nuffnang

    Showing posts with label alam maya. Show all posts
    Showing posts with label alam maya. Show all posts

    Monday, January 16, 2012

    Aku masih mencari sesuatu

    Assalamualaikum.....


    sebenarnya tak tahu nak tulis dan mulakan dengan apa...aku sebenarnya masih mencari 'sesuatu' dan rasanya aku sudah ketemu dengan'sesuatu' itu...mungkin sukar untuk diluahkan, tapi biarkan hanya hati ini saja yang memendam...hancur luluh hatiku setelah dirobek-robek, tapi ini semua mungkin adalah petunjuk Allah kepadaku... mencari sesuatu yang boleh memberikan aku ketenangan hakiki tanpa perlu ada rasa resah gelisah dan ragu-ragu.


    sungguh dapat kulihat satu persatu benda tu datang padaaku....kekadang walaupun aku menolak ia jauh-jauh tak nak!!! tapi ia tetap datang padaku menarik-narik aku...bukan sekadar menarik jasadku tapi seluruh perasaanku...sehinggakan aku bertanya padaku mengapa aku begitu sombong untuk menolak tarikan dan ajakan itu...siapakah aku untuk sombong sebegitu???mungkin hanya makhluk kerdil yang langsung tidak membawa erti dan ketiadaanku juga langsung tidak dipedulikan..jadi aku ada atau tiada sama saja, kenapa masih nak pertikaikan semua itu..kenapaaa....



    melihat alam yang sebegini indah dapat memberi ketenangan (kredit)


    dan...ehem-ehem lepas ni mungkin dah takde entry jiwang-jiwang karat emo feeling lebih-lebih...cerita artis yang mungkin entah apa-apa yang langsung tidak memberi manfaat atau lirik lagu yang melalaikan...hurm, mungkin dulu post banyak pasal benda tu semua...korean drama, bola, kpop semua tu best tahu??best sangaaaaat!!! tapi apa faedahnya??? aku mungkin ingin menukar medium blog ini sebagai pusat penyebaran dakwah dan mungkin perkongsian rasa dan cerita, tapi bukanlah seperti dulu...namun aku masih lagi belajar dan belum cukup ilmu...


    kalau nak tunggu cukup sampai bila??ilmu Allah itu sungguh banyak dan apa yang kita dapat itu  hanya hanya mencedok seberapa dikit saja, kalau nak dibandingkan subhanallah, speechless!!tapi kita buatlah setakat mampu...sama jugak kalau kita nak tunggu kita betul-betul jadi baik  baru nak tutup aurat sempurna, jaga pergaulan, jaga diri..sampai bila??sampaaaai bila??


    mungkin bila kita dah dicabut nyawa tanpa kita sempat bertaubat?jadi kita buatlah sedikit demi sedikit, melangkah setapak demi setapak dan semoga langkahan kita terus menuju ke hadapan tanpa berundur... walaupun langkahan kita kecil dan sangat lambat sampai mengensot pun takpe yang penting ia sentiasa menuju kehadapan, tanamkan dalam diri untuk sampai ke penghujung dan jangan sesekali penat dan lelah sampai terkulai di tepi jalan atau berundur kembali...


    setelah join beberapa program, hatiku bagai diketuk-ketuk dan terasa dihiris bagai sembilu...air mata bercurahan mengenangkan kejahilan lampau...arhhh semuanya memang rasa nak nangis kalau dikenang, tapi biarlah ia menjadi memori yang pasti tidak akan diulang lagi...kita perlukan perubahan dan jangan takut untuk berubah...bersyukurlah kerana masih lagi diberikan peluang menerima hidayah dari-Nya..


    sebab tu orang cakap kisah ni semakin dikupas makin nak nangis tapi semakin nak nangis semakin sedap, namun untuk mengekalkan kesedapan itu mungkin payah....secara fitrahnya, semua manusia inginkan kepada kebaikan tapi kita masih melakukan kejahatan untuk menutup sisa-sisa masa lampau kita...masa lampau biarkan ia menjadi memori, ayuh kita buka buku baru...



    aku takut untuk berubah sebab ia mungkin bukan perkara kecil dan main-main...ia memerlukan kekuatan dalaman dan pergorbanan...semoga aku terus kuat ^^


    sila ketuk aku kalau aku lalai..thanks kawan-kawan :D






    Friday, April 29, 2011

    Berehat di alam maya untuk menghilangkan bosan dengan kehidupan dunia

    Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)

    Alhamdulillah syukur kita kepada nikmat Allah kerana dengan izin-Nya kita masih lagi boleh bernyawa di atas muka bumi pinjaman sementara ini...pernah tak korang rasa bosan atau tension dengan kesibukan tugasan harian sama ada sebagai pelajar, pekerja, mak, ayah , dengan kawan-kawan sekelas, serumah dan semualah...

    bagaimana korang menghilangkan rasa tersebut...adakah dengan makan 44 pinggan??tidur 24/7???atau memandu kereta selaju-lajunya atau terjun KBball(heeeeee..kidding!) atau rasa tak mau hidup dah atas dunia nih..huwaaaaaa...(T_T).. jangan begitu, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya..jangan ambil jalan mudah, minum racun, clorox, gantung diri, terjun bangunan dan sebagainya..itu semua hanyalah kerja-kerja mereka yang berfikiran sempit dan tidak matang...bertindaklah mengikut kewarasan akal, jangan hanya menurut hawa nafsu, semua tu hanyalah hasutan syaitan laknatullah!!

    setiap orang akan ada cara mereka tersendiri sama ada dengan berbincang dengan rakan, minta bantuan mereka bercakap dengan mereka yang kebih arif contohnya ibu bapa, pensyarah, ustaz-ustazah tau ibu bapa sendiri...selain itu, bagi saya sendiri saya lebih suka keluar berseorangan ke kedai-kedai, jalan-jalan tengok barang-barang atau saya lebih suka menghadap komputer sorang-sorang...singgah dan terjun ke alam maya dengan melihat video klip, atau cerita komedi seperti raja lawak untuk menghilangkan rasa stress dan bosan..
    semoga apa yang kita lakukan adalah dengan niat kerana ALLAH S.W.T..jadi kita akan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan..berfikirlah sebelum mengambil sebarang keputusan, jangan bertindak melulu...renung-renungkan dan selamat beramal..walllahua'lam :D


    P/S: entry berbentuk motivasi di pagi hari jumaat yang mulia...selamat hari jumaat!!bagi jejaka hensem dan kacak, jangan lupa solat jumaat taw, have a nice day!! *bagi yg belum vote sila vote, thanks ^^

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...