nuffnang

    Showing posts with label rehlah. Show all posts
    Showing posts with label rehlah. Show all posts

    Saturday, October 13, 2012

    Rehlah ke curug ngumpet, Bogor

    Assalamualaikum......


    minggu lepas kami pergi rehlah dekat bogor, mandi curug!!! dah cerita dekat post yang sebelumnya tapi saya  rasa tak lengkap kalau tak share beberapa gambar yang best dan cerita perjalanan kami...dari dulu lagi, kalau pergi mana-mana makan apa ke mesti nak share, sekarang ni je kurang...seminggu 1-2 entry je naik, sebab tak nak tulis entry yang merepek meraban yang langsung tak beri manfaat kepada pembaca, kalau nak diikutkan banyak benda nak share, tapi bila ditimbal balik mana yang tak patut tu letak dalam draf je..heheee...


    saya ni suka benda yang boleh dijadikan kenangan dan insyaAllah blog ni dah macam timeline kehidupan saya sejak dua tahun lepas dan benda yang saya post dekat blog ni adalah selari dengan kematangan saya dalam kehidupan (matanglah sangat lol) gitew!! saya bukanlah penulis/blogger tegar, cuma saya suka berkongsi, mana yang baik jadikan pedoman yang kurang tolong tegur saya..saya manusia biasa, tidak sempurna, perlukan nasihat dan teguran (^__^)



    hadaf rehlah 'kitalah' ini adalah untuk merapatkan ukhwah fillah bulatan gumbira kami...nama rehlah kitalah ni pun hanya kitorang fikir masa tengah main-main air kat sana...nama gabungan kunang-kunang dan salsabila telah digabung menjadi kitalah...jap kita tengok gambar jela ehh :)


    kami pagi-pagi lagi dalam pukul 6gerak naik busway depan citraland terus ke stesen cawang...lepas tu tunggu nak naik train dekat stasiun cawang...ok, ni kali kedua naik train di Indonesia, yang pertama naik yang best, siap bantal selimut lagi time pergi surabaya tu...tapi ni yang ala-ala ktm jugak dan kami berdiri je sepanjang hampir sejam perjalanan tu :)


     model stasiun cawang

     gerabak khusus wanita pun baru ada, baru je start 0ctober 2012...wahhh best!! barulah tak payah nak berhimpit dengan lelaki ke apa kan...dekat Malaysia lebih awal start la nampaknya...


     dekat stasiun...kat sini suka hati je nak lintas landasan tu, keselamatan agak kurang la..huhuuu

     kami dalam train...sempat lagi kan, tak kisah dah ada orang tengok ke tak...tapi time ni tak ramai sangat lagi orang...jap, dekat stesen tu saya ada satu kisah..mungkin kalau saya rajin nak cerita, tungguuuuu di post yang lain :)


     ok kami dah sampai di bogor!

    alhamdulillah, sampai je kat sini kami terus dapat sewa angkut untuk naik pergi ke curug...sebenarnya ada akak yang kenal dengan supir angkut ni, so senanglah kejenya...

    kami sebenarnya nak pergi curug nangka je, katanya kat situ best tapiii....bapak angkut ni offer kitorang untuk naik ke curug yang lebih tinggi dan best katanyaaaa...kami semua pun setuju dan ikut saja, tapi perjalana dalam angkut tu memang lama, hampir sejam setengah..wuwuwuuwuu...dalam hati fikir, kalau pergi curug yang dekat tadi pun ok jelaaa, padahal tadi beria nak yang lebih alami, best tak kira jauh ke tak..cakap tak serupa bikin..manusia memang macam ni :(



     alhamdulillah..sampai! curug ngumpet!!muka-muka excited..saya yang paling excited sebenarnya..hikss

     perjalanan yang penuh dengan batu-batu seperti kehidupan kita yang penuh dengan likut-liku...halangan dan cubaan selalu ada, hanya kita yang dapat menentukan sama ada kita nak buat ke tidak, yes or no!

     innocent me -,-  ya rabbi sejuk sangat airnyaaaaaaaaaaaa..sukaaaaaaaaaaa ^^


    kami :3


    kami dibekalkan dengan nasi lemak oleh akak-akak yang comel tu..heee, nasi lemak juga sedap!!dan sepanjang mandi-mandi tu kitorang ada buat performance macam pantun, nyanyi dan lakonan oleh kitorang...gelak ketawa sesama kita je, heee...tempat ni memang sangat sejuk, dingin..subhanallah! :D


    kami pulang dalam pukul 1lebih macam tu...akhirnya dapat jugak saya mandi air terjun sebab dah lama nak, walaupun tak dapat pun nak pergi betul-betul bawah tu sebab air sangat dalam dan kami dilarang..wuwuuwu...overall, alhamdulillah!! semuanya berjalan lancar dan harap sangat ukhwah yang kita bina ni bukan hanya biasa-biasa saja, ukhwah till jannah :)


    p/s: saya nak share video ni...muhasabah diri, betapa rasullullah sangat sayangkan umatnya..bagaimanakah kita?Allahurabbi  T_T


    Monday, October 8, 2012

    Hari minggu yang sungguh bermakna :)

    Assalamualaikum............


    hari minggu kali ni terasa sangat bermakna, ada 3 program yang aku lalui dan di tiga tempat yang berbeza...lepas je exam, malam tu ada daurah yang sangat best, kemudian sabtu pergi rehlah bersama adik-adik 2012 di monas dan hari ini ke bogor untuk rehlah dan mandi air terjun....Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan memberi banyak ilmu dan kenangan yang sumpah best dan sweet yang mungkin tak akan dapat kalau aku tidak memilih jalan ini :)



    sebenarnya aku ada berkira-kira untuk pergi main satu game ni, perancangan hanyalah setakat biasa-biasa saja tapi terbuat janji untuk pergi dengan seorang kakak yang aku hormati dan perasaan bersalah untuk mengatakan tidak tu sangat payah..yee, saya memang seorang yang agak payah untuk mengatakan tidak sebab takut orang berkecil hati, orang rasa nak marah dan apa-apa lagilah...banyak benda yang bermain di fikiran dan setelah membuat pertimbangan aku yakin aku telah buat pilihan yang terbaik :) mungkin game tu boleh main bila-bila masa lagi dan tak rugi apapun tapi ilmu yang aku nak dapat ni mungkin kali ni saja dan kalau tak pergi mesti menyesal...



    aku juga ada beria nak pergi mandi air terjun dekat bogor tapi alhamdulillah tak sangka aku pergi juga ke bogor hari ini dengan izin Allah tapi dengan orang yang berbeza...nampak tak kat situ, ya Allah aku dapat rasakan yang Allah tu memang maha penyayang dan maha mengetahui...perjalanan yang sungguh cepat macam jadi kartun dah membuatkan aku tetiba rasa malas nak tidur tapi ada sorang kawan ni, dia sangat sweet sebab dia cakap aku beruntung jadual hari minggu penuh dengan benda yang berfaedah sampaikan aku takde masa langsung untuk buang masa..comel kan??hati kembali mekar berbunga, ciyehh ^^



    mak aku selalu pesan, duduk tempat orang jaga diri baik-baik, jangan buat mende mende yang tak elok, bukan-bukan dan pilihlah kawan yang baik....istilah kawan hanya datang time senang je lepas tu time susah semua lari tu adalah istilah bagi orang orang yang bersahabat dengan orang yang salah, salah pilih kawan...orang yang hanya nak berdamping dengan kita di saat kita gembira, berjaya, banyak wang, popular dan sebagainya...lepas kita ada masalah, mengalami zaman kejatuhan, semua kawan kutuk dari belakang, langsung tak pandang kita..itulah kawan yang salah...




    “Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
    kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
    ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”




    waktu kita sedih ada yang menceriakan, waktu susah ada yang bantu, waktu kusut ada yang bantu leraikan...ingatkan kita tentang Allah, alam akhirat, syurga, mengajak kita buat benda baik adalah sahabat yang baik..berdampingan dengan sahabat sebegini secara tidak langsung akan membuatkan kita menjadi seorang yang lebih baik daripada kita yang sebelumnya, menjadikan diri kita secara perlahan-lahan akan menukar cara dan perwatakan kita...bukan kerana terpaksa, dipaksa tetapi secara ikhlas, ikhlas lillahi ta'ala :D



    Aku minta dengan Allah supaya aku dapat kawan-kawan yang baik, tepi aku dapat lebih dari itu...subhanallah!! Allah bukan setakat bagi aku kawan yang baik tetapi Allah bagi aku kefahaman tentang agama dan hidup yang lebih baik, lebih terjamin berbanding kehidupan dunia yang sementara penuh dengan permainan dan sandiwara...Allah kuatkan lagi hati aku dan buka minda aku untuk menerima kebenaran..ya Allah aku sangat bersyukur kerana aku mengenali tarbiyah di saat aku masih lagi muda, awal 20-an, masih bergelar mahasiswa belum bekerja dan menyibukkan diri dengan dunia serta masih sendiri, belum berdua..heee :D



    nampak tak??itulah yang aku maksudkan...aku ada tulis dekat twitter yang 'satu yang aku minta tapi banyaaak yang engkau beri' inilah apa yang aku maksudkan....syukur...syukur...syukur padaMu Ya Allah...aku sangat bersyukur sebab Allah masih sayang aku, masih bagi aku peluang dan ruang...perancangan Allah itu sungguh cantik dan tersusun, sejauh mana aku nak lari pun tak dapat, aku terikat dan tak boleh lari...natilah aku nak share pasal benda ni, insyaAllah...




    Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)

    Kunang-kunang + salsabila 

     rehlah makan-makan di Monas bersama kakak-kakak dan adik-adik :D


    Selepas program hold my hand


     dalam train...otw to bogor :)

    di curug ngumpet!

    daurah dan rehlah ni berjaya menyatukan dan merapatkan hubungan dan ukhwah sesama kitorang... alhamdulillah..semoga ukhwah dan ikatan yang terjalin ini akan kekal selamanya dan diredhaiNya, insyaAllah ^_^




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...