nuffnang

    Showing posts with label istiqamah. Show all posts
    Showing posts with label istiqamah. Show all posts

    Saturday, October 20, 2012

    Jangan biarkan sindrom ini membelenggu diri anda ---> Baby elephant syndrome

    Assalamualaikum.......

    Alhamdulillah, alhamdulillah...alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaMu ya Allah...tuhan maha pengasih dan penyayang, tuhan sekalian alam...banyak benda dan perkara yang ingin aku kongsi tapi rasanya tidak terluah melalui kata-kata, melalui tulisan..sungguh!! hanya orang-orang yang merasainya sahaja akan merasa betapa sedap, betapa nikmat dan betapa indahnya kehidupan kalau disertai dengan kefahaman dan perkara-perkara yang kita pasti pengakhirannya...



    "Begin with the end in mind"



    kalau nak diikutkan, aku mungkin belum benar-benar bersedia untuk memikul 'tanggungjawab' dengan sibuk exam, sibuk dengan persatuan dan sibuk nak membuatkan mereka yang belum faham turut sama-sama faham kenapa dan mengapa...ada seketika aku merasa stress dan tertekan bila mana aku terpaksa mengabaikan keseronokan duniawi untuk menonton bertimbun-timbun filem dan cerita di waktu senggang, berehat-rehat guling-guling atas katil, berkaroke dan banyaaaaak lagi...tapi bila buka Quran, selak ayat-ayat cinta terasa bagaikan terkena panahan..ouch!! sebab tu benda ni tak boleh tinggal, kene selalu muhasabah diri, kene selalu bersama mereka yang bersemangat sebab takut bila dah sekali tinggal, kita akan tinggalkan untuk selama-lamanya...



    “Allah pelindung orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindungnya adalah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. (QS.2/257)



    Allah mungkin dah bagi kita hidayah sehingga kita boleh membuka hati seluas-luasnya dan mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik, mungkin bukanlah yang terbaik tapi adalah diri kita sendiri yang lebih baik :D Jagalah cahaya (iman) ni supaya kita tidak tergolong dalam orang-orang yang masih berada dalam kegelapan, terkapai-kapai mencari cahaya, mencari jalan keluar...kita sendiri pun kalau jalan tutup mata tak nampak cahaya gelap gelita susah la nak cari jalan keluar kan??



    okey saya nak berbalik kepada tajuk asal, baby elephant syndrom....pernah dengar tak??okey, ini bukan penyakit medic *mentang-mentangla bakal doktor* tapi ini adalah penyakit hati...saya pun baru je dapat perkongsian ni masa buat program dengan junior baru...heh, kita bukan setakat datang menyibuk, tapi dapat ilmu baru jugak tahu..heeee :p 


    gajah yang comell ^^


    ok secara ringkasnya cerita dia macam ni, sejak kecil anak gajah diikat dengan rantai di kakinya. Anak gajah cuba untuk melepaskan diri dengan kudratnya yang kecil tetapi gagal. anak gajah ni cuba berulang-ulang kali tapi masih juga gagal. Selepas beberapa tahun, anak gajah yang kecil tadi sudah menjadi abang gajah, kalau nak diikutkan dia mampu untuk melepaskan ikatan tersebut dengan saiznya yang sudah besar tetapi sudah berhenti cuba untuk melepaskan diri.  Jadi di sini kita dapat melihat bahawa abang gajah sudah berputus asa dan sudah bertukar kepercayaannya yang menyebabkan dia tidak berjaya.

    Inilah kesan ‘baby-elephant syndrome’ , di mana anak gajah tadi telah didoktrin bahawa dia tak akan boleh melepaskan diri sejak kecil. Kini yang merantai gajah tadi adalah fikirannya, bukan lagi rantai di kakinya. Maka letaklah matlamat setinggi mungkin dan bebaskanlah fikiran kita dari suara-suara negatif yang boleh membantut usaha. 

    Melaksanakan perubahan bukan satu pilihan, tapi kemestian. Syurga hanya memilih orang-orang yang hebat untuk menghuninya, maka pilihan yang kita ada hanyalah berubah ke arah yang lebih baik dan hebat kerana saya yakin syurgalah tujuan dan matlamat terakhir kita.

    adakah anda pun macam anak gajah ni tadi??jadikan kisah masa lalu sebagai alasan untuk kita berada di takuk lama, takut untuk membuat perubahan, latar belakang keluarga dan kisah silam tidak boleh merantai kita...ayuuh bangun dan bangkit membuat perubahan dalam diri...berubah tidak perlulah mendadak tetapi ia merupakan satu proses dalam diri kita, dari seorang yang tidak tahu kepada tahu, malas kepada rajin, negatif kepada positif..ayuuh!!!

    saya mungkin termasuk dalam salah seorang yang takut untuk berubah, setahun saya ikut tarbiyah saya melawan kehendak hati...tertekan dan stress :O saya rasa dan tahu saya kene berubah saya nak berubah tapi saya takut, saya tak berani saya takut tak dapat nak istiqamah...Allahurabbi T_T  

    mungkin kita dulu karoke dalam satu bilik, bermain bola dalam satu padang, bertepuk tampar dengan lelaki itu normal tapi bila kita dah tahu benda tu totally wrong, kita kenalah berubah..hohoooo... bukannya jadi anti lelaki tapi menjaga ikhtilat...kita bermesra sesama perempuan lagi baik bukan sahaja merapatkan ukhwah dosa pun tidak...cuba dari benda kecik-kecik macam ni lepas tu benda besar akan datang kemudian, insyaAllah..saya dah cuba!! awak pun boleh!!mari bebaskan diri dari 'baby elephant syndrome' :D

    "Don't let your past dictate who you are, but let it be part of who you become."

    Friday, March 2, 2012

    Kenali mereka sebelum memuntahkan pelbagai persepsi

    Assalamualaikum.....


    Seperti mana yang korang tahu kan, saya belajar dekat negara orang jauh dari keluarga dan kawan-kawan  rapat...cuma hanya ada beberapa orang rakan seperjuangan yang selalu menjadi peneman..tapi kadangkala berlaku perselisihan faham antara kami sehingga menyebabkan hati ini terguris..ohh, mungkin saya seorang yang agak sensitif tapi saya tahu saya mewarisi sifat ibu, mudah mengalirkan air mata apabila berbicara tentang hati dan perasaan...saya mungkin tidak menangis bila ditumbuk atau sakit secara fizikal, tapi mudah sangat bila hati ini diusik, terutama yang melibatkan soal kawan-kawan dan keluarga tersayang ^^


    itu macam dah lumrah dan saya rasa saya sangat kesepian dan keseorangan dan kadangkala rasa kosong...mungkin sebelum ini saya hanya mendengar perkataan ukhwah fillah dan tidak memahami apakah itu...saya juga tertanya tanya mengapa perlu ada perbezaan antara sayangkan kawan baik dan sayangkan kawan baik kerana Allah...saya fikir usrah itu hanya duduk dan dengar ceramah agama macam yang ustaz buat dalam kelas, benda sama dan berulang-ulang walaupun tidaklah mengamalkan sepenuhnya...saya selalu fikir orang yang pakai tudung labuh tu orang yang begitu warak,orang yang tahu serba serbi pasal agama macam ustazah...saya hairan kenapa mereka boleh istiqamah pakai sarung kaki dan sarung lengan sepanjang masa walaupun musim panas dan walaupun baju mereka sudah berlengan panjang labuh..mengapa???


    Beberapa bulan yang lepas saya ada ikut kakak-kakak yang buat usrah, diorang ada tubuhkan UTJ (Universiti Tarbiah Jakarta) yang mempunyai banyak jabatan seperti jabatan bahasa Arab, Quran dan sunnah, multimedia dan lain-lain lagi...saya berfikir lagi, buat apa mereka lakukan semua ini??kenapa perlu sibukkan diri dengan aktiviti sebegitu??tidak takutkah pelajaran terabai, kita kan pelajar tajaan ambil pulak kos perubatan dan ada segelintir dentistry...banyak benda nak kena hafal dan faham, kalau setiap minggu ada program daurah bagai, macamana dengan preparation exam??even hari isnin ada exam mereka sanggup pergi daurah hari sabtu dan ahad...Mereka tersangat awesome,subhanallah!!!




    mungkin itu sudah biasa bagi mereka yang bersekolah di sekolah agama, yang sejak dari kecil berjinak-jinak pakai tudung labuh, setiap hari pakai jilbab labuh dan tebal sampai dah biasa sehingga sekarang...mungkin juga mereka lahir dalam keluarga yang mak ayah diorang memenag menitikberatkan soal pemakaian sejak diorang kecil lagi...ohhh, bertuahlah mereka tapi bagi yang tidak??bila saya kenal mereka, saya boleh memahami sedikit demi sedikit dan persepsi saya mulai berubah sedikit walaupun saya belum dapat menjadi seperti mereka...


    Saya tahu mereka juga seperti kita, masih banyak lagi yang perlu belajar dan menimba ilmu untuk mengisi kekosongan dan ruang dalam diri...tapi mereka berpenampilan sebegitu bukanlah menunjukkan mereka orang yang alim dan ustazah tapi mereka ingin menjaga maruah dan menunjukkan yang mereka itu sungguh berharga, seperti permata....indah bukan, yee memang...yang tertutup itu sememangnya indah...


    sejujurnya bila balik rumah saya rindu nak solat berjemaah dan berukhwah dengan mereka...kekadang kat rumah aurat agak terbuka dengan sepupu, pak cik dan macam tak kisah nak keluar jemur kain kat luar tanpa menutup aurat sempurna...sebab apa??takde yang menegur, diri sendiri pun dah lupaa...walaupun kadangkala saya rasa saya tidak layak berada di situ dengan kisah lampau saya yang rasanya tidak perlulah menjadi bahan cerita kepada umum...biarkan masa silam itu menjadi pengajaran dan pengalaman tersebut sememangnya sangat berharga dalam hidup ini...


    saya hanya ingin menjadi diri saya dan rasanya saya tidak perlulah nak buat sesuatu yang memang saya rasa saya tak mampu nak buat...memang jauh di sudut hati ini ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik, insyaAllah, berubah kerana Allah dengan ikhlas bukan sebab nak ikut orang dan sebab lain, nanti jadi riak...apa yang penting kita happy dan buat apa yang kita suka selagi tidak melanggar syariat (^_^)


    p/s: saya manusia biasa, bukan budak baik tapi ingin jadi baik xD

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...