nuffnang

    Showing posts with label bahasa indonesia. Show all posts
    Showing posts with label bahasa indonesia. Show all posts

    Wednesday, April 18, 2012

    Beberapa kesalahfahaman Bahasa orang Indonesia terhadap bahasa Melayu

    Assalamualaikum.....


    Setelah hampir 7 bulan aku merantau kat Jakarta ni, macam-macam orang tanya aku pasal Malaysia, bahasa Melayu dan makanan...tak kisahlah kan, tapi yang agak mengejutkan aku adalah beberapa bahasa kita seolah-olah dipermainkan dan dijadikan bahan ketawa mereka...setakat ni dah 4 orang tanya aku tentang rumah sakit korban lelaki, apekah?????



    this is so funny!!! aku ingat diorang main-main bila ada yang tanya betul ke rumah sakit kat Malaysia dipanggil rumah sakit korban lelaki??tapi bila semalam ada lagi yang tanya aku rasa konfuse lantas aku google...ternyata memang ada khabar angin tentang mende tu...kawan indonesia aku cakap cikgu dia cakap dalam kelas yang dekat malaysia takde rumah sakit bersalin, tapi rumah sakit korban lelaki..lol!!! aku sendiri pun pertama kali mendengarkan hal ini..rumah sakit hospital la beb, kalau untuk bersalin dipanggil hospital bersalin camtu je...manalah diorang dapat cerita ridiculous macam ni...huhu...



    ni adalah antara yang jadi salah faham bahasa.......


    Bhs Indonesia

    Bahasa Malaysia

    Pasukan terjun payung

    Askar2 Bergayut

    Rumahsakit Bersalin

    Rumahsakit Korban Lelaki

    Tiarap

    ‘Setubuh bumi’ atau ‘bercumbu bumi’

    Menteri Kehutanan

    Menteri Semak Belukar

    Jalan ditempat

    Injak2 bumi

    Perata jalan (stoomwalls)

    Seterika jalan

    Pegawai/staf

    Kaki-tangan

    Tim sepak bola

    Pasukan bola sepak



    bila aku baca ni pun aku rasa kelakar...aduyaiiiii, ada ke patut pasukan payung terjun tu dia cakap askar bergayut...tapi kawan aku ada tanya pasal injak-injak bumi tu, aku cakap mana ada benda tu..aku cakap jelah pijak tanah...rupanya jalan setempat...yang lain takdelah tanya sangat, cuma kebanyakan bahasa kita sama, tapi penggunaan yang beza....apa yang diorang tahu hanyalah upin ipin, tu je kot cerita malaysia yang sampai sini...kalau negara kita, perh!!! semua channel nak tunjuk sinetron -,-


    dah memang pandailah orang kita dan faham dengan bahasa Indonesia, tapi mereka??tahu betul..betul..betul je, bak kata upin ipin tu.lol!!!apapun, yang penting saling menghormati sesama kita, bagus jugak dapat memperluas dan perkayakan bahasa....aku sendiri kat sini pun ada beberapa salah faham bila bercakap...last sekali guna english nak explain something....tapi itulah, penguasaan english orang kat sini ternyata lebih rendah berbanding negara kita...diorang hanya guna english time kelas bahasa inggeris je, yang lain bahasa indonesia....tp negara kita pun da nak tukar sistem semua bahasa melayu balik kan?jadi takde beza daa....



    ok lah tu je sedikit sharing dari saya...time kasih :)

    Thursday, January 5, 2012

    dapat bungkusan dari Malaysia!! yeay :)

    Assalamualaikum.....



    Semalam aku dapat PM dekat facebook, akak yang ayah dia keje sekali ngan ayah aku...dia cakap mak ada kirim barang...eh??akak ni balik kampung?tak dengar cite pon...hari tu ada tanya dia, dia cakap dia tak balik sebab dah nak start coass bagai pastu sibuk..tup tup baru tau dia balik...


    aku pun dah dekat seminggu tak call mak dan tak tahu yang dia ada kirim barang...kalau ku tahu dia nak balik memang aku nak suruh la mak aku kirim sup bunjut, lada hitam dan adalah barang-barang nak masak yang tak ada kat sini...kekadang tu ada je, tapi mahalll..pastu mak aku cakap dia kirim keropok, oh sayang ma!! macam tau je anak dia kepingin nak keropok ikan...kat sini takde wehh!! ada keropok udang je -,-'


     nah 3 plastik keropok + milo


    dah lama tahu nak makan keropok ni, kat sini memang takde keropok camni..pelik jugak takde keropok ikan..ikan bilis pun mahal berlipat kali ganda..nanti balik luggage penuhkan dengan makanan dengan bahan masak je yee...ekekeke...skill memasak aku pun dah bertambah sekarang ni, *clap3 =D dan memang betul lah orang cakap, practice makes perfect..dulu memang aku fail gilaa nak masak sambal pun lambat, nak masuk garam banyak mana tak reti..sekarang ni main campak-campak apa yang aku rasa boleh masuk, jadi jugak...sedap pun sedap..lalalala ^^  milo kat sini pun mahal sebab import dari Malaysia, milo dari sini ada tapi xbest, rasa lain macam...huhuhu...


    nak dijadikan cerita, aku memang tak pernah pergi rumah akak tu...memang kitorang tinggal dalam kawasan sama, Tanjung Duren Selatan tapi agak jauh jugaklah...kali kedua aku tersesat nak cari jalan dan rumah...kali pertama masa nak pergi meeting PKPMI..berpusing-pusing aku carik jalan, dahla hujan tanya bebudak kecik tengah main hujan pun diorang blurr, tanya sorang maid yang lalu kat situ pun tak tahu...aku tak kehujanan, sebab aku bawak payung..heeehe...

    aku call akak tu, dia pun dah pening dengan location aku time tuh...taman ni jalan dia macam berpusing-pusing sikit, tapi kalau dah lama ok je sebenarnya..akhirnya jumpa jugak, fuh!alhamdulillah...dia duduk rumah kost, kira sewa bilik jelah..tapi takbole masak....lepas berborak tiga empat lima kata pasal belajar, life kat sini dan memacam lagi...dia kasi aku buku histologi ni..yippie!!



    kebetulan memang belajar tajuk ni, dan tadi baru lepas ujian praktikum histo....tak tahulah cemana,hohoho...

    untuk pengetahuan korang, aku dah book tiket balik Februari ni, 7feb dan datang balik 26Feb...cuti 3 minggu oklah, dari bebudak UGM yang hanya cuti seminggu...aku memang tak sabar dah ni nak balik, tak tahu kenapa..hahaha...padahal ada satu blok lagi sebelum habis semester 1..habis cuti ni masuk sem 2, erm..sekejap je kan masa berlalu, tup...tup dan habis sem 1 =D


    Kuharap 5 tahun yang bakal kuharungi ini sebentar, padahal lamaaaa...sabar jelah, kata nak jadi doktor ^^



    p/s: aku ingat mak cik ni sombong, rupanya dia tak pandai cakap Indonesia, dia tahu bahasa jawa je..patut tak jawab sepatah aku tanya, muka lak blurr...tak pasal2 aku dah cakap dia sombong, parah!! *nasib embak rumah aku bagitahu tadi*



    Wednesday, November 30, 2011

    penyuluhan tentang cara memantau status gizi balita

    Assalamualaikum....

    pagi tadi baru je siap ujian skill lab, kali ni kami kena buat poster dan bagi penerangan pada masyarakat berkenaan tajuk yang kita dapat...aku dapat tajuk cara memantau status gizi balita di posyandu...apakah itu??haaha....kalau first time dengar mesti ternganga..penyuluhan??posyandu??gizi?? tadi sesapa ada baca sebelum pergi kelas aku ada post ww pasal maksud singkatan yang dipakai oleh kader di posyandu..kalau belum boleh baca sini


    aku pada mulanya memang agak blurr dan banyak diam je dalam kelompok perbincangan, tapi lama-lama bila dah banyak bergaul dengan student local....sampaikan aku boleh jadi orang yang paling bising sekarang pada setiap kali perbincangan diadakan, heehe...banyak dengar kuliah, tanya orang dan baca buku kita akan cepat je faham semua tu..gizi tu macam nutrient atau condition seseorang sama ada baik, buruk dan sihat..


    penyuluhan tu macam kita buat kempen atau ceramah pada kelompok masyarakat...kat Indonesia kalau ibu mengandung atau anak-anak kecil diorang akan ke posyandu(pos pelayanan terpandu) kalau kat Malaysia macam klinik desa camtu..tu pun kalau kat kawasan korang ada la...mak aku dulu time mengandung pun pegi klinik desa, tapi tu rasanya dululah..sekarang semua pakai hospital dah...kader tu pula adalah orang yang bertugas di posyandu...



    inilah posterku..haaaha, pandai tak aku lukis..ngeeee =p apa yang pasti aku rasa ni skill lab yang paling mencabar, tapi aku paling enjoy! dah lama kot tak buat ala-ala ceramah kat depan pastu buat macam berkomunikasi dengan orang semua...aku rasa perentation aku paling lama, sebab siap demo camne nak timbang anak guna dacing lagi you..heeehe...kat sini diorang akan timbang anak guna dacin tu pastu catat dalam kms (kartu menuju sehat) untuk tengok keadaan dan kesihatan anak... kartu dalam bahasa melayu adalah kad =D




    Inilah contoh kms...setiap kali anak ditimbang di posyandu, ia akan dicatat pada garisan kuning hijau tu lepas tu buat titik...titik-titik ini akan disambungkan untuk melihat perkembangan anak balita ( bawah lima tahun)..anak yang paling sihat adalah bila titik-titik yang bersambung itu adalah melengkung seperti garisan hijau...kalau bahagian kuning yang atas, anak tersebut mungkin mengalami kelebihan berat badan atau obesiti..macam-macam penyakit boleh dapat...kalau ringan sangat sampai bawah garisan merah itu menandakan anak yang gizi buruk atau boleh dapat penyakit lain, kalau kita panggil malnutrition spt kwashiorkor dan marasmus.




    Sebenarnya ni hasil akhir poster...percaya ke tak aku lukis???hadehhh, nampak macam aku lukis kan, real..lol!! pandailah sangat aku lukis semua tu...tulisan je yang aku buat, yang lain semua gambar tampal...pastu cat, tapi tak ramai perasan, sampai lecturer sendiri tanya aku lukis sendiri ke???haaaha...nice one!



    overall, penyuluhan tadi berjalan lancar...apa yang aku rancangkan berjalan lancar, semoga markah yang dapat pun selancar perjalananya amiin :) orang lain ramai lagi yang buat pasal rumah sihat, larutan mengatasi diare (diarrhea) dan sebagainya...banyaaakk sangat perkataan bahasa Indonesia yang baru sebenarnya, ia lebih banyak buat singkatan dan benda-benda yang tak ada kat tempat kita...selain posyandu ada juga puskesmas (pusat kesehatan masyarakat) dan polindes (pos bersalin desa)...tak masuk lagi singkatan lain, hadeh -___-

    aku baru 3 bulan, biasalah belajar kena perlahan-perlahan...memang kami belajar dalam bahasa Indonesia kat sini, bukan setakat bahasa standard, siap bahasa gaul lagi aku belajar...heehe...


    p/s: aku jadi biro diplomatik, dah lama takde jawatan atau buat kerja-kerja camni...hurm....

    #12 wordless wednesday l singkatan yang mesti tau di posyandu



    p/s: saya buat penyuluhan hari ni, ujian yang kena bagi ceramah dan berlakon ala-ala doktor..wish me luck!

    Sunday, October 16, 2011

    Rusuhan demi rusuhan di Indonesia...


    Assalamualaikum....

    semalam bangun pagitetiba pak cik tanya aku ok ke tak??ada rusuhn tak dekat tempat kak ja?? aku bingung =.= kenapa pak cik aku tanya cmtu...pastu jawab je semuanya okey, lepas tu terus bila bukak era.fm online ada berita pasal rusuhan di kedutaan besar Malaysia..berita itu menyuruh agar pelajar atau warga Malaysia di Indonesia berhati-hati dan tidak masuk campur, berdiam diri adalah cara yang paling selamat apabila kita berada dalam kalangan mereka...


    Demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia

    apa lagi aku pun google dan jumpa berita pasal peserta demonstrasi melemparkan kayu, batu dan beberapa objek sehingga mencederakan beberapa polis serta merosakkan objek di kedutaan Besar Malaysia di Indonesia itu seperti pagar dan lampu...pemimpin persatuan itu juga melemparkan kata-kata yang kurang manis, menghina serta mengecam negara Malaysia..



    SEBAHAGIAN daripada peserta demonstrasi berhimpun di luar pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam. - Utusan/Sharuddin Mustafa
    gambar sebahagian daripada peserta demonstrasi tersebut di depan pintu pagar kedutaan besar Malaysia..baca berita lanjut di sini


    Rusuhan di Jalan Arjuna, bas dan motosikal dibakar


    kejadian ini berlaku betul-betul depan kampus aku, kampus kedoktoran dan kebetulan aku takde kelas...ada kawan yang pergi kelas cakap diorang tak boleh balik dan kawasan itu penuh dengan polis yang sedang berkawal...mengikut beberapa sumber, mereka melakukan rusuhan sebab kawasan setinggan yang mereka tinggal tu nak kena buat pembangunan..

    Metromini Dibakar Massa di Jalan Arjuna Utara
    oh..jalan ni lah yang aku lalu tiap-tiap hari nak pergi kelas...rasamacam ngeri lak sebab bukan setakat bakar, tapi ramai yang berkeliaran membawa parang..pelajar-pelajar ditahan sehingga keadaan beransur reda.. sumber: media Indonesia, nak baca lebih lanjut di sini


    Foto: Awaludin/okezone
    inilah keadaan bas...sumber

    dalam masa sehari ada dua demonstrasi dan rusuhan, ini adalah kawasan yang sangat dekat dengan aku..itu yang rasa agak takut tu....tapi insyallah semuanya okey...


    p/s: senyum itu sedekah, jangan masam-masam kayh! =D



    Monday, October 3, 2011

    Malaysia vs Indonesia... we are united :)

    Assalamualaikum

    my friend showed me a video about two men, one of them are from Malaysia and another one are from Indonesia...i'm a Malaysian and i'll become a permanent resident here, in Indonesia for about 5years =_=..



    kita sebenarnya serumpun, mungkin perbezaan sedikit dari segi bahasa dan budaya...kalau kita lihat di internet, memang banyak pihak yang suka membuat provokasi dan perbalahan antara dua negara ni, perbalahan antara dua buah negara..ohhh, sungguh tidak sepatutnya kan...inilah salah satu keburukan internet sebagainya, masing-masing ingin menegakkan benang yang basah dan melemparkan tohmahan kepada pihak lain, hasilnya menang jadi arang kalah jadi abu...tiada siapa pun yang betul..

    apa yang betul ialah bila kita bersatu, masing-masing menghormati antara satu sama lain....carilah persamaan antara kita, bukannya sibuk mencari perbezaan dan menunding jari kepada orang lain... i like this video, thumbs up!!! we should create more videos like this to tighten the relationshionship between us (^_^)


    me and my indonesian friends during our 'baksos' to help people around..read here!


    okey, layan video tu, off to dinner at CL (ciputra Land Mall )

    Wednesday, September 21, 2011

    skill lab communication..

    Assalamualaikum...

    tadi baru selesai first skill lab communication...ah, memang nampak gampang kan, tapi sememangnya ia agak sukar bagiku yang memang langsung tak pernah ke klinik jumpa doktor di jakarta ni, pulak tu bahasa istilah dan beberapa words yang aku tak berapa nak faham..apa lagi, aku bedal jela cakap bahasa melayu baku..

    itu pun ada yang mereka tercengang, mereka faham je kalau aku cakap "sejak bila sakitnya?" tapi kata-kata itu tampak pelik dan macam tak formal atau standard..mesti cakap "sejak kapan" dan adalah beberapa perkataan lain...aku takut time ujian nanti, manalah taw ada diskriminasi kalau aku tak boleh brcakap bahasa indonesia dengan lancar dan perkataan yang aku gunakan itu bagaikan tidak formal bagi mereka walhal kalau di Malaysia perkataan itu memang sudah standard dan biasa..

    tapi groupmates aku memang baik, selalu tolong aku kalau tak faham apa-apa...siap ingatkan aku lagi untuk solat zohor walaupun masa tu kitorang tengah bincang aktiviti group..almaklumlah, majoriti kristian...kekadang aku fikir ada bagusnya juga aku belajar bahasa diorang ni, nanti takdelah aku perlukan subtitles untuk tengok sinetron..hahaha..apa yang penting adalah komunikasi dengan pesakit nanti kalau mereka tak faham apa yang aku cakap dan aku juga tak faham apa yang diorang cakap susah jugak...

    semua yang berlaku pasti ada sebabnya, aku yakin memang aku sudah ditakdirkan untuk berada di sini...biasalah, hidup mesti berani terima kenyataan kan..tapi kat sini kitorang dapat masuk hosital awal, 3 tahun belajar teori lepas tu sekali grad then terus boleh masuk hospital jumpa pesakit kiranya dah jadi doktor muda...2 tahun lagi adalah ko-as (aku pun tak pasti macam ni ) kiranya dah macam housemanship kat malaysia..perh!aku baru taw..untunglah boleh dapat experience awal dari memberku yang belajar medik macam aku juga di seluruh dunia tak kiralah di rusia,mesir,republik,uk dan mana-mana jelah termasuk di malaysia sendiri..

    kat sini pakai sistem blok, habis satu blok baru masuk blok lain...tapi macam best jugak, hampir setiap minggu ada pbl...alhamdulillah aku rasa aku dah boleh terima keadaan di sini, walaupun pada mulanya aku agak ragu-ragu dengan sistem pembelajaran yang menggunakan bahasa indonesia..nest week ada ujian skill lab communication dan bioetika..

    p/s: harap-harap petang ni semuanya settle

    Wednesday, September 14, 2011

    upin & ipin di Indonesia..

    Assalamualaikum...


    Upin& Ipin adalah salah satu kartun  yang popular di Malaysia, namun begitu ia mendapat sambutan yang cukup menghangatkan di Indonesia...bukan apa, bila je bercakap pasal Malaysia atau mengetahui bahawa aku berasal dari Malaysia, perkara pertama yang mereka sebut ialah upin&ipin..pelik bukan???

    kisah upin  & ipin ditayangkan di kaca tv di sini..hanya itu saja kalau tidak salah aku, kalau di negara kita hampir setiap rancangan televisyen akan menyiarkan sinetron yang ceritanya tidak habis-habis dan penuh konflik itu..lepas satu konflik, timbul lagi konflik yang baru....

    kartun kembar popular : upin & ipin


    oleh kerana dalam kumpulan aku hanya aku seorang sahaja dari Malaysia,mereka sering saja mengusik BETUL,BETUL,BETUL!!!kemudian aku juga dipanggil kak ros..sungguh kelakar ya kalau difikirkan...tapi itulah realitinya..mereka juga mengajuk percakapan bahasa Malaysia yang tidaklah terlalu banyak bezanya..mungkin hanya ada beberapa perkataan dan sebutannya sahaja yang berbeza...kalau di sini, cerita ini akan ada subtitle bahasa indonesia di bawah...

    kalau dilihat di kedai-kedai pula banyak vcd dan dvd yang dijual begitu juga dengan perkara yang lain seperti baju kanak-kanak, selipar, tuala dan sebagainya...nampaknya penangan upin dan ipin itu sungguh besar ya di si sini..aku belum pernah menonton tv di sini sebab kat bilik sewa itu tidak ada tv..lagipun kelas dari pagi sampai petang,lepas tu ada tugas lagi..manalah ada waktu nak menonton...kalau kat intec dulu pun tak tengok tv jugak..jadi memang tak tahu bagaimana keadaanya di sini...

    member group aku ada yang namanya kevin..dua orang nama sama...dahla banyak cakap, terus panggil sorang upin dan sorang lagi ipin...suka sangat mengajuk cakap upin ipin..hahahahah...yang tak boleh blah diorang cuba nak cakap bahasa malaysia, maksudnya sebutan kononnya nak kenakan aku...dahla berpakat ramai-ramai...banyak kot perkataan baru aku belajar...


    P/S: lidah masih pelat asyik nak cakap bahasa baku je...part yang paling susah, alphabet..cara sebutan diorang pelik sampai kekadang tersalah erti.... a lot of things to learn!!!
    

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...