nuffnang

    Showing posts with label cuti. Show all posts
    Showing posts with label cuti. Show all posts

    Saturday, January 3, 2015

    cuti singkat akhir tahun dan post pertama 2015

    Assalamualaikum.

    alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

    its 2015!!! sekejap je rasanya. pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru lagi, hmmm...umu pun dah nak cecah 24. opss, tua sangat rasanya, umur makin memendek sebenarnya, lilin kehidupan semakin memendek, makin dekat kita dengan kematian.


    sepanjang 2014 terlalu banyak perkara yang berlaku sebenarnya, kalau tengok dari dunia macam-macam hal terjadi...orang islam kat syria, gaza, mesir melalui saat-saat gentir menentang kejahatan demi Islam. subhanallah. kalau tengok di malaysia pula macam-macam hal berlaku, dengan flight MH370 yang masih lagi hilang tanpa khabar berita, MH17 yang ditembak dan terbaru pesawat air asia indonesia QZ8501 jatuh ke laut, sewaktu post ini ditulis pihak berwajib masih lagi mengumpulkan mayat-mayang mangsa di sekitar pulau belitung....sekarang ni pulak masih lagi berlaku banjir di pantai timur terutamanya..kalau tengok di kuala krai dan manik urai sedih sungguh rasanya, ada yang langsung hilang rumah..huhuu...


    untuk aku sendiri, ada juga tragedi kena pukau rp8 juta rupiah. pengalaman yang takkan aku lupakan dalam hidup...yang berlalu biarkan berlalu...tapi ada juga pencapaian aku untuk 2014 ni, alhamdulillah baru je dapat lesen. gembiranya bukan kepalang! bukan apa dahla cuti sedikit dan aku hanya ada 5 hari untuk datang kelas dan langsung ambil test JPJ.orang lain minimum ambil sebulan kot, advance terlebih...huuu...walaupun tak berapa reti bawak, tapi aku dengan gigihnya belajar dan focus dan Allah permudahkan :)


    tahun ni jugak aku balik malaysia paling banyak sepanjang 4 tahun belajar di jakarta iaitu 3 kali setahun, biasanya balik 2 kali je setahun, waktu cuti semester...bulan 12 biasanya aku akan travel dalam indonesia dan pergi program. macam tahun 2011 aku dah pergi surabaya, travel naik gunung bromo dan pergi malang, pergi hamka dan permai... 2012 pergi sekitar puncak dan bogor, dan pergi hamka juga di puncak...untuk 2013 pergi ke oasis dan jalan2 di jogja, pergi naik gunung merapi dan candi-candi. tapi Alhamdulillah Allah sampaikan aku di malaysia.hiks.


    bulan 2 haritu balik untuk buat lesen, tapi sempat ikut kelas KPP dan buat L je.tak sempat test sebab cikgu kata  lesen L kena matang sebulan baru boleh test. lepas tu balik september, time raya kengkonon dan test, tapi cikgu cuti seminggu sebelum dan seminggu selepas raya, sama dengan cuti aku...time tu cuti sekejap sebab ada osce. jalan pun sibuk sangat-sangat time raya, tapi alhamdulillah kali ni walaupun balik sekejap juga, 2 minggu seminggu pertama direct pergi tempat buat lesen. flight dari jakarta sabtu malam, stay overnight di klia2, esoknya balik terengganu tapi flight delay sampai di airport terengganu pukul 6.30 petang. esoknya hari isnin baru call cikgu cakap nak pergi belajar memandu dan test, cikgu langsung booking tarikh haritu jugak. cikgu kata esok jumpa untuk ambil lesen L, pergi renew dan langsung ke kelas memandu.


    aku dahla pernah bawak sekali je kereta time buat L, tapi gaya confident tinggi betul! cikgu kata awak boleh bawak kereta? aku cakap, bolehla sikit2. padahal, memang xpandai!!! sebab nak yakinkan cikgu aku dapat buat dalam masa seminggu :P datang first day langsung belajar semua benda tapi aku terkejut jugakla bila cikgu cakap sekarang ni format dah lain sikit, ada RPK (rutin pemeriksaaan kereta), RSM(rutin sebelum memandu), lepas tu ada tambahan kena lalu litar bentuk z dan s.bayaran pun bertambah!tapi kalau tak buat sekarang, nanti lagi susah, lagi ada banyak tambahan lain lagi.

    so, selasa, rabu, khamis, jumaat sabtu aku pergi kelas. selasa rabu khamis sesi pagi petang, hari jumaat pagi je dan hari sabtu pagi belajar kejap lepas tu ada QTI dan petang belajar kejap. time QTI aku aku langgar benteng time buat pusingan z. memang sedih betul rasanya, huhuuuu...pagi2 nak pergi test cikgu cakap dalam kereta nanti time dekat laluan z tu dia suruh aku brek dulu dan pusing kereta slowly sebab aku maybe salah sebab tangan aku xberapa cepat untuk pusing stereng. alhamdulillah teknik tu menjadi!

    ahad tu punyalah berdebar, aku punya turn no.19. cikgu bagi kunci kereta siap2, kereta yang aku dah biasa pakai waktu practise....cikgu takde pun sebab dia ada hal kena bawa ayah dia pergi ke bandar..awalnya kena buat RPK dan RSM dahulu, ada orang yang tak tahu kena langsung buat RSM dan dia fail langsung bahagian 2, tak sempat dah naik bukit parking apa semua. langsung ke jalan raya, bahagian 3. time buat tu lupa nak bagitau tayar simpanan. lepas tu menunggu untuk buat bukit tu punyalah berdebar sebab orang 1st dan second semua kandas dekat bukit. tapi lepas tu ramai je dapat..alhamdulillah dapat buat dengan baik cuma time parking sisi aku keluar balik dan cari penanda sebab tak yakin...

    so hari ahad dah lulus test lesen, hari isnin aku bawak ma dan adik2 ke rumah maksu dan teh...bawak balik sepupu dia nak datang rumah..hari selasa pergi hantar pakaian untuk mangsa banjir, bawak ma sekali dan nak hantar sepupu balik....kitorang singgah pasar malam dan beli makanan dan keropok ikan untuk bawak balik jakarta. hari rabu lesen siap! yeay! aku drive sendiri pegi ambil lesen kat tempat menunggu bus macam biasa, sampaikan depa cakap lesen tak dapat dah drive sendiri..hihiii...hari khamis aku drive ke kampung buluh, awalnya nak settlekan urusan adik buka akaun bank tapi cip mykad dia tak menjadi pulak, so bawak abah jugak pergi bank, beli barang2 buat kek coklat dan kek batik.sambut bday ma dan abah kecik-kecik.




    lesen baru..heheee


    jumaat, pepagi lagi kemas rumah, basuh baju2 dan masak nasi dagang! my all time feveret :) packing barang siap2 dan pergi airport. tengok! singkat tak singkat cuti kali ni, naik flight malindo turun di subang. kecik je flight...alhamdulillah 7.40pm selamat tiba di subang dan langsung ke klanf, pak sedara ambil. now stilll kat klang tengah menaip. plan nak pergi rumah kak long, tapi tak jadi suruh dia je datang sini supaya senang nanti suruh pakcik je hantar kat airport. flight balik jakarta pukul 7.50 pagi...tetiba bila kita dah beli tiket baru cakap ada kuliah pukul 7.30. lantaklah ye..mujur kuliah je...huuuu...
    pemandangan senja dari atas...subahanallah amazing :3


    isnin balik jakarta, langsung kena pergi print makalah untuk hantar...selasa pbl 3, rabu pbl 4, jumaat integrasi 1 dan sabtu pleno. ohhh apa benda pun belum study ni untuk inte 1 :O sebenarnya tengah buat makalah tapi terasa macam nak menulis sesuatu tentang lesen sebenarnya..heeee..


    ok thats the end of my 2014 and my short holiday!


    semoga 2015 memberi sinar baru.
    nak kena jadi better dari segala benda, pencapaian diri, akhlak dll.
    nak cepat2 lulus, koas dan grad dari ukrida, insya Allah.


    sesaja try baju sekolah baru adik...memang nampak macam budak semolah kan? no wonder orang ingat aku still budak sekolah padahal dah 6 tahun tinggalkan sekolah.


    ^^


    Monday, August 27, 2012

    cuti, raya, rumah terbuka, kenduri.....

    Assalamualaikum.....

    Sekarang sudah syawal ke-9 kan?? apa khabar semua?heheee...sekarang baru dapat nak corat coret sedikit, inipun update via blackberry je...hehe...amacam raya? Best? Ada cerita menarik?hohooo



    Raya tahun ni macam biasa saja masak lemang ketupat tapai..pasang langsir,ohh tahun ni tak dapat solat raya sebab satu saya lambat satu hal lagi masjid penuh dengan orang...takde tempat langsung nak duduk dan solat..ermm, ramai betul anak cucu yang pulang...tahun sebelum ni pun ramai jugak tapi takdelah sampai macam tu sekali...



    Rasanya cuti kali ni paling banyak aktiviti yng saya buat kranay takdelah duduk rumah sesaja makan tido tengok tv goyang  kaki kan.. saya join iftar alumni, jd fasi program, jadi panel forum, pergi wedding kwan, ziarah sanak sedara dan banyak lagi...duduk umah bsuh baju jmur lipat, kemas rumah dan memacam lagi..



    Nak update skit saja dan tkde gambar pn...nanti saya cerita lebih lagi ada gmbr pakai lappy best sikit...ok thanks for reading.. salam adilfitri!

    Saturday, July 21, 2012

    Marhaban yaaa Ramadhan :)

    Assalamualaikum.......


    Esok 1Ramadhan akan menjelma lagi dan seluruh umat Islam akan menunaikan tanggungjawab berpuasa di bulan ramadhan ni...Alhamdulillah dapat juga kita menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah ini pada tahun ini..entah tahun depan sempat ke tidak, siapa tahu ini mungkin ramadhan kita yang terakhir T_T



    semoga Ramadhan aku tahun ini akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya...semoga aku lebih rajin untuk menunaikan ibadah dan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat yang lain di bulan yang mulia ni...bukan senang nak datang bulan yang mulia ni, setahun sekali...selagi kita masih muda, masih mampu untuk buat..kita cuba buat, grab segala peluang yang ada, insyaAllah :D

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)


    Ramadhan datang untuk merawat hati-hati manusia....kalaulah kita perasan yang bulan Ramadhan je semua orang berlumba-lumba nak jadi baik, nak derma sana-sini buat majlis berbuka puasa dan sebagainya...lepas tu cakap tak boleh buat program hiburan sangat, hormati bulan Ramadhan, tak boleh mengumpat sebab puasa dan sebagainya...jap sape kata???kenapa bulan puasa je??? nampak tak fenomena rakyat kita yang menganggap bulan puasa ni sebagai musim biasa saja padahal sebenarnya semua benda tu tak kiralah bulan puasa ke tidak tetap tidak boleh buat....


    Nak buat baik bulan biasa pun ok, cuma mungkin Ramadhan ni lebihla ganjarannya...begitu juga dengan pusat-pusat hiburan yang ditutup pada bulan puasa, walhal benda tu tak sepatutnya wujud pun!! tutup selama-lamanya...Jangan anggap puasa ni sebagai musim, dia datang kita sambut dengan berpuasa dan berterawih, jadi baik bersopan santun semua namun bila Ramadhan pergi, kita punya pergi...hanyut bersama...jangan!!teruskan amalan tersebut dengan perbanyakkan baca AL-Quran dan solat sunat ^^


    "Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna....agar dapat kulalui dengan sempurna"


    Buat target apa nak buat sempena Ramadhan ni dan cuba sedaya upaya penuhi.....saya nak bangun qiam sebelum sahur dan terus untuk subuh...InsyaAllah cuba untuk istiqamah dan push diri, jadi kena tidur awal agar dapat bangun solat malam...jom!!! sama-samalah kita mencuba yang terbaik, insyaAllah :)








    Tuesday, February 15, 2011

    salam maulidur rasul

    salam maulidur rasul kepada semua (: hari ni cuti lagi dan tadi baru je lepas sambut bdayy kawan dekat taman..habis kami simbah air kopi + tepung..memang sangat best dan enjoy...tetiba teringat zaman sekolah dulu-dulu..memandangkan aku tinggal di asrama,tiap-tiap tahun akan ada perarakan sambutan ni...


    kami berjalan keliling sekolah dan siap buat pertandingan antara rumah lagi..barisan tercantik,costume,banner dan macam-macam la..masa kat sekolah pelong dulu, ada jugak buat sambutan dengan orang kampung ,dengar ceramah dan makan-makan...sungguh menarik,sempena hari ni marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan baginda nabi Muhammad s.a.w..terasa diri ini begitu lemah dan kerdil jika hendak dibandingkan dengan baginda..

    mood hari ni : dengar lagu nasyid,jom kita dengar sesama (^__^)


    suka??bolehla 'LIKE' =D

    Wednesday, January 12, 2011

    once upon a time...kerja hotlink....



    selepas habis je kelas jahitan...aku rasa apa salahnya aku kerja sebelum dapat tawaran belajar  ke mana2 kan...aku ngan kawan aku pun usha-usha la kedai..saje nak cari pengalamn dan isi masa daripada duk saja kat rumah...PLKN pun xdapat

    kat bawah wisma tempat belajar jahit tu,ade kedai telefon..
    kawan aku tanya la kot-kot nak pkai orang ker...

    pk cik kedai tu cakap,nanti klu ader kerja die nak call...
    one day,kawan aku ckp pk cik tu call die n cakap ade kerja
    tapi masa tu die dah keja kat kedai joran...

    so die suruh aku and kwn aku srang lagi yang ganti
    aku ingatkan kerja kat kedai...rupanya kerja sebagai promoter..

    kitorang kene pergi dari satu tempat ke tempat yang lain..
    first place yang kitorang promote kat pasar malam..haha...
    mula2 agak malu jugak...tapi lama2 biasa la...

    ni kawan yang kerja skali ngan aku..name die hidayah...tapi aku selesa panggil die kakak..haha...ni kawan aku sejak tadika lagi...kitorang rapat sampai sekarang taw...


    yang ni pulak bos aku...name die aku pn x sure...kitorang panggil pak mat je


    pilih2 jangan tak pilih..no comel2 blake..haha

    masa ni tengah wat promosi kat KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI....kat setiu


    ni member..kat pasar malam guntung

    AKU DEKAT MYDIN MALL,KT

    kat mydin mall la paling kerap kitorang pergi...every week...best..kat sini aku dapat banyak sangat pengalaman...tapi biasela kerja promoter,jalan2...
    pastu duduk..haha..memandangkan kat MAYANG VILLAGE ni memang tempat orang makan....
    tapi banyak jugak la..ade yang main2..nak ngorat...perkara biasa..

    antara dialog yang aku still ingat

    aku= bang,xnak tengok nombor maxis ke????MAXIS YOUTH CLUB..(masa tu aku pegang paper no.fon baru n explain la ckit2)
    CUSTOMER= laa...xnak la no baru,saya nk no awk...kalau nak suruh saya beli,bg no tpon awk dulu


    huh,menyampah aku...tadi punyalah aku explain panjg lebar..all the privileges...
    tapi die asyik pandang aku je...gilak punya orang...xnak layan kn,customer,mampus aku klau dalam sehari xder sale...

    dengan rasa marah,malu,tension...semua perasaan ader,aku buat2 senyum kambing n trus blah....banyk lagi citer...kalau citer satu2 sampai esk pn x hbis...kat sini jugak aku ada blind date ngan sorang yang aku dh chat lame tapi baru jumpa..hahhaha.lawak jugak...oppps!

    kat cini,kitorang bnyak gak CURI TULANG...pergi masuk mydin beli barang,pergi karoke..macam2...hahaha :p




    still promoting....macam2 aku explain..
    yela sebelum ni aku guna celcom jer...pastu kne blajar la sikit-sikit...macam-macam soalan la diorang tanya,dah jadi macam kaunter pertanyaan pulak..
    kene belajar pakai maxis pulak,tapi xde hal pun,senang jer...

    sakit mata ke merah sgt??sorry

    that's me...aku dapat bnyak sgt pengalamn sepanjang jadi PROMOTER NI...
    this is my first work..haha..hepi dowh dapat duit hasil sendiri...tapi duit aku x smpan pun...aku enjoy...beli brg-barang makan.....

    hehe....i'll memorise these experiences and share with all the readers...
    i'm HOTLINK GURL..hot2..haha..xhot mne pon..ngeeee =p

    *this is actually an old post from my previous blog..i just repost it back here,thanks for reading =)

    Tuesday, January 4, 2011

    selamat menempuh alam perkahwinan akmarizam :D

    cuti semester lepas gua ada pergi rumah mak sedara kat kota bharu,kelantan selama seminggu sebab anak dia a.k.a sepupu gua la nak kawin...kami agak rapat la jugak tu yang sampai pergi awal pulang lewat tu..

    bergambar bersama pengantin perempuan..opps,tudung senget :p

    nila satu-satunya sepupu yang sebaya

    eh,nak jugak die nih!

    jangan ingat org laki x bersolek..haha!

    haaa,ni la pengantin tu :)

    bersama ibu kedua belah pihak

    posing lam bilik pengantin jap!

    sekali lagi,ajak si baju ungu sekali..hikhikhik

    antara jemputan yang datang

    bunga manggar ni jaa buat


    yang ni jangan tak percaya okey!jaa panjat guna tangga dan pasang semua benda ni..siap memaku lagi..lewat gila tidow dah dekat kol 4 sudah..mula-mula xjadi nak pasang,pastu last-last minit lepas kol 12 baru ada cadangan nak pasang...ingat nk bergambar dalam bilik je...org lain laki2 pun da tidow,ape la...ambik alih la..sepupu n akak tukang bagi arahan,senget ke ape..huhuhu..xpela,simple2 pun ok la la

    pengantin yg sporting...lawak plak..hhehehehe :p
    when will be mine??hahaha,tetiba gedik nak kawin :p

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...