi

    Assalamualaikum.....


    Seperti mana yang korang tahu kan, saya belajar dekat negara orang jauh dari keluarga dan kawan-kawan  rapat...cuma hanya ada beberapa orang rakan seperjuangan yang selalu menjadi peneman..tapi kadangkala berlaku perselisihan faham antara kami sehingga menyebabkan hati ini terguris..ohh, mungkin saya seorang yang agak sensitif tapi saya tahu saya mewarisi sifat ibu, mudah mengalirkan air mata apabila berbicara tentang hati dan perasaan...saya mungkin tidak menangis bila ditumbuk atau sakit secara fizikal, tapi mudah sangat bila hati ini diusik, terutama yang melibatkan soal kawan-kawan dan keluarga tersayang ^^


    itu macam dah lumrah dan saya rasa saya sangat kesepian dan keseorangan dan kadangkala rasa kosong...mungkin sebelum ini saya hanya mendengar perkataan ukhwah fillah dan tidak memahami apakah itu...saya juga tertanya tanya mengapa perlu ada perbezaan antara sayangkan kawan baik dan sayangkan kawan baik kerana Allah...saya fikir usrah itu hanya duduk dan dengar ceramah agama macam yang ustaz buat dalam kelas, benda sama dan berulang-ulang walaupun tidaklah mengamalkan sepenuhnya...saya selalu fikir orang yang pakai tudung labuh tu orang yang begitu warak,orang yang tahu serba serbi pasal agama macam ustazah...saya hairan kenapa mereka boleh istiqamah pakai sarung kaki dan sarung lengan sepanjang masa walaupun musim panas dan walaupun baju mereka sudah berlengan panjang labuh..mengapa???


    Beberapa bulan yang lepas saya ada ikut kakak-kakak yang buat usrah, diorang ada tubuhkan UTJ (Universiti Tarbiah Jakarta) yang mempunyai banyak jabatan seperti jabatan bahasa Arab, Quran dan sunnah, multimedia dan lain-lain lagi...saya berfikir lagi, buat apa mereka lakukan semua ini??kenapa perlu sibukkan diri dengan aktiviti sebegitu??tidak takutkah pelajaran terabai, kita kan pelajar tajaan ambil pulak kos perubatan dan ada segelintir dentistry...banyak benda nak kena hafal dan faham, kalau setiap minggu ada program daurah bagai, macamana dengan preparation exam??even hari isnin ada exam mereka sanggup pergi daurah hari sabtu dan ahad...Mereka tersangat awesome,subhanallah!!!




    mungkin itu sudah biasa bagi mereka yang bersekolah di sekolah agama, yang sejak dari kecil berjinak-jinak pakai tudung labuh, setiap hari pakai jilbab labuh dan tebal sampai dah biasa sehingga sekarang...mungkin juga mereka lahir dalam keluarga yang mak ayah diorang memenag menitikberatkan soal pemakaian sejak diorang kecil lagi...ohhh, bertuahlah mereka tapi bagi yang tidak??bila saya kenal mereka, saya boleh memahami sedikit demi sedikit dan persepsi saya mulai berubah sedikit walaupun saya belum dapat menjadi seperti mereka...


    Saya tahu mereka juga seperti kita, masih banyak lagi yang perlu belajar dan menimba ilmu untuk mengisi kekosongan dan ruang dalam diri...tapi mereka berpenampilan sebegitu bukanlah menunjukkan mereka orang yang alim dan ustazah tapi mereka ingin menjaga maruah dan menunjukkan yang mereka itu sungguh berharga, seperti permata....indah bukan, yee memang...yang tertutup itu sememangnya indah...


    sejujurnya bila balik rumah saya rindu nak solat berjemaah dan berukhwah dengan mereka...kekadang kat rumah aurat agak terbuka dengan sepupu, pak cik dan macam tak kisah nak keluar jemur kain kat luar tanpa menutup aurat sempurna...sebab apa??takde yang menegur, diri sendiri pun dah lupaa...walaupun kadangkala saya rasa saya tidak layak berada di situ dengan kisah lampau saya yang rasanya tidak perlulah menjadi bahan cerita kepada umum...biarkan masa silam itu menjadi pengajaran dan pengalaman tersebut sememangnya sangat berharga dalam hidup ini...


    saya hanya ingin menjadi diri saya dan rasanya saya tidak perlulah nak buat sesuatu yang memang saya rasa saya tak mampu nak buat...memang jauh di sudut hati ini ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik, insyaAllah, berubah kerana Allah dengan ikhlas bukan sebab nak ikut orang dan sebab lain, nanti jadi riak...apa yang penting kita happy dan buat apa yang kita suka selagi tidak melanggar syariat (^_^)


    p/s: saya manusia biasa, bukan budak baik tapi ingin jadi baik xD

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...