Assalamualaikum...........
Jangan lupa bagi salam kalau jumpa orang tapi aku rasa jarang betul nak bagi salam jumpa je woiii!!!baik sikit haiii....susah ke nak bagi salam???kekadang rasa macam awkward jumpa kawan tepi jalan, dahla dia ala-ala rock sikit kan, Assalamualaikum Mat rock! heheee....tapi takut kata perli pulak kalau dia pegi kat kita tepuk belakang, woiii!! kat sini rupanya engkau pastu kita bagi la salam...kalau ada yang ok, takde hal tapi kang jumpa yang tak berapa nak faham keluar lagi fitnah....susah, hidup memang macam ni...nak kene jaga hati banyak orang tapi kalau dah macam tu kita sendiri yang susah sebenarnya....pandangan manusia saja yang nak kene fikir, pandangan Allah??? (T_T)
nama tajuk post pun aku jadi aku nak cerita sikiit je pasal diri aku kebelakangan ni.....awal-awal dulu aku banyak stress mana nak adapt dengan new environment, mana nak cari kawan yang best, selalu rasa diri hipokrit tapi dalam masa yang sama nak cuba jadi orang yang lebih baik...aku banyak nangis dulu sebab aku selalu dok fikir mende bukan-bukan....dahla duduk negara orang lepas tu aku keliru dengan perasaan dan apa yang aku nak sebenarnya, kekeliruan itu bertambah kusut sebab aku tak tahu apa yang terbaik untuk aku.....aku ni pemalu sikit susah nak cerita kat orang tapi tulis kat blog boleh pulak?? -,-'
heh, aku tak rasa pun semua orang yang baca ni faham dan aku tak harap pun korang faham....kalau ada yang faham diam-diam sudah tak payah nak bawak cerita dalam blog ni kehulu ke hilir, baca diam-dia sudah tapi kalau tak faham buat-buat je lah faham.......hahaaaa....ada satu blog setengah lagi nak habis first year, Alhamdulillah aku dah boleh adapt dengan suasana sekeliling, kenal kawan, manage time mana perlu mana tak, manage money takyah nak bazir beli mende yang tak berapa nak perlu dan aku sekarang malas nak fikir mende-mende yang tak sepatutnya pun aku fikir...mesti korang fikir aku ni complicated kan??lol !! aku ni budak simple saja, sangat innocent, pemalu kekadang tapi aku tak rasa perlu malu tak bertempat...
sekarang ni aku banyak lepak dengan kengkawan local, bebudak indonesia....pergi jogging sesama, lepak makan sesama dan study sesama...makin kerap pulak diorang datang ke kosan aku, kosan tu rumah sewa bagi yang tak tahu.....aku rasa aku selesa begini tak perlulah nak carik best friend sangat yang boleh kita ajak dia ke mana-mana sebab aku dulu selalu macam tu mesti ada best friend so that bila aku ada problem aku cerita kat dia, mana-mana aku nak pergi ajak dia dan semua benda yang aku buat dia tahu dan apa yang dia buat aku tahu...tapi aku rasa sekarang ni tak perlulah, dah hampir setahun aku macam ni dan aku rasa aku dah selesa macam ni sampailah habis study....aku harap bakal suami aku nanti boleh jadi bestfriend aku yang terbaik, boleh dengar keluh kesah aku tapi dalam masa yang sama boleh bagi motivasi kat aku...boleh jadi peneman ke mana saja aku nak pergi, heh apa aku merepek ni -,-
aku rasa tu dah jadi lumrah alam, kawan beribu kita boleh ada tapi semuanya datang dan pergi....masing-masing ada tugas dan komitmen masing-masing...kalau kau asyik nak ikut kawan tak hiduplah, bawalah haluan sendiri tapi janganlah lupakan kawan....maksud aku jangan terlalu bergantung pada kawan cubalah berdikari sikit!!! bersikap tegas dan pandai buat keputusan sendiri dah besar kot...huhuuu...kau nak lepas kau ikut geng lepak, nak shopping ikut yang nak shopping, nak jogging ikut yang suka jogging dan nak pegi usrah pun ikut yang pergi usrah...that's life!!! untung sangat kalau kawan-kawan kau suka buat semua benda yang kau suka, susah kan......sebab tu kita kene pandai bawak diri jangan sampai jatuh, tergelincir dan rebah...banyakkan kawan, kurangkan lawan :D
aku ni banyak minat mende-mende pelik, padahal takdelah pelik mana pun tapi aku tak jumpa kawan kat sini yang suka semua benda yang aku suka.......hahaaaa...sebab tu aku kene jadi macam apa yang aku dah tulis tadi, aku minat tengok bola tapi takde geng!! kalau ada pun lelaki buat apa, orang nak layan bola kat rumah sambil kunyah keropok baru best...aku suka tulis blog so aku carik kawan yang suka blog jugak boleh borak-borak pasal blog...blog cikai tak sememeh pun bukan aku kisah, hehee...aku suka martial art rindu gilaa nak bersilat tapi yang harapan jela kat sini kan :'( lepas tu aku suka mende yang mencabar, macam outdoor activities...swimming, hiking, mende-mende camtu laa...dalam masa yang sama aku nak je perbaiki diri jadi seseorang yang lebih baik, join program-program islamik...ada tak kawan yang suka buat semua benda yang aku suka seperti di atas, ada tak??? jom jadik BFF, takde la aku ni forever alone..heheee....
aku tadi nak tulis dua perenggan je tapi dah panjang lebar aku merepek pun aku tak tahulah apa aku tulis ni...malam tadi lepas masak mee goreng aku tertido pukul 3.30 pagi aku terbangun, buat tahajjud sekejap lepas tu harap nak study laa...lepas tu aku rasa nak tulis blog kejap dan harapan agar lepas ni aku boleh study, petang ni aku ada exam practicum, esok integrasi dan jumaat skill lab..woohoo...next week lak everyday aku exam, doakan aku ye!!!doakan aku supaya rajin dan apa yang aku baca tu boleh melekat jangan nak ingat mende lain sangat....tajuk pun aku memanglah aku cerita pasal aku, itulah saja yang aku nak tulis, lama lak tak buat sesi curhat..hahaa :p
p/s: Dalam kepala ingat nak balik dah ni haaa...btw hujung Julai aku balik Malaysia :D
Way seputih II, Tanjung Duren Selatan, Jakarta Barat
12/06/12
4.15 pagi
1 comment:
dni lagi sedih .... semua kawan dni tinggalkan kat semenanjung tu.. sobsss
Post a Comment