nuffnang

    Showing posts with label senyum. Show all posts
    Showing posts with label senyum. Show all posts

    Monday, July 2, 2012

    Sudah Julai kawan-kawan :)

    Assalamualaikum.....


    sekarang dah masuk 2 Julai dan ni post pertama saya untuk Julai 2012....wah2, suka betul!!bukan apa, banyak benda yang best untuk bulan ni terutama bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba dan cuti semester selama sebulan lebih sekalian raya...wohoooo....


    Bulan Julai ni jugak saya nak tanamkan azam dan saya harap sangat saya boleh istiqamah dengan apa yang saya nak buat ni....saya sebenarnya takut saya tak kuat, tapi sampai bila nak tunggu kuat kalau tak pernah nak cuba buat kan?? kita tengok orang buat kita rasa sukaaa tapi kita takut nak buat takut kita tak boleh...sebenarnya kita tak tahu pun kita boleh ke tak sebab kita tak pernah pun nak cuba..ye dak?? saya taknak pun cakap apa benda yang saya nak buat ni sebab masih lagi keliru...err....


    Hari ni hari lahir kakak saya yang ke 24...wahh dah meningkat dewasa kakak sulungku ini, bila jumpa asyik nak gaduh jee dok jauh kang rindu rinduan pulak...tapi sekrang ni dia dah habis degree dia kat Unimas tu, 4 tahun dia kat sana...kalau kat rumah asyik jeles masing-masing sebab kene masak, lipat kain basuh kain...masing-masing nak lempar kerje kat orang lain tapi dalam masa yang sama nk tolong mak..adehh..teruk betul, kalau boleh balik ni aku nak tolong je buat kerje rumah tu banyak-banyak...kat sini pun ada org tolong basuh dan gosokkan baju dan aku rasa skill memasak dah makin mantap ni :p


    haaa kan dah tukar dari saya menjadi aku..apa-apa jelah....memang sebenarnya tak tahu nak tulis apa dan saya main taip je apa yang saya nak tulis....tak fikir pun, adoii boleh ke macam tu?? esok kawan nak datang yeayy!! hahaa... hosmate aku selama 2 tahun kat INTEC :) 


    aku tak tahu sape je yang baca blog ni sebab setiap hari minimim 200 orang yang masuk, mana diorang dapat link blog ni atau google ke apa pun tak tahulah kan....walaupun tak update ada saja yang baca, semalam 500 dan kalau update rajin-rajin boleh sampai 1000..wah2, ramai jugak tu yang rasa sayang dengan blog ni tu..hehee...terima kasih sudi baca coretan pot pet entah apa-apa ni..InsyaAllah kekadang saya akan update sesuatu yang bermanfaat dan mengurangkan benda-benda yang tidak bermanfaat untuk blog ini...kekadang rasa malu kalau orang bercakap pasal blog ni kat luar tapi biarlah bukannya femes sangat punn... -,-'



    ok lah nak sambung baca buku, minggu ni ada exam dan esok ada kuiz sebenarnya...daaaaaaaa...thanks for reading! ^^




    walau apapun yang terjadi kita senyum jeeeeeeeeeeee..senyum tu kan sedekah ^______^





    Sunday, October 16, 2011

    Rusuhan demi rusuhan di Indonesia...


    Assalamualaikum....

    semalam bangun pagitetiba pak cik tanya aku ok ke tak??ada rusuhn tak dekat tempat kak ja?? aku bingung =.= kenapa pak cik aku tanya cmtu...pastu jawab je semuanya okey, lepas tu terus bila bukak era.fm online ada berita pasal rusuhan di kedutaan besar Malaysia..berita itu menyuruh agar pelajar atau warga Malaysia di Indonesia berhati-hati dan tidak masuk campur, berdiam diri adalah cara yang paling selamat apabila kita berada dalam kalangan mereka...


    Demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia

    apa lagi aku pun google dan jumpa berita pasal peserta demonstrasi melemparkan kayu, batu dan beberapa objek sehingga mencederakan beberapa polis serta merosakkan objek di kedutaan Besar Malaysia di Indonesia itu seperti pagar dan lampu...pemimpin persatuan itu juga melemparkan kata-kata yang kurang manis, menghina serta mengecam negara Malaysia..



    SEBAHAGIAN daripada peserta demonstrasi berhimpun di luar pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam. - Utusan/Sharuddin Mustafa
    gambar sebahagian daripada peserta demonstrasi tersebut di depan pintu pagar kedutaan besar Malaysia..baca berita lanjut di sini


    Rusuhan di Jalan Arjuna, bas dan motosikal dibakar


    kejadian ini berlaku betul-betul depan kampus aku, kampus kedoktoran dan kebetulan aku takde kelas...ada kawan yang pergi kelas cakap diorang tak boleh balik dan kawasan itu penuh dengan polis yang sedang berkawal...mengikut beberapa sumber, mereka melakukan rusuhan sebab kawasan setinggan yang mereka tinggal tu nak kena buat pembangunan..

    Metromini Dibakar Massa di Jalan Arjuna Utara
    oh..jalan ni lah yang aku lalu tiap-tiap hari nak pergi kelas...rasamacam ngeri lak sebab bukan setakat bakar, tapi ramai yang berkeliaran membawa parang..pelajar-pelajar ditahan sehingga keadaan beransur reda.. sumber: media Indonesia, nak baca lebih lanjut di sini


    Foto: Awaludin/okezone
    inilah keadaan bas...sumber

    dalam masa sehari ada dua demonstrasi dan rusuhan, ini adalah kawasan yang sangat dekat dengan aku..itu yang rasa agak takut tu....tapi insyallah semuanya okey...


    p/s: senyum itu sedekah, jangan masam-masam kayh! =D



    Thursday, January 27, 2011

    boleh tak kalau senyum,bukan susah pun (@__@)

    hari ni tak taw la kenapa rasa terkilan?terkejut,xpuas hati?macam-macam ada....sekrang ni kat library,perh sejuk banget.nak study xbrapa nak fokus sebab rasa macam nak beku..kejap lagi nak pergi kat pondok luar tu je la...xtahan cejukkk~

    back to the topic,kalau kita cakap sombong kan,marah..tapi yang hang buat muka sombong muncung panjang 40 depa sampai boleh buat sangkut baju tu apekehal..bukan aku tak puas hati ke apa,at least senyum je la sikit...aku ni memang suka senyum,xkiralah kenal ke tak ke,kalau orang pandang muka aku,aku mesti senyum..kan comel tu (^___^) senyum lebar-lebar pun tak perr..

    aku tak kisah la kalau aku xkenal ko,tapi kalau aku dengan susah payahnya menegangkan kulit muka untuk senyum pada engkau boleh pulak engkau buat muka seposen macam ayam nak kena sembelih hari ni..muka tu cam hape,fine lah kalau ko memang xnak tegur aku..aku memang tak kisahh..yelah,rambut sama hitam tapi hati lain-lain..mungkin aku ada buat salah kat ko,tapi aku tak perasan..aku mintak maaf sangat-sangat...aku tahu,aku manusia yang lemah kadang-kadang tak perasan buat orang terasa..kalau betul tu keadaan sebenar,sekali lagi aku minta maaf dan harap ko boleh maafkan aku..

    tu satu hal,satu hal lagi kalau aku pergi kedai tengok orang penjual tu muka macam lepas kena cerai talak tiga..aisehman,bukan ko sorang je ada masalah,aku pun ada masalah...semua orang ada masalah...tapi ingat la sikit,aku ni 'costumer' kedai ko,boleh tak layan elok-elok sikit,ni aku tanya sikit jawab macam hape..sakit hati betul..kalau macam ni baik ko bungkus kain tutup kedai..aku kofirm,kalau hari-hari ko layan orang yang datang kedai ko macam ni..lepas ni diorang pasti xkan datang lagi..tak mesra pelanggan langsung!!

    walaupun kita tengah sakit hati,sedih,geram cubalah tahan sikit perasaan tu...tolonglah jangan disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga...kalau ko gaduh ngan kawan aku,tak kan dengan aku pun ko nak gaduh...tak pun kalau ko memang tak suka+anti belajar biologi, tapi aku ambik bio..janganlah ko tak nak kawan ngan aku sebab kes yang kecil sekecil cucukuman tuh..aih,tak faham betul aku..

    lagi satu,kalau ko nak marah orang lain,boleh tak ko jangan lemparkan kemarahan ko tu pada pihak ketiga,yang tak tahu apa-apa..kes ni lah jadinya penceraian,porak peranda..masalah tempat kerja bawak balik rumah lepas tu semua anak bini kena marah..ape kes???kalau ko balik rumah senyum,buat muka manis ngan anak bini kan settle..masalah tu tinggal di dulu,cuba tenangkan fikiran...boleh pergi pantai ke,jalan-jalan...kalau aku aku suka jalan sorang-sorang sambil tengok-tengok pakaian,buku kat kedai..bila rasa dah ok sikit baru balik bilik..barulah xde rasa nak marah orang kat dalam bilik tu...

    senyum tu kan sedekah..tak rugi walau sesen pun kalau ko senyum...bahkan ko akan dapat lebih dari tu,kulit wajah ko akan tegang,nampak muka manis,orang tengok pun senang hati..kalau ko buat muka nak marah,wajah seposen tu memang ko akan jadi tua di waktu usia muda..percayalah aku cakap..kalau ko rasa nak nampak lagi tua dari usia sebenar ko,buatlah muka macam tu lagi..konfim lama-lama orang menyampah tengok muka ko dan aku yakin ramai akan bercakap-cakap tentang betapa sombong bongkaknya engkau..itu aku jamin 100%..mungkin ko akan jadi macam kera sumbang sebab wajah ko yang xsuka senyum tu =p

    senyum sokmo okey xD aku suka tengok orang senyum,semua masalah sakit hati boleh hilang kann..

    JUST SMILE AS IT'S THE ONLY KEY
     THAT CAN FIT EVERYBODY'S HEART
    (^_______________^)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...