nuffnang

    Showing posts with label malaysia. Show all posts
    Showing posts with label malaysia. Show all posts

    Saturday, January 3, 2015

    cuti singkat akhir tahun dan post pertama 2015

    Assalamualaikum.

    alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

    its 2015!!! sekejap je rasanya. pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru lagi, hmmm...umu pun dah nak cecah 24. opss, tua sangat rasanya, umur makin memendek sebenarnya, lilin kehidupan semakin memendek, makin dekat kita dengan kematian.


    sepanjang 2014 terlalu banyak perkara yang berlaku sebenarnya, kalau tengok dari dunia macam-macam hal terjadi...orang islam kat syria, gaza, mesir melalui saat-saat gentir menentang kejahatan demi Islam. subhanallah. kalau tengok di malaysia pula macam-macam hal berlaku, dengan flight MH370 yang masih lagi hilang tanpa khabar berita, MH17 yang ditembak dan terbaru pesawat air asia indonesia QZ8501 jatuh ke laut, sewaktu post ini ditulis pihak berwajib masih lagi mengumpulkan mayat-mayang mangsa di sekitar pulau belitung....sekarang ni pulak masih lagi berlaku banjir di pantai timur terutamanya..kalau tengok di kuala krai dan manik urai sedih sungguh rasanya, ada yang langsung hilang rumah..huhuu...


    untuk aku sendiri, ada juga tragedi kena pukau rp8 juta rupiah. pengalaman yang takkan aku lupakan dalam hidup...yang berlalu biarkan berlalu...tapi ada juga pencapaian aku untuk 2014 ni, alhamdulillah baru je dapat lesen. gembiranya bukan kepalang! bukan apa dahla cuti sedikit dan aku hanya ada 5 hari untuk datang kelas dan langsung ambil test JPJ.orang lain minimum ambil sebulan kot, advance terlebih...huuu...walaupun tak berapa reti bawak, tapi aku dengan gigihnya belajar dan focus dan Allah permudahkan :)


    tahun ni jugak aku balik malaysia paling banyak sepanjang 4 tahun belajar di jakarta iaitu 3 kali setahun, biasanya balik 2 kali je setahun, waktu cuti semester...bulan 12 biasanya aku akan travel dalam indonesia dan pergi program. macam tahun 2011 aku dah pergi surabaya, travel naik gunung bromo dan pergi malang, pergi hamka dan permai... 2012 pergi sekitar puncak dan bogor, dan pergi hamka juga di puncak...untuk 2013 pergi ke oasis dan jalan2 di jogja, pergi naik gunung merapi dan candi-candi. tapi Alhamdulillah Allah sampaikan aku di malaysia.hiks.


    bulan 2 haritu balik untuk buat lesen, tapi sempat ikut kelas KPP dan buat L je.tak sempat test sebab cikgu kata  lesen L kena matang sebulan baru boleh test. lepas tu balik september, time raya kengkonon dan test, tapi cikgu cuti seminggu sebelum dan seminggu selepas raya, sama dengan cuti aku...time tu cuti sekejap sebab ada osce. jalan pun sibuk sangat-sangat time raya, tapi alhamdulillah kali ni walaupun balik sekejap juga, 2 minggu seminggu pertama direct pergi tempat buat lesen. flight dari jakarta sabtu malam, stay overnight di klia2, esoknya balik terengganu tapi flight delay sampai di airport terengganu pukul 6.30 petang. esoknya hari isnin baru call cikgu cakap nak pergi belajar memandu dan test, cikgu langsung booking tarikh haritu jugak. cikgu kata esok jumpa untuk ambil lesen L, pergi renew dan langsung ke kelas memandu.


    aku dahla pernah bawak sekali je kereta time buat L, tapi gaya confident tinggi betul! cikgu kata awak boleh bawak kereta? aku cakap, bolehla sikit2. padahal, memang xpandai!!! sebab nak yakinkan cikgu aku dapat buat dalam masa seminggu :P datang first day langsung belajar semua benda tapi aku terkejut jugakla bila cikgu cakap sekarang ni format dah lain sikit, ada RPK (rutin pemeriksaaan kereta), RSM(rutin sebelum memandu), lepas tu ada tambahan kena lalu litar bentuk z dan s.bayaran pun bertambah!tapi kalau tak buat sekarang, nanti lagi susah, lagi ada banyak tambahan lain lagi.

    so, selasa, rabu, khamis, jumaat sabtu aku pergi kelas. selasa rabu khamis sesi pagi petang, hari jumaat pagi je dan hari sabtu pagi belajar kejap lepas tu ada QTI dan petang belajar kejap. time QTI aku aku langgar benteng time buat pusingan z. memang sedih betul rasanya, huhuuuu...pagi2 nak pergi test cikgu cakap dalam kereta nanti time dekat laluan z tu dia suruh aku brek dulu dan pusing kereta slowly sebab aku maybe salah sebab tangan aku xberapa cepat untuk pusing stereng. alhamdulillah teknik tu menjadi!

    ahad tu punyalah berdebar, aku punya turn no.19. cikgu bagi kunci kereta siap2, kereta yang aku dah biasa pakai waktu practise....cikgu takde pun sebab dia ada hal kena bawa ayah dia pergi ke bandar..awalnya kena buat RPK dan RSM dahulu, ada orang yang tak tahu kena langsung buat RSM dan dia fail langsung bahagian 2, tak sempat dah naik bukit parking apa semua. langsung ke jalan raya, bahagian 3. time buat tu lupa nak bagitau tayar simpanan. lepas tu menunggu untuk buat bukit tu punyalah berdebar sebab orang 1st dan second semua kandas dekat bukit. tapi lepas tu ramai je dapat..alhamdulillah dapat buat dengan baik cuma time parking sisi aku keluar balik dan cari penanda sebab tak yakin...

    so hari ahad dah lulus test lesen, hari isnin aku bawak ma dan adik2 ke rumah maksu dan teh...bawak balik sepupu dia nak datang rumah..hari selasa pergi hantar pakaian untuk mangsa banjir, bawak ma sekali dan nak hantar sepupu balik....kitorang singgah pasar malam dan beli makanan dan keropok ikan untuk bawak balik jakarta. hari rabu lesen siap! yeay! aku drive sendiri pegi ambil lesen kat tempat menunggu bus macam biasa, sampaikan depa cakap lesen tak dapat dah drive sendiri..hihiii...hari khamis aku drive ke kampung buluh, awalnya nak settlekan urusan adik buka akaun bank tapi cip mykad dia tak menjadi pulak, so bawak abah jugak pergi bank, beli barang2 buat kek coklat dan kek batik.sambut bday ma dan abah kecik-kecik.




    lesen baru..heheee


    jumaat, pepagi lagi kemas rumah, basuh baju2 dan masak nasi dagang! my all time feveret :) packing barang siap2 dan pergi airport. tengok! singkat tak singkat cuti kali ni, naik flight malindo turun di subang. kecik je flight...alhamdulillah 7.40pm selamat tiba di subang dan langsung ke klanf, pak sedara ambil. now stilll kat klang tengah menaip. plan nak pergi rumah kak long, tapi tak jadi suruh dia je datang sini supaya senang nanti suruh pakcik je hantar kat airport. flight balik jakarta pukul 7.50 pagi...tetiba bila kita dah beli tiket baru cakap ada kuliah pukul 7.30. lantaklah ye..mujur kuliah je...huuuu...
    pemandangan senja dari atas...subahanallah amazing :3


    isnin balik jakarta, langsung kena pergi print makalah untuk hantar...selasa pbl 3, rabu pbl 4, jumaat integrasi 1 dan sabtu pleno. ohhh apa benda pun belum study ni untuk inte 1 :O sebenarnya tengah buat makalah tapi terasa macam nak menulis sesuatu tentang lesen sebenarnya..heeee..


    ok thats the end of my 2014 and my short holiday!


    semoga 2015 memberi sinar baru.
    nak kena jadi better dari segala benda, pencapaian diri, akhlak dll.
    nak cepat2 lulus, koas dan grad dari ukrida, insya Allah.


    sesaja try baju sekolah baru adik...memang nampak macam budak semolah kan? no wonder orang ingat aku still budak sekolah padahal dah 6 tahun tinggalkan sekolah.


    ^^


    Friday, April 27, 2012

    demo yang tak habis-habis dan pembunuhan warga negara Indonesia di Port Dickson??

    Assalamualaikum......

    pagi-pagi hari nak pergi exam tadi aku dapat beberapa bbm dan sms yang berbunyi

    Rentetan isu penembakan WNI (Warga negara Indonesia) di PD, saya memohon perhatian semua pelajar Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan meningkatkan keselamatan diri masing-masing. mungkin wujud rasa tidak puas hati dan kemungkinan akan berlaku balas dendam. saya mohon kerjasama pelajar untuk menyebarkan berita ini secara halus kepada rakan2. terima kasih (pagi ini dijangka demo akan diadakan di kedutaan besar Malaysia Jakarta)

    fuh..fuh...fuh...isu apa pulak ni??apa tembak tembak ni??apa demo-demo ni??sama jee negara Malaysia ke Indonesia kee, sukaaa sangat dengan demo nih...tak habis-habis dengan demo...aku  kat sini tak sampai lagi setahun tapi macam-macam demo dah ada (itupun yang aku tahulah, yang tak tahu tu entahla kan) ada pasal yang Ukrida nak buat hospital tu tapi orang yang tinggal dekat kawasan setinggan tu tak nak pindah demo bakar bas apa semua...lepas tu dah ada demo dekat kedutaan Malaysia pasal apa pun tak ingat dah...dan yang aku ingat demo tentang BBM (bahan bakar minyak) yang nak naik tu...Malaysia pun sama!!! demo nak hapus PTPTN, nak bersih, bebas mahasiswa.......aduiiii....demo lagi dan lagiii...



    pada pendapat aku sebenarnya demo ni banyak keburukan berbanding kebaikannya...memang betul nak memperjuangkan sesuatu benda tu kena semangat!!! tapi cuba lihat ada berapa orang yang cedera????berapa banyak harta benda persendirian dan kerajaan yang musnah??berapa banyak kerugian???penat, lelah!!buang masa!! perusahaan kedai apa semua turut terjejas...lepas tu timbul pergaduhan, pukul memukul, rosak merosakkan....jap apa keuntungan dia??mungkin pihak atasan akan buka mata, tapi takkan semua benda nak cetuskan demo??takde ke cara lain yang lebih relevan, selamat dan boleh memberi keuntungan kepada semua pihak???aku takde nak sokong mana-mana pun tapi walaupun aku hanya jadi pemerhati, baca komen-komen, tweet dan semua media...tapi aku juga jadi pemikir, memikirkan tentang isu ini, kenapa dan mengapa???-,-



    ohhh, ok pasal pembunuhan tu sebenarnya pagi ni baru aku dengar pasal ni....tapi itulah, apa sebenarnya kisah pembunuhan ni??kena tahu dulu betul ke ini pembunuhan dan kenapa mereka dibunuh??kena siasat dulu betul-betul jangan serkup jarang cakap WNI dibunuh di Malaysia terus nak buat demo kan??kena tahu kebenarnnya dulu....tapi aku tak rasa pun ada demo pasal ni, cuma langkah berjaga-jaga je mereka suruh ambil...bila aku google aku jumpalah berita media Indonesia pasal ni...


    Foto: Getty Images

    menurut beberapa sumber yang aku baca, diorang mengatakan TKI (Tenaga kerja Indonesia) yang bekerja di Malaysia dibunuh untuk diambil organ dalaman mereka...biar betul???organ dalaman WNI ini diambil dan dilakukan penjualan organ tubuh...ni aku dapat dari media Indonesia...sebenarnya mereka hanya menduga, dan siasatan masih dijalankan.....


    Pasalnya semua yang beredar ke publik, utamanya terkait dengan penjualan organ masih sebatas dugaan, belum ada hasil penyelidikan resmi. 
    “Yang ada sekarang kan semua masih dugaan. Otopsi harus ada, karena prosedur. Namun jangan seolah-olah diambil untuk diperdagangkan,itu harus dibuktikan terlebih dahulu. Karena belum jelas, jangan terlalu over react. Kita yang wajar saja dan jangan berdasar dugaan. Kan masih dugaan semua, kecuali sudah terbukti,” tandasnya. 




    Tiga orang warga negara Indonesia (WNI) yang menjadi Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia dikabarkan ditembak mati oleh polisi Malaysia, Senin (23/04/12). Ketiga TKI tersebut berasal dari Pancor Kopong, Pringasala Selatan, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat (NTB). 



    harap-harap semuanya okeeee sajeee....oh yaa exam blok 6 dah habis, minggu depan masuk blok 7..sungguh pantas masa berlalu, bilakah masa untuk berehat???setiap minggu exam, minggu 1 exam herr, minggu 2 exam integrasi1 minggu 3 exam skill lab dan minggu 4 exam skill lab praktikum dan integrasi 2 lagiii...habis blok 7 masuk blok 8 -,- ulang lagi siklus yang sama (lol siklus u! :P)   bilakah semua ini bakal berakhir???haaaahaaaa...sekarang baru rasa jadik budak medic kan, sem lepas kan banyak enjoy jeee...ni baru betoi punya!!!


    minggu depan ada event besar-besar punya!!!! MAFEST!!! haaaha, jom semua datang yeh!! kalau nak tahu MAFEST tu apa mehh usha fb page MAFEST, like okey!!heeee :D


    thanks for reading!!! :*


    P/S: tiga hari lagi aku dah duapuluhsatu.... :p


    Wednesday, February 8, 2012

    Balik kampung..ohhh...balik kampung

    Assalamualaikum........


    sape sekarang tengah cuti semester??put your hands up!!!heeee...saya sekarang tengah bercuti semester selama sebulan dan masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk pulang bercuti di kampung..kalau tidak bila lagi??kepada anda, anda dan anda yang sedang exam, masih ada kelas bla2, selamat meneruskan perjuangan saya ucapkan, dan kepada yang tengah bercuti seperti saya, selamat berlibur saya ucapkan..heehe xD



    pagi semalam dalam pukul 6 lebih saya dan 2 lagi kawan bertolak dari rumah menuju ke Soekarno Hatta airport...pak cik teksi tu tak tahulah kenapa datang awal sangat, dia datang pukul 5 lagi, saya dah pesan teksi pukul 6..hadoii, bila ditanya dia cakap memang kalau nak pergi airport teksi akan datang awal...bagus jugak, tapi macam kesian je sebab dia tunggu dekat sejam lebih dahla pak cik dah agak berumur *ciri-ciri empati ada di sini..haha*


    breakfast dulu dengan nasi goreng.. thank you Haz!!! :D


    Farah dengan Haz, budak comel yang selalu menemaniku..bahahaha...diorang bangun awal, sempat masak nasi goreng, farah kejut pun dalam pukul 5.20 masa tu tinggal nak packing barang-barang terakhir jela...nasib baik semuanya ok saja :D


    Apa yang lawak ialah bila dah sampai dekat airport tu, turunkan barang dari teksi dan bayar, orang yang dekat situ tanya nak pergi mana, kitorang cakaplah Malaysia...pastu dia cakap ni terminal untuk domestik, kalau international kena pergi terminal dua...haaha, ok sangat lawak! nasib baik pakcik teksi tak blah lagi, kalau tak rugilah nak cari teksi lain...kitorang pun satu, tak usha dulu terminal mana main redah je!!



    couple of the day! wina and Ali :)


    ok beria Ali Husin suruh aku masukkan gambar ni dalam blog, kahkah...blog ni takdelah ramai sangat pun baca, bukan blog artis...tapi atas permintaan artis aku tetap akan masukkan gambar ni dalam blog cikai ni...ehem ehem ehem, kepada anda di luar sana yang rasa berkenan dekat Ali Husin ni bolehlah komen kat bawah ni ataupun kalau malu boleh emel dekat aku cakap nak berkenalan dengan Ali, nanti aku boleh settlekan...takpe, Ali ni mat romeo korang pasti tak akan menyesal punyaa..haaha.. *Ali jangan marah okeyh-JK =P




    my ticket :)



    Rajinkan mereka??ehem2....


    aku memang menggemari posisi di sebelah tingkap sebab aku suka sangat menikmati keindahan alam semasa berada di atas terutama bila lihat rumah-rumah, manusia dan kereta jadi kecil seperti semua..masing-masing melakukan tugas sendiri...kemudian lihat gunung ganang, laut dan awan...subhanallah!!!aku sungguh kagum dengan ciptaan Allah S.W.T yang cukup sempurna ini...walaupun dah banyak kali aku tengok benda sama tiap kali naik kapal terbang, tapi setiap kali aku akan rasa sangat teruja dan kagum...tadabur alam (^_^)v



    aku ada mengambil beberapa keping gambar tadi sepanjang perjalanan...

     masih lagi di Jakarta, baru berlepas :)



     saya di sebelah sayap lion air -,-'


    sukaaa sangat xD




     berada di atas awangan..Subhanallah, cantik!





    kalau kita dari bawah, dongak ke atas pemandangan macam ni kan...tapi ni dari atas ke bawah pun macam ni jugak...sukaa sangat gambar ni, ohh awan berkepul-kepul...


    dalam pukul 12.25 waktu Malaysia kami sampai di KLIA, alhamdulillah....pak cik dah tunggu dari awal, sebelum pukul 12 lagi kat balai ketibaan tu, dah bosan dengan sepupu sekali tunggu...huhuhu, diorang siap dah round kawasan dah...rasa kesina la pulak...




    nah bukti...heehe :P


    sekarang ni masih di Klang rumah pak cik, ok saya ada dua pak cik yang tinggal berjiran di sini, jadi tidur dua malam kat sini, satu malam satu rumah..esok baru balik Terengganu..yeayh!!tak sabar~



    p/s: sejak balik asyik makan je..hohoho


    Thursday, January 5, 2012

    dapat bungkusan dari Malaysia!! yeay :)

    Assalamualaikum.....



    Semalam aku dapat PM dekat facebook, akak yang ayah dia keje sekali ngan ayah aku...dia cakap mak ada kirim barang...eh??akak ni balik kampung?tak dengar cite pon...hari tu ada tanya dia, dia cakap dia tak balik sebab dah nak start coass bagai pastu sibuk..tup tup baru tau dia balik...


    aku pun dah dekat seminggu tak call mak dan tak tahu yang dia ada kirim barang...kalau ku tahu dia nak balik memang aku nak suruh la mak aku kirim sup bunjut, lada hitam dan adalah barang-barang nak masak yang tak ada kat sini...kekadang tu ada je, tapi mahalll..pastu mak aku cakap dia kirim keropok, oh sayang ma!! macam tau je anak dia kepingin nak keropok ikan...kat sini takde wehh!! ada keropok udang je -,-'


     nah 3 plastik keropok + milo


    dah lama tahu nak makan keropok ni, kat sini memang takde keropok camni..pelik jugak takde keropok ikan..ikan bilis pun mahal berlipat kali ganda..nanti balik luggage penuhkan dengan makanan dengan bahan masak je yee...ekekeke...skill memasak aku pun dah bertambah sekarang ni, *clap3 =D dan memang betul lah orang cakap, practice makes perfect..dulu memang aku fail gilaa nak masak sambal pun lambat, nak masuk garam banyak mana tak reti..sekarang ni main campak-campak apa yang aku rasa boleh masuk, jadi jugak...sedap pun sedap..lalalala ^^  milo kat sini pun mahal sebab import dari Malaysia, milo dari sini ada tapi xbest, rasa lain macam...huhuhu...


    nak dijadikan cerita, aku memang tak pernah pergi rumah akak tu...memang kitorang tinggal dalam kawasan sama, Tanjung Duren Selatan tapi agak jauh jugaklah...kali kedua aku tersesat nak cari jalan dan rumah...kali pertama masa nak pergi meeting PKPMI..berpusing-pusing aku carik jalan, dahla hujan tanya bebudak kecik tengah main hujan pun diorang blurr, tanya sorang maid yang lalu kat situ pun tak tahu...aku tak kehujanan, sebab aku bawak payung..heeehe...

    aku call akak tu, dia pun dah pening dengan location aku time tuh...taman ni jalan dia macam berpusing-pusing sikit, tapi kalau dah lama ok je sebenarnya..akhirnya jumpa jugak, fuh!alhamdulillah...dia duduk rumah kost, kira sewa bilik jelah..tapi takbole masak....lepas berborak tiga empat lima kata pasal belajar, life kat sini dan memacam lagi...dia kasi aku buku histologi ni..yippie!!



    kebetulan memang belajar tajuk ni, dan tadi baru lepas ujian praktikum histo....tak tahulah cemana,hohoho...

    untuk pengetahuan korang, aku dah book tiket balik Februari ni, 7feb dan datang balik 26Feb...cuti 3 minggu oklah, dari bebudak UGM yang hanya cuti seminggu...aku memang tak sabar dah ni nak balik, tak tahu kenapa..hahaha...padahal ada satu blok lagi sebelum habis semester 1..habis cuti ni masuk sem 2, erm..sekejap je kan masa berlalu, tup...tup dan habis sem 1 =D


    Kuharap 5 tahun yang bakal kuharungi ini sebentar, padahal lamaaaa...sabar jelah, kata nak jadi doktor ^^



    p/s: aku ingat mak cik ni sombong, rupanya dia tak pandai cakap Indonesia, dia tahu bahasa jawa je..patut tak jawab sepatah aku tanya, muka lak blurr...tak pasal2 aku dah cakap dia sombong, parah!! *nasib embak rumah aku bagitahu tadi*



    Friday, July 8, 2011

    buka hati, buka minda tepuk dada tanya selera

    Assalamualaikum....

    Setelah 5 hari aku berkampung di warisan sembilang resort and training centre untuk menyertai program transformasi mahasiswa anjuran biro tatanegara telah membuka banyak menyedarkan aku betapa bertuahnya aku lahir di bumi Malaysia yang tercinta ini..cewaah, ini adalah luahan hati dan perasaan yang tulus ikhlas dari aku tanpa paksaan sesiapapun...


    Sebelum menyertai kursus ini memang banyak tanggapan-tanggapan negatif dari pelbagai pihak yang menyatakan bahawa kursus BTN ini hanyalah popaganda pihak kerajaan dan untuk brainwash minda semua peserta agar menyokong mereka...begitu juga desas desus dan khabar angin dari pelbagai pihak dan sumber bahawa kursus BTN sangat stress serta memenatkan juga membuang masa..namun disebabkan kursus ini memang wajib maka kami semua kena pergi walau apa jua alasan sekalipun...

    Namun begitu, aku anggap kursus ini telah banyak memberi aku ilmu dan input-input yang selama ini ku langsung tidak ambil pusing dan hanya pandang sebelah mata sahaja...mungkin sebelum ini aku langsung tidak mengambil tahu tentang hal-hal politik kerana memang sepatutnya seorang pelajar, khususnya pelajar yang mendapat tajaan biasiswa seperti aku tidak boleh terlibat dengan semua ini...namun begitu, kursus ini telah menyedarkan aku betapa pentingnya politik, kuasa dan pentadbiran dalam menentukan dasar-dasar dan perancangan untuk memajukan negara tercapai dengan jayanya..


    sebelum ini juga aku hanya mempelajari sejarah tanpa benar-benar memahami mengapa kita perlu belajar semua perkara lampau itu..mungkin salah satu sebab pelajar tidak minat sejarah kerana mereka berfikiran sempit  seperti aku dan tidak mengambil iktibar daripada sejarah masa lampau serta belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja...setelah beberapa perbincangan, ceramah dan aktiviti yang dilakukan kini aku yang yang aku sememangnya perlu mencintai negara Malaysia yang hanya ada satu ini, tida dua dan tiada tiga...kalaulah negara kita ditakluk lagi, kemanakah halatuju kita???fikir-fikirkanlah..

    begitu juga dengan pergaduhan sesama sendiri serta perebutan kuasa yang kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri kian menjadi-jadi sekarang...pada pendapat aku sendiri, seandainya semua pihak saling menunding jari negara kita memang tidak boleh aman...engkau salahkan aku dan aku meletakkan kesalahan itu kepada orang yang lain, jadi siapa yang perlu bertanggungjawab??alih-alih semuanya seperti dua kali lima sahaja..aku mungkin masih budak hingusan untuk berbicara perkara seperti ini namun aku yakin bahawa aku sudah cukup matang untuk memikirkan perkara ini...

    setelah aku berfikir dalam-dalam dan menggunakan akal fikiran yang waras kurniaan Allah aku yakin bahawa semua perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya....jikalau anda betul-betul bijak dan pandai cuba renung-renungkan dan fikir-fikirkan sendiri adakah semua perkara yang ada cakap itu betul atau anda terpengaruh dengan pihak-pihak dan sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai??cubalah kita mengkaji semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan..aku rasa kini aku lebih berpatriotik dan mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi...

    Kitalah anak bangsa yang akan memajukan negara di masa hadapan...walaupun dah beribu kali aku mendengar lagu merdeka 30 ogos dan warisan namun bila dinyanyikan dengan penuh semangat serta pemahaman lirik yang mendalam, sememangnya ia memberi makna yang sungguh bererti...program penutup malam tadi sememangnya sangat best dan dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta =D

    cuba ubah persepsi dan pandangan kita bahawa kursus BTN adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan patriotik warganegara Malaysia...kursus ini walaupun memang penat, stress dan sebagainya namun berjaya membuatkan aku rasa akan tanggungjawab aku sebagai penggerak masa hadapan, insyallah..

    Hayatilah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu barulah kita mengerti erti kemerdekaan yang sebenar

     Best ice-cream

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...