nuffnang

    Showing posts with label facebook. Show all posts
    Showing posts with label facebook. Show all posts

    Friday, November 2, 2012

    ice skating yang sangat bermakna :)

    Assalamualaikum......


    semalam pergi main ice skating setelah habis exam integrasi 2...berikut adalah perbualan beberapa sahabat:



    A:  ni first time aku naik main ni..excitednyeeee!!!


    B: dah lama la tak main, last main dua tahun lepas tu pun asyik jatuh2 je..kita main kat tepi jelah, pegang dekat tepi-tepi....huhuuu...


    C: inilah masanya untuk aku menunjukkan skill bermain skating...takdelah pandai sangat tapi bolehla..hihiii



    kasut skating


    semua masuk....yang baru first time main, takut nak melangkah..tak boleh bergerak. takut. statik. 


    "macamana nak jalan niii, kan aku jatuh!! boleh ke angkat kaki?cmne nak meluncur" sahabat yang lain memimpin tangan dia, pegang dia...kasi motivasi, kau boleh...jalan je macam biasa, selangkah demi selangkah :D



    mula-mula pegang kawan, jalan selangkah demi selangkah...lepas tu lepas, biar dia jalan seorang diri...masih takut-takut tapi berjaya memberanikan diri....jatuh dua tiga kali bukan lagi masalah, basah lencun baju seluar pun takpe...rasa macam bahagia sebab berjaya berjalan di atas ice, walaupun nampak pelik, jalan macam orang cacat takpeee..yang penting best!!



    sahabat yang satu lagi dah berjaya meluncur, wehuuuuu....dapat lari-lari dalam tempat skating tu walaupun tak berapa nak laju...weh aku dah berjaya!!! tengok skaters professional dan budak-budak yang masuk kelas skating tu macam best jee...diorang boleh pusing-pusing, laju-laju  boleh maintan balance tak rasa nak jatuh pun..nak jugak!!



    sahabat yang baru first time main tadi dah boleh berjalan, jatuh bangun lagi, jalan lagi, jatuh lagi, bangun lagi...heheee...tak kisah pun yang penting berjaya main tanpa perlu pegang orang lain..dah berani orang kata :D



    ..................


    nampak simple sangat, main skating je pun...tapi banyak membuatkan saya berfikir....mula-mula takut nak melangkah..sebab apa? sebab takut...nanti jatuh, sakit :(   nanti orang tengok macamana?? tak pasal-pasal kena gelakkan..malulah!!!



    itulah kita, takut sangat nak melangkah sebab takut jatuh, takut pandangan orang yang macam-macam...takut kena booo, takut dipandang pelik..if u never try, u will never know...cuba pun belum tapi dah fikir benda yang bukan-bukan kat belakang...



    jatuh memang sakit, tapi itulah yang best, yang manis...sekali kita jatuh kita akan lebih berani, akan lebih kuat dan yakin :D 



     " to never fall is to never feel the real 'thrill' of ice-skating :D and each fall simply motivates you to rise up again, stronger!!



    a simple caption from my friend ^^  



    yang dah boleh melangkah, bantu yang belum....dah dah boleh, cuba dan terus mencuba supaya jadi lebih baik...dari tak tahu apa-apa jadi seorang yang tahu banyak, jangan cakap tahu semuanya..tipu :p   from nothing to something and from zero to hero..yes!!! we can do it! :)

    ........................



    murabbi saya tanya " khad dah share ke dengan kawan?" haritu saya cakap saya nak ajak kawan, nak share dengan kawan....tapi saya belum ada kekuatan, saya takut dan tak yakin tapi lepas main ice skating semalam, saya ada satu kekuatan yang luar biasa..subhanallah!! ini gara-gara kawan saya yang menjerit takut nak berjalan dan melangkah akhirnya jadi seorang yang boleh skate walaupun tidaklah begitu lancar...




    saya pun terfikir, kalaulah dia tak pernah nak cuba pun skate, masuk kat tempat ice skating tu sampai bila-bila dia takkan pandai, hanya duduk dekat atas memerhatikan orang lain bermain dan dalam fikiran dia, aku tak pandai skate, aku tak boleh skate nanti kalau aku main mesti jatuhhh...mesti sampai tua dia akan ada mind set macam tu, tak pernah nak cuba tak pernah nak ambik tahu...rugi kan sebenarnyaa...tak pernah nak rasa keseronokan macam orang lain rasa...




    realitinya??dia yang takut tadi jadi seorang yang boleh main, meluncur dalam masa tak sampai sejam...saya pun boleh!!



    ................................


    saya bukak fb, private message bestfriend yang sekolah menengah dulu, oh ya waktu di smkp saya ada geng berlima tapi saya contact sorang, yang ada ciri-ciri mahukan Islam tapi belum bertemu wadah...daripada chat biasa, tanya khabar, kehidupan kepada soalan yang lebih serius...saya tanya dia tahu tak usrah tu apa lepas tu dia cakap usrah dia tahu tapi belum sempat nak join...dan saya cerita itu dan ini sehingga dia tertarik selepas saya post video ni ^^ dia kata dia tanak jadi robot...comel!! hehee 




    subhanallah!! dia sangat tertarik dan pagi ni dia bagitahu dia nak join usrah...saya tak ajak pun, saya cube bercerita tapi dia memang nak....Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, disebabkan saya pernah mengalami benda ni, dan saya memang tak suka buat sesuatu kalau memang dipaksa jadi saya hanya kongsi apa yang ada sampai dia sendiri yang ajak saya buat konferens riang di facebook, ajak adik kembar dia dan sorang lagi sahabat baik kami :)



    kawan cakap dia macam tahu wujudnya benda-benda ni semua tapi takde orang pun nak ajak dia :/ dia suka tengok 'geng muslimah' ni semua tapi tak tahu nak mulakan dari mana takde geng pun, xde member pun...nampaklah kan kat sini, ramai sebenarnya nak jadi baik, ramai sebenarnya hati-hati yang kosong menanti sentuhan yang basah, tapi belum berpeluang, belum ada yang datang menyentuh hati mereka...sayang sangat, seribu kali sayang 




    Alhamdulillah sambutan yang cukup memberangsangkan, kami akan mulakan usrah online minggu depan, insyaAllah...semoga Allah redha!



    kisah ice skating ni sangat bermakna buat saya, permulaan yang baik buat saya di awal november ni..alhamdulillah!semoga ia turut menjadi permulaan yang baik bagi saya untuk masuk block baru..hehee :)





    Wednesday, May 2, 2012

    I am officially 21 !!

    Assalamualaikum.........


    Alhamdulillah...mula mula sekali syukur kepada Allah sebab dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya aku masih lagi sihat walafiat, masih dapat meneruskan kehidupan pinjaman yang sementara ni dan mendapat nikmat yang melimpah ruah....bukan apa kalau kita hidup badan tak sihat penyakit sana sini wang berjuta pun takde gunanya ye dak?? sebab tu aku rasa nikmat terbesar yang aku dapat oh memang nikmat Islam, nikmat sihat akal fizikal dan nikmat dapat kawan-kawan yang baik, nikmat aku dapat ambil medic yang aku dari kecik cita-cita nak jadi doktor dan err..errr...banyak sangat nak list...apepun aku bersyukur sangat (^_^)v


    orang cakap bila dah masuk umur 21 tahun ni kiranya dah dewasa lah kan, dah layak mengundi kot...tapi aku tak sempat nak daftar so memang tak mengundi untuk PRU-13 ni, haahaa...tunggu next general election ok lagipun aku konfius nak undi parti mana #eh ...macam malas nak fikir tapi sebagai rakyat Malaysia tu tanggungjawab tu..orang kata amanah, jadi kita kena laksanakan...so i'll think about it for the next general election...kehkeh :p 


    lagi satu aku rasa aku kena pandai bawak diri orang kata ada prinsip hidup sendiri...tak mudah terpengaruh dengan media, cakap-cakap orang, magazine, internet..etc...tapi kena pandai jaga diri dan tahu prinsip hidup kita dan tahu kenapa buat itu, kenapa buat ini...kenapa tak boleh buat itu kenapa tak boleh buat ini..bukan main ikut jadik pak turut je kan...insyallah, aku nak kene jadi lebih matang dari segenap sudut dari segi cara aku bawak diri, pergaulan sosial, pergaulan, cara aku berpakaian, gaya percakapan dan semuanyaaa...aku kena hidup cara orang dewasa bergaul dengan orang yang lebih tua tu sebenarnya boleh membantu untuk mematangkan kita jugak kan...eh macam panjang la mukaddimah..hihi....


    aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan dan family yang wish happy birthday...yang wish depan-depan ,ada yang call jauh dari Malaysia, kasi video yang sangat comel, sms yang buat aku nangis terharu, BBM, mesej dan post dekat FB, Twitter tak kiralah kawan alam realiti ke alam maya....tak kiralah kawan sebaya sekolah dulu, kawan sekampung, juniors and seniors, teachers and all...Subhanallah, i feel blessed! :D

    Kat sini aku ada screen capture beberapa wish birthday...thanx a lot korang!! tak mampu nak balas semua dan tak capture semua pun...















    Ini yang dari timeline FB :D


    dari timeline twitter ^^







    beberapa wish from BBM...tengok Harry tak habis2 panggil aku mak cik...taulah orang Malaysia kan sinonim ngan mak cik...tapi aku tak kisah pun..heehe :p


    from my sweet lovely BFF...love u too ieka! hugss :*



    itulah beberapa yang aku mampu print screen...sebenarnya ada je yang tertinggal, sorry ye :( haahaaa...apapun Alhamdulillah terima kasih atas doa kalian, insyaAllah aku akan jadi someone yang boleh berbakti kepada rakyat one fine day when i'm officially a doctor...pray for me friends!!heee....


    and.... what makes my day was my dear girlfriend bought me a suprise birthday cake!!! i never expect that they planned a suprise birthday party for me as most of us got class up until four and so tired   -,-   


    aku macam biasa kat bilik kemudian Farah panggil dia cakap "Kat, cepat datang ada emergency!!" aku macam err...apalah yang kecoh ni...pastu dia macam panggil-panggil aku pun pelik la...dahla Ain kunci pintu and switch off the lamp...aku macam dah panik, apa benda yang berlaku...bila aku dah bukak pintu tu diorang nyanyi happy birthday dan bawak kek..Ya Allah serius terharu (T_T)...mereka semuanya girl batch aku, comel kan diorang!!! memang comel!! aku sayang semuaaaa.....kitorang batch paling sikit sebenarnya 14 orang dan laki 3 orang..so girlfriends aku semua ada 11 orang kat sini :D


    ni lah dia girlfriends kat sini...pi mai pi mai tang tuu jugak!! takde dah yang lain..haahaa..ni actually gambar time game futsal hari tu...geng Piscok!! gambar semalam tak ambik sebab kitorang cantik sangat kat rumah..heeheee...so terlebih cantik gambar untuk tatapan personal je la ^^

    dan..ni lah dia kek yang depa beli tu...i like it so much..



    ohh okeylahh...sekali lagi aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi doa dan ucapan selamat...semoga Allah merahmati anda semua..... terima kasih kepada kedua ibu bapa aku yang selama ini membesarkan aku beri makan, pakai pendidikan sehingga dah besar dewasa macam ni...doakan aku berjaya jadi seorang yang lebih rajin belajar, lebih matang dan segenap benda dan berjaya jadik seorang doktor yang berjaya..heeehee...


    terima kasih sudi baca entry yang panjang ni..much love (:



    Saturday, August 20, 2011

    Hidup mesti berani terima kenyataan...

    Assalamualaikum...

    hari ini sudah masuk 20hb september maksudnya sudah masuk sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini..gunakanlah waktu yang ada untuk membuat amal kebajikan kerana mungkin tahun ini merupakan tahun kita boleh berada di bulan Ramadhan, siapa taw..ingatlah bahawa ajal dan maut semuanya di tangan yang maha esa...kita sebagai manusia hanya mampu merancang untk mendapat kejayaan, kekayaan dan kesenangan, namun tidak berdaya menentukan..


    memandangkan aku memang tak pasang internet kat rumah dan broadband pun tak beli maka terpaksalah aku pergi ke Bestari.com yang tak jauh pun dari rumah aku..nasib baik free dan aku pun da ada lesen motor..senanglah sikit...bila bukak emel tengok JPA dah e-mel semua dokumen berkaitan termasuklah senarai nama pelajar yang bakal bersama-sama aku nanti..Alhamdulillah, aku tidak kesorangan..ada 13 pelajar kesemuanya..7 orang dalah dari  Intec dan yang lain aku pun tak kenal, insyallah boleh berkenalan nanti..


    Terima kasih kepada semua keluarga dan memember yang support aku, bagi kata-kata semangat sms, mesej dan komen kat facebook...pernah aku ingat suatu ketika dulu ada sorang member aku cakap kalau dia tak lepas cut-off point dia mesti nangis dan nak putus contact dengan semua orang..tak nak msj, call, bukak fb dan sebagainya..masa tu aku pun fikir benda yang sama, tapi naluri aku berkata yang benda tu hanya sia-sia..kita hidup ni bukan selalunya berjaya..ada masanya kita diuji, ada masanya kita gagal dan jatuh ke tanah..masa tu kita kena bertindak waras, ingat kepada Allah S.W.T, talk with our friends and family..insyallah we will be fine..


    tak perlulah nak menyusahkan diri sendiri..nangis keluar air mata darah sekalipun perkara ini memang tak berubah dan sudah menjadi kenyataan...memang betul, susah nak terima kenyataan sebab mungkin kita rasa kita selalu berjaya..yes!! i'm agree with that..aku pun boleh dikategorikan sebagai budak pandai sebab dulu-dulu UPSR, PMR, SPM selalu dapat straight A's je.. memang tak pernah kandas..tapi ingatlah, dunia ini berputar dan dunia ini ibarat roda..sekejap kita dia atas dan sekejap kita di bawah...apa yang harus kita buat adalah reda dengan ketentuan ilahi dan yakin dengan qada' dan qadar...


    janganlah kita terlalu menyalahkan diri sendiri jikalau kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapainya..mungkin bukan rezeki kita kali ni, mungkin jua semua  yang berlaku ini ada hikmahnya...sekali kita gagal, tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya..buka hati buka minda, fikir dan bertindaklah dengan waras...jangan biarkan hawa nafsu dan syaitan menghasut dan membelenggu diri kita sehingga berlakunya perkara-perkara yang ak diingini seperti banyak yang berlaku sekarang ni.. akibat terlalu tertekan sanggup melakukan perkara luar batasan akal dengan membunuh diri dan membunuh nyawa manusia lain yang tidak berdosa...


    sejak kecik aku mengamalkan prinsip "once i step forward, i'll never turn back" dulu-dulu masa kecik mak hantar pi masuk asrama, masa tu baru darjah 6, kawan pun takde lagi...memang nangis nak balik sebab homesick tapi aku taknak cakap macam tu sebab aku taw orang tua aku dah banyak berkorban beli itu ini bayar yuran nak hantar aku ke situ...sama jugak masa aku form 4 dan aku masuk SBP kat terengganu ni..aku kena buli kaw-kaw dengan bebudak laki..biasalah budak baru tapi aku tahan jugak tak bagitaw parents sebab malas nak bagi diorang risau...sorang kawan aku pindah sebab tak tahan tapi aku tahankan jua dan bersabar...rasa nak pindah sekolah tu membuak-buak tapi seba dari kecik teringin nak masuk SBP sbor jelah...


    jadi aku rasa benda ni yang boleh membuatkan aku kuat... aku memang berjiwa sensitif tapi aku susah nak tunjukkan kat orang...sememangnya aku sensitif terutama bila berkaitan hal-hal keluarga dan masa depan...mungkin sebab aku tahu kesusahan mak ayah aku  membesarkan aku dan adik beradik, aku bukannya dari keluarga yang senang dan berada macam orang lain..sebab tu aku rasa aku jadi macamni..aku memang sangat sedih kalau aku tahu keluargaku akan kecewa dengan aku..sebab tu aku rasa aku akan jadi bersemangat bila terkenangkan semua itu...


    Bila aku dapat tawaran ambik A-Level Medicine aku tahu selangkah kaki aku telah melangkah ke bidang yang memang aku idamkan sejak kecik..nak jdi doktor...Alhamdulillah sekarang ini aku rasakan kaki sebelah lagi mula ingin melangkah kehadapan..meskipun di tempat lain, namun tetap ijazah yang sama akanku genggam...jadi tak usahlah kita nak menyesal sangat, reda dan terima je semua ini..insyallah selagi mana kita percaya yang ada yang masih sayangkan kita, selagi itu kita akan boleh terus bangun...bangunlah!janganlah rebah dan terus terlantar..


    rasanya cukup panjang coretan ini, terima kasih kepada yang membaca sampai ke penghabisan, aku memang begini sekali menulis menaip memang jari tak berhnti-henti dan idea pula datang mencurah-curah ke ladang gandum..setiap kali aku online janggal rasanya kalau tidak update sepatah dua kata, ohh aku guna internet cmni, nak komen pun susah...terima kasih kepada yang komen, tapi tak boleh nak balas..sama jua dengan FB boleh baca je tapi tak boleh nak balas..ape nak jadi daa...


    oh, esok nak kena pi cucuk mantoux test, uruskan pasport dan kalau boleh siapakan medical check-up... surat tawaran katanya nak e-melkan esok baru boleh nak uruskan cop dan sebagainya...visa pulak kena pi buat gak ni dalam 23/24 hb...25hb tu ada briefing kat putrajaya lak, nasib baiklah ada pak cik kat sana dan dia pun dan sedia nak tolong..



    Monday, June 27, 2011

    30 day challenge!!!


    Assalamualaikum dan selamat hari isnin semua!!


    i'm going to start this 30 days challenge =D

    Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
    Day 02- The history and meaning behind your Blogger name
    Day 03- A picture of you and your friends
    Day 04- A habit that you wish you didn’t have
    Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
    Day 06- Favorite super hero and why
    Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
    Day 08- Short term goals for this month and why
    Day 09- Something you’re proud of in the past few days
    Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
    Day 11- Another picture of you and your friends
    Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
    Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
    Day 14- A picture of you and your family
    Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
    Day 16- Another picture of yourself (baby pic!)
    Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
    Day 18- Plans/dreams/goals you have
    Day 19- Nicknames you have; why do you have them
    Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
    Day 21- A picture of something that makes you happy
    Day 22- What makes you different from everyone else
    Day 23- Something you crave for a lot
    Day 24- A letter to your parents
    Day 25- What I would find in your bag
    Day 26- What you think about your friends
    Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
    Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
    Day 29- In this past month, what have you learned
    Day 30- Who are you?


    Have fun and don't forget to follow my 30days challenge!! just like my page on facebook =D


    let's join this!! xD

    Sunday, June 26, 2011

    Sambil online boleh buat duit...mau??

    Assalamualaikum...

    hari ni jaa nak berkongsi pasal cara paling senang nak buat duit semasa online...sudah pasti ramai antara kita ni kaki internet, setiap hari online dan kalau sehari tanpa internet macam hilang kekasih gamaknya, macam tak makan nasi seminggu jadinya...penangan internet sungguh hebat, boleh jadi tempat cari jodoh, cari ilmu juga boleh jadi tempat cari gaduh..huuu~


    Kalau anda blogger mungkin nuffnang, advertlets atau lebih best lagi innity boleh jadi salah satu sumber, namun ada lagi cara mudah nak dapat duit sekelip mata...kalaulah anda seorang yang memang rajin online facebook dan twitter benda ini cukup mudah!!korang hanya perlu register akaun dekat  says.my atau  churp-churp  rasanya churp-churp ini lebih popular di kalangan blogger kerana ia adalah rangkaian dengan nuffnang..jadi iklan churp-churp boleh dipaparkan dekat blog dan tidak bagi says.my




    Jaa dah join dalam setahun tapi baru berjinak-jinak dalam masa beberapa bulan ini... says.my RM50 dah boleh cash out dan RM 100 bagi churp-churp.. siap je korang daftar, korang b oleh ajak memember lain sekali, bukan susah pun klik untuk register..dahlah boleh connect dengan akaun facebook, sangat senang okeyh!!tak payah nak banyak-banyak songeh pun

     ni untuk churp-churp...masih belum cukup untuk cash out



    ini untuk says.my

    dekat says.my anda boleh buat survey, tanya soalan, pool dan macam-macam lagi...tunggu apa lagi, maksimumkan penggunaan internet anda untuk dapat duit...sekali klik dapatlah 20sen pun jadi..heeee...tunggu apa lagi, register says.my dan churp-churp sekarang!!!berbaloi-baloi~






    Tuesday, April 12, 2011

    Jaa berhenti blogging.....selamat tinggal dunia blog...hukhukhuk ;'(

    Assalamualaikum semua =D

    Sebenarnya jaa dah berfikir-fikir nak stop blogging sementara waktu, got something more important to do....hukhuk...sedih la pulak..blogging ni macam dah sebati dalam diri,kalau tak bukak blog sehari pun dah rasa ada benda tak lengkap dalam hidup,adus!!!ni yang rasa sedih ni..hukhukhuk ;'(


    sobs...sobs...sobs (T_T)

    semenjak mengenali dunia blog,banyak yang jaa dah belajar...kebanyakannya belajar melalui pembacaan dan sebenarnya membaca blog orang juga banyak mematangkan diri ini...walaupun baca blog pasal personal life tapi sedikit sebanyak pengalaman hidupnya boleh dijadikan panduan bagi kta menghadapi hari yang mendatang..begitu juga dengan kisah-kisah semasa yang begitu cepat tersebar dalam kalangan blogger..

    selain tu, tahun ni baru mula nak blogging dan update entry dengan lebih rajin...sejak awal tahun ini juga baru kenal dengan ramai  bloggger-blogger, sebelum ni tulis post pun tak ramai yang view sebab hanya jarang update dan banyak cerita pasal personal life je..dengan munculnya banyak group blogger di facebook secara tak langsung dapat berkenalan dengan ramai blogger-blogger...siap boleh keluar lepak dan jalan-jalan dengan blogger-blogger lagi yang hanya kenal di alam maya..sungguh tak sangka,memang perkembangan yang sangat bagus ^^


    terima kasih sebab sudi jadi kawan, singgah dan komen dekat blog jaa ni..hukhukhuk,terharuuu!!selepas ini mungkin tidak akan dapat update blog lagi..kawan-kawan kalau ada nampak habuk-habuk ke sarang lelabah ke tolong sapu okey,kalau rindu pon boleh baca cerita jaa yang lama-lama..aduh,jangan baca yang lama-lama sangat...dulu-dulu tulis macam hape-hape..malu.. =.=


     kalau panjang umur, kita jumpa lagi di entry lain..tapi kalau sebaliknya doakanlah jaa tenang di sana...(T_T)...hidup ini hanya sementara mana tahu sebentar lagi jaa akan pergi selama-lamanya dan dijemput yang maha esa...korang doakanlah yang terbaik untuk jaa okey,thanks a lot!!sayang korang sangat!!!





    p/s: sedih pulak masa menaip ni,sebak (T_T)..

    Sunday, February 27, 2011

    online friends..bukan sekadar sahabat di alam maya =D

    i love chatting,blogging,facebooking...
    i can't stop myself from making new friends...
    from day to day, i got some new friends..
    i never put any limitation or boundary of making friends..

    they are from all ranges of ages,older and younger than me...
    males or females, from all over the world...
    they just simply come and go whenever they want..


    some of them are really honest and tell the truth of anything that they told us
    yet there are a few of them who always cheat and make stories about them...
    sometimes we can met our old friends and sometimes we can make new friends..

    they might think online friends are just for a moment
     and just to accompany them when they feel bored..
    some may forget about the person that they ever know on the net..
    besides, not all of them can be trusted,so just be careful....

    as time goes on, the advancement in technology makes our world become smaller..
    we can simply communicate with them although we are separated thousand miles apart,
    stay at different region of the world...we can't find any differences anymore...

    some people can make love from online friends and some of them can be enemy..
    some people who had being a lovely couples for many years can break up in just a few seconds..
    some might afraid of making new friends who they never know and some love it..
    dear my online friends, please being honest because i love the way you are...

    for those who read this, this is for u (^_^)
    it is really fun to have them as friends,especially who shares the same hobby with us...
    blogging and spending time online

    p/s: i've already met some online friends..the person who i first know from the net..xoxo :D


    suka??bolehla 'LIKE' =D

    Tuesday, February 22, 2011

    faceblog??apakah itu??


    baru taw pasal faceblog ni dan baru nak join :)
    ingatkan hape benda,rupanya facebook+blog..

    mesti ramai lelaki maskulin segan nak join kan??kahkahakh
    sape join pun aku rasa nak gelak guling-guling sampai tergolek(melampau)


    memang cantiklah,dahla aku peminat pinky..
    tengok,blog aku pun pink...
    memang sesuai la aku ni kan feminin *muntah*
    yeah!!!

    Edit


    suka??bolehla 'LIKE' =D

    Sunday, April 11, 2010

    the meaning of a friendship....miss my friends a lot!!

    friends are the most important person in our life after family.i'm sure all of us have friends either from different gender,races,country or virtual friends from chatting or social networking(fb,ym,skype,blogger,etc).... we may have a lot of friends but no best friend at all or just have some friends and best friends...which one is better???

    huh,i don't know why should i think about this...i have a lot of friends as i have two primary schools and three secondary schools. i have a very good,excellent friend who talks like a politician or successful person,friends who never get opportunities to go to school, friends to do 'stupid' things, friends to share triumph and disaster, friends who are really annoying,friends from'mat rempit',friends to study(*wink),friends for loitering,shopping...tomboy or very girlish friends....friends there are a lot and i even can't describe it..i can be their friends and for sure i have to change my character to mix with them...i'm flexible,sometimes i can be a very polite girl and sometimes it change...depends on the place and friends~



    i think about this thing before but suddenly it  come across in my mind....yes,i know that if we go to different places,i will have different friends with different character...but,why should we forget about our old friends???our friend from we are still childish,don't know how to speaks properly,don't know what is love,can't think about the unexpected things or etc...

    we can have so many friends,but there are many kind of friends such as friend of same school,in same clubs,met at camp or just common friends...it's the common thing if we can easily forget our friends from this categories because we just know them for a while as we are just normal human beings who are very forgetful...

    the weird thing is when we forget our best friend during school...huh,that was too hard to forget our friend who was always with us in our past times,did activities together,laugh together,share the same hobbies,interest,gossips about others,happy together,cried together,broke the rule together,eat in same plate,share the same glass,share the same bed....ohhh,that's too much to be stated here...no secret among us and even can feel so lonely without her/him...maybe gf or bf,huh!!

    i'm sure some of us don't have bff like this,but it was really nice moment if we have this experience...some of people prefer not to believe their friends totally and like to be alone...some of them like to be friends with everyone without any bff,but for me,my personal opinion we should have at least one bff who understand us much and can always be with us either in triumph and disaster~


    suddenly i thought about my friends...miss you so much,please don't behave like childish and i love our friendship so much...it's hard for me to lose a friend like you and please remember our sweets and bitter moments together...although you already have your own choice,please just remember me,the one who ever become your best friends...please,don't forget about your friends especially the one who you are really close to before although you already have a gf/bf...at least,show that you never forget them such as send e-mel once a month,text message,use social network such as facebook and wish their birthday......friendship forever!!!!!






    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...