nuffnang

    Monday, June 29, 2015

    Kisah suatu malam di IGD ( emergency)

    Sambil menulis buku laporan jaga, aku tersengguk di meja. Terlalu penat barangkali.

    "Siti tidur aja sana, ntar kalau ada pasien anak gua bangunin" kata temanku.

    Aku lihat jam menunjukkan pukul 1.10 pagi. Aku masuk bilik ruang Koas dan tidur.di ruang itu terdapat 1katil single dan 1double Decker. Biasanya akan ada 4 Koas yang java pada tiap malam, jadi alternatif boleh tidur berdua atau tidur saja di atas kerusi di luar.

    "Siti, bangun ada pasien!"

    Aku bangun dan perhatikan jam di tangan menunjukkan pukul 2.30 pagi. Jadi aku baru sahaja tidur sejam 20 minit. Dalam mengantuk aku keluar. Ada patient post kejang usia 2 tahun berat 10kg.

    Anak nampak sakit sedang, badannya panas sekali. Selepas anamnesis ibunya, aku memasukkan ubat stesolid a.k.a diazepam 5mg lewat dubur anaknya dan duduk di kerusi.

    Tak lama kemudian datang sebuah van yang membawa 3 anak Muda usia dalam 20-an. Kata pemandu van itu dia dalam perjalanan menghantar barang dan ada anak muda yang separa sedar sedang memangku kawannya meminta tolong. Dia terus membawa mereka ke hospital.

    Seorang sudah meninggal di tempat kejadian dengan darah berlumuran keluar dari hidung mulut dan matanya manakala seorang tidal sedarkan diri muntah muntah. Sekarang lagi masih separa sedar, yang menahan van tadi. Dia hanya luka luka di bibir tangan dan kaki memberitahu mereka membonceng motor bertiga dan terlanggar sesuatu.

    Namun begitu dia kelihatan mabuk. Mungkin baru lepas minum alkohol barangkali. Kalau tidak pun, baru habis ambil dadah?

    Polis dihubungi supaya datang dan barang barang mereka dikumpul untuk dijadikan bahan bukti. Kami juga membantu menghubungi keluarga mereka terutama yang meninggal supaya segeea satang ke hospital. Dengan menggunakan handphone simati, ayahnya dapat dihubungi dan mereka segera datang.

    Kata ayahnya jam 9 malam tadi anaknya baru pulang dari berdagang bersama kakaknya kemudian dia minta izin  until keluar sebentar. Katanya anaknya tidak pernah keluar malam sampai jam 1 belum pulang. Sehinggalah mereka mendengar khabar buruk tersebut. Huhuu. Sedih juga mendengarnya...Anak yang masih Muda meninggal dalam keadaan penuh Tragis.

    Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi, oklah aku bersahur dahulu. Berbekalkan air putih dan roti. Ada abang perawat ajak beli makan di luar tapi aku hanya mau makan roti..heheheh. Xpernah lagi makan nasi bersahur setakat ni.


    Kemudian aku terlelap sebentar sehinggalah kawanku memberitahu ada patient yg nak di resusitasi. Aku segera bangun, dan tengok ada baby Bari lahir sianosis seluruh badan. Ya Allah gawat! Kata bidan anak itu baru lahir dan tak menangis.

    Waktu ibunya datang ke puskesmas ketubannya sudah pecah dan kepala bayi sudah menonjol.katanya juga tali pusat melilit dan apgar score cuma 3. Waduh. Aku periksa anaknya sejuk sekali. Dan pulse tetiba hilang. Cepat cepat aku resusitasi. CPR. Tak sia sia ikut bls. Heheheh.

    After few cycles, pasan ECG he got his pulse back! Suhu masih 35degree. Beri lampu dan intubasi. Did still xnafas spontan..namun disebabkan nicu penuh dia terpaksa dihantar ke rs lain.

    Banyak lagi patient lain, tp cukuplh setakat itu sahaja. Memang itulah yang harus ditempuhi oleh seorang doktor. Tidur tak cukup, kena decide buat keputusan dalam waktu singkat. Kena biasakan diri dari sekarang 😢😢



    Ni patient lain, xde kena mengena dengan kisah di atas. Adik ni respiratory distress.

    Ok till then.

    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...