Assalamualaikum.......
sedar tak sedar, Alhamdulillah aku sudah setahun berada dalam jalan tarbiyah ini....jalan yang mungkin dipandang enteng hanya untuk ustaz ustazah sahaja, yang mungkin dipandang sebelah mata...meskipun merangkak dan bertatih perlahan-lahan namun aku dapat rasakan perubahan dalam diri, dari segi pemahaman dan pemikiran....syukur kepadaMu ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk merasai betapa nikmatnya Islam yang mungkin sedari kecil aku anuti tetapi mungkin baru sekarang aku mengerti.
mula-mula dulu mendengar perkataan usrah, mesti ingat perkara yang bosan, mendengar ceramah agama yang berulang-ulang sehingga mengantuk dan kene berkumpul di waktu orang lain sedap menikmati keseronokan dunia, berjimba dan tidur segalanya...oh mungkin itu persepsi usrah di zaman sekolah, ramai yang telah salah anggap, salah faham dan terus menerus menuding jari tanpa mengetahui apakah isi yang sebenarnya...
dalam kotak pemikiran aku, banyak yang aku perlu berubah, jauh di sudut hatiku ini meronta ronta ingin berubah...berubah menjadi muslimah sejati, dan masuk ke dalam Islam secara keseluruhan...namun desakan hawa nafsu syaitan selalu sahaja menjadi alasan untuk terus berada di takuk yang lama, terus menerus melakukan dosa yang sama walhal dah tahu benda tu memang SALAH...aku tahu, ramai di antara kita yang sebegitu...takut pandangan orang, takut nanti orang kata kita dah berubah sekarang, dah tak nak kawan dengan kawan yang lama lagi dah....takut nak tulis post dan entry blog tentang Islam sebab takut nanti orang nilai apa yang kita tulis tu tak sama pun dengan apa yang kita di luar..astaghfirullahal'azim (T_T)
namun setiap kali ada liqa' dan usrah, hati aku kembali berbunga bertemu sang murabbi yang begitu pandai menyentuh hati ini sehingga kembali bersemangat lagi...bertemu dengan sisters yang sangat sporting dan baik membuatkan diri ini semakin hari semakin lama semakin cinta dengan ukhwah yang mereka bina....bina atas dasar cinta kepada Allah s.w.t....baru aku tahu pengertian ukhwah fillah yang hanya sekadar tahu saja...betapa ceteknya pengetahuan aku tentang Islam sebelum ini sehingga tidak mengetahui kewujudan pejuang pejuang agama yang menyebarkan dakwah dan ayat-ayat cinta Allah dan membentuk peribadi muslim sejati...
keperibadian muslim perlu dibentuk, bukan diajar....selama ini orang suruh tutup aurat punyalah susah sebab apa?sebab tak faham....pakai baju lengan panjang pakai tudung, cukuplah tu...majoriti orang islam macam tu je kan..buat apa susah susah nak pakai stokin, tudung labuh bagai..kita bukan budak sekolah agama pun, tak payah nak tunjuk ustazah sangatlah! hurmmmmm..ramai yang ada persepsi macam ni, termasuklah diri ini namun dari hari ke hari selepas mengikuti tarbiyah kita akan faham dengan sendirinya..Alhamdulillah, apabila kita baca Al-Quran dan faham tanpa disuruh kita akan buat..buat dengan ikhlas, insyaAllah ^^
namun sampai bila kita nak kekal sebagai mutarabbi (orang yang ditarbiyah) sahaja?hanya mengikut usrah dan liqa' yang dianjurkan tanpa ada usaha untuk membawa orang lain bersama-sama merasakan nikmatnya Ialam yang sebenar...membentuk keperibadian muslim ini memerlukan masa dan kefahaman, insyaAllah dengan menjadi seorang murabbi kita akan dengan sendirinya dapat membaiki diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik....fuh fuh fuh, kesat peluh...rasa macam ilmu belum cukup di dada, kita pun masih baru dalam banyak perkara tapi sampai bila kita nak tunggu kita betul-betul bersedia??nak tunggu ilmu cukup?sampai bila-bila pun tak akan dapat la kan....insyaAllah kita sama-sama berusaha!
DAKWAH itu adalah sunah nabi yang paling utama....ramai yang nak ikut sunah nabi je kalau poligami, itu jelaaa....mari kita buat anjakan paradigma, kalau boleh nak sedarkan semua orang nak bagitahu semua orang supaya mereka semua faham....ramai yang tidak tahu dan masih tidak faham, itu semua tugas kita...tugas kita bersama, insyaAllah...aku selalu berdoa agar aku dapat kuat dan istiqamah sepanjang melalui jalan yang cukup panjang ini..
SEMOGA ALLAH REDHA!
4 comments:
MasyaAllah really like this post akak!!!! Sgt2 memberi inspirasi. Sungguh. Apa yg akak taip ni sama mcm yg hana rasa. Tapi insyaAllah berusaha sikit2 utk berubah. Moga Allah redha :)
moga terus tsabat dik. jalan ni bukan mudah, tapi syurga tu tak murah.
sayang awak fillah ^_^
@hanabunga - alhamdulillah...jazakillah khair adik :) insyaAllah kita sama2 berusaha...selangkah demi selangkah, sama sama jom! :D
@itana- kak basyuuu <3 insyaAllah saya perlukan sokogan...terima kasih atas segalanya :)
sayang akak fillah :D
Post a Comment