it was an unplanned trip!
semasa hari kemerdekaan indonesia yang lepas, kami semua cuti dan tidak perlu ke rumah sakit. pada awalnya kami hanya bercadang ke kota bandung seperti jalan braga, cihampelas walk dll...tapi alang-alang dah sewa kereta, jom kita ke lembang! kata seorang kawan...memang sudden habis punya plan, dengan bantuan google maps alhamdulillah kami berjaya tiba di dusun bambu setelah hampir sejam lebih perjalanan.
awalnya tengok, wow! ramainya orang beratur untuk masuk, biasalah hari cuti umum kan...kereta dan bus penuh di tempat parkir,
tengok tu, beratur panjang habis...untuk beli tiket dan menunggu angkut membawa kami ke atas..
setelah menunggu beberapa ketika kami naik angkut dan sampai di atas, ingatkan jauh tapi rupanya tidaklah begitu jauh kalau nak berjalan pun boleh juga.
the uniqueness of dusun bambu. dia macam sarang burung yang besar, boleh makan2 kat dalam tu...
lawa tempat ni, tapi crowded, ramai orang.
naik kereta api sat nak gi pusing pusing..ahahaha...
taman bunga dengan bunga yang pelbagai warna, cantik2 :)
kat dalam pondok-pondok tu pun boleh makan...uniknya juga, naik perahu dulu kemudian perahu akan hantar untuk makan-makan di pondok tersebut...macam biasa, harganya pasti berlipat kali ganda dari biasa...kami tumpang ambik gambar jela ya :P
with kak nad :)
after dah pusing-pusing semua tempat, kami balik dan makan di mall...hahahah....tak mampu nak makan kat situ, mahal sangat harganya...biasalah kami anak-anak koas kenala berjimat :D
OK TILL THEN.
next time kalau rajin diriku update lagi.
thanks for reading! :)