Assalamualaikum.....
it has been a long time i didn't post anything here, exactly a month after i got my blog again :D
Banyak sangat benda yang berlaku sampai dah tak tahu nak mula tulis dari mana, nak tulis blog pasal apa...alhamdulillah nak kena cerita sikit yang saya baru je pindah rumah hampir 3 minggu yang lepas...dari way seputih 2 tinggal kosan (bilik sewa) ke tanjung duren dalam ( rumah ). kami tinggal seramai 11 orang bergabung dengan ahlul Raudhah yang dulu, insyaAllah duduk bersama orang-orang solehah :)
dalam rumah ni ada murabbi saya, ada usrahmate saya ^^ insyaAllah tiap-tiap malam lepas maghrib kami akan ada tazkirah, gilir-gilir dan setiap orang akan dapat turn menjadi ustazah pilihan :) kami masak dan makan ramai-ramai dalam dulang...kalau sebelum ni asyik makan kat rumah akak-akak je macam ni takpun kalau pergi daurah, tapi alhamdulillah sekarang tiap-tiap malam akan makan dalam dulang beramai-ramai...rasa sangat best perasaan itu, makan berbagi rasa. rumah ni 2 tingkat dan ada 4 bilik.
adalah kawan-kawan yang tanya duduk 1bilik berapa orang, tapi kami semua bilik semua orang boleh pakai takde istilah ni bilik awak ni bilik saya...ada bilik tidur, bilik almari pakaian, bilik solat, dan bilik untuk embak iron baju dan letak baju kat situ...semuanya kami share, sharing is caring rite :) duduk dalam satu rumah macam ni banyak benda kita belajar, belajar untuk berlapang dada dengan semua orang, belajar untuk berbagi apa saja walaupun sedikit dan belajar untuk mementingkan orang lain berbanding diri sendiri (itsar).
saya ni memang jenis yang suka duduk ramai-ramai suka buat benda ber'geng'... tak berapa nak gemar duduk sorang-sorang sebab nanti rasa bosan dan galau sorang diri..hehee...kalau dulu duduk kosan banyak benda yang saya boleh buat tanpa ada orang lain nak tengok....suka hati kitalah nak buat apa, tengok movie ke, tengok video ke, nak tido tak sedarkan diri je, apa sajalah...
kalau duduk ramai-ramai ni kita selalu ada orang sekeliling kita, takde masa untuk buat semua benda tu....boleh je nak buat, tapi kita faham kenapa kita tak boleh buat...bila tengok orang rajin study kita pun nak jadi rajin, bila orang rajin baca quran pun kasi semangat untuk kita lebih rajin lagi baca quran....insyaAllah tiap-tiap waktu solat berjemaah di awal waktu, baca al-mathurat sama-sama...alhamdulillah ya Allah terima kasih kerana mengurniakan sahabat dan ahli rumah yang baik...sama-sama nak cari redha Allah, insyaAllah :)
hannah maksud dia kasih sayang...semoga kami semua dapat hidup dan berkasih sayang dalam rumah ini kerana Allah...
"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhamu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam surgaKu"
(QS Al-Fajr :27-30)