Assalamualaikum..........
Nama saya jantung dan saya bekerja penuh taat setia kepada tuan saya semenjak di dalam kandungan sehinggalah dia meninggal dunia, kalau saya berhenti bekerja bermakna tamatlah riwayat hidup tuan saya...hebat kan saya???saya tak pernah curang dan buat kerja dengan penuh taat setia :D
secara umumnya badan saya ada 4 bahagian dan apa yang sangat istimewa tentang saya ialah saya boleh mengepam darah yang tidakberoksigen pada bahagian kanan badan saya dan beroksigen pada bahagian kiri saya tanpa bercampur pun!!! sebab kat tengah-tengah badan saya ada septum yang memisahkan bahagian kanan dan kiri jantung sekaligus memisahkan darah beroksigen dan tidak beroksigen...empat bahagian badan saya tu adalah atrium kanan, kiri dan ventrikel kanan kiri...antara atrium dan ventrikel tu ada atrioventrikular (AV) valve. kalau sebelah kanan saya nama dia trikuspid valve sebab ada tiga pintu dan belah kiri antara atrium dan ventrikel adalah katup bikuspid ataupun namanya mitral..ada dua katup semilunar iaitu semilunar pulmonal dan aorta terletak antara ventrikel dan ke trunkus pulmonalis dan aorta, japp awak blurr ehh..saya dengan tak malunya nak tunjuk badan saya...hehee
inilah badan sayaaa
badan saya bentuknya unik, kalau nak lukis pun susah sebenarnya..heheee....tapi sebenarnya saya pelik manusia sering menyatakan heart itu hati, padahal heart itu nama saya jantung!!! kalau hati tu liver..ermmm, tapi benda ni dah jadi kesalahan turun temurun saya pun tak faham dengan manusia...kalau diorang cakap sakit hati diorang tunjuk saya, tapi takkan nak cakap sakit jantung, ye dak? tu dah lain macam bunyinyaa...tapi itulah kekadang saya geram sebab diorang cakap nak lukis hati tapi sebenarnya bentuk hati bukan macam tu, tu bentuk jantung :'( tapi saya redha je dengan semua ni sebab hati tu kawan saya, kami sama-sama bekerja walaupun saya kekadang sedih walhal saya organ yang sangat penting dalam tubuh manusia...
apa lagi saya nak cerita tentang saya ek??hurm....saya biasanya berdegup cepat dan mengepam darah supaya semua sel-sel dalam tubuh tuan saya dapat oksigen, nutrisi, elektrolit yang sepatutnya dan saya juga tolong hantar sisa-sisa metabolisme tu ke organ ekskresi dan ke paru untuk dibuang...secara garis besar itulah sebenarnya kerja saya, angkut bahan yang diperlukan tubuh ke jaringan dan sel-sel yang memerlukan dan angkut lagi yang tidak diperlukan keluar tubuh...erm...erm...erm....
tapi tahap saya berdenyut tergantung kepada aktiviti tuan saya jugak, kalau dia lepas buat aktiviti macam lepas berlari atau apa-apa aktiviti kardio saya akan pam dengan laju untuk bantu hantar oksigen tu dengan cepat kalau tengah rilex tu kurang jela...kiranya denyut nadi tu bergantung kepada aktiviti saya mengepam jantung lebih kurang macam tula cerita dia...manusia kalau buat vigorous aktivity kan nak guna banyak oksigen, kiranya saya ni fleksible laa...normal saya berdegup 72 kali seminit dan boleh meningkat dan menurun tergantung kerja tuan saya...kalau nornal biasanya antara 60-100 kali seminit, luar dari range ni boleh dianggap kelainan... kalau kurang 60 tu namanya brachycardia, pam dengan lemah dan kalau dah lebih 100 tu nama dia tachycardia..
ada dua sistem sirkulasi sebenarnya yaitu sirkulasi sistemik iaitu antara jantung dan seluruh tubuh yang lain dan sirkulasi pulmonal iaitu antara jantung dan paru-paru....darah dari ventrikel kiri akan keluar melalui aorta dan menghantar darah beroksigen ke seluruh tubuh...darah akan melalui arteri besar, sedang dan kecil seterusnya ke kapiler darah di mana tempat pertukaran oksigen, nutrisi dengan karbon dioksida dan bahan tidak diperlukan masuk ke kapiler...kat sini jugak ada sistem limfe dan extracellular fluid tapi tu dah masuk cerita lain dah...kemudian dari kapiler masuk balik ke venule ke vena kecil, sedang dan besar terus ke vena cava superior masuk atrium kanan...kemudian, dara terus ke ventrikel kiri dan masuk ke paru balik sebelum masuk kembali darah beroksigen melalui vena pumonary...
wahhh apa pendapat anda tentang saya???agak complicated kan sistem saya keluar masuk darah tapi sungguh saya sangat bermakna kepada semua manusia di dunia...saya tak pernah penat bekerja seperti otot skeletal lain sebab saya ada masa refrakter yang panjang, sempat la saya nak rehat walaupun sekejap sebelum memulakan setiap siklus :D kalau dah tahu saya ni sangat penting pandai-pandailah jaga saya yee..heheee...haiipp!! jangan malas-malas untuk exercise terutama cardio exercise okeyy...ehh, penatlah saya bebel saya banyak tugas lagi ni, nak kene pam darah ni..hikhik....
ok, terima kasih sudi baca kisah hidup saya sehari-hari :)
p/s: ni salah satu cara nak study dan menghafal ^_^
No comments:
Post a Comment