nuffnang

    Wednesday, July 23, 2014

    balik Raya 2014 dan program tanzim

    Bismillah.

    Assalamualaikum...nak throwback sikit kisah balik raya

    17 July 2014

    Balik raya haritu sebenarnya first time jejak KLIA2. Yelah nama pun baru beberapa bulan beroperasi...tapi sebab sampai pun macam dah agak lewat, janji nak bukak puasa dengan kakak dan abang, depa keje area sini...abang kat subang, akak pula dekat cyberjaya...tapi la ni da tukar cawangan KL pulak..tak sempat explore apa pun, sampai ambil bagasi langsung ambik klia transit.

    Tapi nak dijadikan cerita, aku terlepas stesen putrajaya..ya Allah..sebenarnya salah faham, dengar dah announcement next station putrajaya n time tu memang tgh berhenti, aku ingat next tu yang depan lagi. Pastu tanya orang putrajaya depan lagi ke? Dia angguk je...hukaloh..😧 so aku tak turun. Terpaksalah pusing gi kl central balik dan kembali kesitu semula..hmmm, nak wat ccmne..tersalah bukannya naik hari2...


    Kak long pulak marah kata aku tido, bukannya tidur..wuwuwuu..tapi alhamdulillah selamat sampai sebelum maghrib...dorang da beli air, makanan belum sebab aku kata nak makan berat lepas solat...tapi murah rezeki kami, ada makcik buat doa selamat dan agihkan makanan pada orang berbuka. So dapatlah makan free berbuka haritu 😘

    Lepas berbuka dan solat maghrib, kitorang plan nak berjalan kapan dekat alamanda. So pergilah lepak situ pusing2 masuk kedai macam macam. Banyak jugak orang jual kuih raya, nak raya katakan. Yang tak boleh blah abang aku kata dia kena war time to jugak. Ingat war apa, rupanya game -_-"



    kat tengah2 alamanda...macam da kat kampung nak beraya


    Lepas jalan2 ingat nak lepak minum kopi old town sat, tapi dah tutup...awal benar tutupnya so kitorang plan nak balik je...utk menjimatkan duit pengangkutan kami naik Bas je...dahla bawa beg besar, lantak la kan..haha...dalam bus tu jumpa kawan sekerja Kak long n mintak tolong dia bawakan  beg sampai ke bilik...orang dari bangladesh, tak pandai cakap melayu, speaking ajela...belikan diorang air kotak soya, tapi xnam ambik pula, dia kata tolong ikhlas..baiknya lahai :)

    Duduk dalam bilik sat Kak long ajak pi swimming, padahal dah lambat time tu...u know me, suka sesangat swimming so apa lagi...dahla takde orang, lepas gian swim lelama...Hehee...time tu macam da pkul 10 lebih da, n ada sekumpulan lelaki dalam 4 org cmtu nak datang swimming. Pak guard kata tak  boleh da,last pkul 10. Pastu Dengar dorang bebel2 pempuan berdua tu boleh pulak..hihii...


    18 July

    esoknya kitorang bangun sahur dan solat subuh macam biasa....aku rasa mengantuk sangat dan nak tidur tapi kak long ajak berbual2 dan dia tak boleh tidur...last sekali dalam pukul 7 macam tu dia ajak pegi swimming lagi...aku apalagi on ajelah..



    keadaan swimming pool...memang bersih dan takde orang :)


    petang tu kak long nak gerak pergi rumah pak cik dekat klang sebab dia cuti dua hari dan aku dah nak pergi tempat program dekat masjid salak tinggi.so kitorang naik bus dan erl transit sesama dan berpisah di kl central...panjang jugak perjalanan kami nak pergi, awalnya kami naik train turun stesen nilai. lepas tu ingat nak ambik teksi langsung ke tempat, tapi tunggu punya tunggu teksi tak ada, kemudian naik bus yang menghala ke salak tinggi...sebab bus tu tak lalu betul2 dekat tempat program, maka kami ambil teksi ke sana..alhamdulillah sampai :)


    malam tu berkenalan dengan team SPSL dan mereka2 yang hebat dari tempat yang lain. kemudian kami tidur bersama dan yang best dapat iktiqaf dekat masjid, join qiam berjemaah...alhamdulillah, dahla dalam 10malam terakhir ^_^ 


    19-20 July

    kami bergerak pagi2 ke masjid KLIA. banyak benda dapat kat sini, dapat pengalaman baru, kawan baru, ilmu baru...insya Allah semoga kefahaman juga bertambah dan dapat jadi lebih matang...pengisian juga sangat2 best, alhamdulillah dan malam tu sekali lagi dapat iktiqaf di masjid KLIA...


    masjid KLIA yang tersergam indah ^^


    selepas tamat program, ada sister yang hantar pegi airport...kali ni naik MAS so naik dekat KLIA la...time ni mas ada promo rm79 oklah dari naik bas rm50++ lepas tu lama pulak perjalananya...sampai je di terengganu mak su datang ambil dengan ayah su dan kitorang berbuka di rumah :) sebelum tu singgah bazar ramadhan dulu, my first bazar ramadhan for this year...hehee...dekat indonesia mana ada bazar macam ni, paling pun diorang jual kuih2 dan air tepi jalan...malaysia sangatlah mewah, bulan puasa bukan dapat berjimat/kurus tapi terbalik...nafsu tinggi betul bila ke bazar, semua benda nak beli end up tak makan pun dan membazir :(


    itulah kisah balik raya tahun ni, kalau rajin insya Allah nak tulis kisah hari raya...hihii...makin lama makin malas nak update, pesanan sikit :


     "jaga diri, jaga iman, jaga amal"

    "berbuat baik jangan pernah ingat, ikhlaskanlah diri, 
    semoga Allah menganjari dengan pahala berlipat ganda" 


    :)




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...