nuffnang

    Showing posts with label sukabumi. Show all posts
    Showing posts with label sukabumi. Show all posts

    Thursday, June 7, 2012

    Water Rafting at Sukabumi

    Assalamualaikum......


    Hujung minggu lepas aku ada ikut beberapa senior ke program Bogor sempena satu program namanya JJCI....sorang-sorang je junior tapi tak kisah pun sebab dah lama nak rafting, tapi selalu tak sempat dan ada je aral melintang...aku tak rasa pun tu satu masalah sebab selama ni aku selalu je ikut program sorang-sorang, xde hal la...kita hidup tak payah nak ikut orang sangat kan, hidup kena ada prinsip sendiri....kalau asyik nak ikut orang sampai bila-bila pun kita takkan maju bergerak ke depan dan kembangkan bakat yang ada...diri sendiri jugak yang menyesal tapi tak boleh nak salahkan orang lain sebab kita yang buat keputusan untuk diri kita sendiri, tidak ada yang memaksa^^


    kali ni bila ada program aku pun beria nak pergi walaupun sebenarnya ingat tak dapat nak pergi sebab pagi sabtu tu kena pergi kelas practicum anatomy di Husada, tapi lepas ada perubahan pergi petang dapatlah aku ikut sekali..hehee :D kami bertolak pada petang sabtu dan malam tu pergi makan dekat wisata kuliner Bogor, ok itu nantikan next update yeah...kali ni aku nak share yang pasal pergi rafting tu saja dan malam kami menginap di satu cottage 




    inilah tempat kami menginap!



    cafe

    pagi-pagi tu kami breakfast dulu then main game sementara tunggu mereka datang jemout kita ke sana....mereka bawa dua angkut dan satu lori kecik, akulah orang yang beria lari nak nak lori kecik tu..hahaa...dah bosan naik angkut, hari-hari kat sini sebab tu nak try something lsin sikit...tapi kat sini angkut dia warna hijau dan biru terang...



    ok now we are ready to rock!!



    satu sampan ada 4-5 orang students dan ada sorang kang

     yeayy


     air masih tenang
     ni best ni!



    kat sini ada beberapa juram yang perlu kitorang hadapai...ada yang smooth saja takde apa-apa halangan dan ada yang berbatu-batu sampaikan kami terpaksa menggunakan segala tenaga untuk melepaskan diri..hahaa....ada dekat satu juram tu perahu kami penuhh dengan air dan kami stuck in the middle of the big rocks..hahaa...kelakar pun ada, aku sampai terjatuh dah, tapi takdelah sampai terkeluar..

     kami disuruh melompat dari atad ke bawah....ni beratur tunggu giliran...


    ni agak-agak berapa meter???dalam 3 kot tapi air tu agak dalam lebih kurang 6 meter....kalau tak pakai safety jacket memang tak berani la...berenang tu boleh tapi baru beginner tak berapa nak berani lagi..hahaa..


     mereka inilah yang ambil gambar ni semua....kasi kamera dekat diorang then diorang tolong ambilkan gambar...kita nak pegang memang basah habislah!

    ni nampak best!
     aku balik naik lori lagi sebab nak keringkan baju sementara sampai..hahaaa...tapi silap lak sebab kan dah tengahari jadi panas, huuhuhu...
     inilah lori tu....mesti orang ingat apa kan, pendatang asing ke tahanan ke..hahahaha...


     weeeeeeeeeeee...



    ok...this was my first time doing water rafting and i enjoyed it so much!!! 

    thanks for reading!!heee :)




    Monday, June 4, 2012

    katak bawah tempurung??

    Assalamualaikum........


    dah lama rasanya aku tak update blog, hahaaa...walaupun hanya 4 hari kan, tapi dalam masa 4 hari ni terlalu banyak perkara yang berlaku sama ada berlaku secara dirancang, senagaja dan tidak...ini juga merupakan entry pertama aku di bulan June 2012..hehee...aku ingat nak update blog setiap hari tapi itulah masa dan idea selalu tak sama...kekadang ada idea, tapi tak sempat nak tulis sebab exam ada program dan tak sempat nak update dan bila ada masa aku pulak takde idea nak tulis apa..hehee ^^




    terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni...cewahh!!hahaa....sebagai seorang student medic aku kena benar-benar urus masa sebab aku bukan hidup kat sini semata-mata nak belajar medic dan jadi doctor one fine day, no!! banyak lagi benda yang aku nak buat selain tu....aku kat sini nak perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni dan mencari redha Ilahi itu yang lebih utama sebenarnya.... aku ni seorang yang suka berkawan dan cuba something new especially challenging activities...jadi aku rasa join persatuan tu memang platform terbaik :D




    takdelah kita kat sini hanya di Jakarta semata-mata dan tak keluar pergi mana-mana...tak tahu dunia luar hanya bangun tidur pergi kampus menghadap modul, menghadap atlas anatomy, sherwood dan apa-apalah buku medic tak join apa-apa aktiviti dan cuti balik Malaysia....jadilah kita katak bawah tempurung kan..no!no!no!! bukan setakat katak bawah tempurung nanti jadi kera sumbang kita tak kenal orang orang pun tak kenal kita kan ada apa-apa masalah susah sendiri di perantauan ni haaa...
    gambar hiasan :)







    tetiba aku teringat lirik lagu aku maafkan kamu dari Jamal Abdillah " Ada teratak di hujung kampung. Bawah cermin kopak ada kotak. Tersembunyi dalamnya ada tempurung. Sembunyi bawahnya katak melalak" nampak???betapa tersoroknyaa engkau :p duduk kat situ melalak patploh tahun pun takde orang dengar sebab apa??kau sombong taknak kawan ngan orang...dahla duduk jauh dari orang, menyorok lagi bawah cermin bawah kotak dalam tempurung...huhuu...mendalam gak kan maksud dia....





    aku sebenarnya ada misi dan visi sendiri, tapi tak perlulah kot nak hebahkan kat semua orang...macam misi sekolah camtu dan sepatutnya setiap orang harus mempunyai misi dan visi mereka sendiri sebagai target apa yang kita nak capai dan apa yang kita kena buat untuk capai sesuatu tu...barulah rasa bermotivasi kan???visi kita nak jadi seorang doktor yang berjaya tapi apa yang kita buat untuk jadi yang berjaya tu??banyaaaak lagi benda yang perlu kita belajar dan perbaiki untuk sebab tu kita kena rajin...tak payah kot nak hebah satu dunia apa azam kita tiap-tiap tahun kalau azam dulu-dulu pun tak pernah satu habuk yang kita buat dan capai...




    contoh macam aku, memang tak dinafikan aku memang seorang yang suka membaca...dari kecik lagi suka membaca pantang tengok buku pasti nak baca tapi kalau nak bezakan apa yang kita baca dari kecik dulu sampai sekarang pasti beza kan....tetapkan macam tu je, kalau dulu baca novel cintan cintun alaf 21 tu tak habis-habis apa kata kita tukar baca sesuatu yang lebih berilmiah dan bermanfaat macam buku dan blog motivasi, buku-buku keagamaan ke takdelah sia-sia sangat kan...bukan tak boleh baca majalah ujang, cuma kita kurangkan :D




    p/s: semalam aku ikut program JJCI ke Bogor dan Sukabumi....nanti aku update yee..




    thanks for reading :*



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...